Thursday, 13 October 2011

Dosa sebar fitnah hilangkan pahala terkumpul

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Zinnirah

Sahabat-sahabat sekalian. sesungguhnya kita berada di akhir zaman. Di mana fitnah disebarkan dengan begitu dasyat sekali. Marilah kita bersama-sama menyelamatkan diri daripada bencana fitnah ini. Kerana tukang fitnah dan penyebarnya akan dimasukkan ke dalam neraka dengan siksaan yang amat dasyat sekali. Sentiasalah kita memohon perlindungan dari Allah Taala daripada terjebak dengan gejala fitnah ini.

Dari Abu Hurairah ; Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Akan terjadi fitnah/gempuran cobaan, orang yang tidur di saat itu lebih baik daripada orang yang terjaga. Orang yang terjaga lebih baik daripada yang berdiri. Orang yang berdiri lebih baik daripada yang berlari. Maka barangsiapa yang mendapatkan tempat kembali atau untuk berlindung hendaknya dia segera mencari perlindungan dengannya.”

Dari Abu Zinad dari al-A’raj dari Abu Hurairah -radhiyallahu’anhu- bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidak akan terjadi hari kiamat kecuali sampai pada suatu ketika seorang lelaki melewati kuburan seseorang maka dia pun berkata, ‘Aduhai alangkah enaknya kalau aku sekarang berada di tempatnya.’.

Dosa sebar fitnah hilangkan pahala terkumpul


HATI adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan Allah sebagai titik untuk menilai keikhlasan. Di hati lahirnya niat yang menjadi penentu sesuatu amalan diterima sebagai pahala atau sebaliknya.

Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik supaya tidak rosak, sakit, buta, keras dan tidak mati bagi mengelak penyakit masyarakat yang berpunca daripada hati.

Kerosakan pada hati membawa kepada kerosakan seluruh nilai hidup pada diri seseorang individu. Penyakit hati yang menyerang kebanyakan kita ialah penyakit fitnah, sama ada menjadi penyebar atau mudah mempercayai fitnah.

Perbuatan fitnah adalah sebahagian perbuatan mengadu-domba yang mudah menyebabkan permusuhan dua pihak yang dikaitkan dengan fitnah berkenaan.

Masyarakat yang dipenuhi budaya fitnah akan hidup dalam keadaan gawat. Sebelah pihak sibuk menyebarkan fitnah dan sebelah pihak lagi terpaksa berusaha menangkis fitnah itu.

Natijah akibat perbuatan itu boleh mencetus persengketaan dan mungkin berakhir dengan tragedi kerugian harta benda dan nyawa. Individu yang suka menyebar fitnah sentiasa mencari kejadian atau berita boleh dijadikan bahan fitnah.

Dengan sedikit maklumat, berita itu terus disebarkan melalui pelbagai saluran yang merebak dengan mudah. Berita sensasi, terutama berkaitan individu ternama dan selebriti mudah mendapat perhatian khalayak.

Justeru, Allah memberi peringatan mengenai bahaya fitnah. Firman-Nya yang bermaksud: Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191) Apabila fitnah tersebar secara berleluasa, ia bermakna nilai agama sudah musnah dalam diri seseorang atau masyarakat. Islam bertegas tidak membenarkan sebarang bentuk fitnah biarpun untuk tujuan apa sekalipun.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah.(Hadis riwayat Muslim)

Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah.

Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan.

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah.

Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.(Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu.

Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu.

Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan dengar khabar mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar.

Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah.

Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya? Rasulullah bersabda lanjut: Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya. (Hadis riwayat Abu Hurairah).

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain. (Surah al-Hujurat, ayat 12).

Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu.

Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu.

Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.

Sumber : http://nurjeehan.hadithuna.com/2007/04/dosa-sebar-fitnah-hilangkan-pahala-terkumpul/

Wednesday, 12 October 2011

CETUSAN MINDA 5



Lebih parah lagi, kalau ENEMY yang sebenar dianggap FRIEND & FRIEND yang sebenar dianggap ENEMY. Hati-hati dalam mendengar & mempercayai cerita dari seseorang. Sebab ada orang bijak memanipulasi cerita & keadaan.

