Thursday 29 September 2011

Tanpa Kata 8


sumber : google

Monday 26 September 2011

Saya Nak Tulis, Tapi Idea Saya Terabur

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : A Little Love (lagu ni buat saya senyum dan senyum dan senyum lagi)





Saya tak tahu mana satu nak mula, susunan macam mana untuk saya buat. Terlalu banyak isu, idea, pandangan peribadi yang berlegar-legar di fikiran. Semuanya nak saya tumpahkan di sini, namun entah kenapa laci-laci dalam kotak fikiran ini, berterabur di sana sini. Tidak tersusun, berselerak, hingga sukar untuk saya susun kembali segala isi dalam laci yang ada.

Apa yang saya taip kali ini, mungkin pembacaan akan jadi entah apa-apa. Berterabur sana-sini. Tapi, saya cuba lah untuk tidak menteraburkan enri kali ini.

Dalam hidup, kita ada pilihan bukan. Kita ada banyak pilihan yang kita boleh buat. Saya boleh pilih, awak pun boleh pilih. Pilih apa? Pilih jalan hidup kita, pilih pekerjaan, pilih jodoh, pilih bahan bacaan, pilih kawan-kawan HATTA pilih dengan siapa untuk kita bercerita sekalipun. Saya bagi contoh mudah, setiap orang ada hak untuk memilih dengan siapa untuk dia bercerita, berkongsi masalah. Katakan kawan kita tu, tak nak bercerita dengan kita apa masalah yang dia hadapi, itu hak dia. Perlukah kita rasa kawan kita itu sombong, ego, kedekut, atau apa-apa sajalah yang kita rasa. Kita rasa kecil hati? Atau kita terasa hati? Sedangkan bukan kah itu hak dia, pilihan dia untuk menceritakan atau berkongsi dengan siapa yang dia rasa selesa atau tidak. Hmmm, awak tanya diri awak sendiri. Sebab ini sekadar pandangan peribadi saya sahaja.

Atau saya bagi contoh lain. Kawan kita nak keluar dengan kawan lain, dan tak ajak kita. Apa kita rasa? Awak tanya diri awak sendiri. Ada orang barangkali tidak kisah langsung. Ada orang, akan terasa. Ada orang akan kata, "normal lah tu, dia ada kawan dia, dia ada masa dia jugak, macam tu jugak dengan aku". Pada saya, setiap orang ada masa-masa tertentu nak dengan orang ni, ada masa tertentu nak dengan orang ni. Just hormat masa dia dan keinginan dia.

Apa-apa pun, ini soal hati. hati kalau mudah terasa, akan jadi payah. cepat berkecil hati. hati juga akan jadi tak sihat. bukan mudah untuk kita manusia berfikiran positif. saya juga sering tewas dengan soal hati & fikiran positif ini. Namun saya pegang pada kata-kata ini

‘Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati’.



Kenapa? jom soroti dialog antara ayah & anak.


Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati

dengan penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi, dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Anak: Uikk, tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun kan?

Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.

Anak: blur*

Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang itu? Kerana itu adalah ujian daripada Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang tetapi kecil hati dengan Allah.

Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita..’Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu..’ dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain.. ‘Kesian kawan kita tu..budak tu dah banyak sakitkan hati dia..’ jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap..

Anak: termakan cili*

So conclusion is, jangan mudah terasa hati..Maknanya kita tak redha dengan Allah. Nanti Allah pun tak redha dengan kita.. Na’uzubillah..

“maksudnya, Allah bagi kita ujian agar kita tabah apabila di hina macam tu, tapi kalau kita tak tabah,kita canangkan dekat satu dunia yang orang tu hina kita maksudnya kita tak redha lah tu. At the same time kita macam salahkan Allah pula. Dosalah tu. Sepatutnya kita redha dan banyakkan bersabar.”

Hmmm, bila baca balik, macam apa je saya tulis ni. Kan kan. Terabur. Semua benda masuk. Kalau buat karangan, ni kompem karangan tidak berstruktur dengan baik. Isi terabur. Dan mungkin juga, karangan tidak menepati tajuk.

Cakap pasal karangan, saya teringat karangan yang saya tulis masa SPM. tahun 2000. Saya buat karangan, 5 muka surat depan belakang. Macam tak percaya je. Habis saya tulis. Penuh huraian, contoh, pengisian. Alhamdulillah, cemerlang. Rasa nak je pergi kat Lembaga Peperiksaan, tanya, ada lagi tak karangan saya masa saya SPM dulu. Sayang dengan penulisan tu. Sebab rasanya tu lah penulisan terbaik yang pernah saya buat sepanjang saya sekolah. Tu zaman SPM. Ni zaman tengok anak murid ambil SPM pulak.

Ok, stop pasal tu. Saya sambung balik. Dalam kehidupan seharian kita, pernah tak kita rasa yang kita ni bagsu sangat (macam mana saya rasa karangan saya tu bagus la kot. hihihihi). Ke awak rasa awak lah yang paling bagus sekali. Orang lain tak bagus. Senang kata, dalam hati kita, orang tu tak betul, orang ni tak betul. Kita je betul. Pernah tak rasa? Saya? Pernah jugak lah. Tipu lah kalau saya kata tak. TAPIIIIIIIII.............serius benda ni sakit. Bila fikir-fikir balik, kenapa saya perlu rasa macam tu. Kan ni penyakit hati jugak. Kalau dalam psikologi, kita namakan Tingkap Johari.

