Friday, 11 February 2011

ALLAH, Tolong Makbulkan Impian Saya

Saya teringin sangat untuk pakai niqab & secara istiqamah...
Ni impian saya.
ALLAH, makbulkan keinginan saya ini yer.

Saya nak tutup aurat dengan lebih sempurna
(^_^)





Saya bukan ninja (^_^)

Wednesday, 9 February 2011

Berita Baik Buat Suami




Kerajaan Selangor telah melonggarkan prosedur permohonan untuk berpoligami mulai tahun ini. Kalau sebelum ini isteri pertama mesti hadir di mahkamah bagi mendengar permohoan suaminya untuk berpoligami, tetapi kini mahkamah boleh dengan budi bicara hakim tidak memanggil isteri pertama bagi memberi keterangan.


Dengan prosedur baru ini, diharapkan tidak ada lagi rakyat Selangor yang mengambil tindakan kahwin lagi ke negara jiran. Kelonggaran ini boleh membantu mereka yang berhasrat untuk berkahwin lebih tanpa menyusahkan mana-mana pihak baik suami mahupun isteri.

Walau bagaimanapun bagi merealisasikan agenda poligami ini saya ingin berpesan kepada suami dan isteri.

Wahai suami, jika anda berhasrat hendak berkahwin lebih daripada satu, jangan bertindak membelakangkan isteri anda. Jangan kerana hendak berkahwin isteri muda anda sanggup menipu isteri yang pertama kali dalam hidup anda. Ertinya, beritahulah dia hasrat anda dengan baik.

Memang betul, dia akan membantah, dia akan menangis kerana dia sayangkan anda.

Tetapi percayalah kalau dia membantah, sedangkan dia tahu anda tetap hendak berkahwin, nescaya dia akan merelakan atas keikhlasan anda memberitahunya. Dia akan marah dan sedih tidak lebih daripada tiga bulan, tetapi kalau anda dapat memberi kebaikan yang sama kepadanya, segala duka nestapanya akan hilang.

Pendekatan ini lebih baik daripada anda merahsiakan perkahwinan anda yang kesannya anda akan mencuri masa untuk bersama isteri pertama atau kedua. Mahukah anda hidup seperti seorang pencuri, terhendap sana terhendap sini, takut isteri tahu.

Pada masa yang sama anda akan menipu isteri pertama, hendak metinglah, ada jumpa pelangganlah dan sebagainya, sedangkan anda tahu penipu itu adalah dosa besar. Apa kata, setelah beberapa lama berkahwin, tiba-tiba isteri anda mendapat tahu yang anda sudah ada isteri baru, kesannya anda akan berperang besar dengannya. Kalau sudah perang besar, tiga tahunpun belum tentu reda.

Jadi, mana yang anda hendak pilih, isteri marah hanya selama tiga bulan atau perang besar yang belum tentu reda selepas tiga tahun? Anda tentu bijak untuk memilih yang terbaik untuk anda dan keluarga anda.

Wahai isteri, kalau suami anda menyatakan hasrat untuk berkahwin satu lagi, jangan bimbang tentang kasih sayang kepada anda akan berbelah bahagi. Sebenarnya, kasih sayang dia kepada anda tetapi 100 peratus jika selama ini memang dia sayang anda seratus peratus. Tetapi ingat, kalau selama ini dia hanya memberi kasih sayang kepada anda hanya 70 peratus, mungkin selepas anda meredai perkahwinannya dia akan memberi kasih sayang 100 peratus kepada anda pula.

Kasih sayang suami banyak bergantung kepada sejauhmana kometmen anda kepada suami anda. Jika anda memberi persembahan yang baik kepadanya, makan minum yang dihidangkan, budi bahasa, pergaulan yang menceriakan tentulah semua pengikat kasih sayang yang berpanjangan. Jadi, kalau anda lihat suami seperti kurang saying kepada anda, cek semulalah kometmen anda kepadanya. Mungkin ada kelompangan di sana sini.

Baiki kekurangan itu dengan segera, nescaya kasih suami akan bertambah semula.
Ingatlah wahai isteri, kalau pun suami anda ada empat orang isteri, kasih sayang suami anda tetap tidak berubah jika kometmen anda tidak berubah. Suami boleh beri 100peratus kasih sayang kepada semua isterinya tanpa mengurangi mana-mana pihak jika semuanya memberi kometmen yang terbaik kepadanya. Malah suami mahu dan mengharapkan setiap kali pertemuan dengan isterinya itulah malam pertamanya.

Bayangkan kalau suami balik ke rumah anda, dan hari ini anda anggap sebagai hari pertama anda berkahwin tentu mesranya amat tinggi. Kalau itu yang anda boleh lakukan pasti kasih sayang 100 peratus adalah milik anda. Kalau begitu kenapa hendak sekat dia berkahwin dengan wanita lain, bukankah dengan itu anda boleh membantu kaum sejenis anda mendapat kasih sayang daripada orang yang anda sayang. Bayangkan betapa besarnya pahala anda ketika itu sedangkan kasih sayang suami anda tetap sama.

