Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.... Lagu Tema : Lagu-lagu yang Cik Beah pilih
Awak!!!Awak ok ke hari ni? Kalau tak ok, makan ubat, jumpa doktor, rehat-rehat biar ok. Saya, OK. Alhamdulillah, terima kasih ALLAH, TQ Allah, I LOVE YOU ALLAH.....
Saya share 1 bideo. Ni jumpa kat FB. Pas tu, saya cari-cari la kat YOUTUBE. Maka, saya share kat sini. Saya nak tunjuk lah ni time fardu ain dengan kanak-kanak tu nanti. Osem kan awak ni Cik Beah......
Kredit kepada si pembuat bideo kretip ni. Saya suka!
OK, SEKIAN DULU BUAT KALI NI.
positifkan minda dan jiwa.
Wassalam...
p/s tudung periuk tak ada ke Cik Beah....ikikikiki
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.... Lagu Tema : Short Film-Tomato
Lama kot saya tak berblog. Walaupun bercuti sekolah sekarang ni, tapi, dalam cuti ni ibarat bekerja juga. Ada program dengan pelajar, ada mesyuarat taklimat, ada kursus di KL, dan nanti jaga UKKM / temuduga Tingkatan 1. Apa pun, yang best, kursus & mesyuarat taklimat di KL. Maka, tak perlu jalan jauh-jauh. Masih dekat dengan suami.
Dalam cuti ni juga, uruskan hal pelajar Pra SPM MRSM. Macam-macam hal pasal ni. Tapi, saya tak berminat untuk cerita di sini. Cuma saya mengharapkan semua pelajar saya yang mohon, dapat kursus yang mereka pilih.
Entri kali ni, saya kongsi 1 video filem pendek. Tajuk TOMATO. Sarat dengan mesej & pengajaran. Kan bagus kalau filem-filem kat Malaysia buat filem unsur-unsur & mesej macam ni. Ini tidak, asyik cerita hantu, cinta, seksi sana sini, gejala sosial yang melampau yang jadi tontonan masyarakat.
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
(Ali-Imran, 3:133-134)
Ok, enjoy dengan filem pendek ni.....Saya tengok berulang kali.
Sekian dulu dari saya setakat ini. Hingga bertemu lagi. Wassalam
Assalamualaikum.... Lagu Tema : TanpaMu Ni lagu peberet masa zaman UM dulu. TanpaMu, kumpulan nasyid In Team. Lagu ni masa In Team tinggal bertiga. Seingat saya, masa zaman saya tahun 3 atau tahun 4 kot. Lama dah....best untuk dihayati & karaoke sekali kot (^_^)
Pernah hati ini terguris Dengan fitnah dan tohmahan menghiris Sehingga terasa diri ini hina Kerana tiada siapa yang sudi membela Kutabahkan hatiku harungi hidup Biarpun tiada siapa yang menemani Keseorangan aku di lautan sepi Ditinggalkan mereka yang aku percayai
Namun ku tahu ada hikmahnya Setiap segala yang menimpa diri Kuserahkan segala padaMu Tuhan Yang berkuasa jua mencipta Kerana engkau MAha Mengetahui SEgala apa yang terbuku di hati
Ya Allah tidakku terdaya lagi Menahan dugaan yang mencabar ini Terasa bagai noktah telah kutemui Mengakhiri segala yang telah aku mulai Ya Allah engkau lindungilah aku Bekalkanlah daku dengan limpahan iman Agar tabahku menghadapi dugaan Agar tidakku berhenti di pertengahan
Kini di sini aku berdiri Bersama harapan yang tulus suci Agar terbitlah kembali menteri pagi Setelah malamku berkalut benci
Tinggalkan kejap entri pasal halal haram.. Saya masih lagi hunting passal halal haram ni... Macam banyak sangat dah ni Yang terbaru ni kecoh pasal meet ball IKEA pulak...
So, buat masa ni, pencinta tegar cheese cake, sila buat sendiri la dulu..dan cari sumber cheese yang halal...