Anda Ok, Saya Tak OK

Anda Tak OK, Saya OK

Anda Tak OK, Saya Tak OK

Anda OK, Saya OK

Mana satu pilihan kita? Kalau kita pilih Saya OK, Anda Tak OK, akan wujudlah situasi yang tak best. Saya bagi contoh (tidak ada kene mengena antara hidup atau mati). Kita rasa, apa kita buat semua betul, sampai kita dah rasa penat. Sebab kita rasa orang lain buat kerja tak betul, orang lain buat kerja tak bagus. Apa jadi? Akan wujud rasa tidak puas hati, akan wujud rasa, kita je yang baut kerja, orang lain tak. Akan wujud rasa nak salahkan orang itu, nak salahkan orang ni. Semua orang tak betul. Sebab kita je rasa kita je yang bagus. Kita kata orang tu tak pandai buat kerja, lagi best kita kata ORANG TU TAK BUAT KERJA. So, wujudlah hati-hati yang sakit. Bila hati sakit, wujudlah macam-macam perasaan dalam diri.

Saya tulis ni, tak ada niat nak kata saya sempurna, perfect. Bukan mudah untuk jadi positif. Tapi berusahalah untuk jadi positif. Balik semula pada tadi. As manusia normal, memang akan wujud perasaan tu. TAPI, jangan lah kita rasa kita ni bagus sangat. Sebab ada lagi orang lain yang lebih bagus. setiap orang ada kelemahan & kelebihan masing. Kalau kita rasa dia kurang bagus atau buat kerja tak berapa nak menepati piawaian seperti yang kita nak, ok, kita check diri kita. Kita ni ketua dia ke? Atau kita ni sama je jawatan / taraf dengan dia. Kalau kita ketua dia, dah jadi tanggungjawab kita untuk kita bantu dia. Dan kalau kita juga setakat sam je dengan dia, kita check jugak, kerja tu melibatkan kita tak? Kalau tak melibatkan kita, dan tak ganggu gugat urusan kita, jangan lah kita pulak lebih-lebih kutuk dia, kata macam-macam. Bila wujud perasaan itu, hati jadi sakit. tak sihat. mulalah anyam ketupat. Yang dapat dosa siapa? tepuk dada tanya jawapan dalam diri kita. Apa salahnya kalau kita bantu dia walaupun bukan tugasan kita. Bantu dia untuk jadi terbaik. Bukan kutuk / mengata belakang-belakang.

Kita kata orang tu macam tu lah macam ni lah. Kita nak orang bagi tau kita apa yang jadi, tapi ada tak kita bagi tau orang yang sepatutnya kita bagi tau apa yang jadi. kita salahkan orang itu, kita salahkan orang ini. SEMPURNA SANGATKAH KITA NI? Ni tak, orang tu salah, orang ni salah. Tahu tak, lagi banyak kita mengata orang, buak aib orang, cari salah orang, LAGI BANYAK ALLAH BUKA SALAH KITA & AIB KITA NANTI. sedar atau tak, dalam kita kata orang, orang pun mengata kita sama. Hmmm, benda ni, saya selalu kena ingatkan diri saya. Saya bukan manusia yang sempurna. Menyalahkan sesama sendiri, budaya yang sihat ke? Kan lebih baik & cantik kalau kita sabar, kita bincang elok-elok sesama kita. Bila orang mengata kita, kutuk kita, kita marah, TAPI KITA? Ni memang peringatan untuk diri saya. Awak pun sekali.

Hmm. satelit laci saya dah hilang. Idea dah stop kejap. Laci saya semakin berterabur. Sebelum saya tulis lagi terabur, better saya stop. Saya minta maaf, kalau ada yang baca, terasa hati. Saya taip, saya tulis, apa yang sayan fikir, apa yang saya lihat, apa yang saya rasa, apa yang saya alami, apa yang saya baca. Maaf kalau ada yang terguris. Saya tidak kenal awak, dan awak pun tidak kenal saya. Saya main taip je. Maaf yer.

Saya pinjam kata-kata Ustaz Zaharuddin

"Berapa ramai yg kita pernah jumpa, dahulunya kawan rapat, kini musuh ketat; dulu kawan kini lawan, dulu kerja bersama, kini kutukan inti utama; dulu dipercayai, kini dibenci; dulu harapan, kini bahan bantaian. Puncanya? Sangka buruk, tidak mengkaji khabar angin berulam dengki. Silaturahmi punca rezeki & panjang umur dlm kebaikan maka perbaikilah.."
Wassalam....
p/s Benarlah kata orang-orang lama. Maaf mampu menyejukkan marah yang membara. Maaf juga membuatkan kita terus ‘Memberi’. Maaf membuatkan kita sentiasa ‘syukur dan sabar’ sekaligus meleburkan kufur. Maaf akan menjadikan kita sentiasa ‘berfikir’ bahawa kita adalah ‘Khalifah’ dan ‘berzikir’ yang kita masih lagi ‘Hamba’. Maaf juga akan membuatkan kita ‘memahami dan mengerti’. Maaf jugalah yang akan membawa kita kepada ‘fitrah’ dan memperkasakan semula ‘fikrah’. Maaf adalah segala-galanya yang mampu racunkan benci dan tunaskan cinta.

