Sunday, 19 June 2011

Eh, ada rainbow lah

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....

Pagi-pagi, sebelum pergi sekolah, saya suka selak langsir bilik. Untuk lihat langit dan pemandangan maktab tercinta.
Pagi ni, macam biasa juga, rutin harian sebelum pergi sekolah, selak langsir, berkata seorang diri ,

" Eh, ada rainbow lah "

MasyaALLAH...cantiknya. Hajat di hati nak snap guna kamera gajah tu, tapi memandangkan hari ni kena jalan kaki pergi sekolah, so, snap sekejap dari rumah. Hari ni saya jalan kaki je pergi sekolah, memandangkan encik zauj bawak kereta jalan-jalan (^_^).

Saya pergi la sekolah berjalan kaki, yang jaraknya adalah 5 - 10 minit dari rumah.
MasyaALLAH, saya dapat tengok pelangi dengan lebih jelas. Cantik sangat. Kagum kagum. Saya nampak 2 pelangi...

Apa lagi, kamera henpon pun, kamera henpon la....

Jarang nak dapat tengok pelangi. Setelah hujan lebat di kala subuh hari.
Alhamdulillah, rezeki kegembiraan saya di hari ini (^_^).

Jom, kita tengok kebesaran ALLAH. Memang ada 2 pelangi tau....











p/s * sedang menanti *


Tuesday, 14 June 2011

Setanggi Syurga





Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....

Setanggi Syurga.. antara lagu feveret saya di kala hati gundah gulana, waktu saya pasang lagu ni, punyala saya berada kat dunia saya sendiri, tengah terfikir nikmat-nikmat yang Allah beri pada saya, segala dosa yang saya buat, dan betapa sayangnya Allah pada saya... walaupun saya ni selalu buat dosa, solat patuk-patuk ayam, bacaan dalam solat just lafaz atau masuk dalam hati? pergi surau jarang sekali, dan apabila pergi, nak tunjuk kat orang ke atau ikhlas kerana Allah?

zikir skit2, istighfar jarang sekali, ngaji 2-3 helai je , ,doa pun just cam rutin ntah faham ke tak, buat baik dengan orang pun tak banyak, sedekah pun berkira-kira, tapi walaupun camtu sekali lalainya saya, tapi Allah masih sayangkan saya, kasihkan saya, Dia perkenan doa saya, Dia beri apa yang saya minta, Dia tunai segala kehendak saya, Dia penuhi segala harapan saya...


herrmm tak malu ke saya?? huuu malu.. malu sangat kadang tak tau mana nak letak muka, biasa kita ni malu dengan manusia kalu nak buat benda-benda jahat, tapi tak malu lak dengan Allah?? Astaghfirullah .......

namun... bila terkenang rahmatNya, janji Allah yang tidak pernah Dia mungkiri... memberi kembali semangat yang kian luluh... jiwa yang makin lemah.. diri yang hampir rebah... kerana percaya dan yakin dengan janji Allah dan dengan apa yang ada di dalam kekuasaanNya, saya memohon pertolonganNya kerana hanya Allah sahaja yang buleh menolong saya di saat manusia tidak daya dan kuasa untuk sume ini.

Betapa berat susah dan payah yang saya tanggungi sekarang hanya Allah yang tahu dan Dia saja dapat menolong.. Ya Allah, tolongla aku, kerana tiada yang dapat menolong aku melainkan Engkau, sesungguhnya Engkau sebaik-baik Penolong, maka tolongla aku.. amiin Ya Robb... sungguh Engkau Pengasih dan Penyayang...

Thursday, 9 June 2011

Strawberi

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....

Lokasi : Big Red
Masa : Pagi2, sejuksss







p/s saya suka (^_^)

10 tanda hati mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah


# Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya

# Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda

# Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya

# Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya

# Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya

#Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya

# Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya

# Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya

# Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri


# Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Tuesday, 7 June 2011

Bulan



Lokasi : Melaka
Bersama : famili mertua

p/s zauj tak ikut sekali, sebab zauj kerja. saya ikut sebab saya di rumah parents zauj ler. cuti sekolah kan

Wednesday, 1 June 2011

Tips Elak Mengumpat

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....