Kali ni, nak share pasal 1 lagu yang saya suka. Video klip ni dari 1 cerita Jepun... Best tau...sedih sob sob T___T
Layankan la ek lagu ni... Sedap le halwa telinga saya dengar.... Tajuk lagunya Tsubomi
p/s nak letak entri kedua pasal Tangan Kanan Tangan Kiri...budak-budak kecik dah tanya mana gambar lain (^_^)
Kali ni nak share video klip lagu korea. Ni antara lagu yang saya suka layan. Kenapa? Yes, liriknya memang la sedih, pasal perpisahan. But saya suka melodinya. Jiwang feeling habis....
Kumpulan ni dah berpecah. Dan tubuhkan kumpulan yang baru. Lagu-lagu kumpulan ni, banyak juga yang best. Okay, enjoy dengar..layan feeling Suka tak? Hehe... Sarang heyo (^_^) Wassalam....
Assalamualaikum.... Saya nak share dengan semua 1 lagu yang saya suka layan. Ni kalau dengar lagu ni, rasa macam komposer lagu tengah hayati lagu je Ihik ihik ihik..... OST Ketika Cinta Bertasbih. Suara Ayushita ni makin sedap la pulak.
Walau aku senyum bukan berarti Aku selalu bahagia dalam hari Ada yang tak ada di hati ini Di jiwa ini hampa
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku Mungkin akan ada cerita cinta Namun ada saja cobaan hidup Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta Untuk temaniku dalam sepi Tangkap aku dalam terang-Mu Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta Aku juga berhak bahagia Berikan restu dan halal-Mu Tuhan beri aku cinta
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku Mungkin akan ada cerita cinta Namun ada saja cobaan hidup Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta Untuk temaniku dalam sepi Tangkap aku dalam terang-Mu Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta Aku juga berhak bahagia Berikan restu dan halal-Mu Tuhan beri aku cinta
Assalamualaikum... Kali ni, nak entri pasal lagu yang dulu saya selalu menyanyi 4 tahun tu lagu ni saya asyik nyanyi dulu2 la zaman UM dulu.
Weeeeee...apa yang istimewanya, suara saya ada dalam lagu ni. Asalnya, lagu ni just sekadar muzik jer..tak ada suara. But bila saya dah final year, Master kolej minta buat pembaharuan kat lagu ni. Masa tu, saya dah super senior la kot...(weeeeeeee, tua sudah masa tu) So, zaman junior saya la memerintah kolej (dah macam memerintah apa la ni). I mean, menerajui barisan kepimpinan pelajar kat kolej. {saya dulu Pengerusi Jawatankuasa Perkembangan Akademik & Intelektual (JKPAI) } Master minta lagu ni ada suara. Senang orang yang tak tahu nak ikut. Maka, saya pun dijemput untuk dipinjamkan suara masuk dalam lagu ni.
Kami buat rakaman kat studio nasyid kumpulan Mawaddah. Kenapa saya dipilih dalam ramai2? Dan saya sorang je paling senior. Hmmm...suara saya best??Hahahaha...riak ni kot bunyinya...Hmmm, ada la sebabnya. Sebab penasyid la kot.
Then......seharian la rakam suara untuk lagu ni.... Percaya tak kalau saya kata, tak ramai yg rakam suara untuk lagu ni.. Tapi kalau dengar, macam ramai kan... Sebab tu saya kata, seharian rakam. Sebab kena guna macam2 suara...so, nampak la harmoni kan. Dan nampak macam ramai je kan... So, ni antara pengalaman manis buat rakaman lagu dalam studio rakaman. Anda ada? Hikhik.Saya gurau. Kang macam riak pulak.
Video klip ni, ada junior saya yang buat. Baru-baru ni, saya link kat FB lagu ni. Hmm...ramainya yang mengomen kata rindu, nak ulang kembali zaman UM... YES...saya juga rindu. Sebab kat sini, banyak sangat saya belajar, yang tak ada dalam kelas. Projek2 yang saya join, jawatan2 yang saya diamanahkan, kem-kem yang saya join... Memang tak ada dalam kelas. Susah nak dapat pengalaman ni.