Sunday 25 September 2011

Ukhwah Itu Indah - Group Rahsia

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : A Little Love



Saya selalu bercerita & menyebut pasal 1 group rahsia kan. Group yang namanya WKTI. ni nama singkatan. nama penuh apa? dah namanya group rahsia, mestilah saya akan rahsiakan. group ni, tak terbuka kat sesiapa. just terbuka untuk orang2 tertentu. sebab, kena buat banyak tapisan demi tapisan.

Alhamdulillah, baru-baru ni saya berkesempatan untuk bertemu dengan mereka. Ahli yang terkini, ada 32 orang dalam group. Tapi, yang diizinkan ALLAH untuk hadir bertemu muka, tak lah ramai pun.
Alhamdulillah, kali ni, encik zauj izinkan pergi. Dan lebih seronok, encik zauj bwak sekali. join sekali pertemuan indah ini. TAPI, tak ada lah encik zauj join kami bergossip, encik zauj join zauj2 sahabat yang datang lah. Secara tak langsung, boleh lah zauj-zauj kami yang bawak zauj ni buat WKTI mereka sendiri. Yang bujang-bujang, nanti akan menyusul zauj-zauj nya... Hihi.....kena tukar nama lah. tak boleh WKTI...so, sape yang nak jadi YB pulak dalam group zauj2 WKTI ni?

Pagi tu, dari Batu Pahat, zauj drive ke Putra Heights...3 jam perjalanan, tak rasa penat bila jumpa sahabat-sahabat ni. Alhamdulillah, tiba rumah kak zima, terus dijamu makan. Sedap betul hidangan hari tu. Teringat-ingat daging kambing tu. wahhhhh. Indahnya persahabatan ini. bermacam suka & duka telah kami lalui. Tapi itu biasa dalam bersahabat. Apa yang saya suka, ukhwah, nasihat, senda gurau, usik-mengusik sesama kami. Macam yang saya cerita pada entri lepas, kami semua kenal melalui FB je. best kan, ukhwah dibawa sampai ke alam nyata.

Dari alam maya ke alam nyata.
Saya suka ukhwah sebegini. Mengajak saya ke arah kebaikan. Kalau tengok dari gambar, hampir kesemua sahabat-sahabat saya berniqab. Saya suka. Pertemuan hari tu, buatkan saya rasa, macam saya berada kat dalam madrasah, belajar agama. Saya suka suasana macam ni.

Dalam bersahabat, tak semestinya kena duduk & tinggal dekat2. Kalau duduk & tinggal dekat2, tapi ukhwah itu tidak best, kawan2 kita buruk2 kan kita, kawan2 kita mengata kita, kawan2 kita ajak kita anyam ketupat, kawan2 kita ajak kita ke perkara yang jauh dari agama, kawan2 kita ajak kita melakukan maksiat, kawan2 kita hanya untuk berseronok, tak best juga. macam entri saya yang bawah entri ni, kawan ke neraka ramai, TAPI kawan ke syurga, sukar ada kan.


Bukan nak kata, yang kami ni KOMPEM masuk syurga. Tapi kita semua nak ke arah tu kan. Berusaha ke arah itu. Bimbing antara satu sama lain. Saya ada angan-angan. Nak bersama mereka, kemudian usrah bersama, solat jemaah bersama. Berangan jugak nak bercuti bersama mereka kat mana-mana tempat yang best la. (^_^) .

Rasa rindu dalam diri. Saya sangat berharap ukhwah ini kuat. Bimbang hasutan syaitan akan menggoyangkan ukhwah. Syaitan kan memang suka merosakkan ukhwah ni. Itu janji syaitan.

Banyak saya belajar daripada mereka. Walaupun ada dalam kalangan mereka yang usianya lagi muda dari saya, namun nasihat mereka sangat bermakna.

Dalam berukhwah, pasti ada selisih faham. Terguris rasa. Namun, ingat mengingat antara satu sama lain, nasihat menasihat antara satu sama lain, buatkan kami lebih faham antara satu sama lain.

Saya cuma harapkan, ukhwah ini berkekalan. Itu sahaja. Diredhai & diberkati ALLAH hendaknya.

AMIN



Tuesday 20 September 2011

CETUSAN MINDA 3


"sahabat ke neraka mudah dicari, sahabat ke syurga sukar ada. ke arah manakah kita bawa sahabat-sahabat kita? apakah kita ini seorang sahabat yang ingin bersama-sama sahabat kita ke syurga, atau sekadar hendak membawa sahabat-sahabat kita ke neraka?"

Apam Polkadot bersama kanak-kanak riang

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Mr. Simple

Seminggu kot tak update blog. idea banyak, tapi entah ler....tak terluah. FB pun, lantak ler....kot kalau on, layan sahabat2 kat WKTI je la. Boleh hilang stress layan sahabat-sahabat WKTI ni. dalam gelak, banyak nasihat, panduan, ilmu yang boleh dikongsi bersama.

Ok, sempena bulan Syawal ni kan, hampir setiap malam la (hari kerja) ada marhaban keluarga MRSM Batu Pahat. tu sebab, mood nak berblog ni, macam merudum sikit, walau hakikatnya, dalam kepala ni, berlegar idea nak taip-taip.

Ada sikit kesempatan. Saya buat apam polkadot. Ni, bersama kanak-kanak riang. Anak murid saya la tu. Resepi ni pun, dari sahabat-sahabat di WKTI jugak....

