Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Egois
Awak sihat? Alhamdulillah kalau awak sihat. Kalau awak kurang sihat, lekas-lekas jumpa doktor okay.
Kali ni, saya bukan nak mengarut. Nak cakap je... Ini lebih kepada peringatan untuk diri sendiri. Kadang-kadang, kita rasa kita bagus je. Tapi apa guna kalau hati kita busuk. Dalam hati asyik menggerutu orang itu salah, orang ini salah.
Apa guna jugak, kalau kita pakai tudung cantik, elok tutup. Tapi kita menyombong dengan orang. Pandang lekeh kat orang. Tengok orang pun buat musuh kan. Sedangkan orang yang kita tengok tu, langsung tak ada fikir apa.
Apa guna kita ada ramai kawan, tapi kita dengan kawan-kawan kita asyik mengata orang itu dan orang ini. Asyik nampak salah orang aje.
Apa guna kalau kita asyik post kat mana-mana pasal kebaikan, ajak orang buat baik, tapi diri kita tidak terbimbing seperti apa yang kita cakapkan kepada orang lain.
Apa guna suruh orang solat, marah orang tak solat, kutuk orang tak solat, tapi kita sendiri juga tak solat.
Apa guna, kutuk orang tak pakai tudung, tapi kita sendiri pakai tudung tidak sempurna. Tutup aurat tidak sempurna.
Apa guna kalau asyik cari salah orang & nampak salah orang. Sedangkan kita tidak muhasabah pun kesalahan & kelemahan diri kita.
Apa guna kalau dari luaran nampak elok, tapi dalam hati penuh dengan buruk sangka, salah sangka pada orang lain.
Bukankah catik andai kita tertutup rapi, berbaik sangka, tidak mengata, sentiasa tersenyum, merendahkan diri. Indahkan ajaran Islam itu.
Jangan hanya berkata-kata sahaja, ayuh kita amalkan.
Positifkan minda & jiwa
Wassalam.
No comments:
Post a Comment