Kalau tengok video ni, memang semua gambar yang ada dalam video ni, saya pernah join dan saya ada dicelah2 itu..cari saja di mana...hikhik. (^_^)
Ok, rasanya, kalau ada masa, nanti saya story-story pasal pengalaman kat Kolej Kediaman Kelima (Dayasari) Universiti Malaya atau orang panggil 5th Collage. jenuh tu nak buka gerobok lama ni untuk cari pengalaman2 lama....
after dinner. Duduk kat dataran 5th.Always miss this place. Rasa nak je drive ke sana. Duduk kat DM 5th. Duduk kat wakaf 5thDuduk kat BGC 5th...dapat sejam pun jadilah.
Stop dulu...
Terima kasih kerana anda-anda sudi membaca. Tak kira siapa anda, walau di mana anda berada, terima kasih.
Lagu ni.... Dah lama tak dengar lagu ni.. Nak cari nasyid lain, jumpa lagu ni. Lagu ni memang Inspirasi saya... Ada banyak nostalgia lagu ni... Sangat banyak...
Inspirasi...
Diriku berlari Kejar buih di kaki sirahmu Malangnya tak jumpa Hilang ditelan ombak masa
Lelah aku Dan termangu di sini Mencari sinar
Ku cuba mengutip Butir bistari di pesisir kalammu Inginku sematkan Menghiasi dada kehidupanku
lalu terang destinasi abadi Di hujung langkahku
Kau inspirasi Jiwa nan suci Inginku terus selami
Di dasar dirimu kilau cahaya Mutiara putih Menyinar ke dalam lubuk jiwa Nan gelap gelita
Di dasar dirimu Karang indah Halus penuh seni meneguh perjuangan kebenaran Hikmah pekerti
Kau inspirasi Permata hati Ingin ku terus selami
Kau inspirasi Walau kau pergi Namun ku tetap di sini..
Lagu ni pun ada related dengan entri saya yang baru ni. Ada bawah post yang ini. Lagu ni pun lagu The Zikr..then Saujana bawa lagu ni. Sama album dengan yang lagu entri yang saya post sebelum entri ini. Kalau lagu yang sebelum ni, saya letak Brothers, sebab saya rasa pembawakan kumpulan Brothers lebih mendayu. Bukan kata Saujana bawa tak best. Sedap juga sebenarnya.
But, lagu yang ni, saya pilih video Saujana. Sebab Saujana bawa lagu ni dengan baik. Ni antara lagu yang saya selalu buka masa zaman universiti dulu. Bila lama tak dengar, rasa lupa & leka. Begitulah banyaknya kelemahan saya.
Kalau dengar lagu Harapanku PadaMu Subur Kembali, pelengkapnya lagu ni..Air Mata Keinsafan. Kalau video yang lepas, Brothers bawa lagu Air Mata Keinsafan masa mula-mula tu, then terus masuk lagu Harapanku PadaMu Subur Kembali..
Air Mata Keinsafan
Air mata keinsafan Yang mengalir di malam sepi Inilah dia pelembut jiwa Bagi mendapat kasih Ilahi
Rintihan di pertiga malam Dari seorang hamba yang dhoif Kerna mengenang segala dosa Moga mendapat keampunan dari Ilahi
Setiap kekasih Allah Menempuhi jalan ini Untuk mereka memiliki kejayaan Ayuh bersama kita susuli Perjalanan kekasih Allah Agar kita tiada rugi Dalam meniti hidup ini
Deraian air mata ini Titisan yang paling berharga Buat menyimbah api neraka Moga selamat di titian Sirat Bahagia menuju syurga abadi
Assalamualaikum... Kali ni nak share lagi antara beberapa lagu nasyid yang saya suka. Lagu ni, tajuknya Harapan PadaMu Subur Kembali. Penyanyi asal kumpulan The Zikr. Masa ni, zaman-zaman nasyid yang dulu-dulu..seangkatan Nadamurni. Then, The Zikr tukar nama kepada kumpulan Raihan. Ada beberapa kumpulan nasyid dah bawa lagu ni. Antaranya Saujana (masa zaman masih ahli lama kalau tak silap saya dan album bergabung dengan kumpulan Nowseeheart). Then yang saya link ni, kumpulan Brothers. Siapa pun penyanyi, lagunya tetap syahdu.
