Thursday, 12 January 2012

Siapa Nak Pakai Nametag Macam Ni??

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Cinta Pertama

Awak sihat? Saya harap awak sihat dan ceria-ceria selalu. Positf minda dan jiwa juga. Bersemangat untuk beribadat, bekerja, belajar, membaca, menjalani kehidupan sehari-hari dengan penuh barakah. InsyALLAH. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, I LOVE YOU ALLAH. (^___^). Senyum besar sikit.

Ihikssss....Saya ada banyak koleksi gambar. Banyak. Kali ni saya nak share koleksi nametag. Awak tahu nametag? Tanda nama. Awak pernah ada tanda nama? Mesti ada kan. Nametag masa sekolah, nametag kerja kalau awak kerja kerajaan atau cek ee' guu.Hehe.

Kali ni, nametag yang saya nak tunjuk, bukan nametag yg biasa2 ada tu. Ni nametah kreatif. Saya snap masa program re-orientasi kanak-kanak di sekolah saya. Kanak-kanak Tingkatan 2,3 dan 5 punya nametag.

Jom, kita intai-intai nametag yang kreatif tu. (Tapi gambar saya snap tak cun).


Yang ini bentuk apa yer?

Siapa nak guna spanar, boleh guna yang ni. hihi

Domo pun ada tau

Papaku pulang dari kota, papaku belikan kereta, kereta kecil warna kuning....

Yang ni apa pula?

Bentuk apa ni?

Macam tangan pun ada

Waaahhh...lolypop

Tapak kasut ke ni

Katak comel

Yang ni apa?

Yang ni, siapa tahu, apa ni?


Kreatif kan nametag macam ni. ada banyak lagi saya snap, tapi tak terupload lah kalau nk letak semua...
agak-agak, kalau maktab kita buat nametag macam ni, kanak-kanak semua nak pakai nametag ke kalau pergi kelas?

OK, SEKIAN DULU BUAT KALI NI.

positifkan minda dan jiwa.

Wassalam...

p/s nametag masa sekolah, masa zaman U, dan masa2 program di sekolah dan U, saya masih simpan lagi (^___^)

Tuesday, 10 January 2012

Siapa Minat PINK!!!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : I Have A Dream


Grrrr....geramnya..kenapakah kenapakah....??? Sabar sabar. D90 tu pun gtak habis explore lagi. Ni keluar pulak Nikon 1. Warna PINK pulak tu. Adoiyai.....Nafsu semata2 ni!


Kotak ni pun dah buat saya .......Nak kotak je, boleh ke?

Grrrr......geram tengok Nikon 1 ni

Huaaaaaa......macam mainan pun ye. Cantik ni!


Agak2, lens ni muat ke untuk D90 tu?. Ini sampai 110 okay!


Nak yang ni! Hihi

Geram kan tengok. Comel comel. Warna pink memang cun. TAPI kalau saya beli, apa jadi dengan D90? jangan MEMBAZIR!. Nafsu je ni.....

Ok.....TATA

Positifkan minda dan jiwa

Wassalam


Apa Guna Kalau..............

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Egois

Awak sihat? Alhamdulillah kalau awak sihat. Kalau awak kurang sihat, lekas-lekas jumpa doktor okay.

Kali ni, saya bukan nak mengarut. Nak cakap je... Ini lebih kepada peringatan untuk diri sendiri. Kadang-kadang, kita rasa kita bagus je. Tapi apa guna kalau hati kita busuk. Dalam hati asyik menggerutu orang itu salah, orang ini salah.

Apa guna jugak, kalau kita pakai tudung cantik, elok tutup. Tapi kita menyombong dengan orang. Pandang lekeh kat orang. Tengok orang pun buat musuh kan. Sedangkan orang yang kita tengok tu, langsung tak ada fikir apa.

Apa guna kita ada ramai kawan, tapi kita dengan kawan-kawan kita asyik mengata orang itu dan orang ini. Asyik nampak salah orang aje.

Apa guna kalau kita asyik post kat mana-mana pasal kebaikan, ajak orang buat baik, tapi diri kita tidak terbimbing seperti apa yang kita cakapkan kepada orang lain.

Apa guna suruh orang solat, marah orang tak solat, kutuk orang tak solat, tapi kita sendiri juga tak solat.

Apa guna, kutuk orang tak pakai tudung, tapi kita sendiri pakai tudung tidak sempurna. Tutup aurat tidak sempurna.

Apa guna kalau asyik cari salah orang & nampak salah orang. Sedangkan kita tidak muhasabah pun kesalahan & kelemahan diri kita.

Apa guna kalau dari luaran nampak elok, tapi dalam hati penuh dengan buruk sangka, salah sangka pada orang lain.

Bukankah catik andai kita tertutup rapi, berbaik sangka, tidak mengata, sentiasa tersenyum, merendahkan diri. Indahkan ajaran Islam itu.

