Thursday 25 August 2011

Abaya Pilihan Saya


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Law Kana Bainana


Entri kali ni, saya nak share pasal abaya. Awak tahu abaya? Abaya ni, kalau ikut yang orang kita faham & selalu cakap, ialah jubah atau jubah arab yang warna hitam tu.

Kenapa saya kata abaya ialah pilihan saya? Sebab abaya ni, mudah pakai, sangat longgar, tidak ikut bentuk badan, ada yang tak payah gosok pun (tengok jenis material). So, mudah bagi saya untuk bergerak.

Lagi pula, abaya longgar, secara tak langsung, kita melindungi diri kita dari ternampak bentuk badan kita.


Contoh abaya. Sumber : pakcik google


Material abaya ni, selesa. Kena pandai pilih kain lah. Ada yang sejuk, ringan, berat, kasar, lembut. Tengok pada kita lah nak pilih yang mana. Pada yang dah memang pakai abaya, mesti tahu jenis2 kainnya kan. Pada saya, saya ni tak kenal sangat jenis kain, tapi kalau nak membeli, tanyalah dengan penjual tu, kain ni jenis apa, best ke tak pakai, ringan ke berat. Saya suka yang berat, sebab, bila pakai, abaya akan jatuh. So, cantik terletak kat badan kita.

kalau pakai abaya, saya suka pakai dengan seluar. Kira abaya ni macam pakaian lapisan luar. Atau ad ajuga abaya yang butang tengah, atau terbelah ditengah atau ditepi, so kita pakai lah dengan seluar ke, skirt ke. Abaya ni ala-ala kot lah macam tu. Ada jugak orang yang suka pakai dengan baju kurung. Saya pernah tengok, orang arab pakai abaya dengan seluar jeans kat belah dalamnya. MAsih lagi pakai seksi di dalam, tapi keseksian itu hanya untuk suami. So, luarnya pakai lah abaya...

Bila saya kata, abaya ni pilihan saya, bukan saya nak kata saya ni alim. Tapi saya suka pakai sebab pada saya sangat selesa. Pernah jugak orang tanya, tak panas ke, tak rimas ke sebab hitam je. Pada saya, tak lah. Sebab material abaya saya pilih, sejuk. Lagipun mudah pergerakan saya. Sebab saya suka pakai seluar di bahagian dalam.

Abaya banyak warna hitam. Sedangkan saya suka warna pink sebenarnya. Hihihi. Bukan apa, kan boleh dikenakan dengan tudung berwarna jugak. Lagi 1, bak kata Kak Zima, bila pakai abaya, kita boleh sembunyikan semua sekali. Hahahaha. Mean, spare tayar kat badan kita la. Lemak2 ke, gemuk ke, kurus ke. Tak nampak pun kan.

Kalau pakai baju kurung, ada baju, ada kainnya. Kalau pakai abaya, pun kena pakai baju belah dalamnya. Tapi, pilih yang baju yang tak tebal. Pandai-pandailah buat keputusan. Lagipun, material a baya ni banyak yang tebal. So, kalau tak pakai apa-apa kat dalam, pilih yang nipis...alamak...bahaya tu.

Saya pakai abaya sebab keselesaan & tidak ikut bentuk badan. Lagipun, ni kan tuntutan agama kita.

Sekarang ni, dah jadi trend orang pakai abaya. Alhamdulillah. Dan dah banyak jubah moden dijual. Apa lagi melalui internet. Banyak orang berniaga jubah moden, jubah dan abaya. Kalau kat Malaysia ni, yang paling banyak jual, Abaya Maratussolehah. Abaya Elegen pun banyak abaya cantik-cantik.

Kat mana saya beli abaya? haaa...saya beli online jugak. Ada jugak yang beli kat kedai2. Tapi saya suka beli dengan seorang sahabat ni. Dia tinggal di Qatar. So, memang banyak la abaya yang dari sana. Abaya kat sana cantik2. Lagipun, material kain kat sana, atau belah-belah arab yang lain macam Dubai, Arab Saudi, kain yang digunakan sejuk, sebab cuaca negara mereka dan juga negara kita. Tak lah tebal sangat, dan tak lah nipis sangat.