Saya ni, dah macam cikgu yang ajar kanak-kanak ni masak. Masuk tu, masuk ni. At least, dapat gak ilmu memasak kat kanak-kanak ni. Bagi dia orang suasana rumah sikit la kan.

Ni lah hasilnya......





lama jugak tak buat apam ni. Entah kenapa boleh jadi rajin. mungkin sebab ada kanak-kanak nak tolong. Menarik kan warna-warnanya.....
Dah macam cendawan kanak-kanak tadika. Weeeeeee

p/s berangan nak buat cheese tart...tapi bila nak datang rajin ni...kanak-kanak yang menolong...nanti boleh tolong saya ek buat cheese tart. tak pun cheese kek.TQ ea kanak-kanak yang datang membantu sambil belajar memasak. (^_^)


Wednesday 14 September 2011

Cetusan Minda WKTI

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : I Can't Forgive

Saya nak share beberapa kata-kata / ayat-ayat daripada group rahsia saya. Pada saya, saya sayang kalau kata-kata ni hilang macam tu saja. So, saya kopipes. Simpan & boleh dikongsi bersama semua. Sebenarnya, lebih tepat lagi, kalau saya kata, kata-kata ni, lahir daripada nasihat seorang kakak kepada adik-adiknya dalam WKTI tu. Buat Kak Zima, terima kasih atas nasihatnya.

we live to please Allah, not to please other people. as long as what we do is in line with what Allah and Rasulullah taught us, we are among the righteous and guided. then, what other people thinks are not important. Why must you torture your mental with what people think and say about you? yes, it hurts, yes, it is painful, but to Allah you tell all the pain. Allah knows best, if He wants to stop people from spreading lies, kun fayakun, He can do it. He can make this world a better place to live in, but the nature of human is, they forgot all about HIM when they are not in misery. Things happens for reasons... so, be grateful with all the nasty words, for all you know, during the time of great judgement, you'll pass with flying colours, thanks to all those people who say ghibah about you now. Allah is all knowing. Allah says, sabr in times of pain and difficulties, for with it come rewards.

boleh bersedih... siapa kata tak boleh bersedih, memang fitrah nya manusia beremosi. tapi jangan lah sampai mengganngu perasaan dan fikiran kita. luahkan segala emosi tuh pada Allah. tapi jangan sampai marah pula pada Allah yang menjadikan manusia itu begitu. cuba kita fikir, kalau Allah berkehendak, Allah boleh aja jadikan manusia2 itu sayang kat kita dan hilangkan kebencian nya... tapi, kenapa manusia itu jadi begitu? bukan kah itu yang nama nya ujian? lalu, bila kita di beri ujian, apa kah yang patut nya kita buat? adakah dengan mengeluh dan merasa pedih hati kita akan berasa nyaman? lebih hebat ujian yang Allah beri, lebih hebat lah ingatan kita dan kepasrahan kita dan doa kita pada Allah. mengadu lah apa sahaja pada Allah, yang itu semua Allah terima. cuma nya, sama ada Allah mahu permudahkan urusan itu sekarang atau kemudian atau di akhirat, semuanya terserah pada Allah. kalau Allah tak mahu beri sekarang, apakah kita akan berhenti berdoa? yakin dengan kuat yang Allah maha mendengar, Maha mengasihani dan Maha Adil... insyaAllah. biar lah orang nak kata apa pun, bukan nya sakit pun kulit kita, bukan nya luka, bukan nya mati.. kalau mati pun insyaAllah kat Akhirat nanti semua Allah akan kira. apa yang kita nak gundah gulana kan? balik pada Allah. itu lah kekuatan kita orang islam. kalau orang yang tak ada agama, mungkin dah minum racun, mungkin dah amik pistol, mungkin dah amik pisau. kita ada Allah. balik pada Allah.

kita nih manusia. memang manusia nih lemah. banyak beremosi dan selalu di kawal nafsu. nafsu pulak bersifat ego dan sombong. bukan senang nak takluk nafsu kita. kalau kita nak malu biar bertempat. Ulamak tersohor macam Hasan Al-bana pun kena umpat. apa kan kita? kita nih hebat sangat ker orang tak boleh nak umpat kita? Hasan Al bana bila dia tahu orang mengumpat dia, dia pergi jumpa orang tu dan ucapkan terima kasih. kita? orang umpat kita, kita cari geng untuk umpat orang tuh pulak. soroti kisah abu bakr as-siddiq bila mana dia didatangi seorang lelaki yang marah2 kepada dia. apabila abu bakr pun berkasar, rasulullah bangun dan meninggalkan dia. dia bertanya pada rasulullah saw. lebih kurang cam nih lah kot... mamat tuh yang mulakan, tap bila aku lawan cakap dia, pasai apa hang tinggaikan aku ya rasulullah? rasulullah jawab balik, masa laki tadi dok kata kat hang, aku nampak malaikat sumer dok marah kat dia balik. tapi dah hang pun sama nak marah kat laki tuh, syaitan pun masuk campuq. aku pun tak mau dah lah dok kat situ sama floor nga setan. see? benda nih sumer ada banyak hikmah nyer... kat mata kasar kita memang nampak macam kita nih loser sebab biaq orang buat macam2 kat kita... tapi.. kita tak nampak the underlying hikmah yang Allah sediakan.

