Thursday, 15 April 2010

KANASHII DESU (T_T)

Just nak cakap, sedang sedih....tu je. Sedih (dan nangis)

kanashii desu
(T_T)

Tuesday, 13 April 2010

TIMELESS

Saya ditemani satu mug Nescafe.(sedap betul)

Hari ni saya nak share video klip yang pada saya best. Menarik. dan syahdu.

Saya dah dengar lagu ni banyak kali. But tak terfikir nak cari video klipnya. Thanks to Raihan Fitti yang suruh saya tengok video klip ni.
Sedih pada saya. Menariknya, video klip ni ada 2 part. Part 1 & part 2. Tapi menggunakan lagu yang sama. Dah macam episod drama pulak. Jalan cerita video klip ni bagus pada saya. Sangat menyentuh jiwa (saya ni cepat memahami hati orang yang sedih (T_T) ).

Saya tak pasti siapa penyanyi asal. Sama ada Kelly Clarkson ft Justin atau versi Korea. Maybe penyanyi asalnya Kelly & Justin. Cuma saya lebih suka versi Korea. Sebab dari sekolah lagi saya layan Korea (^_^). Timeless...Abadi...Banyak tafsiran ABADI ini. kepada ALLAH, Rasulullah, Ibu Bapa, sahabat-sahabat atau insan yang kita sayangi. Apa pun tafsiran anda, lagu ini lebih membawa kepada insan yang kita sayangi.

Sekadar berkongsi pengalaman dari video klip ini. Pengalaman perasaan yang saya kutip dari video klip ini, yang saya rasai kesedihan dan kesakitan.

Tak nak cerita banyak, tengok kedua-dua part video klip nih. yang penting, mamat dalam video ni, hensem. hahahahaha. (apa la motip saya nih???boleh tak saya nak kata 'itu jantung kekasih cerah saya..hehehehehe')

Part 1



Part 2






Wuwuwuwu (T_T). sedih (atau saya je yang cepat tangkap feeling). Apa pun, saya suka video klip ni.

싶어요 (^_^)

Friday, 9 April 2010

CINTA RASULULLAH

Tarikh : 9/4/2010
Masa : 12.30 tengah hari
Tempat : Jannatul Firdausi (MRSM Batu Pahat)
FARDU AIN : CINTA ITU FITRAH TETAPI MENJADI FITNAH

slide yang ditayangkan masa fardu ain
semoga menjadi teladan kepada semua pelajar puteri. AMIN



cinta itu fitrah tetapi boleh bertukar menjadi fitnah.kes pembuangan bayi semakin berleluasa. kasihan dan sedih. jauhkan anak-anak murid saya dari semua ini Ya Allah.takut bila memikirkannya.





semoga semuanya mendapat cinta yang dicari & cinta yang sejati itulah cinta hakiki.

싶어요 (^_^)

Monday, 5 April 2010

DIAM....


Diam lebih baik dari berkata-kata dan saya telah memilih diam
Kenapa???
Kerana pada saya, daripada kata-kata yang keluar dari mulut kita Melukakan insan lain yang pernah satu ketika bersahabat dengan kita yang satu kita pernah membantu kita hatta membantu dalam urusan hidup kita apa-apa sahaja urusan mungkin kita lupa keikhlasan dia membantu kita
tanpa kita sedar kita leka dengan kebahagiaan yang kita kecapi sehingga kita sanggup menipu orang lain demi menutup kelemahan kita dan kita terlupa.. sahabat kita itu... TERLUKA
dan apabila TERLUKA... mungkin sahabat kita itu diam
menjauhkan diri dari kita
tanpa kita sedar penipuan kita perbuatan kita melukakan hati kawan kita kita lupa hingga kita sanggup menipu orang lain dan bila kawan kita menjauh kita tambah lagi luka hatinya kita fitnah kawan kita kita katakan dia cemburu dengan kita kita buat andaian yang pelbagai maka, kawan kita itu, memilih untuk diam dan diam dan diam menjauh...membawa hati terluka makanya
DIAM LEBIH BAIK DARI BERKATA-KATA


싶어요 (^_^)

Sunday, 4 April 2010

HATI

Hati??
Kenapa dengan hati ini?
Mungkin berkecil hati dengan seseorang.
Orang yang saya dah tolong
Tapi.....
Tak apa la. Biarkan. Asal dia bahagia

Saturday, 3 April 2010

LAPANGKAN DADA, SABARKAN JIWA, IKHLASKAN HATI

" Oleh itu, berikanlah sahaja peringatan (kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi ingatan. Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima apa yang engkau sampaikan itu)". (Al-Ghasyiyah : 21-22)

Hanya ayat ini sahaja yang mampu untuk membuatkan saya bertenang dan SABAR.
Saya akui, ada kekesalan dan kesedihan melanda diri ini. Tatkala tarbiah, dakwah yang cuba dibawa kepada si kanak-kanak, seolah dibalas dengan sindiran dari mereka.
Tudung. Isunya mudah sahaja.


Wanita itu aurat. Dan wajib baginya, menutup aurat. Puas sudah dibelai, diminta memakai tudung tatkala berada di luar bilik. Hmmmm.....Alhamdulillah, ramai yang menyambut dengan baik. Namun, ada yang membalasnya dengan sindiran dan seolah tidak ada rasa bersalah bersarang dalam diri & hati.


Mengeluh???
Saya hanya mampu mendoakan agar hati mereka dilembutkan dan mendapat hidayah ALLAH.
Siapalah saya yang nak mengubah mereka untuk menutup apa yang sepatutnya muslimah tutup.
Marah???
Geram??
Kecewa??
Saya tidak pasti yang mana satu ada bersarang dalam hati ini.
Seorang sahabat pernah menyebut ;

" Siapa kita yang hanya cikgu nak ubah, sedangkan pengaruh yang besar adalah ibu bapa mereka. Kita orang asing & orang luar bagi mereka "

Ada kebenarannya di situ. Telinga ini dah banyak kali berdesing setiap kali aduan & laporan dari sahabat-sahabat guru yang lain mengenai aurat ini. Hmm...
YA ALLAH, tunjukkan saya jalan YA ALLAH.
Setiap kali nampak, saya sedih. Sangat sedih. (T_T)
Petikan dari Bercinta Sampai Ke Syurga oleh Ustaz Hasrizal(muka surat 149) ;


" ......tiada guru yang mampu mengatasai pengaruh ibu bapa dalam upayanya membentuk anak-anak...."

YA ALLAH, hebat sungguh cabaran untuk mendidik & membentuk anak-anak yang bukan anak-anak kita ini.
Semoga saya mendapat kekuatan.
IKHLASKAN DIRI, LAPANGKAN DADA & SABARKAN JIWA
Dakwah ini dakwah ALLAH.
Hanya ALLAH yang tahu.


싶어요 (^_^)


Friday, 2 April 2010

AIR OH WATER


Dusshhhh... Kat BP sekarang ni, asyik kena catuan air je Selang sehari, tak ada air Dah le duduk dengan kanak-kanak Guna air berjemaah Sangat sukar bila tidak ada air Krisis air..... Ni ada kesan nih kalau tak cukup cecair dalam badan :
Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:

Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)

Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah

Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak

Tekanan darah menurun

Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk

Lesu pada waktu siang

Sakit belakang

Dehidrasi

Sakit kepala

Memperlahankan kadar metabolisma

Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara

Sendi dan otot mengalami kekeringan

Menyukarkan penyingkiran bahan toksik

Meningkatkan keinginan untuk makan

Darah menjadi pekat

Mudah keliru.

Degupan jantung meningkat

Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan

Ngaaa....apa nak buat. Hari ini catuan lagi. Hari-hari bila ada air, kena tadah buat bekalan. Payah T_T

싶어요 (^_^)