Thursday, 23 October 2014

Pão de Açúcar (Sugarloaf)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema :  Come Back Home (tak ada kena mengena dengan homesick)


Tudo bem? 

2 hari tak up entri baru kan. Tak sempat. Sibuk bergaduh dengan Aqilah. Hehehehe....

Last entri kan saya katanak asingkan view. Ok, kali ni nak share picture Sugaroaf atau orang tempatan sebut Pao De Acucar (Cara penulisannya lain. Ada huruf-huruf Portugis sepatutnya).  


Pao De Acucar ni sebenarnya gunung. Saya perhatikan, gunung-gunung kat Brazil ni gunung batu...ditumbuhi pokok-pokok. Pokok pun boleh hidup kat batu. Apatah lagi manusia yang ada kudrat, boleh usaha untuk teruskan hidup. Boleh usha auntuk berjaya kan. Unik ciptaan ALLAH. Pokok-pokok boleh hidup kat batu-batu yang macam batu sungai tu. Tapi gunung.



Nama Pao De Acucar (Sugarloaf) sebab bentuk gunung macam roti gula. Ni pendapat orang tempatan pada zaman dulu kala lagi. Jadi tempat ni salah satu tarikan pelancong. Ada cable car. Nak naik kena beratur. Nak lagi kalau cuara panas dan cerah. Sebab kalau cuaca sejuk dan berkabus...memang tak nampak apa. Rugi naik. Dah la bayar mahal.


Sebelum tu nak share sikit perkongsian yang saya dapat mengenai sedikit isu rasiscm kat sini. Di Brazil, isu rasis sangat dipandang serius. Tak boleh panggil-panggil black people, white people....sangat sensitif. Kalau sebab ni jadi pergaduhan, jadi kecoh...masalah berat. Orang yang mencetuskan boleh kena dakwa. Bak kata orang tempatan di sini, membunuh ke, merogol ke, tak apa lagi. Tapi kalau bab rasis...masalah besar. Maka, hormat warna kulit orang lain. 


Ok. jom kita layan sikit gambar-gambar Pao De Acucar (Pao tu roti, Acucar tu gula )










Bonita (cantik) !!!!!

Nanti saya share lagi yer. InsyaALLAH....

Akhir kata.....positifkan minda dan jiwa

Wassalam


Tuesday, 21 October 2014

Saya kembali lagi..........

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema :  Na Batida (lagu ni tengah hit kat Brasil)


Ola...... Tudo bem?


Harap semua orang sihat. Seminggu dah tak jenguk my blog. Hehe. Tak la busy pun. Cuma mood ke laut Ipanema, ke laut Copacabana. kahkahkah......

Semalam cuti umumbagi Brazil. Cuti umum perkhidmatan. Kat Malaysia tak ada ni...Maka semua jenis perkhidmatan tutup kecuali perubatan, ketenteraan, polis, makan minum, yg ni buka lah. Segala shopping mall, kedai-kedai baju ke, kedai buku ke, kedai makan ke...semua tutup ye. Pelik sikit kan. Tapi ye la juga. Mereka-mereka pun nak berehat jugak kan. Agak-agak kalau apply kat Malaysia apa jadi? Ngamuk ke orang-orang Malaysia? Ke depa rasa rugi besar? Malam Isnin tu (Kira hari Ahad malam) kami saja je pergi beli barang dapur sikit. Mula-mula memang tak tahu la akan seramai ni. Pergi la Supermacedo Guanabara. Sebab orang kata kat sini sangat murah. Ok, nak masuk je cari parking dah beratur. Dah mula rasa azab ni. Rasa tak best. Dapat parking, keluar...ohhhhh myyy...ramainya orang!! Dah mula rasa stress. Then naik la juga, tengok-tengok penuh umat manusia kat Brazil ni. Tak sanggup...dengan Aqilah dah start mengamuk! Maka kami ambil keputusan keluar dari Guanabara untuk pergi ke Carrefour. Tak apalah mahal sikit. Carrefour ni kalau kat area Barra Da Tijuca, kiranya supermacedo golongan atasan. Kalau tempat kita ala-ala Jaya Groocer or Cold Storage. Kalau tempat kita Carrefour biasa aje kan. Then Guanabara tu ala-ala Giant la. Haha. Seriously saya tak suka kalau tempat beli barang dapur berterabur tak susun. 