Corak? saya suka yang simple je. Yang hitam kosong atau yang sikit saja sulamannya. Lagi 1, yang kembang payung. Mean potongan princess. Kembang bawah. So, boleh lah saya pusing2, berangan jadi princess jap..hahahahahaha. Lagipun, kalau potongan lurus je, kan nampak bentuk punggung. Kalau yang potongan princess ni, tak lah nampak. Selalu yang potongan lurus ni, jenis abaya moden.

Saya tak pandai sangat nak cakap pasal jenis kain yang digunakan. Yang saya tahu, dan yang saya pakai macam nida, lexus, crepe internet, cobra...ni je lah yang saya tahu. sebab ni je lah yang saya pakai. Macam saya kata awal-awal tadi, saya tak kenal sangat jenis kain, tapi tanyalah denagn penjual.

Jubah moden macam mana? Hmmm, saya ada jugak jubah moden. Tapi dah kurang gemar untuk memakainya. Tapi masih lagi pakai la. Cuma, saya lebih gemar dengan abaya. Lagipun, jubah moden sekarang, banyak sangat yang sangat mengikut bentuk badan, dan ada juga yang menggunakan material lyrca. Ni, saya sangat la tak suka. Sebab pada saya, bila pakai jubah, kita nak tutup aurat. Tapi kalau pakai, but masih melekap kat badan, sampai nampak segala bentuk badan, macam mana tu? Terserah pada masing-masing. Buatlah pilihan yang bijak & tepat.

Contoh jubah moden : Sumber : pakcik google

Ok lah. Itu serba sikit pasal abaya & kenapa saya suka pakai abaya. Saya bukan lah lembaga hitam yang berjalan. saya pakai abaya sebab saya suka keselesaan & saya nak menutup aurat. Itu sahaja. Bukan nak tunjuk atau kata saya alim. Jauh sama sekali. Sebab ilmu agama saya masih cetek & sangat sedikit.





Wednesday 24 August 2011

Soalan Standard Itu Tidak Akan Pernah Berakhir

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Kisah Hati

Sihat ke semua? Macam mana dengan minggu akhir Ramadhan ni? Masih sihat lagi Ramadhan awak? Harap semuanya sihat-sihat.

Lately, hati banyak kali tersentuh sayu. Dek kerana soalan-soalan standard yang menerjah telinga & hati. Kadang kala, saya terfikir, adakaha manusia itu tidak sensitif pada soalan-soalan yang sensitif?

Banyak soalan-soalan yang tidak membantu, suka ditanya orang kepada kita. Antaranya, bila nak kahwin? Dah pregnant ke belum? Dah ada isi ke ni? Bila nak ada anak? Bila nak tambah lagi anak?

Itu tandanya, orang mengambil berat. tak salah ambil berat, tapi kalau "terlalu ambil berat" , itu membuatkan orang yang ditanya jadi rimas!.

Orang yang tak kahwin lagi dihujani bila nak kahwin....apa lagi usia makin meningkat & meningkat. Sampai ada keluar dari mulut si penanya soalan

Janganlah memilih sangat
Apa lagi yang ditunggu, semua dah ada
Memilih sangat kau ni

Saya percaya, semua orang nak yang terbaik untuk pasangan masing-masing kan. Tak ada orang yang nak pasangan yang entah apa-apa. Dan buat si penanya soalan, awak juga nak pasangan yang baik, bagus, dan sempurna pada mata awak kan. Saya juga percaya, orang yang masih belum kahwin, buakn tidak berusaha, mereka juga berusaha, dan mengharap akan ada jodoh yang baik untuk mereka. Namun, urusan ALLAH, siapa yang tahu. Kenapa? Dengan ada suami lengkap ke hidup awak? Kalau lengkap, ALHAMDULILLAH. Namun kalau ada suami, tidak bahagia, dipukul, sepak terajang, awak bahagia? Fahamilah hati mereka yang belum berkahwin, elak dari asyik bertanya "Ni bila lagi nak kahwin ni" . Ini soalan yang sensitif. Sensitif lah pada soalan sensitif.

Kemudian, bila dah berkahwin. Soalan standard masih belum lagi berakhir. Bila dah berkahwin. Soalan yang sangat sensitif ditanya lagi. "Bila nak ada anak" atau " dah ada isi belum ni" .

Terus terang saya cakap, saya sangat sayu dengan soalan ini. Saya dah pernah mengandung, namun ALLAH ambil semula anak itu. Kuasa saya kah? Siapa yang tidak sedih, bila kegembiraan ditarik semula. Apa lagi kegembiraan mendapat zuriat. Doktor nasihat supaya saya berehat buat beberapa bulan.