Suka layan. Sebab memberi keinsafan. Dan saya suka bait-bait lirik lagu ni. bila dah lama tak dengar lagu-lagu nasyid, rasa leka sangat. But, bila dengar semula, rasa kembali ke landasan yang asal. Sama di zaman universiti dulu. Rindu pula zaman universiti. Lagu-lagu nasyid yang membawa saya kepada siapa saya hari ini. Dan saya akui, kadang-kala saya leka dengan lagu yang lari sangat-sangat dari nasyid ni. teruk rasanya diri ini. :-(
Saya manusia yang lemah. Yang kadang-kala tewas dengan perkara yang berlaku. Dan kadang-kala saya leka, semua itu adalah ujian dari Allah. Betapa tidak bersyukurnya saya. Setiap yang berlaku, ujian dari Allah. Kalau orang tak suka kita, biarkan lah. Kalau orang tak mahu mengaku apa yang dia dah buat, walau beribu bukti yang kita ada sekalipun, biarkanlah. Kalau orang masih lagi buruk sangka pada kita, biarkanlah. Dan biarkan lah apa pun dalam hati orang lain nak kata apa. Sebab ini semua ujian.
Dan kalau masih ada lagi yang nak kata entri kat blog ni, atau di FB, atau di mana saja nak kata saya tuju kat dia, biarkan juga. Sebab orang yang cepat buruk sangka, hati dia sakit sebenarnya. Biarpun dia membaca banyak bahan agama, banyak amalan Islam, banyak mengaji sekalipun, kalau hati sakit, hanya ALLAH yang tahu. Sebab apa yang saya letak kat entri ni, bukan nak tuju kat sesiapa, tapi untuk diri saya sendiri. Dan, dunia saya, bukan hanya seorang dua..malah ada ramai lagi. Kenapa perlu terasa hati? Dan, andai masih ada lagi yang terasa hati, saya mohon maaf. Itu sahaja yang saya termampu. Saya hamba yang lemah, tak lari dari buat dosa. So, kalau nak kata atau syak saya atau nak buruk sangka kat saya, silakan. Saya tidak penat.
Lagu ni, ubat untuk hati saya......
Wahai Tuhan ku Yang Esa Bila kenangkan Qahar-Mu Rasa gerun di hatiku Kerana takutkan seksa-Mu
Hamba-Mu rasa berputus asa Siapakah dapat bersihkan diri Dari segala dosa yang memburu Setiap hari setiap ketika
Tika mengenang Ghafar-Mu Putus asa tiada lagi Semangatku pulih semula Harapanku subur kembali
Ujian menimpa menekan di jiwa Tak sanggup meneruskan perjuanganku Mehnah-Mu itu penghapus dosaku Mengganti hukuman-Mu di akhirat
Di waktu mengenang rahma-tMu Terasa diri kurang bersyukur Pada-Mu harusku memohon Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya Mendidik nafsuku Yang tidak mengenal kebenaran-Mu Ya Alloh Tuhanku Bantulah hamba-Mu Dalam mendidik jiwaku ini
Wahai Tuhan ku Yang Esa Bila kenangkan Qahar-Mu Rasa gerun di hatiku Kerana takutkan seksa-Mu
Just nak share salah satu lagu nasyid yang saya suka sejak zaman Universiti lagi TAMAN FIRDAUSI Kalau kepala tengah serabut, bila buka lagu ni, rasa macam berada di kawasan gunung-ganang yang penuh dengan taman-taman bunga, ada rama-rama, ada burung-burung berterbangan berkicauan... Best tak imaginasi saya.....(^_^)
Indahnya taman Firdausi
Tak terbayang di mata
Tak terjangkau di hati
Kurniaan yang abadi
Itulah taman syurga tertinggi
Bagi mukmin yang sejati
Di sana tiada derita
Bahkan usia ?kan kekal remaja
Wajah ceria berseri
Tanda nikmat tak terperi
Indahnya syurga itu janjiNya
Bagi insan yang bertaqwa
Bidadari dan para pemuda syurga
Bagaikan kilau mutiara
Sungai yang mengalir beraneka rasa
Limpah rahmat Yang Esa
Tiada duka tiada resah
Dan tiada jemu yang melanda
Di sanalah keindahan
Kebahgiaan jiwa yang hakiki
Selamanya
(Kurniakan syurgaMu Ya Allah... Ya Rahman...Ya Rahim)
Seswai la dengan tajuk lagunya kan, TOLONG INGATKAN AKU. Seriously, masa aku dengar lagu ni, aku memang tak faham dengan lagu ni. Sampai sekarang pun. Tak berapa jelas sebutannya kadang-kadang ikut halwa telinga aku (ke aku yag agak masalah pendengaran?). Sebab ada beberapa bait lirik yang aku tak dapat tangkap apa dia sebut. Tengok video klipnya pun, tak berapa la nak faham. Dah tu macam mana aku nak ingat?