Selain itu wahai isteri, anda perlu sedar kelemahan anda. Sewaktu anda hanya berdua dengan suami anda sayanginya 100 peratus, tetapi setelah ada anak seorang sayang anda kepada suami anda sudah berkurangan dan dilebihkan kepada anak. Layanan kepada suami sudah berkurangan dan suami kadangan terpaksa membawa diri. Bayangkan kalau anak sudah sepuluh, tentu suami dilupakan langsung. Anda tidak boleh beri kasih sayang kepada suami anda 100 peratus seperti yang mampu diberi oleh suami anda walaupun ramai isteri.

Jika anda sedar kelemahan itu, ubahlah sikap segera. Berilah kometmen yang terbaik kepada suami jika anda sayang dan cinta kepadanya. Sesungguhnya suami anda seorang yang amat manja lalu dia hendak bermanja dengan anda dan dia mahu dimanjai. Inilah kunci kebahagiaan rumah tangga. Wallahu aklam.

Lihat Dunia

Melihat dunia sekarang ini, semakin aku tak mengerti.
Entah apa nak jadi.
Perang di sana-sini.
Dengki-mendengki sana -sini.
Fitnah sana-sini.
Tipu sana-sini.

Manusia itu, apa kemahuan mereka?
Gila kuasakah?
Gila hartakan?
Gila pangkatkah?

Aku terfikir, apa yang mereka kejarkan selama ini.
Apa yang mereka akan dapat dengan apa yang mereka kejarkan?
Puaskah mereka dengan apa yang mereka kejarkan?
Puaskah mereka apabila mendapat apa yang mereka kejarkan?
Dan kadang-kala, mungkin juga tidak puas kerana manusia itu tidak tahu BERHENTI.

Bukankah kehidupan itu seharusnya indah.
Dihiasi dengan keindahan alam ciptaan ALLAH.
Yang seharusnya kita manusia nikmati selagi masih bernafas.
Indah dengan sulaman kasih-sayang & kebahagiaan.

Alangkah indahnya hidup tanpa hasad dengki.
Alangkah indahnya hidup tanpa iri hati.
Alangkah indahnya hidup andai ada kedamaian, kasih sayang, kebahagiaan, kegembiraan.

Dan hidup akan terus indah andai terus sujud pada Yang Satu.

M.A.A.F

Maaf andai ada yang terluka.
Mungkin tanpa ku sedar.

Sunday, 6 February 2011

Sebentar Saja Untuk Baca, Buat Renungan Panjang

Ada betulnya: Zaman teknologi membuatkan individu lebih banyak berkurung, merosakkan mata dengan menatap skrin komputer berjam-jam dan menambah dosa dengan jejari yang rancak mengumpat dan memfitnah..... Pakej lengkap!

Friday, 4 February 2011

Dalam Bersahabat.....


Bukan senang nak dapatkan someone yang kita boleh panggil dia “sahabat”. Serious, susah. Dalam bersahabat dengan sesiapa pun jugalah, mesti ada pantang-larangnya. Jangan ambil remeh dengan hal ini. Sebab sahabat tu juga manusia yang punya hati dan perasaan.

Petua ni saya dapat masa saya tekan-tekan uncle google....boleh la digunakan sebagai panduan...Tapi pada saya, semua ni ada BENARNYA.....

so, check satu per satu....

1. Mendesak

Even si dia tu sahabat kita, kita tak boleh terus menerus mendesak dia untuk ikut je kehendak kita. Hello, masing-masing ada hak ok untuk buat keputusan sendiri. Beri kebebasan pada sahabat kita babe!!! Kalau tak, dia boring.

2. Pentingkan diri sendiri

Hmm, ini pantang yang sangat-sangat penting dalam persahabatan. Elakkan mementingkan diri sendiri all the time. Kalau kita ada masalah, kita share dengan sahabat kita dan dia bersungguh-sungguh menjadi pendengar yang baik dan cuba yang terbaik untuk tolong kita…jangan pulak time sahabat kita SUSAH, kita acuh tak acuh je melayan. Tak baik ok!!!

3. Tidak jujur

Yang ini, bukan saja dengan sahabat…in fact dengan semua orang sepatutnya kita amalkan sifat jujur ni. Tapi, sometimes kalau dengan orang yang kita tak berapa nak rapat,maybe susah sikit kita nak berlaku jujur kan? Ok, tak apalah kalau macam tu cuma kalau boleh dengan sahabat kita…try the best to bersikap jujur dengan dia. Jangan menipu sahabat sendiri. Kalau betul ikhlas dalam persahabatan, kena belajar jadi jujur!

4. HIPOKRIT

sengaja saya besarkan font.hahahahaha!!! HIPOKRIT tu adik beradik dengan plastik ok. Oh no, sila jangan jadi plastik dengan sahabat sendiri. Depan orang lain, bukan main la korang baik sesangat...tapi belakang kawan tu, YA ALLAH...korang la bukan main makan daging sahabat korang tu sendiri...Kalau rasa-rasa korang ni berplastik dengan sahabat korang now, hmmm…bawak-bawaklah berubah ok!!!

