Friday, 29 April 2011

Cerita Saya Suka - Part 2

Assalamualaikum........
Sambil2 tengok Will & Kate kat TV...(awesome wedding, memang macam fairy tale)
Nak update new entri.
Hari tu dah buat pasal Cerita Saya Suka Part 1 kan..kalau tak baca klik SINI

Lagi cerita yang saya suka tengok...actually bukan cerita la, but anime..

Ni ha dia.....


Anime ni tajuknya Yakitate Japan...
Anime ni, kalau tengok...akan membuatkan saya lapar nak makan roti je.
Macam sedap giler roti yang si Azuma Kazuma nih buat...
Encik Azuma KAzuma, boleh ajar saya tak nak buat roti tu.... T___T
Saya nak belajar buat roti & nak ada Solar Hand la macam tu....
Ekekekekekeke.....

Okay...tata...nak p buat roti and pas tu makan roti...lalalalala

Sarang heyo (^_^)

Thursday, 28 April 2011

Monolog Hati


Ya Allah... Engkaulah.. Tuhanku yang Pengasih
Ya Allah... Engkaulah.. Tuhanku yang Penyayang
kepadaMu Ya Allah.. aku merintih
hanya Engkau Mendengar agar jiwaku tenang

Ya Allah... aku berdoa
ku memohon... keampunanMu
sungguh Engkau Pengampun akan dosa
maka ampunkanlah dosaku

Ya Allah.. Ya Tuhanku
ku rindu padaMu
Ya Allah.. Ya Tuhanku
Engkaulah penghibur hatiku
Ya Allah.. Ya Tuhanku
penawar dukaku

Ya Allah... Engkau melihat keadaanku ini
kerana hanya Engkau tempat merayu
Ya Allah... padaMu aku menyerahkan diri
kerana hanya Engkau tempat mengadu

Alhamdulillah segala puji atas segala nikmatMu
Maafkanlah atas kelalaianku dengan nikmat yang Engkau beri
jangan kerana nikmat pemberianMu melekakan aku
malah menjadikan aku lebih mensyukuri...

Wednesday, 27 April 2011

Sambal Kicap

Assalamualaikum...
Brett...brett....

Suka makan sambal kicap tak?
Tau tak sambal kicap tu apa?

Ha..macam ni rupanya....


"saya la sambal kicap"


Saya memang suka sambal kicap. Senang je nak buatnya...
Cili, kicap,
bawang putih sikit je...tak mau pakai banyak.
But kalau tak mau pakai bawang putih pun boleh juga..

Selalu saya akan makan sambal kicap dengan.....

meh kita layankan apa yang sedap di makan dengan sambal kicap ikut selera saya....



>>>>>>>>>>>


>>>>>>>>>>>>>>>


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>








Ikan bakar atau ikan goreng...tak pun saya akan buat ikan goreng celup tepung, makan dengan sambal kicap

Tempe goreng...tak kisah la tempe ni goreng biasa, goreng kunyit atau rempah...sedap tu. Ada orang pelik tempe ni. Saya tak pelik. Tapi saya pelik kalau orang pelik tengok saya makan tempe.
Nak lagi sedap, saya minum dengan nescafe ais...Adehhhh.... T___T sedapnya

Ayam goreng pun sedap jugak kalau dilayankan dengan sambal kicap. Tak percaya, cubalah.

Tahu goreng atau tahu sumbat atau tahu bakar...sedapnya

Pisang goreng..masyuknyer makan dengan sambal kicap tu. Ada orang pelik saya makan pisang goreng dengan sambal kicap. Tapi kalau belah2 Johor, ni biasa la. Saya yang pelik kalau orang kata saya pelik makan pisang goreng dengan sambal kicap. Orang tu la yang pelik.

Sup...soto, mee sup, bihun sup, sup ayam, sup daging dan adik beradik sup...macam wajib ada je, Kalau tak ada, macam tak lengkap sup tu.

Nugget pun sedap jugak tau layan dengan sambal kicap.

Sukun goreng..waaaa...heavennya.

Keropok lekor pun sedap jugak makan dengan sambal kicap. Saya suka buat keropok lekor celup tepung, makan dengan sambal kicap..

Paru goreng ni, memang sedap. Lagi sedap, makan dengan sambal kicap.


Ok tak selera saya pasal sambal kicap. Stok sambal kicap memang sentiasa ada dalam peti ais. Cuba-cuba la try selera ni...

Sarang heyo (^_^)

Tuesday, 26 April 2011

Bila Mak & Abah Berkata

Mak kata, dah kawen, memang la ikut suami.
Mak kata, tak apa, biarkan la..ikut saja dia (zauj).
Mak kata, ala, bila2 boleh balik kan, tapi ikut la dia (zauj).
Mak kata, tak apa, itu kan rumah dia, ikut la dia (zauj).

Abah kata, dah kawen, hidup berdikari sendiri.
Abah kata, dah kawen, dengar cakap keluarga dia (zauj).

Mak mertua kata, mak tak anggap menantu, tapi mak anggap macam anak sendiri.


owh hati...kenapa jadi sayu ni?

Jangan

Kata-kata ni, dari Kak Zima...

☆¨¯`♥ HATI Itu Umpama KACA,Jangan Biar Ia RETAK,
AKAL Itu Umpama AIR,Jangan Biar Ia KERING...
IMAN Itu Umpama DEBU,Jangan Biar Ia HILANG..
PERSAHABATAN Itu Pula Umpama TALI,Jangan Biarkan Ia PUTUS..☆¨¯`♥


Terima kasih kakak...sangat bermakna. Yes... kadangkala dalam perhubungan/persahabatan pasti akan ada kesilapan. Hmm, yang kadang kala akan meninggalkan titik hitam dalam hati.
Namun, kesilapan manusia itu pasti. Yang kadang kala lupa dan selalu sangat nak ikut perasaan tanpa fikir perasaan orang lain / nak orang lain jaga hati kita, but kita kadang kala lupa juga nak jaga hati perasaan orang lain.Maafkan semua orang. YES, saya sudah maafkan (^_^)
Alhamdulillah ada kawan2 yang selalu mengingatkan jalan ke jalan ALLAH terutamanya sahabat2 Wanita Kesayangan Ticher Ina. Love u all.





Tuhan Beri Aku Cinta



Assalamualaikum....
Saya nak share dengan semua 1 lagu yang saya suka layan.
Ni kalau dengar lagu ni, rasa macam komposer lagu tengah hayati lagu je
Ihik ihik ihik.....
OST Ketika Cinta Bertasbih.
Suara Ayushita ni makin sedap la pulak.

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Anda

Maaf..
Saya rasa saya tak ganggu hidup anda pun.
Kenapa anda nak sentap dengan saya?
Kekdahnya la anda ni.
I have my own life and u have your own life.