Adeh, Ana Raffali, tolong ingatkan saya pasal lagu ni boleh?? Ehehehehehehe..... Sampai la ke malam tadi, bila diumumkan lagu ni Juara AJL.... Aku pun pergi la cari liriknya.... Selalunya kan, kalau aku suka sesuatu lagu tu, tak kira la tu lagu Korea or Jepun (dah memang sah-sah aku minat habis), aku akan cari lirik lagu tu. Maka, aku tekan-tekan la si pakcik google ni. Aku tengok liriknya...
Hauuuummmmmm.....masih lagi tak berapa nak paham la.Ngggaaaaaaaaaaaaa.....aku pelik dengan diri aku sendiri. Biasanya, kalau aku tengok lirik lagu, akau akan faham dah. Kali ni??? KENAPA AKU SUSAH NAK PAHAM ANA RAFFALI, TOLONG FAHAMKAN AKU.....
Maka aku dengan rajinnya, mengkaji setiap baris liriknya.... Habis berpeluh dahi ni... Kerut-kerut dahi ni.Fikir macam mana lagu ni boleh menang. Kalau melodinya, memang nice la... But lirik tu.... Maka, aku pun faham....setelah lama membelek, meneliti, mengkaji..
Hokay...nah, amik ni lirik beliau
Ana Raffali – Tolong Ingatkan Aku
Jangan disusun kata-kata penamat Jangan disebut baris ayat keramat Biar lenyap diserap sunyi Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku Kisah kau tersedar Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama Mari padamkan buku tiga lima Biar luka sembuh sendiri Biar lupa dimakan hari
Tolong ingatkan aku Kisah kau tersedar Dengan saku penyeluk masa Kau dampingi aku Setiap detik jantungku berdetak Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda Kecewa menyelubungi jiwa Aku lupa
Tolong ingatkan aku Kisah ku tersedar Dengan kasih memeluk rasa Ku teringatkanmu Setiap detik jantungku berdetak Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku kisah kita Tolong ingatkan aku Kisah ku tersedar Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku Kisah kita
Ni pula, video klip beliau...layankan
faham tak???Kalau tak faham gak, suka hati la...... Macam panjang je entri ni kan
Asyik gaduh-gaduh je pasal tudungke shawl ke kan.... Yang lain tak nak pulak fikir.. Pasal pakai tudung ATAU shawl...Tapi pakai baju ketat sendat. Pakai tudung ATAU shawl, tapi pakai lengan pendek. Pakai tudung ATAU shawl tapi nampak leher dan segala bagai.... Pakai tudung ATAU shawl tapi pakai seluar boleh buat tabung nampak lurah punggung tu.. Ni yang sepatutnya digaduhkan...pakai tudung, pakai legging la pulak...adeh la.. Nah, tengok video ni.....hayati..... Mungkin video ni tak de kaitan shawl atau tudung... But HIJAB hokay HIJAB. Kenapa perempaun Islam kena hijab. kalau dah faham pasal HIJAB, maka tak la gaduh pasal shawl atau tudung
So, after this, tak payah le gaduh2 pasal tudung ke shawal... But hayati macam mana nak tutup aurat dengan sempurna hokay...
