Thursday, 6 January 2011

Kisah Yang Lupa Nak DiEntrikan

Entri kali ni nak guna aku hokay...tak mahu skema sangat

Betul ke hape bahasa yang aku guna ni kat tajuk kali ni??
Ni kalau geng cikgu BM baca ni, mahu aku kena sekolah masuk kelas BM dia orang semula.
Belajar dengan kanak-kanak tuh...wehehehehehe........mau budak tak belajar.
Asyik tengok cikgu dia yg comel nih duduk dalam kelas belajar sekali.

Aku baru perasan sebenarnya, aku lupa nak wish kat budak-budak nih,
WELKOM BACK TO SCHOOL (lagi sekali aku rasa aku kena gak masuk kelas BI sebab aku salah eja dengan sengajanya).
tak mau tak mau...jangan jadi perosak bahasa.

Sebenarnya, memang lupa pun nak buat entri pasal budak-budak ni naik sekolah.
Bukan sengaja lupa, but memang lupa langsung.
Pagi tadi masa siap-siap nak pegi maktab terchenta ni, aku baru teringat...
Tapi aku mana pernah lupa kanak-kanak kecil & besar tu..
First day dah dengan mereka dari pagi sampai malam hokay...
Buat yang tak tahu, aku ni mengajar kat sekolah asrama...
Nak kata aku menagajr gila banyak, tak la..
But time aku, ada kelas sikit, yang lainnya masa dengan kanak-kanak kecil & besar.
So u all teka sendiri la aku ni cikgu cikgi ape..

Dah-dah. entri kali ni bukan nak cakap pasal aku ni sape..
Aku nak story pasal budak-budak...
Dan sebenarnya, nak wish kat kanak-kanak tu

SELAMAT KEMBALI KE MAKTAB TERCHENTA....
(kanak-kanak, korang cinta ke kat maktab korang ni?).
Tak terlambat kan wish...masih dalam 1st week even ni dah hari Jumaat...

Untuk aku, 2 hari dalam minggu pertama sekolah ni, aku ada projek re-orientasi kat kanak-kanak kecil & besar..
Tapi yang paling sangat la enjoy, is kanak-kanak kecil.

Nih, ada video singkat mereka....










Saya tak dera hokay...but ni antara aktiviti masa re-orientasi...

Good luck semua untuk tahun 2011 ni

Sarang heyo (^_^)

Tudung ke Shawl (tengok video ni)

Asyik gaduh-gaduh je pasal tudungke shawl ke kan....
Yang lain tak nak pulak fikir..
Pasal pakai tudung ATAU shawl...Tapi pakai baju ketat sendat.
Pakai tudung ATAU shawl, tapi pakai lengan pendek.
Pakai tudung ATAU shawl tapi nampak leher dan segala bagai....
Pakai tudung ATAU shawl tapi pakai seluar boleh buat tabung nampak lurah punggung tu..
Ni yang sepatutnya digaduhkan...pakai tudung, pakai legging la pulak...adeh la..
Nah, tengok video ni.....hayati.....
Mungkin video ni tak de kaitan shawl atau tudung...
But HIJAB hokay HIJAB.
Kenapa perempaun Islam kena hijab.
kalau dah faham pasal HIJAB, maka tak la gaduh pasal shawl atau tudung






So, after this, tak payah le gaduh2 pasal tudung ke shawal...
But hayati macam mana nak tutup aurat dengan sempurna hokay...

Sarang heyo (^_^)

Wednesday, 5 January 2011

Apa Anda Nak Buat Kalau......

Si Conan ni, tak ada kaitan yer dengan entri kali ni. Cuma sebab beliau hensem je. Hehehe


Apa anda semua nak buat bila ini terjadi pada anda ;


1) Kita memang tengok orang tu perlu dinasihatkan & diselamatkan daripada rosak dan jawapan orang itu ;
" Lantak aku la nak buat apa, ko apa peduli? Jangan sibuk hal aku boleh tak?

- Senang je orang macam ni....kita doakan aje dia berubah, lembut hati. Bukan senang nak nasihat orang hokay! Ada orang boleh terima, ada yang tak boleh.

2) Kita ada kawan, last2 kawan tu tikam belakang kita
"Ni tikam bukan tikam guna pisau...Tapi tikam dalam diam. Depan kita punya baik, belakang kita...hampeh."

- Orang macam ni, memang ada dan wujud disekeliling kita. So, apa nak buat? Berhati-hati dalam pilih kawan. Kurangkan bercerita hal-hal peribadi dengan dia. Kalau dia sebar cerita hal kita kat orang, biarkan. Ucapkan Alhamdulillah. Lama-lama, kebenaran akan terbongkar juga..Percayalah...Jangan serang orang tak tentu pasal. Diam dan siasat. Bukan diam-diam aje.

3) Kita tolong orang ikhlas, last2 orang tu hentam kita balik. Lagi best dia kata kita jelous dengan dia.
"Tambah lagi, dia buruk-buruk kita kat orang lain, dan orang tengok dia naif sangat dan orang simpati kat dia dengan cerita bohong dia tu. Tambah lagi best, kalau perwatakan orang tu baik giler la pada pandangan orang ramai. Tapi rupanya......"

- Jangan serik tolong orang lain pulak. Orang lain bukan macam dia. Orang yang buat kita macam ni, kita biarkan aje. Sebab dia bahagia dengan cara hidup macam tu. Jangan fikir sangat ler. Sebab kalau kita fikir sangat pun, bukan selesai masalah. Biar ler dia dengan cara hidup dia. Sebab mulut kan nanti badan binasa. Kan ke diam lebih baik dari berkata-kata. Kalau kita balas, maksudnya kita sama la macam dia. Kita suka ke nak jadi macam dia? Tak kan. So biarkan aje la orang tu. Dia nak buat cerita, dia nak kata apa, lantak dia hokay. Yang kita fikir-fikir, buat apa. Baik fikir benda yang boleh datangkan faedah.