Bila ditanya berulang kali, dalam hati saya nak je cakap, kuasa saya ke? Saya tak ada kuasa nak bagi tahu awak saya sedang mengandung. Itu semua kuasa & hak ALLAH.

Mungkin pada awak, ala, biasa lah tu. Jawab je lah belum lagi. Orang tanya je, sebab nak tahu. Ye, pada awak, awak nak tahu, tapi pada orang yang ditanya? Itu harapan dia....itu harapan saya. Tapi belum masa ALLAH nak bagi. Ada yang dah kahwin 20 tahun pun baru dapat zuriat.

Dan selepas beberapa bulan anak itu diambil oleh ALLAH, soalan yang standard itu menerjah kembali. Berulang kali. Adakah dengan soalan itu membantu saya mengandung? Atau membantu orang lain yang ditanya soalan serupa itu mengandung? Saya faham, sikap mengambil berat dan rasa ingin tahu itu sangat tinggi. Saya tahu, anak itu penyambung keturunan. Siapa yang tak nak ada zuriat, yang akan mendoakan kita bila kita sudah tiada?

Sebelum saya berkahwin, saya takut nak tanya soalan bila nak kahwin kepada orang lain. Dan bila dah kahwin pun, saya takut nak tanya soalan itu. Sebab apa, saya takut orang kecil hati.
Macam tu juga dengan orang yang dah kahwin. Takut nak tanya soalan yang sama. Tidak kah kita faham perasaan orang?

Mungkin si penanya nak tahu. Seronok dengar berita gembira. Ya saya akui. Tapi kalau asyik berulang kali tanya, orang jadi terasa. Ni pada saya. Dan bila saya kata, doakan la, insyALLAH....berulang kali lagi tanya, dah ada ke? Haishh, tak faham lagi ke?

Tanya lah orang yang dah kahwin, yang belum ada anak, yang dah kahwin 4,5,6,7,8,9,10 mahupun 15 tahun dan mungkin lebih lagi dari ini, siapa yang tidak mahu zuriat? Orang yang mengandung luar nikah je yang buang anak merata. Tapi, ini kuasa kita ke? Kuasa saya ke? Kuasa mereka ke? Saya dah usaha, namun ALLAH belum izinkan lagi. Ada sebabnya.

Kepada si penanya, dan kalau awak memang suka sangat bertanya, ini bukan kuasa kita. Kuasa ALLAH. Ada anak, tapi hidup tak bahagia, ada anak, tapi tak mampu nak jaga, ada anak tapi keluarga tak bahagia, juga tak lengkap hidup ni.

Isteri Nabi, Aisyah juga sayu kerana tidak mempunyai zuriat. Apa lagi saya yang lagi rendah darjat dari Aisyah.

Pada awak yang suka bertanya, sensitiflah pada soalan yang sensitif. Lainlah kalau awak doakan selalu pada mereka yang belum berkahwin, pada mereka yang belum ada anak. Atau awak bagi jalan penyelesaian....Itu melegakan hati orang yang ditanya.

Macam emo je kan entri kali ni. Doakan saya. Itu saja yang saya harapkan.
Terima kasih kepada yang sudi mendoakan saya. Kalau kita mendoakan orang, biarlah orang yang didoakan itu tidak tahu.

p/s jangan tanya saya, tapi doakan saya.

Tuesday 23 August 2011

Tanpa Kata 7

sumber : pakcik google

Sunday 21 August 2011

Strees? Jom cuba 10B

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Surah Ali Imran

Bila kita mengalami STRESS maka ambil tindakan SEGERA !!!
Untuk mengatasi dengan segera. Orang Islam memang boleh mengatasinya dengan cepat dengan BERIBADAT - SOLAT, BERZIKIR, BERTAHMID, BERWIRID , MEMBACA AL-QURAN dan lain-lain yang berkaitan.












Ada Tips Menangani STRESS ini .. Cuba lihat ada 10B yang boleh dipilih untuk diamalkan. InsyAllah dapat mengurangkannya dengan segera.

1. Bertenang .
2. Beribadat

3. Beriadah .
4. Berurut.

5. Berehat/mendengar muzik.
6. Bersenam .
7. Berfikiran Positif.
8. Bernafas dengan dalam.
9. Bercakap dengan seseorang.
10. Bertawakkal kepada Allah.