riak. takkabur. ujub. memakan amalan macam api makan kayu. sometimes, bila kita dah tawan sifat2 buruk kita, kita akan naik next level. macam main angry bird jugak. ujian nya lebih kental. perasaan2 nih pasti wujud. tapi asalkan kita tahu itu perasaan yang tak elok, kita buang jauh2 dan kita mintak tolong pada Allah untuk lindungi kita dari perasaan2 tuh. setiap orang pasti akan di uji. asalkan kita tahu itu ujian untuk kita, cari lah jalan macamana untuk mengatasi nya. at one time, ego akak tinggi. lebih tinggi dari langit. akak fikir antara akak dengan bibik, akak lebih advantage sebab akak boss. bibik tuh bibik lah. kadang2, akak fikir, bibik tuh macam personal assistant. sehinggalah asik dapat bibik yang buat perangai. bila kita ada ilmu, kemana kita nak mengadu? Allah jugak kan? suatu hari Allah tarbiyyahkan akak. akak terbaca artikel islami yang mengatakan bibik tuh perlu di layan dengan baik. rasulullah pun banyak pembantu aka bibik aka hamba, tapi rasulullah layan mereka macamana. masa tuh, perasaan nak ikut sunnah memang menyala2... tapi paham2 jek lah bibik indonesia macamana. dengan stigma yang orang citer macam2 pasal bibik naik tocang dansebagainya. so, dah kenal pasti ini ujian yang sedang berlangsung, camaner nak selesaikan? di kenal pasti, bibik2 nih tak ada basic agama, sebab tuh mereka cam gitu, so, beri didikan agama sikit demi sikit...bukan nya ajar camaner pun, kasi mereka baca buku, citer kisah2 nabi sikit2 alhamdulillah, Allah tunjukkan cahaya,sikit demi sikit bibik2 mula minat dengan nak ikut ajaran islam. tapi tarbiyyah Allah tak stop kat situ... kita nak ajar bibik, agama islam, sikit2 atau seluruh? sikit2 supaya ada faedah kat kita? tuh makna nya tak ikhlas...so, kita ajar mereka solat jamaah, keberkatan dari nya dan doa2 yang di angkat oleh malaikat ke langit. bawa mereka solat qiamulail dalam bulan posa kat masjid besar. ujian besar kat akak masa nih...ujian keikhlasan, Allah nak uji, sungguh ke ikhlas nak ajar bibik pasal islam? dah habis solat, sahur berjamaah, jeng jeng jeng tengok kat dewan makan, dulang2 berserakan ... hahaha masa tuh fikir! alamak! nak makan sedulang dengan bibik atau suruh bibik makan sedulang, akak makan dengan orang lain... masa tuh Allah ketuk pintu hati akak... ikhlas. ikhlas ker kita nak ajar orang tuh pasal islam, tapi kita pun tak sanggup nak makan sedulang dengan dia? apa tinggi sangat ker darjat kamu yang kamu tak boleh nak makan sedulang dengan bibik? jijik ke manusia yang Allah jadikan sebagai bibik kamu itu? dan akhirnya, ego itu akak tawan, akak makan sedulang dengan bibik. memang mereka malu, mereka tak mahu. tapi akak cakap kat mereka, di sini, di rumah Allah, kamu dan saya, sama sahaja. kita hamba Allah.

dari pandangan Allah, kita semua sama. yang membezakan kita iman dan taqwa. Allah tak tengok pangkat dan harta. Allah tengok pada hati2 kita. biar lah orang nak kata kita apa pun, biar lah orang tak sayang pada kita pun, biar lah orang tak hargai kita pun... yang penting, apa pandangan Allah pada kita.

p/s sorry ek kakak ku sayang, saya kopipes habis. sayang kalau hilang kata-kata ni. Nak cari balik nanti, jenuh ler pulak. Jangan marah ek......

Monday 12 September 2011

Hui Jia De You Huo - Kenapakah?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : I Can't Forgive



Saya ni, bukan suka sangat menonton TV. Kalau saya melekat tengok siaran pun, ada siaran2 tertentu yang jadi pilihan. Bukan addict tengok TV hari2. Selalu, balik kerja dah penat. So, malam just lepak dalam bilik, online. TV tu sekadar buka gitu-gitu je lah...Kira boleh hidup lah kalau tak ada TV.

BUT...ada 1 cerita ni, buat saya melekat. Hahahaha. Saya memang suka tengok cerita Korea, Jepun...tapi DVD or CD je lah. Tak pun yang download. Kadang tu tengok jugak yang kat KBS punya channel.

Cerita yang buat saya melekat ni, cerita kat TV 2, tiap hari Isnin - Jumaat, pukul 6 petang. Hu...penangan cerita ni kan....
Tajuk cerita ni, Hui Jia De You Huo. Sob sob..kenapa saya suka tengok cerita ni, sebab best. Dari mula saya tengok, saya nak tahu apa akan jadi seterusnya. Penangan ni hanya akan jadi kalau saya yang memang addict dengan drama Korea / Jepun.

Rupanya, bukan saya sorang je addict cerita ni, ada sorang lagi cikgu kat maktab ni pun sama melekat. Hahahahahaha.....

