Best giler.....
Nak buat tadika macam ni ok ker?
Ni restoran, saya nak buat tadika macam ni la..
Tadika dalam air.....
JANGAN MENGELUH ..........
Kita selalu Bertanya....................dan Al-Quran sudah menjawabnya................. Renung2kn…
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12
Anakku:
Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan.. dan akan berada di tempat tidur yang tidak engkau kenal,dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya,
Itulah suamimu…;
Jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan; ia akan menjadi sebagai langitmu. Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan ia dapat kau jadikan tiangmu.
Jadilah dirimu seibarat seorang khadam kepadanya,nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu.
Jangan engkau memaksa – maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya…Dengan cara yang demikian akan menjadi ia rasa benci padamu,
Jangan pula kau menjauhkan diri, nescaya ia akan melupakan engkau. Kalau ia pula menjauhkan diri secara marah, kerana sesuatu sebab yang tertentu,maka yang seeloknya,jauhkan dirimu daripadanya semasa marah.
Peliharalah hidung, telinga dan matanya….Janganlah membiarkan ia menghidu sesuatu darimu melainkan yang harum. Janganlah membiarkan dia mendengar sesuatu daripadamu melainkan yang baik,dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripadamu melainkan yang cantik belaka..
Wanita ibarat bunga… cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara… Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya… kerana akhlaq itu umpama bunga diri.. Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk.. tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu… Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya… Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan… Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya….
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah. Kerana itulah… Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah… Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang berhemah.. sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.. sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang… dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya… Islam tidak membezakan kedudukan atau darjat seseorang samaada mereka wanita atau lelaki melainkan berdasarkan ketaqwaan mereka kepada Allah…
Firman Allah dalam surah an-Nisa’, ayat 24 yang bermaksud… “Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun.”
Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya : “Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah.” hari Muslim
Wanita Menurut Perspektif Islam
Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah (Mardhatillah). Allah telah berfirman, “Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun.”
An-Nisaa : 124 Rasulullah juga turut menyuruh umatnya supaya memperlakukan wanita sebaik-baiknya sebagaimana sabda baginda yang bermaksud : “Mereka yang paling sempurna dikalangan mereka yang ikhlas adalah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik dan yang terbaik dikalangan kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya.” hari At-Tirmidzi
Rasulullah saw telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud…. “Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu.”Al-Bukhary dan Muslim.
Terdapat perbezaan diantara pembawaan lelaki dan wanita yang tidak boleh dinafikan. Wanita secara fizikalnya lebih lemah dari kamu lelaki, oleh itu mereka tidak dapat melindungi diri merek dengan kekuatan mereka sendiri. Fitrah telah mengurniakan kepada wanita dua ciri iaitu kedegilan dan rasa malu yang merupakan dua senjata ampuh yang digunakan untuk memelihara diri mereka. Nilai sebenar wanita dalam Islam amat bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh wanita Barat. Nilai wanita bukan terletak pada fesyen pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.
Wanita menurut perspektif Islam adalah :
Wanita diciptakan sebagai penenteram dan penyenang hati. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya.” lah Ruum : 21
Wanita sebagai sumber kasih, sayang dan kelembutan. ” Dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang.”lah Ruum : 21.
Kali ni, nak share 1 artikel daripada salah seorang sahabat (yang dianggap kakak) dari Kumpulan Rahsia Saya. Sangat best untuk dibaca dan dijadikan panduan untuk kita. Semoga semua yang membaca mendapat manfaatnya.
Lidah
Kita mungkin pernah mendengar ungkapan-ungkapan sepert 'lidah tidak bertulang' atau lidah itu lebih tajam daripada pedang. Daripada ungkapan-ungkapan itu nyatalah tugas lidah atau tutur kata amat besar dalam hidup manusia. Kesan terlanjur cakap tidak kurang yang tergadai maruah dan kerana mulut atau tutur kata juga menjadikan badan binasa.
Jika kita merenung tentang kejadian alam ciptaan ALLAH nyatalah terdapat pelbagai keanehan dan perkara-perkara pelik yang dapat kita saksikan yang mana itu semua sebagai tanda tentang keagungan dan ke esaan ALLAH SWT.
Di antara keanehan-keanehan itulah kita temui lidah. Ia adalah daging berbentuk kecil dan lembut yang terlindung di dalam mulut. Lidah juga termasuk daripada anugerah ALLAH Yang Maha Besar yang amat mustahak sebagai penghubung antara satu sama lain, menerusi percakapan mahu pun untuk mencapai keredaan Tuhan.
Lidah jugalah yang boleh menyebabkan manusia itu terjerumus ke dalam api neraka.SubhanALLAH.
Berhati-hati
Oleh kerana lidah boleh membawa kepada perkara yang baik dan buruk, maka kita hendaklah berhati-hati dalam menggunakan lidah. Dalam hubungan lain, kita hendaklah berhati-hati apabila bertutur. Kesan tersalah cakap boleh membawa sakit hati kepada orang lain. Tidak kurang pula yang membawa kesusahan dan kerugian.
Oleh itu, sebaik-baik cara mengawal diri daripada perkara-perkara yang tidak diingini ialah dengan diam. Diam dalam erti kata tidak bercakap dalam perkara yang sia - sia dan tidak baik.
Sehubungan dengan ini Rasulullah SAW. ada bersabda yang bermaksud:
"Manusia itu ada tiga macam" (jenis).
Pertama: Yang mendapat pahala.
Kedua: Yang selamat daripada dosa.
Ketiga: Yang binasa.
Orang yang mendapat pahala ialah orang yang sentiasa mengingati ALLAH, berzikir dan sebagainya. Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam, manakala orang yang binasa ialah orang yang sentiasa melakukan perkara-perkara maksiat."
Orang yang beriman dan bijaksana selalunya tidak berkata atau bercakap sesuatu yang tidak berfaedah. Mereka seperti ini menjaga setiap tutur kata dan percakapan. Mereka mengelakkan daripada berkata sesuatu yang tidak berfaedah atau sia-sia apatah lagi mengumpat keji atau mencaci sesama manusia. Sesuai dengan Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Apabila kamu melihat orang mukmin itu pendiam dan mempunyai kehormatan diri, maka dekatilah dia, kerana dia akan mengajarkan kau ilmu hikmah."
Nyatalah orang yang beriman akan menggunakan lidah dan bercakap hanya untuk perkara-perkara yang berfaedah. Setiap patah yang hendak diucapkan difikir semasak-masaknya supaya setiap patah yang ditutur itu berfaedah dan mendapat pahala. Kita juga dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya, Kerana, semakin banyak kita bercakap, semakin banyaklah kesilapan. Orang-orang munafiq pula akan bercakap apa sahaja tanpa memikirkannya terlebih dahulu.
Di dalam sebuah Hadis lain yang diriwayatkan oleh Tarmizi dan Ibnu Najah dan Abu Hurairah, disebutkan Rasulullah SAW. ditanya tentang sebab terbesar yang membawa masuk syurga. Lalu Rasulullah SAW menjawab: Taqwa kepada ALLAH dan akhlaq yang baik." Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah SAW. menjawab: "Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan."
Daripada hadis di atas jelaslah penyalahgunaan lidah iaitu kerana tutur kata dan percakapan dan juga penggunaan kemaluan yang bertentangan dengan hukum-hukum boleh membawa manusia ke neraka.
Seorang ahli sufi yang terkenal, al-Hassan al-Basri pula pernah menyebutkan, orang yang tidak menjaga lidahnya ialah orang yang tidak memahami agamanya. Oleh itu, sebagai orang Islam, kita hendaklah menjaga lidah kita daripada bertutur perkara-perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah seperti mengumpat, mencaci dan berbohong.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Berbahagialah orang yang menahan kelebihan lidahnya dan membelanjakan kelebihan hartanya."
Untuk menjaga keharmonian hidup dalam masyarakat amatlah penting kira mengawal lidah agar tidak timbul perselisihan dan perbalahan. Sebuah masyarakat yang aman dan harmoni terbentuk kerana ahlinya hidup kasih mengasihi antara satu sama lain, tidak menghasut dan mempelagakan antara satu sama lain.
Luqmanul Hakim pernah ditanya: "Apakah falsafah hidupmu?" Beliau menjawab: "Aku tidak bertanya sesuatu yang telah memadai bagiku dan aku tidak memberatkan diriku akan sesuatu yang tidak penting bagiku."
Sahabat sekalian,tidak syak lagi penyalahgunaan lidah dan percakapan itu bukan sahaja menjadikan seseorang itu menerima seksaan ALLAH malah kesannya amat buruk kepada masyarakat. Kesan percakapan yang tidak sihat dan tuduh menuduh, umpat mengumpat dan hasut menghasut menjadikan sebuah masyarakat huru hara dan porak peranda.
Oleh itu kita sebagai umat Islam hendaklah berhati-hati apabila bercakap. Sebelum berkata, fikirlah dulu buruk baiknya kerana jika tersilap kata buruk padahnya. Peribahasa kita ada menyebut: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.Dengan apa yang dipaparkan ini, semoga dapat dimanfaatkan bersama... Insya'ALLAH.