Tuesday, 6 September 2011

Daging Salai Masak Lemak Cili Api Style Saya

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Mr. Simple


Awak suka makan lemak cili api tak? Ada orang kata lemak cili padi. Tapi sama je la kan. Daging salai suka? kalau buat lemak cili api...wah wah, terangkat.

Kali ni, saya nak share resepi la. Ni style saya. Dan ramai orang negeri sembilan yang guna resepi ni. saya dapat pun dari abah saya. Ni saya tanya2 dengan orang Negeri Sembilan, memang guna resepi ni.

Dalam resepi ni, awal2 saya cakap, tak guna bawang tau. TIDAK GUNA. So, jangan pelik. Memang tak guna bawang. Ada resepi yang guna bawang dan ditumis. Tapi saya tak tumis.

Jom....intai jap


Bahan-bahan :
Daging yang telah disalai,dihiris nipis
Kunyit hidup/serbuk kunyit (saya guna kunyit hidup)
Cili api secukup pedas
Serai
Santan
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya :
Tumbuk cili padi, dan kunyit. (saya blend je)
Rebus daging, dengan bahan tumbuk dan serai yang telah dititik.
(rebus tapi menggunakan air yang tak banyak sangat, agak-agak sehingga daging bertukar warna & lembut). Kemudian masukkan santan, garam.
Bila dah masuk santan, jangan lama sangat, api jangan besar sangat, dan kena sentiasa kacau. Sebab tak nak santan jadi pecah minyak.
Ok, dah siap.

Saya main agak2 je nak masak banyak mana. So, saya tidaklah sukat-sukat. Senang kan....yang penting, salai daging tu dulu. Salai ek, bukan goreng...

Ok, selamat mencuba

CETUSAN MINDA 1

Tiada rasa INGAT akan Tuhan tanpa UJIAN Tiada rasa KEHAMBAAN akan Tuhan tanpa kePASRAHan Tiada rasa PERGANTUNGAN tanpa kePAYAHan ALLAH TAALA memberi kemudahan dalam KESUSAHAN

Allah s.w.t. Berfirman"Orang-orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah, dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram"(SurahAr-Rad:28)

Cara yang baik menilai seseorang ialah daripada apa yang ia katakan,Cara yang lebih baik ialah daripada apa yang ia lakukan,dan cara yang terbaik ialah daripada apa yang ia sumbangkan.
Evan Esar

Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan tetapi, lihatlah apa yang telah kamu selesaikan
John Ruskin

kecemerlangan melibatkan displin dan ketabahan hati dalam mencapai tujuan
~John W.Gardne~

ORANG CEMERLANG ITU

ORANG CEMERLANG ITU

Aku terlihat
Orang cemerlang di mana-mana
Aku terdengar
Orang cemerlang di pelusuk dunia
Aku tersua
Orang cemerlang di sini sana.

Orang cemerlang
Hidupnya waras berimbang
Tiada rasa gusar bimbang
Apa lagi berhati walang
Ke mana pergi fikirnya segar
Berkembang

Orang cemerlang
Hatinya bersih jiwanya lembut
Tiada bisa dibibir mulut
Kerja ikhlas bukan pak turut
Bahu memikul tangan bersambut
Fikirannya tenang tidak berserabut
Semangatnya cekal rapat bertaut

Orang cemerlang
Sekali melangkah tidak kebelakang
Walaupun dikritik atau dibangkang
Walaupun terima surat layang
Sekali ia berjuang ia tetap berjuang

Orang cemerlang
Hidup berdikari teguh jati diri
Tetap pada janji tidak sekali mungkiri
Berkata benar tidak bersembunyi
Jauh sekali menyakiti hati.
Walaupun ia dicemburui

Orang cemerlang
Kerjanya bersungguh-sungguh
Arahan dan etika sentiasa dipatuh
Pegangan dan prinsip tetap teguh dan utuh
Digodam dihentam tidakkan rapuh

Orang cemerlang
Hidupnya penuh makna
Tidak dibuai mimpi lena
Bukan bodek sini bodek sana
Tidak juga terpesona
Kilauan emas mahupun permata
Atau
Manis madu racun berbisa
Yang menghancurkan diri
Dan nilai luhur manusiawi

Orang cemerlang
Tidak lupa tikar sembahyang
Tidak lepak-lepak jarang sembang-sembang
Sayang masa dan wang terbuang-buang

Orang cemerlang itu pakaiannya takwa
Bijak menolak dosa
Pintar menyerap pahala
Hatinya sentiasa redha
Juru auditnya pesuruh di bahu kiri dan kanan
Jadi perhati pada Allah semesta alam

Orang cemerlang
Tidak lupa jasa dan pengorbanan
Mahupun ibu bapa saudara pun bukan
Sering ingat budi dan jasa orang sepanjang zaman

Orang cemerlang
Ingin menggapai awan gemilang
Ingin mendaki puncak terbilang
Nan...
Di sini di kau dijulang
Kerana jasa dan bakti yang kau sumbang

Orang cemerlang
Tidak kenal putus asa
Biar pahit getir melanda
Ganjaran dan balasan bukan dipinta
Cuma...
Ia mahu hidup sejahtera
Syukur nikmat dari yang Esa.