Cari-cari kat internet, ada ramai jugak bloggers yang cerita pasal drama Cina ni.
Awak kena tengok sendiri, baru awak tahu. Drama ni, mengundang mood emosi saya jadi tak menentu. Kejap kang rasa geram, kang marah, kang sedih, kang kesian, kang saya kata BODOHNYA LAKI DIA NI...kang saya boleh kata PADAN MUKA DENGAN SI AI LI.... huahuahua.....

Drama ni, asalnya drama Korea. Siapa yang suka tengok drama Korea, memang akan tahu, kalau sedih, sedih betul. Kalau kelakar, kelakar giler...

Antara sinopsis cerita ini yang saya jumpa dalam internet...

The popular Korean drama Temptation of Wife is translated into Chinese in the Hunan TV series Hui Jia De You Huo, which achieved the highest national ratings for a Mainland drama since the glorious days of Princess Returning Pearl. Starring Korean actress Choo Ja Hyun (Scent of Love), Hong Kong starlet Rain Li, and Mainland actor Ling Xiaosu, the urban romance drama tells a captivating story surrounding the hypothesis of "How would I live my life if I were to start again in a different identity?" For Lin Pinru (Choo Ja Hyun), that would mean the metamorphosis from a meek, dutiful housewife to an independent and determined modern woman. Devoted to her husband (Ling Xiaosu), Pinru used to live a simple, happy life. But when she bitterly finds out that he's had a secret affair with her best friend (Rain Li), things culminate in her "rebirth" as a different person to take revenge on those who betrayed her.


Ok...awak yang belum try tengok cerita ni, try la tengok. TV 2, pukul 6 petang....



New Update :


Saya suka lagu tema drama ni. Lagu yang masa awal drama ni nak mula. Yang saya dapat, lagu tema dalam bahasa Korea. Dalam bahasa cina, saya tak jumpa. Tajuknya, macam lagu tema yang saya sedang dengar ni. I Can't Forgive. Penyanyi Cha Soo Kyong.

Thursday 8 September 2011

Huaaaa....nak yang ni pulak lah



Nak yang ni lah pulak.....
Sape nak belikan untuk saya, angkat hidung!!!
saya nak satu je...tak mahu dua, tiga, empat atau lebih2...
saya nak 1 je....

boleh tak??sape nak bagi ni???

ok, saya tunggu

Wednesday 7 September 2011

CETUSAN MINDA 2


Pada Hari Kiamat seorang lelaki terperanjat besar apabila dihamparkan kepadanya suratan amalnya. Kerana terlalu banyak amal soleh yg tidak pernah dilakukannya tersurat disitu. Manakala sebahagian besar dosanya tidak langsung tercatat.


Lalu ia bertanya kepada Malaikat; benarkah ini suratan amal ku? Benar..jawab Malaikat itu tegas. Tapi mengapa begitu banyak amalan soleh yg tidak pernah aku lakukan tercatat di situ manakala amalan jahat ku langsung tidak dicatat?.. Tanya lelaki itu masih kehairanan.


Seraya tersenyum manis malaikat itu menjawab; sebenarnya ketika di dunia terlalu ramai org yg memburuk-burukkan mu di belakangmu, mereka gembira mengumpatmu tanpa pengetahuan mu serta memaki hamun mu sesama mereka. Lalu pada hari ni seluruh amalan baik yg pernah mereka buat diserahkan kepada mu, dan seluruh amalan jahatmu diserahkan kepada mereka. Lelaki itu lalu diiring penuh kehormatan oleh Bidadari Syurga bersimpuh di atas katil-katil yg berhias indah .. ♥ ♥ ♥

Seandainya Ajalku Tiba Saat Ini

Seandainya ajal aku tiba saat ini, apakah nasib aku di sana?
Amalku belum cukup,
Apakah aku mampu untuk berhadapan denganMu di sana?

Seandainya ajalku tiba saat ini,
Apakah balasan aku di sana?
Aku tidak tahu, ibu bapa ku, suamiku, keluarga ku, sahabat2 aku, anak2 murid aku
memafkan kesalahan aku atau tidak.
Tidak termampu untuk pergi menemui ajal dalam keadaan diri yang masih tergantung dek pengampunan manusia.

Seandainya ajalku tiba saat ini,
Aku tidak mampu menerima, kerana tanggungjawab ku masih belum terlunas
Tidak mampu menggalas hutang tanggungjawab yang ada.

Seandainya ajalku tiba saat ini
Adakah hati ini ikhlas memaaf orang-orang disekeliling ku
Tidak sanggup melihat mereka tertahan ke syurga kerana tiada kemaafan yang ku beri

Seandainya ajalku tiba saat ini...
Adakah aku sudah bersedia?

Semuanya Dari ALLAH

Andai kita rasa sakit,
Andai kita rasa tidak sihat,
Andai kita rasa tak sedap badan,

INGAT...semua itu dari ALLAH.
Jangan kita salahkan orang lain.
Jangan kita kata, inu punca dari si polan
Jangan kita kata, itu dari tempat tu

Dalam sebuah buku Ustaz Harun Din, ada kata, adab atau syarat dalam mengubat orang, jangan kata itu perbuatan dari si dia atau si dia. Sebab bimbang akan jadi fitnah dan boleh memecah belahkan sesebuah ukhwah. Kalau lah salah, kan dah memalukan orang itu. Orang tu pun mesti terasa kan.

Apa pun sakit, semua dari ALLAH. Ingat, sebab ALLAH sedang menguji. Turunnya sakit, turunnya tak sihat, turunnya rasa tak sedap badan, semua dari ALLAH. Dan kesembuhan pun datang dari ALLAH.