Dah, senang je kan......cubalah


Thursday 18 August 2011

Bunga



Keceriaan Itu Milik Mereka 2






Wednesday 17 August 2011

Saya Suka Muzik



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Canon Pichable


Awak suka muzik? Saya meminati muzik. Tak kisah lagu apa, janji bukan lagu yang sangat bising macam metal, rock2 keras, yang saya tak faham apa-apa. Pada saya, muzik untuk dinikmati, dilayan, buat saya senyum sorang-sorang. Ok, saya bukan senget otak untuk senyum sorang-sorang. But sometimes, untuk menikmati kenangan indah, saya perlukan itu. Ye, saya tahu saya romantik + jiwang. Ehem, sekian terima kasih untuk pujian itu....

Saya suka juga layan lagu instrumental, akustik gitar, piano, atau muzik Kitaro...yang just hanya muzik, tanpa nyanyian.... I LOVE IT okay....ni memang boleh layan.....saya dan zauj pernah dengar seorang lelaki ni, main gitar kat kedai makan (di KL). Menghiburkan orang yang makan-makan. Then memang ada orang yang akan bagi token. Apa yang saya respect dengan dia ni, sebab dia ni bekerja... bekerja cari sesuap nasi untuk hidup dan bukannya meminta sedekah tanpa usaha. Sama la macam pemuzik jalanan yang dekat Pasar Seni tu. Main muzik, tepi jalan, orang datang duduk dengar, then dapat token. Ni cara mereka cari duit. Ingat mereka suka ke menebal muka cari makan macam ni, tapi sebab takde duit jadi mereka kena cari duit untuk hidup. At least mereka tak minta sedekah.

So bila tengok ada effort sebegini, terfikir saya dalam otak yang semakin benak ni, rupanya masih ada orang-orang yang baik hati dan punya perasaan untuk menolong mereka ni, daripada kita yang selalu spektikal, prejudis, sinikal bila tengok orang-orang mencari rezeki seperti ni. mentang dorang menyanyi tepi jalan so kita pandang serong n pandang melirik sebelah mata (macamla korang keje bagus sangat).

Bila tengok dorang ni, saya rasa hebat lagi dorang ni nyanyi dan main musik secara live pulak tu, kalau nak bandingkan dengan penyanyi kita yang masuk realiti TV show seperti Akademi Fantasia, One in a Million, Mentor etc yang harapkan popular, jual muka padahal nyanyi pun takla bagus sangat, nanti masuk studio pakai suara mesin dan main muzik pun tak reti. Saya pernah masuk studio, tu saya kata pakai suara mesin.
Talent tak ada, pastu kita dok puja-puja macam la artis ni bagi duit kat kita kalau kita minat kat dia. Bukan prejudis atau apa, ini sekadar pendapat saya. Sebab ini yang berlaku, banyak sangat rancangan hiburan realiti TV..tak dapat, nangis guling-guling....saya pulak yang nak gelak guling-guling....

OKKKK......saya dah melalut jauh ni. Saya memang suka muzik kosong..layan beb. Kalau muzik tu happy, saya akan happy ler....so, memang ler suka dengar lagu2 happy ni. Sebab kan tak ada orang nyanyi, so saya tak tahu la lagu tu sedih ke apa ke, sebab muzik je kan....so, happy je la...Sambil senyum (dah sah-sah entri kali ni saya buat dalam keadaan saya senyum (^_^) ) .

Macam lagu Canon ni la. Awak, ni bukan Canon kamera atau Canon printer ek..bukan bukan, bukan yang itu. Ni muzik, yang tajuknya Canon...saya suka....Entah ek, kenapa segala jenis lagu Canon saya suka...yang piano pun best jugak....

Ok, dah lah. padahal entri ni saya nak share dengan awak pasal lagu ni je, saya dah melalut panjang lebar la pulak. Awak layankan je la ek......



Tuesday 16 August 2011

Hidup Ini Roda Ke?

Sumber : pakcik google

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Suh Reun Bun Jjeum

Hidup ini ibarat roda ke?

Hari nih kita kat atas.... Esok belum tentu kita akan kekal di atas...
Hari nih kita kat bawah... Insya Allah satu hari nanti kita akan naik ke atas...

Kalau hari nih, kita belajar... satu hari nanti mungkin kita yang mengajar...

Kalau hari nih, kita pekerja... kuli... ofis boy... jangan terkejut satu hari nanti kita pulak jadi bos... ada kuli 2-3 orang... interview orang untuk jawatan ofis boy...

