Saturday, 3 July 2010

BUAT ADIK-ADIK PUTERI





Wahai kakakku,,,,,!!!
Kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu,
Asyik berteman, tangis dan sendu sahaja???
Wahai adikku,,,
bukan wanita itu lemah dik, kerana tangis dan sendunya
Tetapi disitulah wahai adikku, kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki
Dan menjadi Izzah yang lebih gagah, bahkan gagah dari egonya seorang lelaki
Kerana sendu rayunya, nabi Musa A.S, terselamat dari kekejaman Firaun
Duhai adikku,,,
lembut wanita itu bukan lemah, tetapi senjata.

Namun wahai kakakku,,,,,!!!!
Wanita itu fitnah dunia
Pernakah adikku dengar??? Pesanan Illahi pada hambanya???
Wahai lelaki lelaki yang beriman, tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu
Cuba adik nilai, pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesanannya???
Pada hamba yang bergelar Ar Rijal
Kerana andai si lelaki menjaga pandangannya,
Maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya.
Dan tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita,
Agar memelihara auratnya, karena disitulah kehormatannya.
Bukan fitnah semata mata jikalau Ar Rijal dan An Nisaa
Sama-sama mematuhi pesanan Illahi itu.
Sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki
yang soleh.

Tapi kakakku!!!
Kenapa wanita itu menjadi peragaan???
Tidakkah mereka merasa malu???
Wahai adikku sayang,,, Al Haya (sifat malu) ada dalam diri setiap insan
Wujudnya seiring dengan nafas insani dan Al Haya itulah pakaian iman
pada diri wanita, begitu indah Al Haya itu sebagai pembenteng diri
Namun??? Bilamana Al Haya itu lebur, maka luntur pula imannya
Kenapa sebahagian besar wanita merelakan diri mereka menjadi peragaan???
Kerana mereka sebenarnya paranoid, merasakan diri belum cukup menarik.
Mereka yang sebenarnya kalah dari segi psikologi. Namun adikku!!!
Wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu.
Wahai adikku!!! 1001 keindahan penciptaan wanita,
pandai pandailah dikau menilai, antara permata dan debu debu kilauan pasir.

Wahai adikku!!! Janganlah adik gusar, tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu
Dan jangan engkau sekali kali merendahkan dirimu,
menggugurkan diri dan menyembah tanah,
sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi
MARTABATMU !!!

No comments:

Post a Comment