Thursday, 5 May 2011

Lovin' You




Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum....

Kali ni nak share video klip lagu korea. Ni antara lagu yang saya suka layan. Kenapa? Yes, liriknya memang la sedih, pasal perpisahan. But saya suka melodinya. Jiwang feeling habis....

Kumpulan ni dah berpecah. Dan tubuhkan kumpulan yang baru. Lagu-lagu kumpulan ni, banyak juga yang best. Okay, enjoy dengar..layan feeling


Suka tak?

Hehe...

Sarang heyo (^_^)

Wassalam....

Wednesday, 4 May 2011

Bumi Allah Cantik

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum....

Saya nak share beberapa gambar yang dalam koleksi saya. Beberapa tempat yang saya pergi semasa zaman UM sampai la dah kahwin ni. Sekadar tatapan melihat keagungan ciptaan ALLAH. Ada banyak lagi..but, nantilah. Banyak sangat nak bongkar zaman dulu kala. Terima kasih ALLAH kerana beri peluang kepada saya nikmati keindahan ciptaan ALLAH

Saya paling suka gambar awan. Mana-mana pergi mesti ambil gambar awan. Macam blog ni la, Sky of Love (^_^) . Awan itu cinta. Cinta kepada siapa? Cinta kepada ALLAH, Rasul, agama, suami, mak ayah, adik-beradik, sahabat-sahabat, kanak-kanak, kucing, harimau, singa, bear, haiwan-haiwan.





Awan nano


Uisk...ada sayap

Seolah menuju ke sesuatu tempat




Grrrrrr


p/s mencari gambar padi bukit yang ada macam2 bentuk..mana entah letak. dalam PC kat rumah kot.


Tuesday, 3 May 2011

Mata Akal VS Mata Hati

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum....


Kita selalu dengar orang kata pandang dengan mata hati atau pandangan hati.
But jarang kita dengar pandang dengan mata akal atau pandangan akal.
Baru-baru ni, saya baca penulisan Umar M. Noor dalam sebuah majalah agama. Umar ni merupakan lulusan Usuluddin di Universiti Omm Durman, Sudan.
Penulisan beliau membuatkan saya terfikir, selama ni, asyik guna mata hati, pandangan hati.

Bila fikir-fikir balik, teringat pesanan orang tua yang berbunyi ;
Ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu, ikut hati mati


Ada benarnya juga kan. Betul la, dalam agama kita pun dah ajar, jangan ikut hati, tapi gunakan akal fikiran yang waras itu. Sebab itu otak letaknya kat atas sekali.
So, salah ke kalau guna kata kata-kata ikut pandangan hati atau pandang dengan pandangan mata hati?

Dalam konteks ni, mungkin ada kebenarannya juga. Sebab hati manusia ni, mudah sangat emosi. Jadi, kalau ikut pandangan mata hati, kalau la masa tu petimbangan emosi, maka keputusan emosi lah. Apabila difikirkan perkara ini, betul lah kata Umar tu, potensi akal memang sangat luar biasa jika digunakan dengan baik berbanding dengan pandangan mata, pancaindera mahupun hati kita sendiri.

Berkata Ziyad bin Abihi : " Orang yang cerdik bukanlah yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah dengan baik. Akan tetapi, orang cerdik ialah orang yang mampu mengantisipasi masalah agar ia tidak terjadi". ( Diriwayatkan oleh Ibn Qutaybah al-Dinawari [w.276H] dalam kitab 'Uyun al-Akhbar ).

Ini sekadar contoh yang saya kemukakan dan tidak ada kene mengena antara yang hidup atau mati. Mungkin pembaca / kawan-kawan boleh banyakkan lagi pembacaan dan bertanya dengan yang lebih arif. Sebaiknya bertanya dengan yang lebih arif la, sebab kalau salah tafsir daripada pembacaan kang, lain jadinya. Ikut mata akal, bukan mata hati.

