Tuesday, 30 March 2010

YA ALLAH, TUNJUKKAN AKU JALANNYA

Ya Allah...
aku akui, ini ujianMu Ya Allah,
berat sungguh rasa hati ini Ya Allah,

Ya Allah....
aku tahu Engkau lebih mengetahui
apa yang terbaik untukku Ya Allah,
cuma diri ini,
rasa tidak kuat Ya Allah

Ya Allah...
apakah aku mampu menghadapi semua ini Ya Allah
jauhi diri ini dari sifat dendam Ya Allah,
aku akui diri ini lemah Ya Allah,
namun aku akui Ya Allah,
ujian ini adalah kasih-sayangMu Ya Allah

Ya Allah...
kuatkan diri ini Ya Allah
menghadapi hari-hari mendatang Ya Allah,
kurniakan kasih-sayangMu kepada diriku,
hanya padaMu aku bermohon....



소요 너희 (^_^)

Monday, 29 March 2010

MY FAVOURITE ACTIVITIES...

Buku terbaru yang saya beli..Pesta Buku Antarabangsa, PWTC pada hari terakhir. Penuh sesak dengan lautan umat manusia. Alhamdulillah, makin ramai yang gemar membaca. Actually, saya pergi bersama trip MRSM Batu Pahat. Bersama kanak-kanakss dan juga teman-teman guru yang lain.
7.30 am dah bertolak. Hari Ahad. Dan yang penting Isnin cuti sempena Sukan Tahunan. Eh eh, saya lupa pulak nak cerita pasal Sukan Tahunan kan. Hmmm...next update la ek. Tak cukup sebenarnya buku saya beli. Nak beli lagi banyak, tapi kepala dah ting tong tengok orang ramai yang bersesak. Migrain datang...Wuwuwuwu. But gagahkan diri jugak la. Sampai sakit pinggang, kaki, lutut.

Motip saya nak cari buku Ustaz Hasrizal yang terbaru. Murabi Cinta.hehehehe. Puas cari tau, mula2 tak jumpa. But finally jumpa bila saat dah nak balik. Rezeki kan. Ada 3 buku Ustaz Hasrizal saya beli. Pergi dengan kanak-kanakss memang menyeronokkan. Ha...tengah saya cari buku bersama Kak Bai, terjumpa 2 students yang ikut skali trip ni, sedang bersolek untuk photo shoot. hahahaha. Lawak la budak2 ni.
Sempat je kalau benda2 macam ni. Konon2 jadi cover girl la untuk majalah R
emaja.hehe. Suka hati la kanak-kanakss oi.

Then, bertolak balik. Before that singgah kat Nilai 3. Ada pulak yang nak shopping carpet untuk Bilik SEL... Dan saya??? Ambil kesempatan juga untuk shopping barang-barang sebab saya akan pergi ke Swiss. Hehehehehe. (^_^)

Then berehat kejap kat gerai-gerai yang ada. Minum-minum. Ada la pulak karaoke. Then my students minta izin dari kami-kami untuk menyanyi. Hahahahaha Teman Tapi Mesra from my students. OK la...walau ak berapa kena tunenya.
And my friend (Sylvia) said :


" Ayo..buat malu je, suara sumbang"


Ini la kanak-kanakss yang menyumbangkan suara

Hikhik. suka hati la kanak-kanakss...asal jangan buat benda yang bukan-bukan dah le. Ada ke patut, kanak-kanakss ni pergi announce kan nama kami-kami ni kat umum.
Huhuhu. jadi celebrity pulak kami sekejap. Saya sempat rakam nyanyian mereka live.Hikhik.
Apa pun, the short trip ni, penat
but nice. Tak puas sebenarnya melihat & membelek buku untuk diri sendiri & juga pilih buku untuk maktab. Sangat banyak buku. Saya suka. Buku yang dah ada..wawawawa..mana saya nak letak buku-buku saya yang dah banyak ni. Think???patut ada mini library la nanti if ada rumah sendiri. Love books much!

소요 너희 (^_^)

Friday, 26 March 2010

ALWAYS BE THERE

Lagu Maher Zain lagi. hehe. Saya suka lagu-lagu Maher Zain. Pada saya, ini satu perubahan kepada peminat-peminat Nasyid macam saya. Sebelum ini, susah nak cari lagu nasyid yang macam lagu pop. Suka juga dengar lagu pop. Namun tetap akan berbalik semula kepada lagu nasyid. Tapi bila dengar lagu Maher Zain, hmm..ni la muzik & lagu yang saya cari selama ini.