Kalau rasa sentap, please leave this blog. Tak perlu buka & baca pun.
Saya dah tak ada masalah pun dengan anda.
If anda masih lagi nak sentap2, thats your problem.
Tak baik tau anda buruk2 sangka dengan saya.

Lagi mahu sentap ke anda?
Anda...stop2 la yer....

Siapa anda? Hanya anda jer yang tahu siapa anda.
(Kot orang lain pun jangan la nak terasa yer. Maaf yer kalau terasa. Saya maksudkan Anda je. bukan awak =) )

Sambutan Hari Bumi

Assalamualaikum.......
A Billion Act of Green
Ni ler tema hari bumi MRSM Batu Pahat tahun ini.
Pada 25/4/2011 yang baru ni, MRSM Batu Pahat ada sambutan Hari Bumi.
So,ada macam-macam aktiviti ler yang dilakukan.
Seronok,menarik & tertarik la juga.
Lawak la gelagat kanak-kanak Form 1 ni.
Banyak mesej yang disampaikan. But budak2 kan...
Lawak-lawak...meriah sungguh la hari tu..
Jom kita layan..........


Sketsa dari Form 1..pada suatu ketika dahulu.....

Auchhh....ada orang tebang pokok2 tu

Aha...now pokok2 menyanyi riang

Owh...anok-anok, tok leh meraso...mandi laok....

Seronok....hijaunya....

Aha......after nyanyi-nyanyi...............JADI..................

HUJAN lebat........tak dapat nak baja2 pokok.....



Sarang heyo (^_^)

Monday, 25 April 2011

Setiap Perkara, Pasti Ada Sebabnya

Assalamualaikum...
Banyaknya benda saya nak cerita. Tapi yang mana dulu nak cerita.
Lately banyak berfikir, tentang life, kehidupan, sekeliling.
Kenapa setiap manusia tu bertindak demikian.
Saya mencari punca demi punca, dan cuba memahami psikologi manusia yang bertindak demikian rupa.
Adakah manusia itu singkat akal, pendek akal, tidak fikir panjang,ikut hawa nafsu, tidak fikir rasioanal?
Banyak betul asbab sesuatu perkara itu.
Yang akhirnya merugikan diri sendiri.
Namun, kadang-kala juga, sesuatu perkara yang menjadi titik hitam itu, ada baiknya boleh menyedarkan manusia.

Setiap perkara yang berlaku, pasti ada sebab. Agak mustahil kalau buat sesuatu tanpa tujuan, niat. Kita bekerja juga ada niat. Niat kita masing2. Contoh, kalau kita menipu, juga ada sebab. Sama ada kita malu orang tahu atau kita takut orang pandang rendah atau apa sahaja. Tanya dalam hati kita, pernah tak kita menipu walau sekecil hal? Apa niat kita?Apa fikiran kita semasa kita menipu tu? Apakah sukar untuk berkata jujur?

Macam tu juga kalau dalam kes gaduh. Kenapa manusia itu gaduh, bertumbuk sampai mendatangkan kecederaan? Apa yang manusia itu mahukan? Dan setiap pergaduhan itu, pasti ada punca atau asbab yang tertentu. Tak datang logiknya kalau manusia itu bergaduh dengan tiba-tiba. Tidak bolehkah kalau tidak bergaduh?

Banyak benda yang saya fikirkan. Terus mencari punca, sebab, kesan & psikologi manusia2 begini. Untuk memahami keadaan. Dan saya tahu, ALLAH pasti ada sebabnya kenapa saya terlibat dalam setiap pemikiran ini. Ada hikmahnya. Itu saya pasti, cuma saya tidak tahu, kerana ALLAH mahu saya mencari jawapannya.

Sarang heyo (^_^)

Sunday, 24 April 2011

Kenangan Dulu (Kolej Kediaman Kelima, UM)



Assalamualaikum...
Kali ni, nak entri pasal lagu yang dulu saya selalu menyanyi
4 tahun tu lagu ni saya asyik nyanyi dulu2 la zaman UM dulu.

Weeeeee...apa yang istimewanya, suara saya ada dalam lagu ni.
Asalnya, lagu ni just sekadar muzik jer..tak ada suara.
But bila saya dah final year, Master kolej minta buat pembaharuan kat lagu ni.
Masa tu, saya dah super senior la kot...(weeeeeeee, tua sudah masa tu)
So, zaman junior saya la memerintah kolej (dah macam memerintah apa la ni). I mean, menerajui barisan kepimpinan pelajar kat kolej. {saya dulu Pengerusi Jawatankuasa Perkembangan Akademik & Intelektual (JKPAI) } Master minta lagu ni ada suara. Senang orang yang tak tahu nak ikut.
Maka, saya pun dijemput untuk dipinjamkan suara masuk dalam lagu ni.

Kami buat rakaman kat studio nasyid kumpulan Mawaddah. Kenapa saya dipilih dalam ramai2? Dan saya sorang je paling senior. Hmmm...suara saya best??Hahahaha...riak ni kot bunyinya...Hmmm, ada la sebabnya. Sebab penasyid la kot.

Then......seharian la rakam suara untuk lagu ni....
Percaya tak kalau saya kata, tak ramai yg rakam suara untuk lagu ni..
Tapi kalau dengar, macam ramai kan...
Sebab tu saya kata, seharian rakam. Sebab kena guna macam2 suara...so, nampak la harmoni kan. Dan nampak macam ramai je kan...
So, ni antara pengalaman manis buat rakaman lagu dalam studio rakaman. Anda ada? Hikhik.Saya gurau. Kang macam riak pulak.

Video klip ni, ada junior saya yang buat. Baru-baru ni, saya link kat FB lagu ni.
Hmm...ramainya yang mengomen kata rindu, nak ulang kembali zaman UM...
YES...saya juga rindu. Sebab kat sini, banyak sangat saya belajar, yang tak ada dalam kelas.
Projek2 yang saya join, jawatan2 yang saya diamanahkan, kem-kem yang saya join...
Memang tak ada dalam kelas. Susah nak dapat pengalaman ni.

Kalau tengok video ni, memang semua gambar yang ada dalam video ni, saya pernah join dan saya ada dicelah2 itu..cari saja di mana...hikhik. (^_^)

Ok, rasanya, kalau ada masa, nanti saya story-story pasal pengalaman kat Kolej Kediaman Kelima (Dayasari) Universiti Malaya atau orang panggil 5th Collage.
jenuh tu nak buka gerobok lama ni untuk cari pengalaman2 lama....

after dinner. Duduk kat dataran 5th.Always miss this place. Rasa nak je drive ke sana. Duduk kat DM 5th. Duduk kat wakaf 5thDuduk kat BGC 5th...dapat sejam pun jadilah.

Stop dulu...

Terima kasih kerana anda-anda sudi membaca.
Tak kira siapa anda, walau di mana anda berada, terima kasih.