Suka tak mengumpat orang? Atau selalu tak rasa tak puas hati dengan orang, sibuk cerita hal orang sana sini, dengan niat nak meluahkan, nak raih simpati orang lain atau niat nak memalukan orang atau niat apa sahajalah..atau niat baik pada pandangan kita la (suci ke mengumpat orang ni?) .

Cerita kat orang sana, cerita kat orang sini (kalau nak sekadar meluah, tak perlu ler sampai habis semua orang nak diceritakan, tak baik tau).

Awak suka tak?
Kalau kita dalam kalangan salah seorang yang suka, jom kita baca tips di bawah ni. saya peroleh dari iluvislam.com ;

Dalam hidup seharian, kita takkan lari dari terlibat dari aktiviti mulut ini..

Mengumpat bukan sahaja sinonim dikalangan perempuan.. dikalangan lelaki pun apa kurangnya?

Maaf kaum lelaki, inilah kebenaran.

Tapi cuba kita renungkan bersama.. Kalau kita mampu elakkan diri dari mengumpat, tapi mendengar umpatan orang pula lebih kurang sama dosa dengan mengumpat...

Makna mengumpat tu seperti umumnya yang kita tahu.. bila kita mengata tentang sesuatu yang buruk .. dibelakang hamba Allah tu.

Dan bila dia tahu dia tentu marah atau kecil hati.. Dah nama pun mengumpat,tentu la berkongsi sesuatu yang tak baik kan?

Kadang-kadang kita tak nak terlibat dalam aktiviti senaman mulut kurang sihat ni, tapi cerita.. orang kata kalau tak mengumpat ni macam masakan tiada rasa..macam garam dan gula pula.. tapi kita sedar tak, perencah ni memang mahal dan terlaris sebab nak mengumpat ni dosa besar.

Dalam Islam,mengumpat ni seperti makan daging saudara seislam sendiri. MasyaAllah, sampai begitu sekali perumpamaan aktiviti senaman mulut ni!

Walaubagaimanapun pun, kita adalah hambaNya yang lemah. Itulah pentingnya kita saling ingat mengingatkan, bukan nak buruk-memburukkan.

Kalau keburukan diri dapat diterima dan cuba dikikis sebaiknya, siapakah kita untuk menilai keburukan orang lain?

Fokus kembali pada tips-tips nak elakkan mengumpat/sesi mengata ni..

01.Bila berkumpul dengan kawan-kawan.. dan bila rakan dah mula filem umpat dengan watak yang bertambah-tambah dan siap letakkan jiwa dan emosi lagi.

Masa tu, kalau dah bersama, mesti susah nak elak dari bubuh skrip tambahan.

Dinasihatkan masa ni la kita banyak-banyak Ingat Allah.

Sedar yang kita ni pun sama taraf dengan orang yang diumpat tu iaitu Hamba Allah.

Masing-masing ada kekurangan. Cepat-cepat istighfar, sambil tu tegurlah kawan sama.. Kalau tak dapat juga, sebaiknya kita pergi dari situasi ni.

02.Bila yang nak jadi moderator 'umpat-umpat' tu kawan baik kita sendiri..

Apa kata kita ajak dia berbual tentang keburukan diri masing-masing?

Bila kita bercerita tentang baik buruk diri kita ni.. sekurang-kurangnya kita pun sedar banyak juga kekurangan kita.

Tak payah lah cerita semuanya, tapi cuba fikir.. rasanya kalau nak senaraikan pun mesti lebih tiga, lebih dari sepuluh? dua puluh?.. jadi layakkah kita nak bagi senarai keburukan orang, sedangkan senarai keburukan kita sendiri pun dah lebih dari sebakul.