Ok, contohnya, ada seorang wanita, ingin merampas suami orang. Si isteri mempertahankan rumahtangganya dengan menasihati wanita itu. Mula-mula dengan cara yang baik, tapi lama-lama bila si wanita tidak faham-faham, si isteri telah berkasar dengan wanita itu. Fitrah sebagai seorang isteri, pasti ada cemburu kerana bimbang suami dirampas oleh wanita lain. Mungkin akan terjadi perbalahan di dalam contoh ini. Atau mungkin juga antara dialog yang akan berlaku ;

Isteri : Apa sebab awak nak ganggu kami? Awak tahu kan dia suami saya.
Wanita : Ya saya tahu. Tapi awak tak faham. Kami pernah kenal dulu sebelum awak kahwin dengan dia.
Isteri : Awak nak jadi perempuan gatal ke? Penggoda!
Wanita : Awak tak kenal saya, jangan nak kata macam-macam. Pandanglah dengan mata hati.

Ok...errr...mungkin contoh ni tak berapa la nak sampai. Tak reti saya nak bagi contoh. But lebih kurang lah. Saya nak tunjuk contoh ayat mata hati yang digunakan. Nampak tak, kalau pandang dengan mata hati, kalau awak la yang baca entri ni, kalau awak la isteri itu, pandang dengan mata hati, apa awak tengok wanita itu?

Susah nak kata soal hati ni. Apa lagi sebagai seorang perempuan, wanita, muslimah, ukhti...Sebab hati lebih banyak ikut emosi. Hati kalau sakit, macam mana nak buat pertimbangan yang wajar. Hati kalau kecewa, macam mana nak fikir dengan waras. Hati kalau penuh dengan ragu-ragu, syak wasangka, macam mana nak buat pendangan yang betul dan tepat?

Ini sekadar pandangan saya. Cuma saya terfikir bila baca penulisan Mata Akal itu. betul lah, yang lebih tepat PANDANG DENGAN MATA AKAL.
Dan benar juga pesanan orang tua-tua Ikut Rasa Binasa, Ikut Nafsu Lesu, Ikut Hati Mati.

So, pandang dengan mata akal. Akal ALLAH jadikan kepada manusia supaya manusia banyak berfikir dan banyak pertimbangan dalam sesuatu hal.

Wallahualam

Sarang heyo (^_^)

Cinta & Harapan



Bismillahirrahmanirrahim.

Wink wink...cari2 lagu kat cik puan youtube..jumpa lagu ni pulak.
Encik zauj pernah bagi saya lagu ni..
Weeeeee.....
Senyum sorang2....

Kemarin hanya tinggal kenangan
Bersama peristiwa semalam
Adakah hari ini yang ku tempuh
Kan bersinar untuk hari esok

Benarlah apa yang telah dikata
Penantian itu satu penyiksaan
Kepastian membunuh kerisauan
Ketabahan mendamai keresahan

Dalam dada ada bara cinta yang menyala
Dalam cinta ada kita berdua
Tiada siapa bisa mengungkai rindu di jiwa
Dengan iman dapat kita membendungnya

Hanya kudrat Tuhan
Yang bisa menyatukan
Dan bisa meleraikan
Cinta sesama insan

Rahmat kasih sayang
Yang amat diharapkan
Untuk kita abadikan
Kasih di alam cinta bahagia

Hadiah Buku

Bismillahirrahmanirrahim.

Ingat tak kumpulan rahsia yang saya cerita tu? Kalau tak pernah baca, klik kat KUMPULAN RAHSIA ni.
Tadi saya dapat ni dari seorang kakak....
Alhamdulillah...tali ukwah dipanjangkan lagi.

Plan nak jumpa dengan mereka lagi.
Mencari mada dan ruang untuk ke sana. Mereka akan buat perjumpaan nanti. But kali ni tak dapat la nak join...


Ni hadiahnya

Terima kasih kakak....insya ALLAH akan istiqomah seperti mana yang disarankan.


sarang heyo (^_^)

Link

Monday, 2 May 2011

Jujur

Apa sebab manusia itu sukar untuk berkata jujur?
Apa sebab manusia itu suka menipu?
Apa sebab manusia itu sukar untuk mengakui hakikat kebenaran?
Apa sebab manusia itu suka untuk bercerita hal lain selain kebenaran?
Apa sebab manusia itu suka berkata putar-belit, dengan orang lain cerita lain, dengan orang lain kata lain.