Apabila hati ni, asyik mengata orang tu lah punca kita jadi sakit, hati kita yang akan bertambah sakit. Hati ni, kalau sakit, akan muncullah macam-macam penyakit lain. Rasa syak, rasa benci, rasa menyampah, rasa meluat, rasa tak suka. Ni semua penyakit.

Zauj pernah pesan, orang yang macam ni, orang yang memutuskan sillaturrahim. Orang yang putus sillaturahim, selalu sempit kehidupannya. Hidup pun tak lama. Wallahualam. Sebab ajal di tangan ALLAH.

Apa pun, segala sakit tu datang dari ALLAH, sebab ALLAH turunkan ujian. Nak tengok, sejauh mana kita sabar & merayu kepadaNya. Mungkin pengisian dalaman kosong, so, mudahlah dapat penyakit. Kalau betul orang puncanya, semua tu dengan izin ALLAH jua. Kalau ALLAH tak izin, tak jadi lah. Kalau ALLAH kata jadi, apa pun halangan, akan jadilah. Kalau asyik kata orang tu punca, orang ni penyebab, bimbang akidah kita pula. Semuanya dari ALLAH.

Bertawakallah pada ALLAH. Mohon pada dia.

Wallahualam...

p/s saya tidak sihat. ALLAH sedang memberi nikmat.

Tuesday 6 September 2011

Daging Salai Masak Lemak Cili Api Style Saya

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Mr. Simple


Awak suka makan lemak cili api tak? Ada orang kata lemak cili padi. Tapi sama je la kan. Daging salai suka? kalau buat lemak cili api...wah wah, terangkat.

Kali ni, saya nak share resepi la. Ni style saya. Dan ramai orang negeri sembilan yang guna resepi ni. saya dapat pun dari abah saya. Ni saya tanya2 dengan orang Negeri Sembilan, memang guna resepi ni.

Dalam resepi ni, awal2 saya cakap, tak guna bawang tau. TIDAK GUNA. So, jangan pelik. Memang tak guna bawang. Ada resepi yang guna bawang dan ditumis. Tapi saya tak tumis.

Jom....intai jap


Bahan-bahan :
Daging yang telah disalai,dihiris nipis
Kunyit hidup/serbuk kunyit (saya guna kunyit hidup)
Cili api secukup pedas
Serai
Santan
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya :
Tumbuk cili padi, dan kunyit. (saya blend je)
Rebus daging, dengan bahan tumbuk dan serai yang telah dititik.
(rebus tapi menggunakan air yang tak banyak sangat, agak-agak sehingga daging bertukar warna & lembut). Kemudian masukkan santan, garam.
Bila dah masuk santan, jangan lama sangat, api jangan besar sangat, dan kena sentiasa kacau. Sebab tak nak santan jadi pecah minyak.
Ok, dah siap.

Saya main agak2 je nak masak banyak mana. So, saya tidaklah sukat-sukat. Senang kan....yang penting, salai daging tu dulu. Salai ek, bukan goreng...

Ok, selamat mencuba

CETUSAN MINDA 1

Tiada rasa INGAT akan Tuhan tanpa UJIAN Tiada rasa KEHAMBAAN akan Tuhan tanpa kePASRAHan Tiada rasa PERGANTUNGAN tanpa kePAYAHan ALLAH TAALA memberi kemudahan dalam KESUSAHAN

Allah s.w.t. Berfirman"Orang-orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah, dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram"(SurahAr-Rad:28)

Cara yang baik menilai seseorang ialah daripada apa yang ia katakan,Cara yang lebih baik ialah daripada apa yang ia lakukan,dan cara yang terbaik ialah daripada apa yang ia sumbangkan.
Evan Esar

Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan tetapi, lihatlah apa yang telah kamu selesaikan
John Ruskin

kecemerlangan melibatkan displin dan ketabahan hati dalam mencapai tujuan
~John W.Gardne~

ORANG CEMERLANG ITU

ORANG CEMERLANG ITU

Aku terlihat
Orang cemerlang di mana-mana
Aku terdengar
Orang cemerlang di pelusuk dunia
Aku tersua
Orang cemerlang di sini sana.

Orang cemerlang
Hidupnya waras berimbang
Tiada rasa gusar bimbang
Apa lagi berhati walang
Ke mana pergi fikirnya segar
Berkembang

Orang cemerlang
Hatinya bersih jiwanya lembut
Tiada bisa dibibir mulut
Kerja ikhlas bukan pak turut
Bahu memikul tangan bersambut
Fikirannya tenang tidak berserabut
Semangatnya cekal rapat bertaut

Orang cemerlang
Sekali melangkah tidak kebelakang
Walaupun dikritik atau dibangkang
Walaupun terima surat layang
Sekali ia berjuang ia tetap berjuang

Orang cemerlang
Hidup berdikari teguh jati diri
Tetap pada janji tidak sekali mungkiri
Berkata benar tidak bersembunyi
Jauh sekali menyakiti hati.
Walaupun ia dicemburui

Orang cemerlang
Kerjanya bersungguh-sungguh
Arahan dan etika sentiasa dipatuh
Pegangan dan prinsip tetap teguh dan utuh
Digodam dihentam tidakkan rapuh

