Monday, 21 February 2011
KERUH & KERUH
Mood : berkecil hati & juga mungkin terasa
Lagu iringan : sila lah yang baca, pasang lagu Jika Terakhir Buatku (SAUJANA)
Sebab lagu tema : sambil taip entri ni, saya buka lagu ni & sebab melodinya sangat kena dengan mood saya sekarang ni.
Jarang dan dah lama tak kecil hati sampai tahap macam ni.
Entah la....
Tak tahu nak tulis apa sebenarnya.
Tapi dalam hati sangat memberontak
Dengan budak-budak ke?
Jarang nak kecil hati dengan budak2.
Tapi kali ini, bukan dengan budak2.
Ada kaitan dengan entri sebelum ini barangkali
Entri ini
Barangkali.
Pinggan tak reti
Nasi tak dingin
Orang tak nak
Saya tak ingin
Tapi, macam tak sesuai je la kot.
Entah & entah
Serabut........
KERUH & KERUH
TEMAN
Masih aku ingat lagi perkenalan kita dahulu,
sejak di zaman persekolahan,
Kita menjalin ukhwah persahabatan,
Bersama teman-teman yang lain.
Teman,
masih aku ingat lagi
kau selalu memberi aku semangat untuk terus berjuang
dalam lapangan ilmu
Teman,
masih aku ingat lagi
kau selalu bercerita tentang cita-citamu
perjuangan ilmu mu
dan cerita mu itu, selalu membuat aku cemburu
akan setiap kejayaanmu
Teman,
setelah lama masa berlalu
segalanya telah berubah
kau hilang tanpa kata
entah ke mana
Teman,
Kini kau kembali
Teman
Hari ini aku sudah mempunyai teman hidupku
yang ku harapkan hingga ke syurga
namun teman,
aku tahu, kau kecewa dengan keputusan ku
Teman,
maafkan aku
DIA menentukan segalanya
dan aku yakin dengan keputusanku
Teman
terima kasih atas doamu
dan andai keputusanku membuatkan kau memutuskan persahabatan ini
aku terima
Terima kasih teman
Sunday, 20 February 2011
Pilihan

Bukannya pada paras rupa yang menawan hati..
Kerana cintaku bukan pada pandangan semata.. Takut jika diwarnai kegelapan..
Kita buta hilang arah..
Pilihanku..
Bukannya pada manis tutur kata bermadah..
Kerana cintaku bukan pada janji yang bermaharajalela..
Andainya suara dikaburi fitnah, Kita rebah tiada bermaya..
Pilihanku..
Bukan pada banyaknya harta dunia,
Kerana cintaku bukannya ternilai dengan harga..
Bimbang kemewahan membawa leka..
Menghilangkan cinta kita padaNya..
Lalu dimanakah bahagia?
Pilihanku itu..
seorang yang buta..
Buta menilai paras rupa..
Sesungguhnya syahadahnya menggegar seluruh jiwaku..
Keikhlasannya melakar cinta yang diredha..
Tongkatnya pada akidah yang menyinari laluan bahagia
Pilihanku itu...
Seorang yang bisu..
Bisu mengungkapkan janji yang tiada pasti..
Kerana harapan disandarkan pada Illahi..
Pendiriannya menusuk nurani hawa..
Bait-bait kesyukurannya lahir pada sujud seorang hamba Pilihanku itu..
Seorang yang papa dan hina...
Papa dengan takbur yang mengubur Hina kerana sederhana..
Iman memujuk jiwanya..
Cintanya pada agama mengikat tali ukhwah..
Lalu disimpul teguh pada tiang pernikahan..
Pilihan kami..
Pada agama yang memelihara Pada Syahadah yang mengiringi Pada Alquran yang membimbing..
Biar..
Cinta kami pada maha Menyintai..
Kerana janjiNya yang pasti Cinta kami pada kekasih Illahi kerana memimpin ke jalan bahagia yang hakiki
Kasih isteri pada cinta yang diberi..
Biarlah sampai ke akhirat nanti...
kerana yang sebenarnya ku mahukan padanya..
Bukan cuma kekasih duniawi..
Tapi teman menuju syurgawi..INSYAALAH...

PESANAN BUAT DIRIKU SERTA DIRIMU.....
"Cinta yang dicari tanpa melalui Pencipta adalah cinta yang tiada batasnya. Cinta tanpa batasan hanya cinta sekadar hiburan. Hiburan yang bukan hanya melalaikan jiwa, menggelapkan hati malah buta pada Pencipta. Apabila musibah melanda, mula salahkan Tuhan kerana tidak menyedarkan daripada leka. Hati kita yang lemah, sentiasa digodai nafsu, sebab itu kita kena berpegang pada sandaran yang kukuh, Allah SWT. Adanya iman..apapun cabaran kita tetap mara ke hadapan. InsyaAllah.”
Lagi Gambar Hot
Biasa la, hujung-hujung minggu je la dapat masak yang best2 kan.
Kalau hari-hari biasa, duduk sorang-sorang, maka, nak memasak yang hub-hub pun agak la 'rajin'.
Tunggu hari Jumaat, Sabtu, Ahad je la kan....
Masak dan terus masak apa sahaja yang diorder oleh zauj ku.
Jom...kita cuci-cuci mata je
FACEBLOG FACEBLOG FACEBLOG
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
Sumber: http://www.iedaluvsham.com/2011/02/dah-join-faceblog.html#ixzz1EYKu7acd
Under Creative Commons License: Attribution
Thursday, 17 February 2011
Ketepikan saja semua itu
Dan kadang kala membuatkan saya terfikir, adakah saya perlu berhati-hati dengan semua orang yang saya berkawan?
Adakah perlu saya rasa curiga dengan semua orang di sekeliling saya?
Entah.
Saya tidak ada jawapan pada persoalan itu.
Kadang-kala saya serik untuk ada sahabat yang rapat.
Tapi kadang kala saya rasa saya perlukan itu.
Sebab sifat manusia itu sendiri.
Ada kala positif.
Ada kala negatif.
Mungkin juga saya jadi serik untuk membantu orang yang digelar sahabat.
Betul ke?
Saya tidak ada jawapan untuk itu.
Hati ini pernah disakiti oleh insan yang bernama sahabat.
Perit, pedih, malu. Rasa tertipu.
Entah, tiada jawapan juga untuk itu.
Barangkali saya lebih selesa untuk berkawan biasa sahaja dengan semua orang.
Dan jawapan yang paling tepat untuk semua persoalan saya
SIKAP BERLAPANG DADA.
Ya, itu yang terbaik.
Saya????
Saya perlu lakukan itu.
Biarkan..ketepikan saja semua itu...
Wednesday, 16 February 2011
BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA
Saya dapat melalui e-mail. Tak pasti kesasihannya, but ada betulnya perkara ini boleh jadi dan tidak mustahil akan berlaku. Cuma sentiasa berwaspada dan beringat....
" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA
-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.
Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.
Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.
Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!
BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN
Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.
Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.
Zaman la mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat








