Sunday, 10 April 2011

Sorry



Sorry Seems To Be The Hardest Word

What have I got to do to make you love me
What have I got to do to make you care
What do I do when lightning strikes me
And I wake to find that you're not there

What do I do to make you want me
What have I got to do to be heard
What do I say when its all over
And sorry seems to be the hardest word

Its sad, so sad
Its a sad, sad situation
And its getting more and more absurd
Its sad, so sad
Why cant we talk it over
Oh it seems to me
That sorry seems to be the hardest word

What do I do to make you love me
What have I got to do to be heard
What do I do when lightning strikes me
What have I got to do
What have I got to do
When sorry seems to be the hardest word

Music by Elton John
Lyrics by Bernie Taupin

Maaf.... perkataan yang paling susah untuk kita sebut bila kita menyakiti hati, melukakan hati, menipu hati atau merobek hati orang lain...

Dan susah lagi untuk kita maafkan bila seseorang menyakiti hati, melukakan hati, menipu hati atau merobek hati kita meminta maaf dan meminta agar kita maafkan dia.

Tanyalah pada sesiapa pun, manusia mana pun, tak kira dia bangsa apa, agama apa, bahasa apa, merentas seluruh dunia di mana-mana benua, dan di mana-mana negara... pasti jawapannya sama.. betul tak? kalu tak betul dia bukan manusia, dia alien!! te he he

Sepertimana perkataan cinta tu sukar disebut, samala jugak kedudukan perkataan maaf tu... Cuma dengan iman yang kuat dan hati yang berusaha ikhlas je membenarkan bibir sebut perkataan tu.. walau pun sebenar terasa payah nak sebut... betul tak? kalu tak betul, dia bukan manusia, dia alien!! he he he

So bila baca lirik Elton John ni, betul la apa dia cakap tu... walaupun dia tu gay- laki/bini dia lelaki, walaupun orang kulit hitam tu pakai salib, walaupun penari-penarinya seksi-seksi belaka, walaupun ada mamat-mamat saleh hensem, walaupun jeles tengok grand piano putih dalam video klip ni- tapi bukan tu yg menarik perhatian. Lirik dia yang saya minat, mencerminkan perasaan dan harapan suatu masa dulu... kini.. dan selamanya (hehe=p) yang dah lama hancur!!

yang pasti... pada yang bergelar akhi/ukhti itu, berikanlah seribu satu alasan pun dan meminta maaf atas apa yang berlaku...

.....sorry seems to be the hardest word. (maknanya iman saya tak kuat dan hati saya tak ikhlas, betul tak? kalu tak betul dia bukan manusia, dia alien!! he he he=p)

"Ingat Allah, sungguh Allah itu Maha Pemaaf walau dosa kita setinggi gunung".

CEMBURU?

Adakalanya kita rasa 'cemburu' dgn pencapaian, kejayaan, harta & perolehan oran lain. Tanpa dikawal 'cemburu' itu boleh memakan diri,juga menghasilkan kedengkian. Kawallah ia dengan YAKIN bahawa jika bukan rezekimu, apa jua yang kamu lakukan TETAP TIDAK akan diperoleh, yang penting USAHA & TAWAKKAL serta REDHA dengan apa jua hasilnya. Semuanya berdasarkan rezeki masing-masing, maka HATI TENANG.

Friday, 8 April 2011

Prasangka


Satu artikel yang saya dapat dari www.ukhuwah.com Sangat bagus & baik untuk dikongsi bersama ;


SEBAGAI Muslim, umat Islam diingatkan tidak sesekali melakukan sesuatu perbuatan yang boleh menjejaskan nilai keIslaman...

Kita mengetahui bahawa Islam mewajibkan seluruh umatnya di mana juga berada supaya hidup dengan rukun damai dan berpegang teguh dengan ikatan silaturahim yakni dalam erti kata persaudaraan benar-benar erat serta bersatu padu.

Persaudaraan itu bukan hanya dalam bentuk lahiriah saja, bahkan dari aspek batiniah Iaitu persaudaraan sejati yang membawa kebaikan duniawi dan ukhrawi.

Jika kita tidak dapat menikmati suasana kehidupan yang damai, tidak ada persefahaman, tidak bermuafakat dan sering bermusuhan, maka kita sudah tersasar daripada ketetapan landasan ajaran Islam sebenar sekali gus menunjukkan bahawa kita sudah jauh menyimpang daripada rahmat Allah.

Bagi memelihara makna persaudaraan agar ia dapat hidup subur dalam masyarakat Islam, maka Islam mengajarkan beberapa panduan tertentu sebagai tinta berharga dalam pergaulan yang wajib dihormati serta dijunjung oleh umat Islam.