Hari nih kita kat atas jadi bos... tak mustahil esok lusa kita pulak gulung tikar, pergi interview jawatan ofis boy...

Hari nih kita beriman.... mungkin time mati kita tak dapat mati dalam iman (nauzubillah)... sebab Nabi cakap iman manusia nih naik dan turun, masuk dan keluar...
Kalau hari nih tak beriman pulak, tak mustahil nak mati nanti jadi orang beriman.... macam kisah pelacur yang bagi anjing minum air...

Hari nih orang hentam kereta kita dari belakang... tapi esok mungkin kita pulak yang hentam orang...


Hari nih kita cari pasal dengan orang.... esok lusa orang carik pasal dengan kita...
Macam tuh la adat kehidupan..

Itu sebab kita tak boleh angkuh bila kita di atas.....


Atau sedih bila kita di bawah..

Tak boleh bengang over sangat bila orang hentam kereta kita dari belakang...

Takut-takut nanti bila kita hentam kereta orang, Allah balas kita kena lagi teruk....

Tuh sebab jugak tak leh kenakan student kita sendiri... atau pekerja kita sendiri... atau kawan kita sendiri... merendahkan kawan kita... kutuk kawan kita... membuka aib kawan kita sendiri....

Sebab nanti Allah balas balik kat kita...baru tau langit itu tinggi atau rendah...!
Sebab balasan Allah itu sangat hampir dan cepat...

Tu baru balasan kat dunia.... belum tengok kat akhirat...

Sama-sama la kita menginsafi.... astaghfirullah...

Keceriaan Itu Milik Mereka 1

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Hatiku Milikmu

Nak share kecerian mereka dengan semua. Keceriaan yang dapat dirakam sekitar MRSM Batu Pahat. Kali ni part 1. nanti part part part part part part dan part dan part dan part dan part lagiiiiiiiiiiiii................... kihkihkihkih









Sedih Itu Telah Menyelubungi Kami

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Inspirasi

Pada 11 Ogos 2011 yang baru je lepas ni, suasana sedih telah menyelubungi MRSM Batu Pahat.

Sebab apa?

2 orang guru MRSM Batu Pahat, yang disayangi pelajar-pelajar telah meninggalkan MRSM Batu Pahat. Cikgu Rosnah telah bersara wajib dan Cikgu Meizareena telah bertukar ke UTHM sebagai pensyarah.

Suasana sedih meneyelubungi MRSM Batu Pahat. Terutamanya apabila Cikgu Rosnah memberi ucapan terakhir sebagai cikgu di MRSM Batu Pahat. Sebak sayu jadinya. Cikgu Rosnah pun tak mampu nak meneruskan ucapannya...

Kedua2 guru ini diraikan walaupun secara sederhana dalam bulan Ramadhan ini.

Jom la, kita tengok apa yang saya dapat tangkap



Cikgu-cikgu bergambar kenangan

Pencetus kesedihan pada hari itu

Sedihnya.... :(

Sayu

Kenang-kenangan untuk Cikgu Rosnah

Yang ni pula untuk Cikgu Mei






Buat kenangan ni berarak dengan Storm Cikgu Hamid


Punch card yang terakhir


p/s hanya beberapa gambar je saya letak kat sini...yang lain, saya simpan

Sunday 14 August 2011

.: Antara Bidadari dan Penghuni Syurga :.



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....

Ini antara video / medium yang saya suka gunakan masa Fardu Ain bersama pelajar puteri.
Saya suka dengar berulang kali. (^_^)

Tuesday 9 August 2011

Lidah & Blog, Sama Je Tajam Sekarang Ni

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : I'll Be Back

Lately saya banyak baca blog-blog orang. Just untuk jalan-jalan, meninjau. Macam-macam ada. Yang untuk tambah banyak dosa pun ada.

Tak faham. Serius saya tak faham. Kenapa ada sesetengah blogger ni, semata untuk dapat rating tinggi, untuk dapat banyak followers, suka betul buat cerita-cerita kontroversi? Tak elok tu.

Siap ada yang letak gambar pelbagai. Konon sebagai bukti? Apa perasaan awak ek yang berentri kontroversi tu? Suka ek? Kot awak rasa hot + meletup + bangga ? sebab dapat tayangkan lebih awal dari orang lain, dan boleh beritahu 1 dunia.