Apabila seseorang datang kepadamu, dan menceritakan tentang seseorang kepadamu, maka dia akan menceritakan tentang kamu pula kepada seseorang yang lain.


p/s ada masalah dengan hati? maka rawatlah dengan al-Quran.

from ustaz Zaharuddin : seandainya seseorang menulis mengenai kebaikan di FB atau blog, dan kita berkata mengenai hal silamnya dahulu, maka kita ada masalah dengan hati.

Header Baru Saya

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : TanpaMu

Cantik tak header baru saya? Tapi bukan saya buat. Sahabat WKTI saya, adik Ina yang buatkan. Habis semua geng WKTI jangkit picture doodle ni....penat Ina buat untuk kami semua. Terima kasih yer adik Ina.....

Comel2 semua doodle yang Ina buat kat group.....geng2 WKTI guna picture doodle masing2 as DP kat FB...

(^_^)


Sahabat Sejati

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Sahabat Sejati

Buat sahabat2 WKTI....indahnya ukhwah kita. Semoga ukhwah kita dilindungi ALLAH & diberkati ALLAH. Indah sebuah pertemuan itu. Semoga cinta abadi tetap di hati kita. Semoga persahabatan ini, kekal mewangi, bertali arus hingga ke syurga.




Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku


Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

Tuesday, 11 October 2011

Pasrah Segalanya



Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

Petikan

Antara tanda seseorg itu punyai iman yg segar lagi sihat adalah di waktu dia berseorangan (samada di bilik hotel, luar negara, rumah sendiri, pejabat dll) apa yang dilakukan semuanya baik & bermanfaat kpd imannya. Tiada takut dan resah walau diketahui org lain.
Semua manusia ada kesilapan, namun sebelum kita ringan menghentam sehebat2nya seseorg yg tersilap, cubalah kaji kebaikan & sumbangan kebaikan yg telah dilakukan. Para hukama berkata "sesiapa yg banyak ketepatan& kebaikannya, tidak wajar dihentam @dibuang krn kesilapn yg sedikit
من كَثُر صوابُـهُ لم يُطْرَح لقليل الخطأ

"Tiada seorang muslim yang (sabar) ditimpa oleh keletihan, kesakitan, benda yang dibenci, kedukacitaan hati, kesedihan hatta duri yang menyucuk kecuali melalui Allah menghilangkan dosa2nya."(hadith riwayat al-Bukhari). Pokoknya sabar, redha dengannya tapi jgn lupa berubat sbg usaha yg dituntut.

Kebaikannya itu akan dirasakan oleh pelaku itu sendiri. Dia sendiri akan berasa lega, gembira dan lapang, perasaan tertekan dan stress berkurangan yang bukan hanya boleh meningkatkan potensi kesihatan tubuh fizikal, malah juga ketenangan spiritual seseorang. Lebih hebat, aura kebaikan dirinya itu boleh terpindah kepada orang di sekelilingnya seperti isterinya, anaknya, keluarga, jiran-jiran serta rakan setugas. Mereka turut boleh merasa aman, damai serta selesa.

Secerah Pawana

Seindah sedamai pantai melambai gemalai
begitulah hati merindu kasih yang padu
bagaikan pepasir basah di simbah lautan
begitulah perjuangan ini
biar basah dengan iman dan ukhwah

kita ingin segalanya indah
sebersih pasir pantai memutih
seindah dan secerah pawana
berseri ukhwah dipupuk kasih

kita ingin segala terlerai
dengki dan dendam kesumat musnah
biar keikhlasan berbicara
di dada hati luas saujana

Seindah sedamai pantai melambai gemalai
begitulah hati merindu kasih yang padu
bagaikan pepasir basah di simbah lautan
begitulah perjuangan ini
biar basah dengan iman dan ukhwah