Wednesday, 16 February 2011

Waktu Mustajab Untuk Berdoa

Berdoalah selagi kita masih hidup


Terdapat beberapa waktu / ketika yang insyALLAH mustajab untuk berdoa. Jom kita sama-sama check...

1. Ketika hujan.

2. Hendak memulakan solat dan selepas solat.

3. Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah iaitu pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan.” (Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Azkar)

4. Antara azan dan iqamat.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak ditolak doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat.” (Riwayat al-Tirmizi)

5. Ketika iktidal yang akhir dalam solat.

6. Ketika sujud dalam solat.

7. Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).

8. Sepanjang malam, terutamanya pada sepertiga yang akhir dan pada waktu sahur.

9. Sepanjang hari Jumaat.

Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

10. Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.

Tuesday, 15 February 2011

Dunia Tanpa Jurutera

Ngennnngggggggggg...
Tekan-tekan pak cik google, nak cari bahan lain, jumpa bahan ni.
Macam best jugak la....
Kelakar pun ada...
So,sesape keje engineer tu, keje le leklok yer...
Encik suami...yang mana satu keje anda??



Kalau la tak ada jurutera mekanikal



Kalau la tak ada jurutera elektronik



Sekali lagi kalau la tak ada jurutera elektronik

Kalau la tak ada jurutera perisian komputer

Kalau la tak ada jurutera telekomunikasi

Kalau la tak ada jurutera awam

Kalau la tak ada jurutera aeroangkasa

Kerinduan Yang Indah

Jom, cover aurah ^_^

Bukankah yang indah akan semakin indah bila tertutup
Akan lebih menarik jika tidak kelihatan
Malah akan menjadi misteri yang tidak pernah selesai
Kecuali memiliki
Sesuatu yang tidak bisa diungkap apalagi disentuh, akan menimbulkan kerinduan
Yang tersembunyi dengan baik & terjaga akan memiliki nilai yang tinggi…
Tanpa hijab, tidak ada daya tarik, tidak ada KERINDUAN…
Bukankah ALLAH adalah misteri, dan tersembunyi
Maka kita semua merindukanNYA,
Bisa dibayangkan jika ALLAH terlihat oleh ...mata dunia kita kan? :)

Resepi Sambal Ayam Penyet

Nampak sedap tak??? Pedas + sedap = yummy ( ni bukan omongan kosong yer, bukan sebab puji diri sendiri ^_^ )

Ha, entri kali ni, saya letak resepi untuk sambal ayam penyet. Ada permintaan daripada pembaca (wah, macam ramai jerk yang baca blog saya ni kan. kuikuikui)
Boleh boleh. saya tidak kisah untuk berkongsi apa sahaja resepi yang saya tahu...
Senang saje nak buatnya.....

Ini bahan-bahan & cara-caranya

Untuk Sambal :
Minyak masak
Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
Cili padi (lebihkan juga kalau anda memang kaki pedas)
Bawang kecil/merah, hiris
Bawang putih, hiris
Beberapa biji tomato
Belacan
Ikan Bilis-ikut suka banyak mana. saya lebihkan sikit
2-3 sudu gula merah/secukup rasa
Garam secukup rasa.

Cara nak buat sambal : (ni yang buat nasi ayam penyet sedap)
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan, angkat dan ketepikan. (mcm nak buat sambal belacan jugak la)
Goreng sekejap bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
Biar bahan-bahan tu sejuk then baru kisar halus. kalau rajin tumbuk aje la.
Masukkan semua bahan kisar ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Tambah garam atau gula merah kalau nak. ikut citarasa.
* Sambal boleh dibuat sehari sebelum. Simpan sambal dalam peti sejuk. time nak makan, panaskan aje.

**** saya tidak letak sukatan. ikut kita banyak mana nak buat. tak reti nak sukat2 ni. main agak-agak je banyak mana kita nak buat....

Monday, 14 February 2011

Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W

Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

Main Masak-Masak Hujung Minggu

Aktiviti masak-masak di hujung minggu, ketika zauj ku pulang ke rumah. Khas untuk zauj ku dan disebabkan kami duduk berjauhan. And also, saya suka memasak....weeeeeee.....



JUMAAT

Bubur ayam yang di makan bersama bawang goreng & serunding daging (bawang goreng & serunding daging tak ada dalam gambar). Makanan hari Jumaat untuk encik suami yang baru sampai dari KL.



SABTU

Pucuk paku masak sambal belacan yang masih berasap di atas dapur.

Daging oh la la kesukaan encik suami.

Menu hari Sabtu : Pucuk paku belacan & daging oh la la.



AHAD


Sambal ayam penyet. Pedas & yummy!!!!

Ayam penyet yang tidak dipenyekkan. Yummyyyy!!!!

Sup ayam tanpa minyak tapi ada minyak...juga yummmyyyy!!!

Menu hari Ahad....Ayam penyet....

Semua menu adalah favourite beliau...

sarang heyo (^_^)

Sunday, 13 February 2011

ZAUJ ku


Dedikasi buat suamiku........

Ya Allah…

Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..