Assalamualaikum...
Banyaknya benda saya nak cerita. Tapi yang mana dulu nak cerita.
Lately banyak berfikir, tentang life, kehidupan, sekeliling.
Kenapa setiap manusia tu bertindak demikian.
Saya mencari punca demi punca, dan cuba memahami psikologi manusia yang bertindak demikian rupa.
Adakah manusia itu singkat akal, pendek akal, tidak fikir panjang,ikut hawa nafsu, tidak fikir rasioanal?
Banyak betul asbab sesuatu perkara itu.
Yang akhirnya merugikan diri sendiri.
Namun, kadang-kala juga, sesuatu perkara yang menjadi titik hitam itu, ada baiknya boleh menyedarkan manusia.
Setiap perkara yang berlaku, pasti ada sebab. Agak mustahil kalau buat sesuatu tanpa tujuan, niat. Kita bekerja juga ada niat. Niat kita masing2. Contoh, kalau kita menipu, juga ada sebab. Sama ada kita malu orang tahu atau kita takut orang pandang rendah atau apa sahaja. Tanya dalam hati kita, pernah tak kita menipu walau sekecil hal? Apa niat kita?Apa fikiran kita semasa kita menipu tu? Apakah sukar untuk berkata jujur?
Macam tu juga kalau dalam kes gaduh. Kenapa manusia itu gaduh, bertumbuk sampai mendatangkan kecederaan? Apa yang manusia itu mahukan? Dan setiap pergaduhan itu, pasti ada punca atau asbab yang tertentu. Tak datang logiknya kalau manusia itu bergaduh dengan tiba-tiba. Tidak bolehkah kalau tidak bergaduh?
Banyak benda yang saya fikirkan. Terus mencari punca, sebab, kesan & psikologi manusia2 begini. Untuk memahami keadaan. Dan saya tahu, ALLAH pasti ada sebabnya kenapa saya terlibat dalam setiap pemikiran ini. Ada hikmahnya. Itu saya pasti, cuma saya tidak tahu, kerana ALLAH mahu saya mencari jawapannya.

Sarang heyo (^_^)
No comments:
Post a Comment