Friday, 21 January 2011

ALLAH Lebih Berkuasa



Entri kali ini dengan izin suami (^_^)

Dah lama saya tak berblog secara serius ni.
Saya tidak menyepi. Buka blog hari-hari.
Cuma masih lagi tak tahu macam mana nak menulis.

Baru-baru ni, saya keguguran. Anak sulong. Sedih sangat2 saya rasa ketika itu.
Ceritanya bermula begini.
Mula-mula tu, saya kena tahan wad, sebab doktor suspect saya mengandung luar rahim.
1st kena tahan, saya sorang2 dalam wad tu.
Saya sedih la. Malam2 sorang2.
Saya pelik, sampai kata, saya sorang aje ke ada masalah macam ni.

Then, esoknya ada beberapa orang lagi yang masuk wad tu.
Bila dah agak lama sikit, saya pun jalan-jalan la ke katil mereka.
Tanya khabar dan sakit apa.
Rupanya, 5 orang dalam wad tu, mengalami masalah yang sama macam saya.

Baru saya sedar.
Dalam dunia ni, ALLAH tak jadikan kita seorang.
Kita hidup pun berpasangan.
Bila kita sakit pun, ada orang lain sakit macam kita juga.

Terus terang saya katakan.....
Saya memang menangis je masa kat hospital.
Sampai la, sorang makcik tu kata

"Nak, kalau ALLAH nak bagi rezeki, tak kira macam mana pun, anak akan dapat rezeki tu. Banyak-banyak berdoa".

Saya teringat kata-kata seorang ustazah
"Bila ALLAH turunkan sesuatu ujian / musibah, ALLAH nak kita berdoa dengan DIA, biar kita dekat dengan DIA, sebab ALLAH rindu kita untuk berdoa, meminta dariNYA".

After 4 hari saya kena tahan, saya keluar hospital. Dan pada masa tu, saya tahu, kandungan saya berada pada tempat yang betul, cuma keputusan darah saya, menunjukkan, janin tu sama ada nak jadi atau tak.

Anda rasa apa saya rasa pada ketika itu???
Saya menangis dan menangis lagi.
Yasin jadi penguat saya.
Hanya dengan DIA saya mengadu tiap kali menangis.
Saya minta DIA selamatkan baby tu.

Dan ketika tu, sahabat saya kata
"ALLAH yang beri, dan DIA berhak tarik balik"

Ok, kata-kata itu saya terima dengan redha.

Dan, hanya 4 hari selepas saya keluar hospital, saya mengalami keguguran.
Saya sedar pada masa tu, saya sedang dalam kelas Tingkatan 4.
Saya dah rasa lain macam dari awal pagi tu.
Rasa sakit sangat di sekeliling pinggang & perut saya.
But saya buat biasa aje. Sebab before this pun, saya sakit macam tu jugak.
Senang cakap, kalau anda ni perempuan, sakit macam period pain, but saya rasa 2 kali ganda dari period pain.

Saya masih teruskan kelas tu, saya buat aktiviti dengan budak-budak tu.
Saya ketawa dengan gelagat mereka.
Dan tiba-tiba, saya rasa ada benda keluar.
Hmmm.....pada masa tu, sakit ALLAH yang tahu.
Tapi saya tahankan, sebab masih dalam kelas.

After kelas, saya pergi toilet. Masa tu, saya dah agak, saya gugur.
But, masa tu, tak ada perasaan lagi.
Saya masih boleh pergi makan.

Then, saya balik bilik kaunseling.
Sakit yang amat masa tu.
Saya capai handphone.
Saya SMS sahabat serumah saya.

terus dia datang bersama sorang sahabat lagi.
Bawa saya ke hospital.
Sepanjang perjalanan, saya rasa sakit yang amat.
Tapi saya tahankan.
malas nak layan sakit ni.

Sampai hospital, pergi emergency room.
Doktor ambil BP. saya tengok, rendah.
Tangan saya dah sejuk.
Terus doktor masukkan ubat tahan sakit & masuk air.
Masa tu, ALLAH je tahu.
Air mata jadi peneman, zikir jadi sebutan.

Then, saya dihantar ke wad bersalin, diusung dengan katil tolak-tolak tu (hahaha, saya tak tahu namanya).
Masa tu, saya dah rasa mamai, kesan ubat tahan sakit tu.
Doktor kata, tu yang paling kuat.
Then, apa doktor buat???
dia scan perut saya, dia kata, macam ada lagi dalam rahim.

After that, dia buat spectulum.
ALLAH je tahu saya tanggung sakit macam mana.
Doktor tu buat dnegan lembut sekali.
Air mata memang dah meleleh.
Then, yang buat saya rasa lagi sedih, bila saya tengok sendiri, doktor tu kutip-kutip sisa-sisa janin saya, masuk dalam bekas.

ALLAH, masa tu, saya menangis.
Saya keluar dari bilik tu, dengan linangan air mata.
2 orang sahabat saya, Kak nora & Kak Ifah, ada di luar menunggu saya.
Saya terus duduk, menangis.
Tak tahu nak kata apa.
Masa tu, saya masih lagi menunggu doktor untuk scan sekali lagi di bilik lain.

saya hanya menangis bila ceritakan balik pada Kak Nora & Kak Ifah bila saya tengok doktor tu kutip-kutip sisa janin tu.
Pada masa tu, seorang sister lalu, berhenti dan bertanya.

Kata-katanya yang saya ingat sampai sekarang ;
"Sorang doktor pernah cakap, semua tu kuasa ALLAH yang siapa-siapa tak boleh lawan. Jangan sedih sangat, awak masih muda, kalau sedih sangat, mudah dapat gangguang, nanti meroyan"

Saya memang redha dan terima ketentaun tu. Cuma luluh hati bila doktor kutip-kutip sisa tu. saya tak marah doktor tu. Dia jalankan tugas. dan doktor tu sangat baik.

After that, saya turun bilik scan di tingkat bawah. bila scan, doktor kata, dah kosong. Saya redha sangat-sangat masa tu. Doktor tu pulak asyik buat lawak. Then, saya boleh balik tanpa kena tahan. saya just makan ubat doktor bagi.

Hmm...cerita ni, banyak yang saya skip-skip & saya ringkaskan.
Bukan apa, saya asih lagi teringat doktor tu.
Tak mahu sedih sangat.
Apa yangs aya harapkan, doakan yang terbaik untuk saya.
Itu sahaja.

Saya sangat berterima kasih pada kawan-kawan saya, terutamanya Kak Nora yang sangat banyak tolong saya dari saya masuk hospital sampai la saya gugur. Thanks jugak Kak Ifah, Kak Bai, Raihan yang teman saya...semua kawan2 yang datang melawat saya.
Saya hanya mampu doakan, semoga ALLAH beri sesuatu yang terbaik untuk kalian semua.

Akhir kata, sarang heyo (^_^)

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. setiap yg berlaku ade hikmahnya....insya'Allah ada sesuatu yg lebih bernilai akn menanti kaunselor....teruskan tabah dan sabar....Allah tidak akan menguji hamba-hamba-NYA melebihi apa yg mampu ditampung oleh kita.....senyum selalu...~_~

    ReplyDelete
  3. takziah buat hajar, bwk2 bersabar, kite dulu pun pnh alami persaan yg sama, hajar bukan keseorangan, tabah ye

    ReplyDelete