Sarang heyo (^_^)

Inspirasi




Lagu ni....
Dah lama tak dengar lagu ni..
Nak cari nasyid lain, jumpa lagu ni.
Lagu ni memang Inspirasi saya...
Ada banyak nostalgia lagu ni...
Sangat banyak...

Inspirasi...

Diriku berlari
Kejar buih di kaki sirahmu
Malangnya tak jumpa
Hilang ditelan ombak masa

Lelah aku
Dan termangu di sini
Mencari sinar

Ku cuba mengutip
Butir bistari di pesisir kalammu
Inginku sematkan
Menghiasi dada kehidupanku

lalu terang destinasi abadi
Di hujung langkahku

Kau inspirasi
Jiwa nan suci
Inginku terus selami

Di dasar dirimu kilau cahaya
Mutiara putih
Menyinar ke dalam lubuk jiwa
Nan gelap gelita

Di dasar dirimu
Karang indah
Halus penuh seni
meneguh perjuangan kebenaran
Hikmah pekerti

Kau inspirasi
Permata hati
Ingin ku terus selami

Kau inspirasi
Walau kau pergi
Namun ku tetap di sini..
Bunga-bunga cinta
from Harlina Al-Hamra..
Thank you dik (^_^)


__________ (¯`v´¯)
__________(¯`(█)´¯)
__________ (_.^._)´¯)
______ (¯`v´¯)(¯`(█)´¯)
______(¯`(█)´¯)(_(¯`v´¯)
..._______(_.^._)__(¯`(█)´¯)
_________(¯`v´¯)´(_.^._)
________(¯`(█)´¯)(¯`v´¯)
_________(_.^._)(¯`(█)´¯)
___(¯`v´¯)(¯`v´¯) (_.^._)(¯`v´)
__(¯`(█)´¯) _ (¯`(█)´¯) (¯`(█)´¯)
__█(_.^._)___(_.^._)____(_.^._)
_███_ (¯`v´¯)_█_ (¯`v´¯)
████(¯`(█)´¯)_█_(¯`(█)´¯)
_███ (_.^._)___█ _(_.^._)
__████_(¯`v´¯)_█
___███(¯`(█)´¯)█_(¯`v´¯)
____██_(_.^._)█_(¯`(█)´¯)
_____███_(¯`v´¯)´(_.^._)
______██(¯`(█)´¯)(¯`v´¯)
_______██(_.^._)(¯`(█)´¯)
____(¯`v´¯)__█__ (_.^._)(¯`v´¯)
___(¯`(█)´¯)_█(¯`v´¯)__(¯`(█)´¯)
____ (_.^._)_█(¯`(█)´¯)__(_.^._)
_____ (¯`v´¯)█(_.^._) (¯`v´¯)
____(¯`(█)´¯)█_____(¯`(█)´¯)
_____(_.^._)_█______(_.^._)
____________█
......(█████████████)
.......(████████████)
........(███████████)
.........(██████████)
..........(█████████)
...........(████████)
............(███████)

Tuesday, 19 April 2011

Doaku

_¶¶¶¶¶¶¶
______¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
...__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___(¯`♥´¯) ─────────█─█
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶____`•.¸.•´-████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶______¶¶¨¨¨¨ █──█──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_________¶¶¶¨¨¨¨ ████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶________¶¶¶¶¨¨¨¨ ───███████─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_____¶¶¶¶¶
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___¶¶¶¶¶¨¨ Yaa ALLAH ..
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ Sesungguhnya aku lemah
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ tanpa petunjuk-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ aku buta tanpa bimbingan-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨¨ aku cacat tanpa hidayah-MU
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨ aku hina tanpa Rahmat-MU
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
○°ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº°

Sunday, 17 April 2011

Air Mata Keinsafan



Lagu ni pun ada related dengan entri saya yang baru ni. Ada bawah post yang ini.
Lagu ni pun lagu The Zikr..then Saujana bawa lagu ni. Sama album dengan yang lagu entri yang saya post sebelum entri ini.
Kalau lagu yang sebelum ni, saya letak Brothers, sebab saya rasa pembawakan kumpulan Brothers lebih mendayu. Bukan kata Saujana bawa tak best. Sedap juga sebenarnya.

But, lagu yang ni, saya pilih video Saujana. Sebab Saujana bawa lagu ni dengan baik.
Ni antara lagu yang saya selalu buka masa zaman universiti dulu.
Bila lama tak dengar, rasa lupa & leka.
Begitulah banyaknya kelemahan saya.

Kalau dengar lagu Harapanku PadaMu Subur Kembali, pelengkapnya lagu ni..Air Mata Keinsafan.
Kalau video yang lepas, Brothers bawa lagu Air Mata Keinsafan masa mula-mula tu, then terus masuk lagu Harapanku PadaMu Subur Kembali..


Air Mata Keinsafan

Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi

Rintihan di pertiga malam
Dari seorang hamba yang dhoif
Kerna mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi

Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan
Ayuh bersama kita susuli
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi
Dalam meniti hidup ini

Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian Sirat
Bahagia menuju syurga abadi

Harapanku PadaMu Subur Kembali




Assalamualaikum...
Kali ni nak share lagi antara beberapa lagu nasyid yang saya suka.
Lagu ni, tajuknya Harapan PadaMu Subur Kembali.
Penyanyi asal kumpulan The Zikr. Masa ni, zaman-zaman nasyid yang dulu-dulu..seangkatan Nadamurni.
Then, The Zikr tukar nama kepada kumpulan Raihan.
Ada beberapa kumpulan nasyid dah bawa lagu ni.
Antaranya Saujana (masa zaman masih ahli lama kalau tak silap saya dan album bergabung dengan kumpulan Nowseeheart). Then yang saya link ni, kumpulan Brothers.
Siapa pun penyanyi, lagunya tetap syahdu.

Suka layan. Sebab memberi keinsafan.
Dan saya suka bait-bait lirik lagu ni.
bila dah lama tak dengar lagu-lagu nasyid, rasa leka sangat. But, bila dengar semula, rasa kembali ke landasan yang asal. Sama di zaman universiti dulu. Rindu pula zaman universiti. Lagu-lagu nasyid yang membawa saya kepada siapa saya hari ini. Dan saya akui, kadang-kala saya leka dengan lagu yang lari sangat-sangat dari nasyid ni. teruk rasanya diri ini. :-(

Saya manusia yang lemah. Yang kadang-kala tewas dengan perkara yang berlaku.
Dan kadang-kala saya leka, semua itu adalah ujian dari Allah.
Betapa tidak bersyukurnya saya.
Setiap yang berlaku, ujian dari Allah.
Kalau orang tak suka kita, biarkan lah.
Kalau orang tak mahu mengaku apa yang dia dah buat, walau beribu bukti yang kita ada sekalipun, biarkanlah.
Kalau orang masih lagi buruk sangka pada kita, biarkanlah.
Dan biarkan lah apa pun dalam hati orang lain nak kata apa.
Sebab ini semua ujian.