Sampai Carrefour pun ramai juga. Tapi ok lah.Masih lagi membeli dengan tenang. Pelik juga, banyak barang yang dah habis. Banyak rak kosong. Sakan depa membeli weh! Pelik pun ada. 

Dan jawapannya dapat hari Isnin masa cuti umum. Semua supermacedo tutup. Hahaahha. Sebab depa cuti umum. Adehhhhh. So hari Isnin (semalam) kami decide jalan-jalan aje sekitar Rio....

Jom, saya share sikit picture semalam dan picture sebelum-sebelum semalam. Sebab sebelum semalam pun (Sabtu & Ahad) kami jalan-jalan jugak.

Disebabkan ada beberapa tempat kami pergi sebenarnya, saya akan asingkan entri. Maka entri kali ni saya share gambar dari view Cristo Redentor ( Christ The Redeemer) . Jangan minta gambar uncle tu dengan saya yer. Hehehe. Nak tengok uncle tu...google sendiri. 






Cantik kan.....


Ok...setakat ni dulu. InsyaALLAH sambung lagi nanti. Tome cuidado. Ate logo. 

Nantikan next entri Sugarloaf pulak yer. Kikikiki

Positifkan minda dan jiwa. 

Wassalam... Adeus

Thursday, 9 October 2014

OLA.......!!!!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum....
Lagu Tema : Seribu Tahun (Saya suka lagu ni)


Ola......como esta.


Phew phew.... lama dah tak mengupdate blog ni. Sarang labah-labah, sarang tebuan, sarang semut, sarang he yo semua ada. Hikhik. Life agak busy sebenarnya. Dari hari ke hari nak update. Tapi entah la yer. Maybe life after balik je dari sekolah, busy dengan Aqilah. Kena layan dia sebab seharian dah tinggalkan kat rumah pengasuh. And always balik lambat dari sekolah. Sure kena layan dia. Kesian anak kena tinggal seharian. 

Tak tahu nak mula daripada mana....sebab banyak sangatttttttttttttttttttt nak taip-taip. Kehkeh.

Now saya dah ada masa untuk Aqilah. Saya ambil cuti tanpa gaji untuk 2 tahun. Yeaaaa.....sangat lama bagi saya yang dah biasa bekerja dan memang selalu saja dengan students.... Ambil cuti sebab ikut suami yang kena posting ke negara orang. Dan untuk 2 tahun ni InsyaALLAH saya menetap di Barra Da Tijuca (sebutannya Ba-ha), salah satu bandar di Rio De Janeiro, Brazil.

Ni negara bukan Islam. Dan negara yang kuat agama Roman Katolik. Of course saya sebagai Muslim yang bertudung...agak susah masa mula-mula nak datang sini. Yup...serius macam-macam saya fikir. Saya sangat takut kalau saya disuruh tanggalkan hijab di kepala. Allahu Rabbi. Tapi at last saya percaya, di mana pun saya berada, di mana pun saya berpijak, saya kena yakin, ALLAH sentiasa ada, dan saya kena mohon dengan ALLAH supaya saya selamat, maruah saya selamat, iman saya selamat. Niat saya untuk khidmat dengan suami. Yes....memang saya impikan nak jadi suri rumah pun. At least merasa lah untuk 2 tahun ni kan, InsyaALLAH. Lagipun kesian Aqilah kalau tak jumpa babah nya....anak babah la kan...