4) Kita berhadapan dengan orang yang cakap putar belit alam
" Dengan kita dia cakap lain, dengan kawan kita dia cakap lain. Hari ni cakap lain, esok cakap lain. Lain orang, lain versi."

- Ni lagi 1 spesis. Hati-hati ler dengan orang macam ni. Jangan ler cerita sembarangan. Bahaya tu. Silap-silap haribulan, kita dengan kawan-kawan kita boleh jadi perang dingin. Bila kita dengar sesuatu cerita, 1st sekali, kita jangan la terus gelabah katak. But, diamkan dulu, then siasat la ala-ala Detective Conan. Kalau dah tak tahan sangat, sit down je dengan orang tu, tanya apa lah masalah dia jadi putar belit alam. Kot-kot la dia suka tengok Movie 2 Alam kot (maaf yer Dr. Rozmey, gurau-gurau je ^_^ ). Cool je la.


Macam banyak je lagi nak taip, tapi kepala tengah bengang ni. Demam punya hal. Hidung dah meleleh, walaupun tersumbat, dengan tekak sakit. Nanti buat entri lain pulak....

* Sesape yang terasa, maaf ler yer. Tak ada niat nak singgung perasaan sesape pun. Sekadar pendapat sendiri. Nak terima boleh, tak nak terima pun tak apa.

Sarang heyo (^_^)


Coffee Cantik

Entri kali ni, nak tunjuk beberapa coffee yg cantik..
Sebab saya suka giler dgn coffee...
Addict kot...
Series addict...

Bau coffee tu kan...alahai.....menusuk hidung...

Sedap baunya, mcm hidu perfume lak....

Jom-jom, kita tengok gambar coffee yang comel, yg buat saya teruja..

Saya dapat kat pakcik google....
Amik sikit je...kalau nk tengok lelebih, tekan je kat pakcik google


Suka yang ni..comel

Weee......santek

Sayang kot kalau nk minum

Waaaaaa

Uiskkkk....menggoda nih

Ngaaaaaa....chumel

Sekian.....

Sarang heyo (^_^)

Tuesday, 4 January 2011

HOBI

Apa lah motip saya taip-taip entri dengan tajuk ni kali ni...
Tak pernah-pernah kan....
Hua hua hua.....

saja nak merepek2 kat blog sendiri.
Kalau tak tuan blog sendiri yg merepek kan..
Sape lagi nak merepek...

Jom-jom tengok hobi tahun 2011 ni.
Mana tahu kot2 tersama la pulak kan...

1) Facebooking (ni hobi lama)
2) Blogging (ni pun lama)
3) Amik gambar (ni pun lama nih)

Hai....mana hobi baru???

4) Masak-masak (ni pun lama, but lebih aktif sejak encik suami ada ni...so hujung minggu main masak2 kat dapur).
5) Beli barang-barang2 keperluan rumah ( ni benda yg saya tak suka nak beli sebelum kawen).
6) Suka baca pasal kesihatan (wahhhhh....ni memang baru nih).
7) Suka dengar lagu (ni bukan ke hobi lama??)
8) Suka jalan-jalan (hehhehe)

Cukup la untuk kali ni....
Tata.........

I Love U la pakcik Google

Ngeh ngeh ngeh....tekan-tekan Google...jumpa lawak ni...
Ngeh ngeh ngeh...lawak la lawak ni...
Ada jugak macam ni kat pakcik google nih.....
Pakcik google ni memang cerdik la.....
Pandai betul pakcik nih....
Ngeh ngeh ngeh.....
Sabor je la..... (ala2 encik yg comel dalam Hantu Kak Limah tu...ngeh ngeh ngeh)




saya bukan budak nakal tau...... (^_^)

sarang heyo







Monday, 3 January 2011

Pentas Opera



Yeeeehaaaaaa....

Saya suka dengar lagu.

Tak kisah la lagu tu lagu Melayu ke, Inggeris ke, Arab ke, Jepun ke, Korea ke....
Asal sedap halwa telinga dengar, dan lirik yang bagus....
Saya memang akan dengar ulang kali....

Saya nka share 1 lagu yang saya suka lagunya sebab liriknya....

Sebab kita ni hidup bagaikan pentas opera...

Bumi seolah pentas, dan kita manusia sebagai pelakonnya.....

Ni lagu lama...zaman saya sekolah dulu

Lagu kumpulan Wings (Awie)

Jom jom, tengok liriknya (^_^)


Opera Hidup (ni tajuk lagunya)

Artist: Wings

Hidup bagaikan pentas opera
Tirai hidup dibuka
Ceritapun bermula...
Oh..Oh..Oh..Oh..

Hidup bagaikan pentas opera
Musik hidup bergema
Asyik insan bermula
Oh..Oh..Oh..Oh..

Lakonkan dengan semangat kejujuran
Sinarilah hatimu oh kesucian
Oh..rempuh api kepalsuan
Pastikan keadilan
Pastikan jaya

Hidup bagaikan pentas opera
Rentak lakon bermula
Siapakah wiranya
Oh..Oh..Oh..Oh..

Kita kecewa dan menderita
Lumrah alam biasa
Pastikah kau wiranya
Oh..Oh..Oh..Oh..

Lakonkan penuh bersemangat wira
Pastikan langkahmu oh keyakinan
Oh..Leburkan ketidak-adilan
Pastikan kedamaian
Pastikan jaya