Dan kalau masih ada lagi yang nak kata entri kat blog ni, atau di FB, atau di mana saja nak kata saya tuju kat dia, biarkan juga. Sebab orang yang cepat buruk sangka, hati dia sakit sebenarnya. Biarpun dia membaca banyak bahan agama, banyak amalan Islam, banyak mengaji sekalipun, kalau hati sakit, hanya ALLAH yang tahu.
Sebab apa yang saya letak kat entri ni, bukan nak tuju kat sesiapa, tapi untuk diri saya sendiri. Dan, dunia saya, bukan hanya seorang dua..malah ada ramai lagi. Kenapa perlu terasa hati? Dan, andai masih ada lagi yang terasa hati, saya mohon maaf. Itu sahaja yang saya termampu.
Saya hamba yang lemah, tak lari dari buat dosa. So, kalau nak kata atau syak saya atau nak buruk sangka kat saya, silakan. Saya tidak penat.

Lagu ni, ubat untuk hati saya......

Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang Ghafar-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
Mengganti hukuman-Mu di akhirat

Di waktu mengenang rahma-tMu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harusku memohon
Moga syukurku bertambah

Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak mengenal kebenaran-Mu
Ya Alloh Tuhanku
Bantulah hamba-Mu
Dalam mendidik jiwaku ini

Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu


Sarang heyo (^_^)

Cerita Saya Suka - Part 1

Assalamualaikum..
Anda suka menonton tak?
Saya suka....but tengok pada rancangan/siaran/movie/anime/drama la
Kali ni nak berentri pasal yang saya suka tonton...

Saya suka tengok anime CONAN & CONAN (Live siri).
CONAN???Kenapa CONAN
Sebab ni siri penyiasatan. ANIME??Kenapa ANIME? Saya memang suka tengok ANIME.
Sebab sangat banyak la benda mengarut yang tak ada dalam cerita realiti ni.
But, tak bermaksud saya kuat khayal benda-benda merepek ni.
Tapi serius, tengok CONAN, bukan macam tengok kartun / anime yg lain. Sebab ada unsur-unsur pengetahuan.
Kalau yang LIVE pun, CONAN juga saya suka. Dan ada lagi 1 siri penyiasatan yang saya suka dari zaman sekolah lagi, The Young Kindaichi. Waaa...ni siri penyiasatan.

Suka suka..
kalau tengok tajuk-tajuk, ni semua siri Jepun kan..Yesssss....saya suka tengok movie / drama Jepun sebab dalam drama/movie mereka, masih lagi memaparkan budaya mereka. Contoh, hormat orang tua, sayang haiwan, kebersihan, hormat pada makanan (kalau agama kita, tiap kali nak makan, baca doa), dan ada banyak lagi. BUKAN bermaksud saya mengangungkan mereka, sebeb ada juga cerita Jepun yang agak kurang sesuai la dengan budaya kita...TAPI kena la pandai pilih.


Stop dulu..nanti saya sambung lagi

Saturday, 16 April 2011

Oh Lelaki!!!

Macam mana rupanya kalau lelaki dewasa yang tidak matang?

A : Asyik mengata orang je. Tak kira mana saja.
B : Terasa sikit, cepat-cepat buat entri kat blog, FB, Twitter, FS, dan sealiran dengannya.
C : Cepat syak wasangka kat orang. Buruk sangka la senang kata (sedangkan buruk sangka tu dosa).
D : Asyik kata orang lain terasa itu ini, sedangkan dia kot yang terasa. Ni dalam psikologi, namanya Mekanisma Helah Bela Diri.


Atau ada lain-lain jawapan atau kesemua di atas? Pada saya, lantak la orang lelaki macam ni nak fikir apa atau nak kata apa. Entah apa pengukurannya orang macam ni kan. Sangat-sangat la kasihan. Dah dewasa, tapi tidak matang. Asyik cepat nak terasa je.

Dan, setiap apa yang kita tulis kat mana-mana pun termasuk statement kat FB, Twitter, Blog, Fs, Myspace....semua tu menunjukkan tahap kematangan kita & siapa kita..

Akhir kata.....

Sarang heyo (^_^)

Ikan

Assalamualaikum.......
Meh meh, cuci mata jap..


Ikan masak berlada


Kari ikan ala-ala mamak


sarang heyo (^_^)

Friday, 15 April 2011

My First Cheese Cake

Assalamualaikum............
Pewwiittttttttttt.....

Entri kali nak, nak story morry pasal My 1st cheese kek..
Suka makan cheese cake tak?
Saya suka makan, but, tak la mkan hari-hari.
Sesekali aje....

So, tangan ni, asyik gatal-gatal je nak buat itu ini aneka makanan.
Maka, buat la percubaan pertama ke atas eksperimen membuat cheese kek.

Weehheeeee........jadi jugak....
Cuma ada kekurangan...saya just guna bekas kaca untuk membakar.
So, tak Perfect Ten sangat la...

Jom, layankan pic-pic yang saya snap-snap






Sarang heyo (^_^)

Wednesday, 13 April 2011

Bunga Kuning Itu



Suatu tempat yang saya pergi...yang jauh (^_^)

Tuesday, 12 April 2011

Taman Firdausi



Just nak share salah satu lagu nasyid yang saya suka sejak zaman Universiti lagi
TAMAN FIRDAUSI
Kalau kepala tengah serabut, bila buka lagu ni, rasa macam berada di kawasan gunung-ganang yang penuh dengan taman-taman bunga, ada rama-rama, ada burung-burung berterbangan berkicauan...
Best tak imaginasi saya..... (^_^)



Indahnya taman Firdausi

Tak terbayang di mata

Tak terjangkau di hati

Kurniaan yang abadi

Itulah taman syurga tertinggi

Bagi mukmin yang sejati

Di sana tiada derita

Bahkan usia ?kan kekal remaja

Wajah ceria berseri

Tanda nikmat tak terperi

Indahnya syurga itu janjiNya

Bagi insan yang bertaqwa

Bidadari dan para pemuda syurga

Bagaikan kilau mutiara

Sungai yang mengalir beraneka rasa

Limpah rahmat Yang Esa

Tiada duka tiada resah

Dan tiada jemu yang melanda

Di sanalah keindahan

Kebahgiaan jiwa yang hakiki

Selamanya

(Kurniakan syurgaMu Ya Allah... Ya Rahman...Ya Rahim)

Haruman Raihan yang memikat sukma

Dan linangan Salsabila

Mahligai permata megah mempesona

Tak tergambar hebatnya



Sambung Belajar


Akan mengikut jejak orang lain untuk sambung belajar.
Saya semakin admire dengan orang-orang yang sambung belajar.
Niat saya, untuk mendapatkan ilmu.
Tempat, pilihan U, pilihan kursus & sama ada nak sambung bersama suami atau tunggu suami sambung dulu atau saya yang sambung dulu....?