Malukah manusia itu?
Rasa rendah dirikah jika berkata benar?
Lebih selesa menipu daripada berkata benar?
Atau sukar untuk berkata benar dan akui kelemahan?
Manusia itu sendiri sudah pasti banyak melakukan kesilapan.
Kenapa perlu anggap diri sendiri terlalu sempurna atau malu untuk mengakui kesilapan?
Tapi tidak malukah kita memperlekahkan manusia lain?
Tidak malukah kita memalukan orang lain?
Atau ada sebab tersendiri yang hanya ALLAH saja tahu? (^_^)

Hakikatnya, tak perlu nak minta penjelasan kerana penjelasan itu nanti akan di buka di akhirat.

Manusia yang gemar/suka/hobi menipu/cakap putar belit/cakap lain-lain ni, lihat hatinya. Penuh dengan kegelisahan & bimbang kekurangan atau bimbang orang pandang rendah. Kasihan.

Saya mohon Ya ALLAH, jauhi diri ini dari sikap begitu kerana itulah antara kerosakan hati.


Sarang heyo (^_^)


Kumpulan Rahsia

Bismillahirrahmanirrahim.

Awak ada kumpulan rahsia? Saya ada kumpulan rahsia. Apa tu? Saya nak cerita la ni pasal kumpulan rahsia ni.
Awak ada facebook? Rata-rata orang ada facebook kan. Dari facebook saya dapat ramai kawan baru. Yang saya langsung tak kenal, tapi ALHAMDULILLAH...ukwah itu menjadi sangat mudah.

Memanfaatkan penggunaan facebook dengan pelbagai diskusi dan terkadang tercuit dengan pelbagai kerenah manusia yang mana kebanyakannya saya langsung tak kenal dan ada yang memanjangkan tali persahabatan sehingga bertemu masa dan berpeluk jasad di dalam nyata. Betapa 'mudahnya' berukhuwah zaman ini sehingga ramai yang memandang remeh pada tali ukhuwah. Tetapi, dengan 'kemudahan' ukhuwah apabila dimanfaatkan dengan jalan yang betul insya Allah akan mendatangkan banyak kelebihan kepada kita.

Saya juga pernah berkesempatan bertemu dengan antara mereka. Dalam kumpulan rahsia tu, tak ramai pun..bak kata Insyirah ada dalam 30 orang, tapi yang betul aktif, dalam 10 orang.
Menarik mereka-mereka ni. Dalam pelbagai lapangan kerjaya dan peringkat umur. Ada cikgu, ada pengetua, ada pengurus library, ada pensyarah, ada usahawan, dan tak ketinggalan juga students universiti.

Saya sangat menghargai ukhwah bersama mereka ini. Daripada tidak kenal, sampai la kenal dan berjumpa. Bila berbicara dengan mereka, rasa macam dah sangat lama kenal. Segala kemusykilan, masalah agama, masalah lain-lain, dikongsi bersama. Hanya masalah rumah tangga saja tidak dikongsi di situ, kerana kakak-kakak tu semua banyak kali pesan, masalah rumahtangga jangan bincang secara terbuka dengan orang lain. Indah kan.

Sangat banyak pesanan agama daripada mereka. Kadang-kadang di situ juga jadi medan gurauan dan usikan. Saling mendoakan antara satu sama lain. Suami saya juga tidak kisah saya bersahabat dengan mereka. Malah siap pesan, manfaatkan ilmu yang diperolehi.

Persahabatan ini daripada pelbagai negeri. Percaya tak? Saya pernah menerima hadiah berupa abaya daripada salah seorang kakak di situ. Sangat cantik abaya itu. Bila ada adik-adik yang mengutarakan isu perkahwinan, ramai yang kemukakan pandangan, idea dan bantuan. Jadi seronok. Sebab kita akan rasa kita tidak keseorangan. Kalau kita kata kita sedih...kakak-kakak dan adik-adik akan peringatkan kita dengan macam-macam nasihat.