Tapi saya bukan nak membincangkan pasal lagu-lagu Maher Zain. Sebenarnya, hati ini sedang sedih. Mungking disebabkan beberapa perkara yang melanda diri ini. Ujian dan dugaan dariNYA barangkali. Atau diri ini banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Hanya ALLAH yang tahu. Sedih, geram, blur, semua ada. Menyesal???hmmm, saya akui ada sedikit menyesal. Bukan merungut atas pertolongan, tapi sedikit kecewa dan kesal dengan sikap & tindakannya. Siapa??? Biarlah hanya ALLAH yang tahu.

Ubat Hati???
Dengan lagu ni .....


video


Semoga semuanya ingat, ALLAH ALWAYS BE THERE. DIA sentiasa bersama dengan kita dalam apa jua keadaan, selagi kita ingat DIA.

사랑 ^_^

Wednesday, 24 March 2010

Minggu Penyesuaian Diri Kali Kedua

Tamat sudah Minggu Penyesuaian Diri kali kedua 2010. Fuhh!!!! Lega..
Selama 3 hari Minggu Penyesuaian Diri dijalankan. Tempat??? Sudah pasti di Bilik Kaunseling.
27 orang Form 1 & 2 orang (sepasang) Form 4.
Karenah mereka sangat menghiburkan hati saya. Hahaha. Penat sebenarnya melayan karenah kanak-kanakss ni, apa lagi kalau dapat soalan-soalan yang merepek. Kadang-kadang terfikir juga, ni budak darjah 1 ke budak Tingkatan 1. Pot pet pot pet tak reti diam kanak-kanakss ni. Tak penat agaknya. Saya ni yang penat dengar pot pet pot pet mereka. Wuwu. bak kata kawan saya :

" Kalau aku la, aku tengking dah budak-budak ni"

Kata HEA saya pula :

"Aku tengok, budak-budak tu tak reti diam"

Hehe. Apa yang pasti, mereka jadi tumpuan setiap orang yang lalu depan Bilik Kaunseling. Dah macam tengok kucing kat dalam bekas kaca yang nak dijual tu. Hakhakhak.


Kesian, duduk kat lantai.Kui kui kui

Kanak-kanakss kali ini saya kategorikan sebagai 'sangat aktif ' . Habis tenaga seharian dengan mereka. Bergaduh lelaki perempuan, bagai makanan kanak-kanakss ni setiap kali berkumpul. Haha.

"Cikgu! Kalau gaduh-gaduh, nanti kawen kan"

Eh, eh budak ni. Gatal lak.

" Cikgu kena benarkan saya bercouple kat maktab ni, sebab saya ni romantik cikgu. Saya tak kisah sifat saya yang lain, tapi saya suka saya ni romantik cikgu "

???? Pening jap kepala saya. Apa la kanak-kanakss ni..Huhuhu...

Ada lagi soalan yang pelik-pelik.

" Cikgu, boleh tak saya nak bawa almari tambahan?"
Alamak budak ni. Dia sambung lagi soalan

"Cikgu, boleh tak kalau saya bawa air cond? Nak letak kat bilik saya."
Errkk??? Budak-budak zaman sekarang, demand betul. Sayang-sayang sekalian, ini asrama. Mana ada kemudahan-kemudahan tu kat asrama.

Bila bergaduh
"Cikgu!! Tengok ni. Dia conteng kertas saya!"
"Cikgu! Tolong la kaunseling dia cikgu. Suruh dia diam"
"Wei!! ko tak ada soalan lain ke nak tanya kat cikgu ha? Pandai la soalan ko."

Sesi pembentangan

Form 1 + Form 4 lelaki. Kesian Form 4 ni, sorang je

Jom kawan-kawan, kita buat gaya action kamen

Presiden BWP yang banyak membantu. Terima kasih BWP

Pelajar perempuan

BWP perempuan yang suka sangat nak posing

Saya letakkan sebahagian sahaja gambar yang saya ambil.
Selamat meneruskan perjuangan baru buat pelajar-pelajar baru. Selamat meneruskan perjuangan buat semua kanak-kanakss Tingkatan 1 sampai 5. Carilah kebahagiaan & kejayaan anda semua di sini. Kejayaan anda bermula di sini jika anda mahukannya.

Sa rang heyo ^_^

Tuesday, 23 March 2010

UBAT HATI



Sesungguhnya, aku telah faham bahawa da'wah ini da'wah Allah dan da'wah kepada Allah.


Maka seandainya hati aku sendiri kosong tanpa Allah, apa mungkin aku memimpin mereka ke arahNya?