Entah lah. Saya memang sangat la tak faham. Kan ke elok awak diam, dari sibuk hal orang.

"Orang yang berjaya ialah orang yang menutup mulutnya sebelum orang lain menutup telinganya. Maksudnya menjaga tutur kata daripada mencela atau bercerita keburukan orang"

"Otot yang paling kuat adalah lidah."

Serius, lidah ni boleh jadi senjata yang paling tajam. Tapi dalam dunia serba canggih ni, bukan lidah je, blog pun jadi medan yang paling tajam. Tu semua tangan, mata, mulut, hati yang menulis, menjawab kat akhirat. Wallahualam.

Why saya kata lidah ni boleh jadi lagi tajam dari senjata. Ini sekadar pendapat saya. Mungkin awak ada pendapat awak sendiri. Pada saya, sebab mulut, badan binasa. Mulut, bukan lidah? Ye, mulut dan lidah ni macam adik-beradik. Kalau tak ada lidah, macam mana nak bercakap. Tak percaya, awak kerat lidah awak dulu, then tengok, boleh cakap tak lepas tu. (kalau awak buat, awak tanggung sendiri ek, sebab saya bagi metafora).



Bila kita mendengar / terdengar orang cakap pasal kita, kita mesti rasa something kan. Nak lagi, benda tu bukan hal sebenar. Atau kalau hal sebenar pun, tapi orang asyik memperkatakan, kita sikit sebanyak terasa. Nak lagi benda-benda tu isu yang sensitif. Ala, kalau orang gurau pun, kekadang kita terasa jugak kan.

Tu sebab lidah ni boleh jadi senjata yang tajam. Sebab lidah, orang lain makan hati, sebab lidah, hubungan boleh retak, sebab lidah, sampai ada orang bunuh diri. Awak suka ke dimaki hamun? Katalah seorang mak ayah atau cikgu, maki hamun awak, apa awak rasa. Nak lagi keluar kata-kata macam @#!& & *&%##@% ^$%@&*) (** ^#&^@%%& ....

Kan...tersa kan, menusuk kalbu kan. Sedih kan. Kecik hati kan. Sakit dada awak kan. Tajam kan lidah tu. Jangan lah pulak awak test garis kan tangan awak kat lidah, sebab nak test tajam ke tak. Sekali lagi saya kata, ini metafora.

Atau awak pergi bercerita hal orang lain. Dalam apa-apa kes sekalipun. Kalau bercerita, banyak cerita yang tak baik dari yang baik. Kadang-kadang cerita awak tu salah pun. Sebab tu pandangan awak. Yang kadang-kala pandangan awka pun salah. Sebab salah tafsir dan salah sangka. Awak pun satu, tak siasat sendiri dulu, main terjah je. Dah tu terjah orang yang salah. Bukan awak tanya orang yang betul, awak bercerita hal orang kat orang lain. Kan tu lidah jugak. Kenapa la nak bercerita keburukan orang ek? Kalau betul tu sebaiknya jangan cerita, dan kalau awak sendiri pun salah sangka, dah parah....


Lidah ni, bahaya. Sebab lidah ada orang bunuh diri. Saya pernah ada pengalaman. Kawan saya sendiri. Kena maki hamun dengan ............. Rahsia ek, tak boleh cerita semua. Dia rasa sangat terkesan. Sampai dia telan panadol 2 papan! 2 papan yer. Bukan 2 biji! Ni gara-gara lidah.

Tu ler, sebab zaman dah canggih manggih ni kan, internet jadi medan bergosip hal orang. Sampai masalah rumah tangga pun cerita kat FB, blog dan segala bagai. Awak, masalah rumah tangga, tak boleh cerita kat orang, hatta mak ayah awak sendiri kalau tanpa izin suami awak. Hal rumah tangga, selesai sendiri. Blog, FB, Twitter jadi medan yang sama tajam macam lidah tadi.

Opppssss...adakah saya lari sedikit dari tujuan utama saya? Ye kot, lari sikit. Maaf lah yer, ni ler sebab saya tak rancang awal-awal penulisan ni. Main hentam ikut suka je. Balik semula, yang saya cerita tadi pasal blogger yang sibuk cerita hal orang. Baru-baru ni, pasal putus tunang orang-orang terkenal kat Malaysia ni. Kot ye pun, jangan lah menangguk di air yang keruh. Siar gambar-gambar yang boleh menghangat kan lagi kontroversi orang dan memalukan. Kot gambar tu sebelum bertunang, atau super impose ke, atau apa ke. Even kalau betul pun, lebih sopan & siuman la kalau awak dediam je. Dediam sudah. Ni kecoh la awak ni.