Alhamdulillah, jadi tenang di situ. Utarakan apa sahaja pertanyaan, INSYAALLAH, pasti terjawab. termasuk la hal-hal kesihatan, kewanitaan, apatah lagi hal-hal agama. Nak resepi juga pasti akan dapat. Seronok kan. Yes, saya seronok bersahabat dengan mereka.

Ni, saya nak berkongsi kata-kata daripada salah seorang sahabat di sana. Actually, pesanan ini dikongsi oleh Insyirah. But saya rasa sangat tersentuh dan rasa nak manfaatkan pesanan ini. Saya sesuaikan semula pesanan-pesanan itu ;


1. walaupun ini emak, tapi nanti, kita kena lebih kan perhatian pada emak mertua.

2. semua masalah suami isteri, selesaikan dengan suami. jangan rujuk dengan sesiapa kecuali kalau terlalu perlu, nak tanya emak, mintak kebenaran suami dulu.

3. jangan sekali-kali hebahkan masalah suami isteri atau masalah dalam keluarga suami pada sesiapun... walaupun pada emak... jaga maruah suami dan keluarga suami.

4. setiap manusia ada perangai baik perangai buruk, begitu jugak suami. belajar menerima. jangan terlalu mengharap kepada penghargaan. suami adalah makhluk. dia tak sempurna.

5. suami adalah pinjaman. jangan ingat harta peribadi. bila-bila masa Allah boleh ambil dalam apa cara sekalipun. jadi, gunakan masa dan peluang yang ada untuk berbakti sementara dia ada.

6. sebab dia manusia biasa, kadang-kadang mood dia baik, kadang-kadang mood dia tak baik. sabar. jangan emosi. jangan ego. biar dia ego tak apa. ego kita tercalar, Allah akan ubatkan.

7. suami jambatan kita untuk mencapai redha Allah. kalau suami tak redha pada kita, jauh dan payah lah perjalanan hidup kita nanti. jadi, selalu jaga perhubungan supaya suami sentiasa pleased with you.

8. hmm... while u can have friends, make sure that your husband knows who your friends are. limit your male friends only to those that your husband permits. never ever tell the problem of our life especially your love life to any male. at all. cousin pun tak bleh.

Ni ada lagi.

Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkannya. Jika tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik, banyakkan diam. Jika dirasakan memberi nasihat dirasakan terlalu berat, cukuplah menghulurkan doa dan munajat buat mereka.

Sebenarnya sangat banyak pesanan di sana. Syukur sangat Ya Allah kerana saya ditemukan dengan mereka semua. Benar, bersahabat tu bukan sekadar yang ada disekeliling kita saja. Tapi di merata pelusuk. Sebab itu saya pesan banyak kali kat entri-entri lepas, jangan mudah terasa dengan apa saya entri, sebab kawan saya bukan di sekeliling saya sahaja, tapi saya ada ramai kawan dan ada ramai lagi orang selain orang disekeliling saya.

To kawan-kawan yang terbaca blog ni, mungkin ada entri yang lepas2 buat kawan-kawan terasa, saya minta maaf sekali lagi. Jangan mudah salah faham. Dan andai saya banyak diam, saya diam sebab saya tidak mahu ada yang terasa. Tapi kalau diam saya ada yang salah faham, kan diam tu lebih baik dari berkata-kata. Bukan cakap ada apa dengan diam. Sebab banyak cakap dan sebab mulut lah yang akan membinasakan manusia. Buruk sangka dengan orang dan membuat pandangan yang salah. Melihat tapi salah tafsir. Ada apa dengan itu semua? Pada saya, biarkan saja sebab ada banyak lagi yang perlu difikirkan.


Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada semua. Kepada sahabat-sahabat niqabis & muslimah saya, semoga ALLAH meredhai ukhwah kita. Dan semoga ukhwah kita kekal & kita mendapat manfaat bersama. Saya sayang dengan sahabat-sahabat 'kumpulan rahsia' itu.

p/s rindu pada encik zauj (^_^)