Nantikan sahaja.
Yang penting, izin suami & suami sangat menggalakkan.
Banyak perancangan yang dah dirancang.
Yang juga melibatkan kerjaya (^_^)


Hanya mampu merancang, dan hanya dengan izin ALLAH, sesuatu akan terjadi.
Hmm, cakap pasal izin ALLAH, apa pun yang kita buat, semua dengan izin ALLAH. Buat baik, buat jahat, semua dengan izin ALLAH. Tapi ALLAH melihat sama ada cara kita tu betul atau tidak.

Contohnya, kita nak dapatkan duit. A tak tahu mana nak cari duit, A dalam keadaan sangat terdesak, so, A rancang buat rompakan bank. Kalau fikir balik, bank tu punyalah ada kawalan ketat, memang susah nak rompak. Tapi dengan izin ALLAH, A berjaya rompak bank. TAPI....
cara A tu betul ke salah?Ni lah nama ujian ALLAH..

Lain situasi pula, B suka C. B tengok C macam lambat bagi respon. Atau C menolak. Maka, B yang rasa takut kehilangan C atau takut terlepas, maka B pun jumpa D untuk minta pengasih. Dengan izin ALLAH, C pun asyik teringat B, maka berkahwin la B & C. Dengan izin ALLAH, memang boleh jadi. TAPI...cara yang digunakan B tu diredhai ALLAH atau tidak....

Eh eh, lain pulak mengarut....
Nanti sambung lagi ek....

Sarang heyo (^_^)

Budi Bahasa Budaya Kita




Pagi-pagi ni, sebenarnya banyak idea nak menaip2 entri baru.
Tapi, bila dah banyak, mana satu idea nak dikeluarkan.
Agak-agak la kan, kalau tak jadi macam kerja saya sekarang, kerjaya ke-2 adalah penulis kot. Wah gitu....
Barangkali yer, sebab kalau dilihat sejarah-sejarah lalu, (bukan subjek sejarah) ... ada bakat sebenarnya dalam menulis ni, terutama masa di sekolah rendah & menengah.
Diakui oleh cikgu-cikgu & kawan-kawan..(ni dah macam
RIAK la pulak...baru je lepas entri pasal RIAK )

Budi bahasa..mungkin kali ni sesuai untuk kata pasal budi bahasa.
BUDI BAHASA BUDAYA KITA. Kata-kata ni memang tepat, TAPI.............dah ramai tak amalkannya.

Contoh, kalau kita pergi kedai makan, kita tengok orang ramai sangat, then ada lah tempat kosong, TAPI kerusi tak cukup untuk ahli rombongan
CIK KIAH kita..TETIBA kita nampak la ada kerusi kosong kat meja lain yang ada rombongan CIK KIAH yang lagi sikit dari kita.
Apa kita nak buat ;


A : Kita terus je pergi ambil kerusi tu, buat muka tak tahu. Kerek pula tu.
B : Kita pergi kat meja tu, kita kata " Maaf cik.pakcik/makcik/saudari/saudari , kerusi ni ada orang tak? Kalau tak ada boleh saya ambil?"


Agak-agak yang mana jadi pilihan kita? Yes, ramai akan jawab pilihan B, but apa yang berlaku di kebanyakkan kedai makan yang saya pergi? The real situation is A...
Saya bagi lagi situasi lain.
Masih lagi di kedai makan sebab mood saya tengah lapar ni. Hahahaha.

Kita pergi kedai makan FEBERET kita..dan kedai tu memang terkenal dengan ramai orang. Kita sampai, memang ramai orang pun. Ni langsung tak ada tempat untuk rombongan CIK KIAH kita. Kita pun pakat la dengan ahli rombongan CIK KIAH kita tu untuk tunggu. Tunggu punya tunggu, dah makan masa lima minit. Apa kita nak buat? Kita pun nampak la ada orang dah nak habis makan. (Ok, saya nak buat 2 situasi)


Situasi 1 (Kita &
Rombongan CIK KIAH kita)


A : Pergi je kat meja tu, dekat-dekat sikit, lepas tu, kita buat-buat cakap dengan ahli
CIK KIAH kita macam ni "Tak reti-reti lagi ke dia orang ni nak bangun, tak nampak ke orang lain ramai menunggu).
B : Kita pergi kat meja orang tu, kita kata macam ni "Kak/bang/dik/pak cik/mak cik/cik/saudari/saudara , dah habis makan ke? Lama lagi tak? Kalau lama, kami tunggu kat sini, sebab ramai orang la. Maaf yer ganggu".
C : Atau, kita pergi je kat meja tu, dengan muka kerek kita, kita cakap macam ni "Dah habis makan kan, boleh tak bangun, kami nak duduk".
D : Atau kita diam je tak buat apa-apa. Tapi muka kita.....bukan main lagi menjeling-jeling kat orang yang duduk tu seolah kita nak terkam je dia.


Yang mana satu pilihan kita? Apa pun pilihan kita, sebaik-baiknya pilih la B. Sebab A,C,D akan menimbulkan suasana yang sangat la tak best. Saya pernah jumpa orang dalam situasi D. Dan ini menimbulkan situasi yang lain pula.

Situasi 2 (Orang yang duduk makan tu pula/kita yang tengah duduk makan).


Suasana kat kedai makan
FEBERET kita tu ramai orang. Kita pulak tengah duduk makan / orang lain yang tengah duduk makan. Dah nak habis, tapi kita/orang yang duduka makan tu, tak reti-reti lagi ke nak bangun. Situasi pilihan ;

A : Dah nampak orang macam nak duduk, tapi buat-buat aje la tak tahu..Lantak la, we all & rombongan
CIK KIAH we all nak sembang lagi hokay. (Alamak kakak...nak sembang kat tempat lain pun boleh la).
B : Bangun, dan beri orang lain tempat duduk tu. (Kesian tau, dia lapar nak makan. Mana la kita tahu, kot-kot dia tak makan dari pagi/semalam).

C : Agak-agak dia dah buat muka kerek kan, kita pun lagi la kerek..Oooo. nak buat muka dengan aku yer. Aku & rombongan CIK KIAH aku tak mau bangun.

D : Kita dah kena sound, kita balas pula apa yang dia sound. (T___T alahai kakak...tak mau la gaduh-gaduh kat tempat awam macam ni).


Haaa....pernah tak jumpa macam ni? Mungkin juga ada yang lebih teruk dari situasi yang saya bagi ni. Begitu juga, apa-apa pun, fahamilah, dan berbudi bahasa la..Budi bahasa tu kan budaya kita. Penat je Cik Siti nyanyi-nyanyi ajak kita budi bahasa.


* Nama CIK KIAH dalam entri kali ini, tidak ada kena mengena dengan mana-mana CIK KIAH kat seantero dunia..
Justify Full

Sarang heyo (^_^)

AIB

Hadis Rasulullah s.a.w

Jangan membuka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumah sendiri.