Kali ni nak bercerita pasal iklan raya la pulak..Ingat tak, ada satu iklan tu, dari salah satu stesyen TV kat negara kita, ada siarkan satu iklan raya yang kononnya konsep 1 Malaysia....tapi entah eh, macam mengarut je....dah macam Krismas la pulak..tak paham la apa konsep sebenarnya..Tapi kali ni, saya nak share 1 iklan PKNS..pada saya sangat la best..Rasa macam ada aura Arwah Yasmin ...Ni yang kita mahukan. Iklan yang memberi pengajaran & keinsafan.. Tak nak cite banyak.. jom la kita layan
Sayu di hati tiap kali mendengar lagu ni.. Sudah bersediakah saya??? Ni bukan mood nak berjiwang-jiwang.. Tapi sudah bersediakah saya Untuk memikul tanggungjawab yang besar ni???
Kali ni saya nak share dengan semua antar lagu Jepun yang saya suka.. Kenapa saya suka?? Melodi lagu ni best..Slow je... Dan liriknya puitis... Ni semua gara-gara Koizora la ni.. Hihihihihi Apa pun, jom layan Saya cari video yang sesuai untuk semua... Tak nak la amik video klip OSTnya... Macam ada adegan tak seswai je kan.... Lagu ni, ada dalam Koizora (Film) Sadis la cerita ni.... Mengenai pengorbanan & kesetiaan... Dan yang penting, kenangan yang tak kan padam dalam ingatan... Eceh...berjiwang la pulak...
Best kan....nak saya tambah dengan lirik & translationnya....
Heavenly days
mezamashi ga naru mae ni okite toki wo tomeru
omoida seruno wa mou nantonaku dakedo kimi no koto
ichiokubun no kimi ni aeta kiseki nankamo
itsu nomanika wasure chaukana
wasure ta koto sae mo kitto wasure te shimauno
heavenly days
mune no poketto no heya
kimi no kieta nukumori wo sagasu yo
mou nidoto kimi wo omou koto wa nakutemo
mada sukoshi atatakai ano hibi ni kagi wo kakete
aruki tsukarete suwarikon de tohou ni kurete
kanawa nai yume “unmei” toka futari nara ieta
kaisatsuguchi de ienakatta iitakatta
‘arigatou’tte kotoba wa tabun
‘sayonara’ yori mo kanashii kotoba ni omouno
heavenly days
umaku waraeteta kana
saigo no kisutsui kurueru kimi no te mo
nigire nakatta namida sae ochi nakatta
hitori pocchi ni nari imasara afure dasu yo
heavenly days mune no poketto no heya kimi no kieta nukumori wo sagasu yo mou nidoto kimi wo omou koto wa nakutemo te o nobashite mitemo koko ni wa mou inai yo atarashii hikari no shita aruki dasu yo
TRANSLATION
I turn off the time to wake up before the alarm clock ressounds
I don’t know why but I can already remember you
I wonder if, before I know it, I’ll forget
even the miracle of being able to meet you for one hundred minutes
Will I end up forgetting even that I’ve forgotten?
Heavenly days, in the room in the pocket of my heart
I look for your vanished warmth
Even if there’s no way to feel you ever again, ah
I’m locking up those days that are still a bit warm
Tired of walking, I sat down and was at a loss, if you were with me
We could have talked about something like our unbearable dream’s fate
I couldn’t say it by the ticket barrier, I wanted to say
That I feel “Thank you” are maybe words
much sadder than “goodbye”
Heavenly days, I wonder if I could smile properly
At the scene of our last kiss, I couldn’t even
grasp your shivering hands, not even my tears fell, ah
Now that it’s too late, they overflow when I’m alone
Heavenly days, in the room in the pocket of my heart I look for your vanished warmth Even if there’s no way to feel you ever again, ah Even if I stretch out my hands, you’re not here anymore I’ll walk on under a new light