Panduan pergaulan yang menjadi ketentuan Islam dan wajib diamalkan umat Islam dalam hidup bermasyarakat sememangnya bertujuan mewujudkan kehidupan aman damai yang bebas daripada prasangka jahat.

Mengapakah Islam menegah daripada menyemai prasangka tidak baik antara satu sama lain?

Rasulullah sendiri menegah umat baginda daripada sifat ini.

Sabda baginda yang bermaksud: “Jauhilah kamu prasangka tidak baik kerana sesungguhnya prasangka tidak baik itu seburuk-buruk percakapan.” (Hadis riwayat Muslim)

Imam al-Khattabi dalam kitab 'subul as-salam' menjelaskan bahawa prasangka yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah tuduhan atau prasangka tidak beralasan, tidak jelas sebabnya seperti menyangka atau menuduh seseorang membuat keburukan pada hal belum nyata atau tidak ada bukti menunjukkan dia melakukan perbuatan itu.

Mengikut riwayat al-Dailami pula prasangka yang dilarang itu ialah yang dinamakan 'su u dhzan' iaitu prasangka yang tidak baik lagi buruk.

Sebenarnya larangan daripada melakukan prasangka tidak baik atau 'su u dhzan' itu bukan saja terhadap sesama manusia bahkan terhadap Allah.

Sesungguhnya, menaruh syak tidak baik kepada Allah adalah haram hukumnya.

Imam al-Zamakhsyari berpendapat, hukum menaruh sangkaan itu terbahagi kepada empat :

Pertama - wajib, iaitu menaruh segala sangkaan baik kepada Allah Kerana sifat-Nya sentiasa baik dan elok serta tidak sesekali akan menerima sesuatu melainkan yang baik dan elok.

Malah amat mustahil bagi Allah bersifat dengan keburukan dan kekurangan.

Kedua - haram iaitu menaruh sangkaan tidak baik kepada Allah kerana tidak wajar bagi kita meragui apa dilakukan Allah terhadap hamba-Nya.

Apatah lagi memikirkan perkara tidak elok atau tidak baik terhadap Allah sama ada secara sengaja atau tidak.

Umpamanya, seorang menaruh prasangka terhadap Allah sebagai tidak adil atau tidak patut disebabkan keadaan hidupnya tidak senang atau semudah orang lain atau dirinya sering ditimpa malapetaka.

Prasangka itu adalah haram. Hakikatnya, mungkin ikhtiar dan usahanya belum mencukupi.

Begitu juga haram menaruh prasangka tidak baik terhadap seseorang yang benar-benar nyata baik, jujur dan mulia serta bukan pula tergolong daripada golongan fasik.

Ketiga - sunat apabila menaruh prasangka baik terhadap seseorang yang bertingkah laku baik.

Kita hendaklah menaruh kepercayaan kepadanya dan tidak boleh menaruh sangkaan yang bukan-bukan.

Ini kerana, dari segi zahir memang dirinya seorang yang baik dan patuh segala perintah Allah.

Kecuali apabila ada unsur yang menunjukkan dirinya bukanlah seorang yang baik.

Keempat - harus menaruh sangkaan tidak baik terhadap seseorang yang suka melakukan maksiat dan mungkar secara terang-terangan tanpa ada rasa malu kepada Allah serta sesama saudara Islamnya sendiri.

Hakikatnya, dirinya lazim disebut sebagai orang fasik. Justeru, harus bagi kita berwaspada terhadap mereka dan kita tidak harus terlalu mudah percaya.

Demikianlah hukum sangkaan baik dan prasangka buruk dalam Islam.

Soalnya, di manakah kedudukan diri kita ketika ini? Kita hendaklah berhati-hati dalam membuat sesuatu sangkaan kepada orang lain kerana jika ia tersilap, maka keburukannya amat besar di mana ia boleh menjejaskan silaturahim sesama umat Islam.

Ceritera

Actually, tak ada idea nak buat entri baru.
But, tadi masa call seorang sahabat, terus dapat idea ni.
Sebenarnya, sekadar bergurau saya kata nak buat novel la pasal dia.
Dia pun jawab dengan sekadar bergurau.

Nama dalam setiap watak tidak akan disebut.

Beginilah pelbagainya teman-teman saya.