Sesungguhnya, aku telah faham bahawa da'wah ini da'wah Allah dan da'wah kepada Allah.
Maka sekiranya aku masih lagi gagal mencintai Allah wa Rasul melebihi segala cinta yang lainnya, adakah aku masih bertanggapan bahawa mereka yang aku da'wahi akan mencintai Tuhan dan Rasulnya itu?

Sesungguhnya, aku telah faham bahawa da'wah ini tentang kerja dan bekerja.
Ya, jika tidak, apa pantas untuk As-Syahid berkata; "Nahnu Qaumun 'Amaliyyun"
"Kita adalah kaum yang berorientasikan amal"

Maka adakah cukup untuk aku sekadar berkata-kata tanpa amal yang jelas dan ikhlas?
Adakah aku masih expect untuk mereka percaya dan beramal apa yang aku katakan sedang aku fakir dari amal itu sendiri?

Sudah terlalu banyak peringatan yang diberikan mereka yang sudah terlebih dahulu mengharungi jalan ini;
"Aslih nafsak wad'u ghairak"
"Perbaiki diri sendiri, dan serulah orang lain"
"Tegakkan Islam dalam dirimu, nescaya ia akan tertegak di tanah airmu"

Adakah aku masih lagi leka dan terbuai dalam dunia ciptaan ku sendiri?


Sa rang heyo ^_^

Sunday, 21 March 2010

HOLD MAY HAND - MAHER ZAIN

Saya suka lagu ni. Tenang dan damai. Video ini tak ada lirik. Jadi saya sertakan sekali liriknya. Liriknya penuh makna bagi saya. Semoga anda terhibur.

video

I hear the flower's kinda crying loud
The breeze's sound is sad
Oh no...
Tell me when did we become
So cold and empty inside
Lost a way long time ago
Did we really turn that blind
We don't see that we keep hurting each other no
All we do is just fight

Now we share the same bright sun, the same round moon
Why don't we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we`ve left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let's pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Hold my hand....

Children seem like they've lost their smile
On the new blooded playgrounds
Oh no...
How could we ignore
heartbreaking crying sounds
And we're still going on
Like nobody really cares
And we just stopped feeling all the pain because
Like it's a daily basic affair

Now we share the same bright sun, the same round moon
Why don't we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we`ve left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let's pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

No matter how far I might be
I'm always gonne be your neighbour
There's only one small planet where to be
So I'm always gonna be your neighbour
We cannot hide, we can't deny
That we're always gonna be neighbours
Your neighbour, my neighbour
We're neighbours

So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind

So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we`ve left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let's pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Sa rang heyo ^_^

KISAH SEBUTIR KURMA

Saya dapat kisah ini dari seorang teman. Penuh dengan tauladan dan iktibar. Semoga, kita semua dapat menghayatinya. Mudah-mudahan. AMIN

Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham
berniat ziarah ke Mesjidil Aqsa. Untuk bekal di
perjalanan, ia membeli 1kg kurma dari pedagang tua di...
dekat Mesjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dan
dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak
didekat timbangan. Menyangka kurma itu sebagian dari
yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.

Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa.
Empat Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti
biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada
sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. Ia shalat dan
berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar
percakapan dua Malaikat tentang dirinya, "Itu, Ibrahim
bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya
selalu dikabulkan ALLAH SWT," kata malaikat yang satu.

"Tetapi sekarang tidak lagi. Doanya ditolak karena 4
bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari
meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram,"
jawab malaikat yang satu lagi.

Ibrahim bin Adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi
selama 4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan
mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh
ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan
haknya. "Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim
beristighfar. Ia langsung berkemas untuk berangkat
lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma.
Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah
ditelannya.

Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat
penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang
tua itu melainkan seorang anak muda , "4 bulan yang
lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang
tua. Kemana ia sekarang?" tanya Ibrahim.

"Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang
meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak
muda itu.

"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu
kepada siapa saya meminta penghalalan ?" Lantas
ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak
muda itu mendengarkan penuh minat.

"Nah, begitulah" kata Ibrahim setelah bercerita,
"Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau
menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur
ku makan tanpa izinnya?"

"Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan.
Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya
11 orang. Saya tidak berani mengatas nama kan mereka
karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya."

"Dimana alamat saudara-saudaramu?Biar saya temui
mereka satu persatu." Setelah menerima alamat, Ibrahim
bin Adham pergi menemui. Biar berjauhan, akhirnya
selesai juga. Semua setuju menghalalkan sebutir kurma
milik ayah mereka yang termakan oleh Ibrahim. 4 bulan
kemudian, Ibrahim bin Adham sudah berada dibawah kubah
Sakhra.
Tiba-tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu
terdengar lagi bercakap cakap.

"Itulah Ibrahim bin Adham yang doanya tertolak
gara-gara makan sebutir kurma milik orang lain."