Jangan sekali-kali kita membuka aib orang kerana aib kita akan dibuka pula di akhirat kelak. Sama- sama kita saling menyimpan aib kerana ada hadis menyatakan tidak sempurna iman seseorang sekiranya dia tidak mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri..

Jagalah MULUTmu...
Seperti menjaga KEMALUANmu !
Karena keBANYAKan penduduk NERAKA...
Bukan hanya orang yang tidak bisa menjaga KEMALUANnya...
Tetapi juga orang yang tidak bisa menjaga MULUTnya
"Perkara yang paling BANYAK mengANTARkan orang masuk ke NERAKA adalah MULUT dan KEMALUAN." (HR. Tirmidzi)


"Barang siapa berIMAN kepada ALLAH dan HARI AKHIR...
Maka berKATAlah yang BAIK atau DIAM." (HR. Bukhori-Muslim)



Monday, 11 April 2011

RIAK

Ilmu yang ada untuk dikongsi bersama. Juga peringatan untuk diri saya.



Untuk Muhasabah diri

Sesungguhnya anak adam dijanjikan kematian padanya

Manusia takkan diuji dengan ujian yang diluar kemampuannya.

Setiap penyakit ada penawarnya & setiap masalah ada penyelesaianya. Insya Allah...

HAKIKAT PENYAKIT RIAK...


Firman Allah dalam surah al-Ma’un ayat 4-6 yang bermaksud:
"Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak."


Pengertian riak

Riak itu ialah melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam hati manusia.

Perkara yang diriakkan oleh manusia;

1. Riak dari segi badan

Riak jenis ini menunjukkan seseorang itu menampakkan keletihannya kerana berpuasa dan banyak berjaga malam untuk beribadat.


2. Riak pada pakaian

Seseorang itu memakai pakaian yang menunjukkan kewarakan dirinya sedangkan hakikatnya tidak. Memakai pakaian sebegini di hadapan golongan tertentu kerana kepentingan diri sedangkan di waktu lain dia bukanlah sebegitu malah hatinya juga bukanlah berniat untuk mendapat keredhaan Allah tetapi mengharap penghormatan daripada orang lain.
3. Riak dengan perkataan

Riak ini adalah seseorang itu menunjukkan dirinya seorang yang benar dan ikhlas melalui perkataan yang keluar dari bibirnya. Tuturnya seperti seorang penasihat dan pensyarah. Dia memilih lafaz-lafaz yang halus dan dalam maknanya juga kata-kata hikmat beserta hadith. Dia juga berkata seperti kata para Nabi dan aulia sedangkan pada hakikatnya dia sebenarnya sunyi dan kosong.


4. Riak pada amalan

Orang sebegini adalah sering menzahirkan khusyuk dalam solat dan sengaja memanjang-manjangkan rukuk dan sujud apabila ada orang melihatnya. Orang seperti ini sering bersedekah secara terang-terangan, pergi menunaikan fardhu haji, berjalan menundukkan kepala dan kurang berpaling ke kanan dan ke kiri padahal Allah mengetahui batinnya. Sedangkan jika dia bersendirian amalannya bukan sempurna sebegitu, seperti solat dengan cepat, berjalan laju dengan matanya sering meliar ke sana ke mari dan sebagainya.


5. Riak dengan ramainya murid dan pengikut

Seseorang itu berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai. Demikian juga seperti seseorang yang sering menyebut nama ulama’ itu dan ulama’ ini bagi menunjukkan dirinya seorang yang banyak bertemu dengan syeikh dan ulama.

Peringkat Riak



1. Riak Akbar

Riak akbar ialah seseorang itu taat melakukan ibadat tetapi untuk mendapatkan sesuatu daripada manusia dan bukanlah untuk beroleh keredhaan Allah SWT. Riak ini adalah berpaling terus daripada Allah pada keseluruhannya kerana hanya berkiblatkan manusia.


2. Riak Asghar

Riak asghar ini pula ialah melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang ada pada manusia dan apa yang pada Tuhan iaitu melakukan amal kerana Allah dan kerana yang lain daripada-Nya. Riak ini adalah lebih ringan daripada riak akbar kerana orang itu menghadap Allah pada satu segi dan kepada manusia pada satu segi yang lain.
3. Riak Jali (yang terang)

Riak ini ialah mendorong seseorang itu untuk melakukan amal ibadat. Sehinggakan jika tanpa riak ini dia tidak berminat untuk melakukan amal.

4. Riak Khafi (yang tersembunyi)

Riak ini pula tersembunyi di dalam hati di mana ianya mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat.


Punca Riak

Sebab-sebab yang boleh membawa kepada penyakit riak ini antaranya ialah;

1. Sifat suka dipuji oleh orang lain.
Sifat ini akan membawa kepada bangga diri dan suka menunjuk-nunjuk kelebihan kepada orang lain.

2. Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain.
Ketakutan ini boleh membawa kepada penampilan yang kurang jujur dan suka berpura-pura.

3. Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian.
Seseorang itu melakukan segala pekerjaan adalah semata-mata kerana untuk menarik perhatian orang lain, dan menganggap dirinya hebat. Manusia sebegini mengharapkan ganjaran atas segala pekerjaan yang dilakukan.


Bagaimana mengelakkan sifat riak?

Rawatan terbaik bagi segala penyakit di muka bumi ini adalah dengan menjauhi sebab-sebab dan punca terjadinya penyakit.

Terdapat beberapa cara untuk menghindari sifat riak daripada menguasai hati;

1. Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang perkara yang diperintahkan Allah dan juga sering menyucikan hati dengan melakukan ibadat-ibadat khusus seperti zikir dan membesarkan kekuasaan Allah.

2. Mengawasi diri agar sentiasa takut akan kemurkaan Allah. Dengan ini akan membawa diri agar sentiasa berwaspada dalam melakukan perkara yang boleh mengheret kepada dosa dan seksaan Allah pada hari akhirat kelak.

3. Berwaspada terhadap perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan yang dilakukan akibat riak.

4. Menanamkan di dalam diri bahawa melakukan sesuatu perkara kerana manusia sehingga membawa kemurkaan Allah itu patut dijauhkan.

5. Sentiasa mengawasi diri daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yang dikurniakan Allah untuk menghampirkan diri kepada Allah.

6. Ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan. Apabila berasa suka dipuji dan diberi penghargaan setiap kali membuat sesuatu perkara yang baik dan berasa terhina apabila ditegur, maka inilah tanda wujudnya sifat riak.


Adakalanya terdapat juga orang yang melakukan amal kebajikan dengan niat ikhlas kerana Allah, namun dia mendapat perhatian daripada orang lain atas amalannya. Keadaan ini tidak diambil kira sebagai riak kerana dia sememangnya niat dengan ikhlas pada awalnya. Namun, untuk melakukan satu-satu ibadat pada permulaannya akan menyebabkan timbulnya perasaan riak dan rasa bangga diri, namun apabila amal itu sering dilakukan dan berterusan dengan niat ikhlas pastinya perasaan riak itu akan terhapus sedikit demi sedikit.