Orang cemerlang
Hidupnya penuh makna
Tidak dibuai mimpi lena
Bukan bodek sini bodek sana
Tidak juga terpesona
Kilauan emas mahupun permata
Atau
Manis madu racun berbisa
Yang menghancurkan diri
Dan nilai luhur manusiawi

Orang cemerlang
Tidak lupa tikar sembahyang
Tidak lepak-lepak jarang sembang-sembang
Sayang masa dan wang terbuang-buang

Orang cemerlang itu pakaiannya takwa
Bijak menolak dosa
Pintar menyerap pahala
Hatinya sentiasa redha
Juru auditnya pesuruh di bahu kiri dan kanan
Jadi perhati pada Allah semesta alam

Orang cemerlang
Tidak lupa jasa dan pengorbanan
Mahupun ibu bapa saudara pun bukan
Sering ingat budi dan jasa orang sepanjang zaman

Orang cemerlang
Ingin menggapai awan gemilang
Ingin mendaki puncak terbilang
Nan...
Di sini di kau dijulang
Kerana jasa dan bakti yang kau sumbang

Orang cemerlang
Tidak kenal putus asa
Biar pahit getir melanda
Ganjaran dan balasan bukan dipinta
Cuma...
Ia mahu hidup sejahtera
Syukur nikmat dari yang Esa.

Coretan orang bijak pandai

p/s puisi dari BSM MARA

Saya Nak Yang Ni 1 Je !!!!!!!!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Kyo




Tadaaaa.........agak-agak, ada tak orang nak bagi saya yang atas ni? Saya nak 1 je....tak nak 2...saya nak 1 jeee....

Awak nak bagi saya tak? Hihihihi

Hensem kan Samsung Galaxy S 2 ni. Dikatakan lagi laju & best dari iphone 4. tak caya, awak cari majalah PC atau awak buka kat youtube. ada perbandingan.

pendek kata, ni memang yang terbaik dan lagi best dan best....kalau awak nak tahu lebih lanjut, awak search sendiri la...saya malas betul nak menaip kali ni....

Waaaaaaa..............saya nak 1 je...ada yang nak bagi tak???
wink wink


Angry Bird 2

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Sonorul Sarangha

Lately saya tak berapa sihat. Migrain yang teruk. Ni pun masih rasa sakit2. Sampai ke leher & bahu. Nak pusing kiri kanan pun tak boleh. Tegak je kepala ni. Dah macam robot pun ada.

Entri kali ni, nak share pasal Angry Bird lagi. Saya rasa saya dah jadi addicted dengan game. Sedikit gambar pasal Angry Bird ni.






Pada yang minat game, banyak game boleh main kalau guna Samsung Tablet ni. Bukan ni je, guna iphone, samsung galaxy ke, ipad ke....semua yang ala2 macam ni lah. touch skrin.

Kalau guna samsung galaxy ni, better then ipad, but ipad 2 better dari samsung tablet ni.

Eh jap, saya nak cerita pasal Angry Bird kan.

Ok, pasal angry bird ni, kalau nak main, pastikan dalam keadaan mood tenang. Kalau marah-marah, tak payah lah main. Lagi 1, kita tak boleh main main aje. Kena merancang strategik kalau nak main Angry Bird ni.


Monday 5 September 2011

JANJI ALLAH KEPADA YG TIDAK DIKURNIAKAN ANAK/ZURIAT

Rezeki dan anugerah Allah bukan sahaja yang berbentuk emas permata dan wang yang bertimbun tetapi juga anak-anak yang ramai yang baik dan soleh. Bagi pasangan yang tidak diberi anugerah anak atau zuriat keturunan walaupun sudah lama berkahwin maka mereka perlu bersabar, berusaha dan pasrah terhadap ketentuan Allah ke atas mereka. Tentu ada hikmah di sebaliknya yang tidak kita ketahui. Pasangan yang tidak dikurniakan zuriat terkadang lebih baik kerana mereka sentiasa bergantung harap kepada Allah, sentiasa berdoa dan merintih rayu kepada Rab al-'Alamin agar dikurniakan zuriat. Rintihan, rayuan dan harapan kepada Allah itulah sebenarnya menjadikan Allah sayang dan kasih kepada mereka. Janji Allah bahawa sesiapa sahaja yang berdoa, merayu merintih kepada Allah pasti Allah akan menyahut dan mengabulkan permohonannya cuma mungkin dalam keadaan yang dia sendiri tidak mengetahuinya.

Dalam hadis Rasullah S.A.W bersabda : "Sesiapa yang berdoa mengharapkan sesuatu dari Allah nescaya Allah akan memberinya, sama ada diberikan segera atau disimpan untuk kebaikannya di akhirat atau dihindarkan kejahatan darinya".

Walaupun pasrah terhadap ketentuan Ilahi yang masih belum mengurniakan zuriat keturunan namun ia bukannya halangan untuk berusaha asalkan usaha yang dilakukan tidak melanggar ketetapan syariat.

Wallahualam.

Rambang Hari Raya

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Mr. Simple

Fuuhh Fuuhhh!!! Lama sudah tak update, sampai naik berhabuk. Maklumlah, tuan tanah sibuk menghabiskan ketupat, rendang, lemang, segala bagai yang ada. Hihihihi....


Ni rambang je...gambar lain, tu peribadi....


family secret recipe

Daim + M&M

Orkid


Peace!!!!