Hmmm, awak mungkin kata, awak ada tak ada niat nak malukan orang, tapi tak elok la buka aib orang. tu je saya boleh cakap.

Awak renung-renungkan. Awak marah bila ada ANON buat awak sentap, tapi awak tu mengata hal orang kat blog awak, FB awak, Twitter awak. Fikir dulu yer awak sebelum awak nak ngamuk-ngamuk.

Sebenarnya, ada banyak lagi boleh ditaip ni, tapi keadaan diri saya yang tidak mengizinkan ni. Stop dulu la.




p/s Maaf andai ada yang terasa


Tanpa Kata 6

sumber : google


If the beloved were among us



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....


Saya memang suka tengok rancangan ni.
Agak-agak, ada tak pengarah-pengarah / penerbit-penerbit kat Malaysia nak buat rancangan ala-ala rancangan ni?

Monday 8 August 2011

Tanpa Kata 5



Tips Elak Kak Kepoh

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Hatiku Milikmu

Apa khabar? Awak sihat? Macam mana puasa kali ni? OK? Harap semuanya ok.
Pernah tak awak berdepan dengan situasi yang awak tak selesa dengan orang yang sibuk nak tahu hal awak? Atau orang yang sibuk tanya kat orang lain pasal awak? Atau orang yang awak tahu stalk awak punya blog atau FB sebab nak tahu hal awak?

Ye lah, kadang-kadang, ada benda yang kita boleh share dengan orang, ada yang tak kan. Kita pun ada masa nak privacy. Tapi orang ni, sibuk je nak tahu hal orang lain. Sampai kita bawak kereta laju pun orang tanya, kenapa bawak kereta laju, nak ke mana tu. Bila kita cakap tak de ke mana lah, dia tanya dan tanya lagi. Ha, nak jawab apa tu?

But sebelum tu, kalau la awak kata awak tak selesa, awak cek diri awak dulu, awak pun ada tak sibuk-sibuk nak tahu hal orang? Kalau awak pun sama, so, jangan ler marah orang yang sibuk-sibuk nak tahu serba serbi hal awak.


Ni ada la beberapa tips, awak nak ikut, ikut lah. Kalau awak tak nak ikut, saya tak marah pun, sebab awak ada hak awak sendiri kan. Pilihan kat tangan masing-masing.


1) Anggap aje lah orang tu memang ambil berat pasal awak. Bukan senang nak orang ambil berat pasal kita. Contoh, kenapa kita tak datang kerja, orang sibuk tanya sana-sini mana kita pergi kan. Kawan-kawan sekeliling awak memang suka ambil berat, anggap tu aje lah. Kalau tak pun, dia suka stalk blog awak, FB awak, senyap-senyap. Sebab apa, dia memang nak tahu pasal awak, apa awak buat, apa awak tulis. Tu tandanya, dia sayang awak, dia ambil berat pasal awak. Anggap macam tu aje ok.

2) Tak pun, kalau awak tak selesa lah orang tahu pasal peribadi awak, contoh kenapa awak cuti, mana awak pergi, rumah apa awak beli, awak diam-diam aje. Jangan cerita kat sesiapa pun, hatta kawan baik awak sendiri. Awak diam aje. So, orang lain tak tahu. Ni tak, awak tak suka orang tahu hal awak, tapi awak tulis kat blog la, kat FB lah, cerita kat orang la. Kalau awak dah start cerita sikit, orang mesti nak tahu lebih-lebih lagi kan. Ni, habis segala hal-hal kecik awak, awak nak cerita kat orang, dah tu awak cerita tak habis. Orang ni memang suka nak tahu, ye lah, kes ambil berat punya pasal. So, diam tu lebih baik.

3) Awak dah diam, tapi orang sibuk gak nak tahu kan. Awak, macam saya cakap mula-mula tadi lah, awak anggap je dia sayang kat awak, suka ambil berat pasal awak. So, kalau dia sibuk-sibuk tanya jugak kan, dalam keadaan awak yang sangat tak selesa tu, awak senyum je kat dia, cakap, RAHSIA...saya tahu, dia mesti tanya-tanya lagi, msti dia cakap, ala...tak kan tu pun nak rahsia, awak cakap elok-elok, YE, RAHSIA. awak senyum aje. Then cakap lah elok-elok, TAK SEMUA BENDA SAYA BOLEH CAKAP, MAAF YE.