Janganlah takut untuk pergi ke masjid, mendengar tazkirah, menunaikan solat jemaah dan sebagainya kerana takut akan dikatakan riak sedangkan dengan riak itulah akan mendorong dan menggalakkan kita untuk beramal dan meningkatkan ibadat. Tetapi,jangan biarkan perasaan riak itu terus menerus menguasai diri kerana apabila ada riak dalam setiap amalan maka amalan yang dilakukan adalah sia-sia belaka.


kredit: Tok Wan

Sunday, 10 April 2011

Kata-Kata

Ada beberapa kata-kata dari Kak Azah yang pada saya sangat best la untuk saya kongsi bersama semua...(ceh ceh ceh...macam ramai jer kan yang baca belog ni).

Moh ler kita layan.......

"Tak perlu nak minta penjelasan kerana penjelasan itu nanti akan di buka di akhirat."

"Jika manusia itu membuka aib orang lain maka ALLAH akan buka aib orang itu di akhirat kelak..so lebih baik kita percaya dan berpegang kata2 ALLAH..biarlah mereka, mereka berhak percaya kpda sesiapa sahaja.. jangan sedih2 kerana fitnah mereka..sedihlah persiapan kita di akhirat bagaimana...so jom senyum2 yek..ALLAH itu sentiasa bersama kita.."

"Hati tu kena kuat, itulah manusia..selagi bergelar manusia macam2 cabaran yg dilalui..so kita teruskan kehidupan..nanti kalau sedih2 sangat semua kerja tak jadi. Nak ...sedih, mengadulah pada ALLAH..nangislah sepuas2nya pada-NYA..Insya ALLAH sangat2 dan teramat mujarab"

" Tidak kira kalau dah tunaikan haji/umrah sekalipun, kalau dia mengumpat orang, ALLAH tarik semula amalan-amalannya"

Tau tak, kata2 ni, sangat2 la memberi kesan pada saya...mungkin juga, berguna buat semua readers....mana tahu...ilmu yang ada, saya sampai2 kan..

Dinner


(^_^)

Kisah 2 sahabat

Terima kasih kepada seorang sahabat, ukhti Harlina
Alhamdulillah, persahabatan yang terjalin dengan Harlina dan sahabat-sahabat muslimah, mereka ini, banyak mengajar saya erti sebenar dalam sahabat.

Sahabat yang baik, tidak akan berkata buruk tentang sahabat sendiri, walaupun sepatah kata. Tidak akan cepat buruk sangka. Dan lebih menyedihkan, mengata kita buruk sangka terhadap diri dia. Begitu juga diri saya, yang sentiasa banyak kelemahan. Dan tidak layak untuk saya dibandingkan orang yang hanya rasa diri sendiri betul dan orang lain salah. Sebab saya hanya orang yang banyak kekurangan.

Kadang-kala, tidak semua kebenaran perlu kita ketahui. Kadangkala diam tidak membawa maksud apa-apa. Adalah lebih baik diam dari mengata tentang saudara sendiri. teringat kisah Wahsyi....Kalau ada yang masih rasa tak puas hati atau masih ada rasa sesuatu, ketahuilah, dan percayalah, diri ini sudah tidak rasa apa-apa. Buat apa nak salahkan sesiapa lagi kan. Macam budak-budak je..dah besar gajah pun (hahahahaha).


Ada satu kisah,

Ini adalah kisah 2 sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar dan salah seorang menampar temannya. Org yang kena tampar berasa sakit hati tapi tanpa berkata apa-apa pun dia menulis di atas pasir : HARI INI SAHABAT BAIKKU MENAMPAR PIPIKU.

Mereka terus berjalan sampai menemui sebuah oasis di mana mereka membuat keputusan untuk mandi. Orang yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya cuba berenang namun nyaris tenggelam dan lemas tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabatnya.. Ketika dia mulai sedar dari lemas dan berasa takut sudah hilang dia menulis di atas batu : HARI INI SAHABAT BAIKKU MENYELAMATKAN NYAWAKU.

Orang yang menolong dan menampar sahabatnya bertanya, "Kenapa setelah saya melukai hatimu kamu menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di atas batu pula?.

Temannya sambil tersenyum menjawab, " Ketika seorang sahabat melukai kita,kita harus menulisnya di atas pasir agar angin kemaafan datang menghembus dan menghapuskan tulisan tersebut. Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi kita harus memahatnya di atas batu hati kita agar ia kekal lama."

Yer, itu yang terbaik. kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa. Kadang kala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian. Sekiranya lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan..

* Maaf andai ada yang terasa dengan entri ini. Saya tidak bermaksud nak tuju pada sesiapa pun. Tak baik tau mengumpat. Best kot makan daging saudara sendiri. Ni peringatan untuk diri saya. saya insan lemah. Mungkin ada orang rasa diri dia hebat & perfect. Itu hal masing-masing.

Saya sangat menghargai persahabatan dengan Harlina, Ina, Kak Zima, Kak Chik, Kak Azah, Kak TATA, Idah, Marina, Ros Diana, Kak Nour.

Sorry



Sorry Seems To Be The Hardest Word

What have I got to do to make you love me
What have I got to do to make you care
What do I do when lightning strikes me
And I wake to find that you're not there

What do I do to make you want me
What have I got to do to be heard
What do I say when its all over
And sorry seems to be the hardest word

Its sad, so sad
Its a sad, sad situation
And its getting more and more absurd
Its sad, so sad
Why cant we talk it over
Oh it seems to me
That sorry seems to be the hardest word

What do I do to make you love me
What have I got to do to be heard
What do I do when lightning strikes me
What have I got to do
What have I got to do
When sorry seems to be the hardest word

Music by Elton John
Lyrics by Bernie Taupin

Maaf.... perkataan yang paling susah untuk kita sebut bila kita menyakiti hati, melukakan hati, menipu hati atau merobek hati orang lain...

Dan susah lagi untuk kita maafkan bila seseorang menyakiti hati, melukakan hati, menipu hati atau merobek hati kita meminta maaf dan meminta agar kita maafkan dia.