Coretan orang bijak pandai

p/s puisi dari BSM MARA

Saya Nak Yang Ni 1 Je !!!!!!!!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Kyo




Tadaaaa.........agak-agak, ada tak orang nak bagi saya yang atas ni? Saya nak 1 je....tak nak 2...saya nak 1 jeee....

Awak nak bagi saya tak? Hihihihi

Hensem kan Samsung Galaxy S 2 ni. Dikatakan lagi laju & best dari iphone 4. tak caya, awak cari majalah PC atau awak buka kat youtube. ada perbandingan.

pendek kata, ni memang yang terbaik dan lagi best dan best....kalau awak nak tahu lebih lanjut, awak search sendiri la...saya malas betul nak menaip kali ni....

Waaaaaaa..............saya nak 1 je...ada yang nak bagi tak???
wink wink


Angry Bird 2

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Sonorul Sarangha

Lately saya tak berapa sihat. Migrain yang teruk. Ni pun masih rasa sakit2. Sampai ke leher & bahu. Nak pusing kiri kanan pun tak boleh. Tegak je kepala ni. Dah macam robot pun ada.

Entri kali ni, nak share pasal Angry Bird lagi. Saya rasa saya dah jadi addicted dengan game. Sedikit gambar pasal Angry Bird ni.






Pada yang minat game, banyak game boleh main kalau guna Samsung Tablet ni. Bukan ni je, guna iphone, samsung galaxy ke, ipad ke....semua yang ala2 macam ni lah. touch skrin.

Kalau guna samsung galaxy ni, better then ipad, but ipad 2 better dari samsung tablet ni.

Eh jap, saya nak cerita pasal Angry Bird kan.

Ok, pasal angry bird ni, kalau nak main, pastikan dalam keadaan mood tenang. Kalau marah-marah, tak payah lah main. Lagi 1, kita tak boleh main main aje. Kena merancang strategik kalau nak main Angry Bird ni.


Monday, 5 September 2011

JANJI ALLAH KEPADA YG TIDAK DIKURNIAKAN ANAK/ZURIAT

Rezeki dan anugerah Allah bukan sahaja yang berbentuk emas permata dan wang yang bertimbun tetapi juga anak-anak yang ramai yang baik dan soleh. Bagi pasangan yang tidak diberi anugerah anak atau zuriat keturunan walaupun sudah lama berkahwin maka mereka perlu bersabar, berusaha dan pasrah terhadap ketentuan Allah ke atas mereka. Tentu ada hikmah di sebaliknya yang tidak kita ketahui. Pasangan yang tidak dikurniakan zuriat terkadang lebih baik kerana mereka sentiasa bergantung harap kepada Allah, sentiasa berdoa dan merintih rayu kepada Rab al-'Alamin agar dikurniakan zuriat. Rintihan, rayuan dan harapan kepada Allah itulah sebenarnya menjadikan Allah sayang dan kasih kepada mereka. Janji Allah bahawa sesiapa sahaja yang berdoa, merayu merintih kepada Allah pasti Allah akan menyahut dan mengabulkan permohonannya cuma mungkin dalam keadaan yang dia sendiri tidak mengetahuinya.

Dalam hadis Rasullah S.A.W bersabda : "Sesiapa yang berdoa mengharapkan sesuatu dari Allah nescaya Allah akan memberinya, sama ada diberikan segera atau disimpan untuk kebaikannya di akhirat atau dihindarkan kejahatan darinya".

Walaupun pasrah terhadap ketentuan Ilahi yang masih belum mengurniakan zuriat keturunan namun ia bukannya halangan untuk berusaha asalkan usaha yang dilakukan tidak melanggar ketetapan syariat.

Wallahualam.

Rambang Hari Raya

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Mr. Simple

Fuuhh Fuuhhh!!! Lama sudah tak update, sampai naik berhabuk. Maklumlah, tuan tanah sibuk menghabiskan ketupat, rendang, lemang, segala bagai yang ada. Hihihihi....


Ni rambang je...gambar lain, tu peribadi....


family secret recipe

Daim + M&M

Orkid


Peace!!!!