Jangan hanya berkata-kata sahaja, ayuh kita amalkan.


Positifkan minda & jiwa


Wassalam.



Sunday, 8 January 2012

Awak Nak Tahu? Satu Penjelasan Saintifik Yang Sangat Menarik

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Secerah Pawana

Saya nak share dengan awak ni. Saya dapat email dari encik zauj. Encik zauj kata, boleh update dalam blog saya (^_^).

So, saya share ni. Awak bacalah sendiri ek.




Klik pada gambar untuk lebih jelas.

Ok, sekian dulu.

Positifkan minda dan jiwa.

Wassalam.....



Thursday, 5 January 2012

My 1st Entri 2012

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Jalan Cinta

Hari ni dah 6/1/2012. Tapi baru hari ni saya sempat nak menaip entri pertama tahun ini. Selamat Tahun Baru 2012. Semoga tahun baru ini, kita semua menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya dan kita berusaha untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik setiap hari.

Azam? Azam tahun baru, bukan orang yang nama Azam . (^___^) . kalau cakap pasal azam, saya percaya & yakin, semua orang ada azam yang hebat-hebat dan baik-baik belaka. Kalau saya, azam saya.............. Ada saya tulis atas kertas. Apa azam tu? Biarlah rahsia. InsyALLAH, azam yang baik.

Saya baru berkesempatan untuk update entri baru sebab sesi persekolahan baru saja bermula. Dan pastinya saya terlibat menguruskan re-orientasi pelajar Tingkatan 2,3 dan 5. Naik sekolah, pelajar-pelajar saya tak terus masuk kelas. Kami akan programkan pelajar semula untuk bersedia masuk ke kelas. Maklumlah, dah lama cuti kan. Kalau ada kesempatan, saya akan update aktiviti yang telah dilakukan. Banyak D90 tu rakam aktiviti mereka. Buat kenangan orang kata.

Saya ucapkan terima kasih kepada pembaca blog saya. Saya tidak tahu berapa ramai, tapi dari statistik blog, Alhamdulillah, ramai. Terima kasih. Saya akan terus menulis entri baru. Siapa pun awak, sama ada awak rakan sekolah saya, awak rakan seuniversiti saya, awak anak murid saya, awak sahabat saya, awak teman saya, awak kawan saya, awak pembaca blog-blog yang ada, awak pembaca yang tidak sengaja jumpa blog saya, awak pencari maklumat google, atau siapa saja awak, JUTAAN TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN.

Sampai di sini dahulu buat kali ini.

Positifkan minda & jiwa (^______^)

Wassalam


Saturday, 31 December 2011

From my ipad2

Assalamualaikum....
Hai there! (^____^)
Harapnya semua sihat dan berada dalam lindungan Allah hendaknya.
Fuh Fuh Fuh.berhabuknya.lamanya tidak mengupdate blog.
Sibuk bercuti.hihihi.
Test dari ipad2 untuk update entri.
Entri kali ni,bukan nak update pasal ipad2.
Walaupun dah guna beberapa lama,tapi ni 1st time cuba untuk update blog.
Tiada mood untuk buka blog disepanjang cuti.
Now mencari mood menulis kembali.
Selongkar mood dari almari yg dah lama terkunci.
Tiba masanya untuk kembali aktif.
Sepanjang cuti,banyak hunting gambar.
Kalau tak D90 tu berhabuk jugak mcm blog ni.
Entri hari ni untuk kasi warming up dulu.

Cukup dulu untuk kali ini. Assalamualaikum.....


Wednesday, 7 December 2011

TOMATO



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Short Film-Tomato
Lama kot saya tak berblog. Walaupun bercuti sekolah sekarang ni, tapi, dalam cuti ni ibarat bekerja juga. Ada program dengan pelajar, ada mesyuarat taklimat, ada kursus di KL, dan nanti jaga UKKM / temuduga Tingkatan 1. Apa pun, yang best, kursus & mesyuarat taklimat di KL. Maka, tak perlu jalan jauh-jauh. Masih dekat dengan suami.

Dalam cuti ni juga, uruskan hal pelajar Pra SPM MRSM. Macam-macam hal pasal ni. Tapi, saya tak berminat untuk cerita di sini. Cuma saya mengharapkan semua pelajar saya yang mohon, dapat kursus yang mereka pilih.

Entri kali ni, saya kongsi 1 video filem pendek. Tajuk TOMATO. Sarat dengan mesej & pengajaran. Kan bagus kalau filem-filem kat Malaysia buat filem unsur-unsur & mesej macam ni. Ini tidak, asyik cerita hantu, cinta, seksi sana sini, gejala sosial yang melampau yang jadi tontonan masyarakat.

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;

(Ali-Imran, 3:133-134)

Ok, enjoy dengan filem pendek ni.....Saya tengok berulang kali.

Sekian dulu dari saya setakat ini. Hingga bertemu lagi.
Wassalam