4) Tak pun, awak jangan kawan dengan orang langsung lah kalau 1 apa pun awak tak suka orang tahu pasal awak. Senang. Awak, sekali awak berkawan dengan orang, orang akan tahu jugak. Duduk sorang-sorang, makan sorang-sorang, pergi sana-sini sorang-sorang. Dan jadilah seorang yang digelar MISTERI...hikhikhik.

5) Ada lagi, kalau kita tak suka orang sibuk hal kita, kita pun jangan sibuk hal orang. Kalau kita tak suka orang kata hal kita, kita pun jangan bercerita sana-sini hal orang.

6) Lagi 1 kan, jangan bagi hint-hint apa-apa pun. Awak faham tak apa saya cakap ni? Maksud saya, bagi hint lah, yang buka jalan kepada orang lain untuk tahu lebih banyak hal kita. Contoh, kita tak nak orang tahu kita nak pergi bercuti, jangan lah bagi hint saya tak ada esok. Diam-diam sudah.

Tu aje lah sikit yang saya dapat share.
P/s kenapa contoh yang saya bagi, pasal cuti je? Apakah sya rasa nak bercuti....kihkihkih... (ni saya tak bagi hint ek, ni memang dah rasa nak cuti je ni).


Thursday 4 August 2011

Tanpa Kata 4

Wednesday 3 August 2011

Family Day

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Aishiteru

Ni antara entri yang saya lambat nak naikkan...Sebelum Minggu Aktiviti yang lepas (hakikatnya entri Minggu Aktiviti pun tak buat lagi) @STAR {ni maksudnya kelab guru & staff} ada famili day. Bertempat di Air Papan , Mersing.

Macam-macam la aktivitinya. Tapi saya tak join satu pun..kihkihkih.
Encik Zauj yang seronok join.
Best sangat famili day kali ni.

Jom...kita intai...
tapi sikit je la....



Encik zauj semangat betul

Ustaz dikelilingi anak-anak anyam ketupat

Cute

p/s malas nak letak banyak-banyak (^_^)

Tanpa Kata 3

Pakcik Google

Mock Interview

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Fiction

Entri kali ni, saya nak share mengenai Mock Interview. Aktiviti ni, diadakan setiap tahun kepada semua pelajar Tingkatan 5. YES! Setiap tahun kepada semua Form 5!

Kenapa pulak buat mock interview? Nama pun mock interview, mestilah untuk pada beri pendedahan awal kepada semua calon SPM 2011 mengenai temuduga, resume, susunan sijil-sijil, etika pakaian temuduga,soalan-soalan temuduga dan segalanya pasal temuduga. Ni bukan saja untuk minta kerja tau, tapi persediaan awal untuk mereka ni mohon biasiswa atau kemasukan ke universiti nanti.

Macam-macam gelagat la kanak-kanak ni. Excited saya tengok semuanya. Memang bergaya sakan macam nak pergi temuduga betul-betul. Macam-macam persediaan yang dibuat,terutamanya RESUME...

Hihihihi, saya macam biasalah tiap-tiap tahun, mesti bebel-bebel pasal resume yang entah apa-apa kanak-kanak ni buat....Tapi itulah proses pembelajaran..(^_^)

Kelakar jugak la, sebelum kejadian tu. Risau la, tak ada sijil lah, nak guna fail apa lah, baju ni ok ke tak, soalan apa yang ditanya nanti. Ni ler antara persoalan yang ditanya hari-hari sebelum hari kejadian..kihkihkih...risau sangat yerk kanak-kanak nih.

Jom....kita tengok sikit apa yang telah terjadi........


Grrrrr

Panel 8

Masa untuk menunggu dipanggil

Kami ni bakal doktor

Semart la !

Posing dulu sebelum masuk

Alamak....tak dapat jawab la

Ahli panel (apa benda yang bebudak ni mengarot)

Bla bla bla (sampai...........)

Sampai tertidur ahli panel ni


Ok, dah lepas

Please...snap kami kami!

Anggun bergaya

Alamak...saya sorang-sorang je ke perempuan yang nak jadi engineer?

Kaunselor! Nak gambar!

Peace!


p/s Form 4, ready untuk next year!