Tanyalah pada sesiapa pun, manusia mana pun, tak kira dia bangsa apa, agama apa, bahasa apa, merentas seluruh dunia di mana-mana benua, dan di mana-mana negara... pasti jawapannya sama.. betul tak? kalu tak betul dia bukan manusia, dia alien!! te he he

Sepertimana perkataan cinta tu sukar disebut, samala jugak kedudukan perkataan maaf tu... Cuma dengan iman yang kuat dan hati yang berusaha ikhlas je membenarkan bibir sebut perkataan tu.. walau pun sebenar terasa payah nak sebut... betul tak? kalu tak betul, dia bukan manusia, dia alien!! he he he

So bila baca lirik Elton John ni, betul la apa dia cakap tu... walaupun dia tu gay- laki/bini dia lelaki, walaupun orang kulit hitam tu pakai salib, walaupun penari-penarinya seksi-seksi belaka, walaupun ada mamat-mamat saleh hensem, walaupun jeles tengok grand piano putih dalam video klip ni- tapi bukan tu yg menarik perhatian. Lirik dia yang saya minat, mencerminkan perasaan dan harapan suatu masa dulu... kini.. dan selamanya (hehe=p) yang dah lama hancur!!

yang pasti... pada yang bergelar akhi/ukhti itu, berikanlah seribu satu alasan pun dan meminta maaf atas apa yang berlaku...

.....sorry seems to be the hardest word. (maknanya iman saya tak kuat dan hati saya tak ikhlas, betul tak? kalu tak betul dia bukan manusia, dia alien!! he he he=p)

"Ingat Allah, sungguh Allah itu Maha Pemaaf walau dosa kita setinggi gunung".

CEMBURU?

Adakalanya kita rasa 'cemburu' dgn pencapaian, kejayaan, harta & perolehan oran lain. Tanpa dikawal 'cemburu' itu boleh memakan diri,juga menghasilkan kedengkian. Kawallah ia dengan YAKIN bahawa jika bukan rezekimu, apa jua yang kamu lakukan TETAP TIDAK akan diperoleh, yang penting USAHA & TAWAKKAL serta REDHA dengan apa jua hasilnya. Semuanya berdasarkan rezeki masing-masing, maka HATI TENANG.

Friday, 8 April 2011

Prasangka


Satu artikel yang saya dapat dari www.ukhuwah.com Sangat bagus & baik untuk dikongsi bersama ;


SEBAGAI Muslim, umat Islam diingatkan tidak sesekali melakukan sesuatu perbuatan yang boleh menjejaskan nilai keIslaman...

Kita mengetahui bahawa Islam mewajibkan seluruh umatnya di mana juga berada supaya hidup dengan rukun damai dan berpegang teguh dengan ikatan silaturahim yakni dalam erti kata persaudaraan benar-benar erat serta bersatu padu.

Persaudaraan itu bukan hanya dalam bentuk lahiriah saja, bahkan dari aspek batiniah Iaitu persaudaraan sejati yang membawa kebaikan duniawi dan ukhrawi.

Jika kita tidak dapat menikmati suasana kehidupan yang damai, tidak ada persefahaman, tidak bermuafakat dan sering bermusuhan, maka kita sudah tersasar daripada ketetapan landasan ajaran Islam sebenar sekali gus menunjukkan bahawa kita sudah jauh menyimpang daripada rahmat Allah.

Bagi memelihara makna persaudaraan agar ia dapat hidup subur dalam masyarakat Islam, maka Islam mengajarkan beberapa panduan tertentu sebagai tinta berharga dalam pergaulan yang wajib dihormati serta dijunjung oleh umat Islam.

Panduan pergaulan yang menjadi ketentuan Islam dan wajib diamalkan umat Islam dalam hidup bermasyarakat sememangnya bertujuan mewujudkan kehidupan aman damai yang bebas daripada prasangka jahat.

Mengapakah Islam menegah daripada menyemai prasangka tidak baik antara satu sama lain?

Rasulullah sendiri menegah umat baginda daripada sifat ini.

Sabda baginda yang bermaksud: “Jauhilah kamu prasangka tidak baik kerana sesungguhnya prasangka tidak baik itu seburuk-buruk percakapan.” (Hadis riwayat Muslim)

Imam al-Khattabi dalam kitab 'subul as-salam' menjelaskan bahawa prasangka yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah tuduhan atau prasangka tidak beralasan, tidak jelas sebabnya seperti menyangka atau menuduh seseorang membuat keburukan pada hal belum nyata atau tidak ada bukti menunjukkan dia melakukan perbuatan itu.

Mengikut riwayat al-Dailami pula prasangka yang dilarang itu ialah yang dinamakan 'su u dhzan' iaitu prasangka yang tidak baik lagi buruk.

Sebenarnya larangan daripada melakukan prasangka tidak baik atau 'su u dhzan' itu bukan saja terhadap sesama manusia bahkan terhadap Allah.

Sesungguhnya, menaruh syak tidak baik kepada Allah adalah haram hukumnya.

Imam al-Zamakhsyari berpendapat, hukum menaruh sangkaan itu terbahagi kepada empat :

Pertama - wajib, iaitu menaruh segala sangkaan baik kepada Allah Kerana sifat-Nya sentiasa baik dan elok serta tidak sesekali akan menerima sesuatu melainkan yang baik dan elok.

Malah amat mustahil bagi Allah bersifat dengan keburukan dan kekurangan.

Kedua - haram iaitu menaruh sangkaan tidak baik kepada Allah kerana tidak wajar bagi kita meragui apa dilakukan Allah terhadap hamba-Nya.

Apatah lagi memikirkan perkara tidak elok atau tidak baik terhadap Allah sama ada secara sengaja atau tidak.

Umpamanya, seorang menaruh prasangka terhadap Allah sebagai tidak adil atau tidak patut disebabkan keadaan hidupnya tidak senang atau semudah orang lain atau dirinya sering ditimpa malapetaka.

Prasangka itu adalah haram. Hakikatnya, mungkin ikhtiar dan usahanya belum mencukupi.

Begitu juga haram menaruh prasangka tidak baik terhadap seseorang yang benar-benar nyata baik, jujur dan mulia serta bukan pula tergolong daripada golongan fasik.

Ketiga - sunat apabila menaruh prasangka baik terhadap seseorang yang bertingkah laku baik.

Kita hendaklah menaruh kepercayaan kepadanya dan tidak boleh menaruh sangkaan yang bukan-bukan.

Ini kerana, dari segi zahir memang dirinya seorang yang baik dan patuh segala perintah Allah.

Kecuali apabila ada unsur yang menunjukkan dirinya bukanlah seorang yang baik.

Keempat - harus menaruh sangkaan tidak baik terhadap seseorang yang suka melakukan maksiat dan mungkar secara terang-terangan tanpa ada rasa malu kepada Allah serta sesama saudara Islamnya sendiri.

Hakikatnya, dirinya lazim disebut sebagai orang fasik. Justeru, harus bagi kita berwaspada terhadap mereka dan kita tidak harus terlalu mudah percaya.

Demikianlah hukum sangkaan baik dan prasangka buruk dalam Islam.

Soalnya, di manakah kedudukan diri kita ketika ini? Kita hendaklah berhati-hati dalam membuat sesuatu sangkaan kepada orang lain kerana jika ia tersilap, maka keburukannya amat besar di mana ia boleh menjejaskan silaturahim sesama umat Islam.