03.Bila yang nak ajak mengumpat tu orang senior dari kita.. tentu payah benar nak buat sesi teguran kan?

Apa kata kalau tak dapat nak elak pun.

Sambil dia lafaz bait-bait mengata tu, kita pula sambung setiap ayat umpatan tu dengan doa.

Doakan sesiapa yang diumpat dengan ikhlas, supaya Seni0r kita tu pun sedar dengan sendirinya. InsyaAllah!

04.Bila terasa sakit hati dengan seseorang hamba Allah tu..

dan terasa nak cari kawan nak buka forum mengumpat, jom ambil wudhu secara tertib.

Masa nak kumur-kumur tu, bacalah doa. Minta dipelihara lidah ni dari perbuatan yang memberi dosa.. InsyaAllah.

Semoga dengan itu, segala niat buruk tu terbatal sendiri.

05.Kalau kita selalu terlupa tentangNya, apa lagi bila tengah cerita panas atau gosip liar.

Masa ni nak istighfar pun berat sekali nak buat. Apa lagi nak muhasabah diri yang dah rebah kan?

Jadi.. sumbatkan lah telinga anda dengan lagu-lagu atau sebaiknya.. dengar bacaan alQuran ke.. nasyid ke.

Ini lebih baik dari bibir tu mengata hal-hal tepi kain orang.

Sedangkan tepi kain sendiri entah masih elok atau tak.. dah koyak ke.. atau tersangkut kat mana-mana..

Sebab tu kita ada dua telinga.. sebagai perumpamaan kita kena mendengar dua kali dulu sebelum bercakap sesuatu..

06.Bila nak mengata orang tu.. cuba bayangkan kita berada di tempat orang yang dikutuk tu.. agak-agaknya boleh tak jadi seperti Khalifah atau nabi terdahulu..

Bila diumpat, boleh pula beri hadiah.. siap doakan orang tu dirahmati Allah SWT.

Agaknya kita antara golongan yang bila tahu ada orang cakap belakang tentu rasa nak bagi penumbuk sulung pada orang berkenaan, paling tidak pun.. mengutuk dan buat la ayat makian paling pedas untuk dia.

Cuba kita ubah sedikit perspektif pemikiran kita.. bila kita diumpat, tu bermakna ada orang ambil berat,ada orang cuba nak beri ingat.. ada yang nak bagi pendapat.

Supaya dengan Tuhan kita terasa dekat.

Ujian tu taklah seberat kutukan yang nabi pernah terima dahulu kan...

07.Terakhir, minum air banyak-banyak..dimulakan dengan selawat dan bacaan basmallah.

Semoga dengan nikmat air tu, kita akan ringan untuk memujinya.

Banyak lagi tips yang ada.. tapi semuanya bergantung pada niat.

Niat untuk pelihara diri dan jaga ukhwah sesama saudara.

Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang bersyukur.. setiap yang bersyukur akan sentiasa ingat yang memberi.

Tiada unsur nak sindir sesiapa cuma sekadar memberi peringatan buat diri sendiri dan pembaca yang sudi baca..

- Artikel iluvislam.com

p/s ni peringatan untuk saya. saya baca dan saya suka nak share...saya manusia biasa, yang buat silap. macam entri saya sebelum ni pasal surah Hujurat tu la.....

7 Perkara Tercantik Di Dunia

Dikatakan antara 7 tercantik di dunia.....
Layankan ajelah....

Orang kata, cuci-cuci mata

Mata Tercantik dari Afghanistan (Afghanistan ok..so, jangan ler nak perasan ek...ekekekeke)


Kuda Tercantik Dari Arab

Kota Tercantik di Vancouver Kanada

Air Terjun Tercantik di Niagara falls,US

Jambatan Tercantik di Tokyo, Jepun

Rumah Tercantik milik Ronaldinho di Sepanyol

Budak Perempuan tercantik, Fatima dari Morocco