Seorang guru, habis waktu antara 1-2 petang.
Begitulah setiap hari Isnin - Jumaat waktu sekolah.
Kalau ada apa-apa waktu petang, akan kelas PGG.
Kalau tak ada, dia sangat seronok sambil menangis tengok drama Korea / Jepun.
Kemudian akan bercerita apa drama yg dia tengok.
Kelakar orangnya tiap kali dia bercerita.
Apa sahaja ceritanya, pasti semangat bila bercerita.
Hehe.....
Dan apabila waktu malam, dia akan datang ke asrama, dan menghalau budak2 yang tak nak pergi solat. Memang kena la siapa yang tak nak solat. Sebab dia sangat tak suka budak yang ponteng solat. Bagus kan cikgu macam ni.
Di kelas lain wataknya, di asrama lain wataknya
Anda tahu siapa???
Saya tahu, tapi biar saya saja tahu

Kisah seorang lagi...
Kehidupannya, sama...pergi sekolah, mengajar, balik pada waktu.
Cuma, saya kagum..semangat nak budak2 berjaya...
Tidak kira, jam 5pm, atau jam 11malam..
Hari biasa, atau hari minggu...
Pasti akan ada kelas untuk pelajar2 yang nak belajar + pelajar2 yang istimewa..
Niatnya hanya nak pelajar berjaya...
Sangat bersemangat dalam mengajar....
Dia ambil berat pasal kawan-kawannya.
Pernah jadi teman serumah saya =)
Terima kasih....
Anda tahu siapa?
Saya tahu, tapi biar saya saja yang tahu.

Kisah seorang lagi...
Hidupnya penuh dengan buku.
Gila-gila juga.
Buat pelajar macam adik-adik.
Dalam kecik-kecik orangnya, tegas dengan budak-budak.
Nampak macam selamba, tapi AWAS.....jangan main2...
Suka buat aktiviti untuk budak2 dalam kelas..
So, cara pengajaran yang banyak bergerak....
I like...
Anda tahu siapa?
Saya tahu, tapi biar saya saja yang tahu.

Kisah seorang lagi..
Penyanyang...
Sama ada budak2 atau kucing.
Pernah bagi saya makanan kucing, untuk kucing2 terbiar.
Dan, dia ada kamera canggih tu...hehehehe
Pengalaman dia, banyak...
Kalau nak tahu pasal nak mentadbir, tanyalah dia...
Banyak sangat pengalamannya...
Suka juga bawak kanak-kanak tu keluar..
Buat aktiviti....
Dalam kelas juga suka buat aktiviti....
Anda tahu siapa?
Saya tahu, tapi biar saya saja yang tahu.

Ada kisah seorang lagi
Ceti?Akauntan?Tauke?
Kesian dia, banyak tu kena buat akaun...
Macam2 akaun dia buat..
Tapi hebat tu...mengajar + akauntan...
Kira 2 keje dalam 1 tempat keje...
Anda mampu???Tapi dia mampu....
Gigih buat kelas malam2....
Kagum tak???
Anda tahu siapa?
Saya tahu, tapi biar saya saja yang tahu.

Ada kisah seorang lagi.
Saya ingat, dia banyak tolong saya...
Pendek kata, dia senang untuk tolong kawan2.
Dengan pelajar, baik..
Orangnya suka ketawa..
Komited dengan mengajar & pelajar.
Saya akan ingat setiap perkara yang dia tolong saya
Juga pernah jadi teman serumah saya =)
Terima kasih
Anda tahu siapa?
Saya tahu, tapi biar saya saja yang tahu.

Dan ini ada kisah seorang lagi
Dia ni, kelakar la..
Gaya2 manja gitu...
Paling saya ingat ayat dia
"kalau datang rumah aku, bawak kordial sendiri, air & cawan je aku sediakan"
Hehehehehe...
But, saya kagum, tengok semangat dia buat kelas malam2....
Anda tahu siapa?
Saya tahu, tapi biar saya saja yang tahu.

Siapa pun mereka, mereka mewarnai hidup saya..warna-warni kehidupan.....hehe...
Begitulah saya kagum dengan orang2 disekeliling saya...

Panjangnya entri ni... T___T
Kepada teman-teman yang memang saya ceritakan di sini...
Jangan marah yer...pinjam kisah-kisah teman-teman...
MAna tahu, jadi inspirasi kat orang lain pulak...
AMIN
Ok....tata...nanti sambung entri lain pulak...

Wednesday, 6 April 2011

Kuatnya Pengaruh Usop Wilcha

Hahahahaha....saya nak gelak je tengok gambar ni.
Kuat betul pengaruh Usop Wilcha ni.
Penangan Hantu Kak Limah Balik Rumah ni, hadoi la...
Kuat betul....
Lawak-lawak.
Saya dapay pic ni dari anak murid saya...

Moh ler kita layannnn



Sila klik pada gambar ni, untuk lebih jelas

Kalau ada ni, mesti ramai join Usopbook...mau kalah Facebook

Hadiah Terbaik

Hadiah Terbaik

Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

Monday, 28 March 2011

Gambar Makanan

Dah lama tak entri kat blog....bersawang dah blog gue nih....
Just buat pemanasan untuk keluarkan entri2 baru...
Kita layan dengan gambar masakan saya hujung minggu.....


Kari ayam...berasap dari dapur


Rendang ayam....yummy