5. Mulut celupar

Ok. Pantang yang ini pulak more to adab between kita dengan sabahat lah. Even rapat sekalipun, mesti tahu adab. Ada limit jugak kalau bergurau senda. Kita perlu bezakan mulut celupar dengan mulut slumber ok kawan-kawan semua. Orang mulut celupar ni, dia bercakap beserta dengan maksud. Tapi, kalau orang mulut slumber ni…dia sebut perkataan tu saja suka-suka. Even perkataan tu berbaur mencarut sekalipun. Kena pandai bezakan dan kena tahulah sahabat tu jenisnya macam mana. Jangan main sembur je, kang ada yang terguris hati pulak!!!

6. Mengungkit kesalahan lepas

Jangan sesekali ungkit perkara-perkara lepas. Kalau benda baik, tak apa lah. Tapi, kalau perkara tu sah-sah tak best contohnya kita pernah beri sahabat kita tu pinjam wang or barang ke…atau ungkit yang dulu masa dia susah,kita bersusah payah tolong dia…Eh, tak elok ok!!! No no…buat keadaan tambah teruk je nanti!

7. CEMBURU

Yang ini pun saya guna tulisan besar.hahahaha!!! A’ah. CEMBURU ni penyakit paling bahaya dalam apa-apa perhubungan sekalipun sebenarnya. Jangan ingat CEMBURU ni berlaku between pasangan kekasih je tau. Dalam persabahatan pun selalu juga. Biasalah, manusia kan…dah lumrah. Mana boleh tengok orang lain lebih sikit daripada dia. Tapi, kita kena pandai control dan belajar untuk buang sifat CEMBURU ini woo!!!! Dan yang PALING SAYA TAK SUKA, kalau orang yang kita anggap sahabat tu, KATA KITA CEMBURU....apa ke halnya hokay...tak kose mak tau...

8. Tikam kawan dari belakang

Babe, kalau korang perasan yang sahabat korang ni buat perangai keji ni…apa kata korang buang je dia jauh-jauh.hahahaha!!! Ok, jahat kan saya??? Yelah. Tak baik tau kalau tikam kawan kita sendiri. Jangan sebabkan cemburu atau apa sajalah dengan sahabat sendiri…korang tikam kawan korang dari belakang. Depan buat muka malaikat..tapi hakikatnya belakang…Allah je yang tahu. haih!!

9. Mengongkong

Even kita dan sahabat sangat rapat, tapi tak bermaksud kita ada hak untuk mengongkong sahabat kita tu daripada buat apa yang dia suka ok. Takkkan kita nak suruh sahabat kita tu 24 jam bersama dengan kita je kan… Hello, manusia perlukan kebebasan. Sebenarnya, manusia ni..lagi kita kongkong buat itu ini, lagi kuat diorang memberontak dalam hati. Lama-lama, kalau dibiarkan..boleh jadi parah wooo!!!!

10. Copycat!!!

Hello manusia-manusia semua di pelusuk dunia….kikikikiki!!! Sila jangan amalkan perangai suka copycat ni ok. Even korang dengan sahabat tu rapat kaw-kaw sekalipun..kena ingat yek. Sahabat tu bukan kembar kita. Kalau kembar pun, belum tentu suka kalau semua benda kita nak tiru dia.. inikan pulak sahabat. Maybe boleh sama lah,tapi jangan copycat 100%. Kalau yek pun dia cakap tak kisah, tapi kena fikir logiklah kan…unless sahabat kita tu menangis hentak kaki suruh kita tiru dia.bahahahahaha!!!!Hokay...saya tak suka orang copycat saya hokay....this is me...so tak payah la nak tiru....

p/s: Oklah, penat dah mengarut ni. Ok, mengarut ye kawan-kawan. Jadi, kalau nak follow tips ni sila fikir 1000 kali.wakakakaka!!!! Have fun with your bestfriends!!! TATA.......


**** kenapa entri kali ni macam emosi aje...

Bila Dapat Satu, Mesti Hilang Satu


Bila kita dapat sesuatu, kita mesti akan hilang sesuatu...
Kenapa??

Persoalan yang saya sendiri tertanya sampai sekarang...

Perasan tak, kadang-kadang, kita dapat berita gembira sangat, then kita dapat pula berita sedih.

Kadang-kadang, kita sedih sangat sebab hilang sesuatu, tapi lepas tu kita dapat dua atau tiga berita gembira.

ALLAH itu adil dalam setiap pemberianNYA.

Kuasa yang tiada siapa dapat tandingi.

Bila kita hilang sesuatu, kita akan dapat sesuatu.

Bila kita dapat sesuatu, kita akan hilang sesuatu.

Itu lumrah alam.
Kerana ALLAH mahu manusia sentiasa sedar konsep SYUKUR.

Dan sedar bahawa DIA Yang Memberi,
Dia juga yang berhak mengambil kembali.