Thursday, 5 January 2012

My 1st Entri 2012

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Jalan Cinta

Hari ni dah 6/1/2012. Tapi baru hari ni saya sempat nak menaip entri pertama tahun ini. Selamat Tahun Baru 2012. Semoga tahun baru ini, kita semua menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya dan kita berusaha untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik setiap hari.

Azam? Azam tahun baru, bukan orang yang nama Azam . (^___^) . kalau cakap pasal azam, saya percaya & yakin, semua orang ada azam yang hebat-hebat dan baik-baik belaka. Kalau saya, azam saya.............. Ada saya tulis atas kertas. Apa azam tu? Biarlah rahsia. InsyALLAH, azam yang baik.

Saya baru berkesempatan untuk update entri baru sebab sesi persekolahan baru saja bermula. Dan pastinya saya terlibat menguruskan re-orientasi pelajar Tingkatan 2,3 dan 5. Naik sekolah, pelajar-pelajar saya tak terus masuk kelas. Kami akan programkan pelajar semula untuk bersedia masuk ke kelas. Maklumlah, dah lama cuti kan. Kalau ada kesempatan, saya akan update aktiviti yang telah dilakukan. Banyak D90 tu rakam aktiviti mereka. Buat kenangan orang kata.

Saya ucapkan terima kasih kepada pembaca blog saya. Saya tidak tahu berapa ramai, tapi dari statistik blog, Alhamdulillah, ramai. Terima kasih. Saya akan terus menulis entri baru. Siapa pun awak, sama ada awak rakan sekolah saya, awak rakan seuniversiti saya, awak anak murid saya, awak sahabat saya, awak teman saya, awak kawan saya, awak pembaca blog-blog yang ada, awak pembaca yang tidak sengaja jumpa blog saya, awak pencari maklumat google, atau siapa saja awak, JUTAAN TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN.

Sampai di sini dahulu buat kali ini.

Positifkan minda & jiwa (^______^)

Wassalam


No comments:

Post a Comment