So far life di sini ok. Bila keluar jalan-jalan or beli barang dapur, tak ada la Brazillian tengok saya macam apa. Ye la...kang depa ingat saya ni apa pulak. So far mereka tak kisah pun. Oh ye...masa dalam flight dari Dubai ke Brazil...yang mana perjalanan dari Dubai ke Brazil ambil masa 15jam...(patah segala pinggang hokay, dah ler dari KL ke Dubai dekat 7  jam) . Dalam flight tu mula-mula saya ingat saya sorang aje la bertudung. Lepas beberapa jam terbang...saya nampak seorang perepuan berhijab. Saya rasa dia orang Arab. Hehe. Lega sikit. Last jumpa mereka 1 family (ada la 4 orang bertudung dalam family ni) masa di airport Rio. Lepas tu tak jumpa lagi dah. We all say hi hi and bye bye aje. Haha. Cuma masalah saya ialah masalah bahasa. Di Brazil, mereka guna bahasa Portugis. So, saya kena belajar bahasa ni. Ada cikgu yang ajar bahasa ni kepada kami. Setakat ni boleh la sikit-sikit nak faham. Tapi banyak yang tak faham. Hehe.

Banyak sebenarnya nak taip-taip....tapi since lama lagi kat sini, so saya taip-taip lagi la lain kali yer...kehkeh. Ok, saya share sikit la view kat sini. InsyaALLAH nanti taip-taip lagi yer...




View dari balkoni rumah.


Saya tak ingat nama pantai ni sebab dalam bahasa Portugis


Cantik kan...



Ok...setakat ni dulu. InsyaALLAH sambung lagi nanti.Tome cuidado. Ate logo. 

Positifkan minda dan jiwa. 

Wassalam... Adeus



Thursday, 8 May 2014

SETELAH SETAHUN TIDAK MENAIP

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum....

Last post Februari 2013....setahun lebih dah berlalu. Memang lama dah tak update. Mula-mula buka jadi slow kejap, ye la dah lama sangat kan tak update. Tak ingat sudah oh nak klik mana yang patut. Hahahaha.

Kehidupan??? Alhamdulillah 29 Mac 2013...2013 yer..mean tahun lepas lahirkan sorang baby girl yang comel....Alhamdulillah sihat. Dah usia setahun. Alhamdulillah sangat jarang demam or sakit lain. Kalau demam pun sekejap aje. Cuma sangat lah manja...Haha. Jenuh nak melayan. But balik rumah ada peneman... Sangat kuat makan...huhuhu....BUT maintain slim itu budak kenit.

InsyaAllah akan mula sikit demi sikit untuk taip-taip semula. Rasanya semangat taip-taip macam nak kembali. Macam aje...hahahaha......

Ok, babai for now. Panaskan enjin aje...kihkih.

Wassalam.......

Monday, 25 February 2013

Tanpa Kata 30

Sekadar melepas gian

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum....
Lagu Tema : Selawat Nabi


Apa khabar..... saya harap awak dan awak dan awak dan awak awak sihat yer. Lepas entri yang lepas tu...saya tak update update pun blog saya ni....entah yer. kekangan masa untuk memikirkan entri demi entri. Sedangkan setiap hari pastu ada saja perkara-perkara menarik yang berlaku dalam kehidupan seharian saya.

Saya dah lama tak hunting. Teringin sangat nak hunting. Tapi itulah..kekangan masa untuk ke sana ke mari. Banyak urusan lain yang lebih perlu didahulukan. Kerja memang tak kan pernah habis kan...
apa yang boleh...hunting dalam rumah aje...hikhik..

Ok lah, sekian dulu buat kali ni.....

Positifkan minda dan jiwa....


huntig dalam rumah....

Tuesday, 8 January 2013

Saya singgah kejap je

Assalamualaikum.
Lamanya tak up up up up up up up date date date date date......
Berhabuk tebal 6 inci dah ni...
Saja je nak sapu-sapu habuk jap.
Kejap je ni singgah. Sapu habuk. Bagi bersih-bersih sikit.
Nanti saya kembali lagi. InsyaAllah

Positifkan minda dan jiwa...

Assalamualaikum