"O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia
telah mendapat halalan dari ahli waris pemilik kurma
itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali
dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih
milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas."

SubhanALLAH.....

Sa rang heyo ^_^

Thursday, 18 March 2010

PENAWAR DUKA



I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
further and further away from you

Ooooo Allah, you brought me home
I thank you with every breath I take

الحمد لله الحمد لله
All praises to Allah


I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud
to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that's when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you

الحمد لله
All praises to Allah

Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank you for bringing me home

الحمد لله
All praises to Allah

الحمد لله

Bila hati saya sedih, saya suka dengar lagu-lagu macam ni. Saya memang suka mendengar lagu. Lagu-lagu yang saya dengar selalunya lagu-lagu nasyid, lagu korea jepun, dan lagu-lagu yang sedap didengar la. Pada saya, muzik yang bagus sedap didengar. Nasyid tetap menjadi pilihan hati saya.

Ingin bertenang...Lebih enak kalau ditambah satu mug nescafe. Santai dan tenang ditemani angin malam

sa rang heyo ^_^

HOMESICK


Homesick?
Rumah sakit atau sakit rumah?? Yang mana satu??
Namun, tiada kaitan...Saya maksudkan, rindu terhadap rumah, rindu mak ayah, rindu adik-beradik, rindu kawan-kawan, rindu suasana rumah. Hal ini terjadi apabila kita berjauhan dari semua ini.
Fenomena homesick ini acapkali saya akan hadapi apabila Minggu Penyesuaian Diri di MRSM Batu Pahat. Dari rakan-rakan kaunselor yang lain juga, saya mendapat maklumat yang sama. Pelajar Tingkatan 1 terutamanya, akan menangis kerinduan sebaik sahaja ditinggalkan ibu bapa mereka.
Rumah saya, sudah pasti akan kerap dengan ketukan-ketukan kanak-kanak Form 1 ni. Bila buka pintu, wajah sugul kesedihan bersama linangan air mata yang akan saya lihat. Saya??Apa saya buat??
Seperti biasa, saya akan menyelami kesugulan, kesedihan kanak-kanak ini. Sambil menangis teresak-esak, saya hulurkan tisu. Kalau tiada tisu, pasti akan saya lap air mata kanak-kanak Form 1 ini dengan jari-jemari saya. Tanda prihatin & saya mahu mereka rasa mereka dipunyai.
Kasihan???Hmmm, simpati mungkin.
Yang pasti, sepanjang Minggu Penyesuaian Diri, housemate saya sudah pesan awal-awal,
" Minggu ni, kalau budak ketuk pintu, mesti nak cari kaunselor"
Haha. Pada saya, saya tidak kisah dengan situasi ini. Saya seronok. Saya suka. Saya cintakan kanak-kanak itu. Pada saya, mereka perlu dibimbing untuk menjadi matang & perlu belajar untuk berdikari.
Saya labelkan sebagai 'homesick'
kerana banyak lagi kisah tentang homesick ingin saya kongsikan bersama

sa rang heyo ^_^

NOTA CINTA

Ini blog kedua saya. Blog yang pertama, saya khaskan untuk diari hidup saya. Tetapi notacintahatiku.blogspot.com (SEKEPING HATI SETULUS RASA) ini saya khaskan untuk assignment KKP 5023, PENGURUSAN BIMBINGAN KAUNSELING. Bukan semata-mata kerana saya perlu menyiapkan tugasan ini, namun saya fikir perlu saya ada juga blog kedua ini. Khas untuk saya dan insan-insan yang saya cintai. Bila berbicara tentang cinta, bukan hanya insan teristimewa sahaja, malah insan-insan lain yang saya sayang, juga diri sendiri. Maka, Sekeping Hati, Setulus Rasa ini, saya hamparkan kisah suka duka saya bersama insan-insan yang saya sayangi, juga kehidupan saya, aktiviti saya dan peristiwa-peristiwa yang saya ingin kongsi bersama. Dari kalbu saya yang mengalir ke keyboard ini, ingin saya berbicara tanpa suara tentang erti persahabatan, erti kehidupan, erti kasih sayang.
Cita-cita saya : berusaha untuk meng'update' blog ini setiap hari. Namun kehidupan di MRSM Batu Pahat, membataskan saya untuk melakukan demikian. Tapi belum cuba belum tahu kan. Usaha itu tangga kejayaan. Nama 'secawan nescafe' saya gunakan kerana saya sayang dan mencintai nescafe. Sambil-sambil berblog, enak kan kalau ada satu mug nescafe ^_^

Sa rang heyo ^_^(Saya sayang kamu)