Showing posts with label Masak-masak. Show all posts
Showing posts with label Masak-masak. Show all posts

Sunday, 15 January 2012

My 1st PAVLOVA

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Law Kana Bainana (versi Hafiz Hamidun)

Awak.....awak sihat? Saya harap awak sihat. Saya ALHAMDULILLAH, sihat. Terima kasih ALLAH, TQ ALLAH, I LOVE YOU ALLAH. Senyum besar sikit (^_______^) . Positifkan minda dan jiwa ye awak.

Awak tahu PAVLOVA? Pernah dengar PAVLOVA? Baru-baru ni, saya mencuba buat PAVLOVA ni, setelah sekian lama jakun tengok gambar-gambar kat FB orang upload pasal PAVLOVA. Asyik dapat tengok gambar aje kan. Nak cuba buat, tak tergerak. Baru ni tergerak nak buat. Sedap! Tapi deco hancussssss................. Tak apalah, janji masuk mulut, sedap! Encik zauj makan bertambah-tambah.

Apa dia Pavlova ni?

Pavlova (pav) adalah sejenis meringue kek yang dibuat dari putih telur dan gula halus sebagai dua bahan utama. Tekstur pavlova ni ringan bila dipegang. (^__^). Bila disentuh kulit permukaannya akan terasa licin dan garing dan pecah-pecah gitu. Di tengahnya pula lembut dan manis seperti marshmallow. Kalau tengok kulit luarnya, pecah-pecah rangup. Sedap tu...Saya tak boleh nak bayangkan dengan kata-kata.

Biasanya, pavlova dihidangkan bersama whipped cream dan buah segar seperti strawberry, kiwi, mango, blueberry, cherry, raspberry atau sebagainya. Seeloknya dimakan dengan buah yang mempunyai rasa masam untuk mengimbangi rasa manis meringue.

Ada perbalahan di zaman dulu kala di antara Australia dan New Zealand yang berebut hak siapa yang mula mencipta Pavlova. Takpalah. Lantaklah mereka kan nak bergaduh pun. Yang penting, saya cuba resepi yang menggoda ni. Apa yang perlu awak tahu, nama Pavlova ni dipilih sempena penghormatan kepada jaguh ballerina dari Russia, Anna Pavlova yang mengelilingi Australia dan New Zealand pada tahun 1926.

Jom, kita zassss bahan-bahan dan cara nak buatnya :


Resepi Pavlova.

Bahan-bahan :

4 biji putih telur
1 cawan gula kastor ( saya guna 175gm gula kastor,)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla
* Tapi sebab saya "rajin", saya guna whipped cream yang picit2 tu je.

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. SILA AMBIL PERHATIAN, JANGAN ADA SIKIT PUN KUNING TELUR YER. SIKIT PPUN TAK BOLEH ADA! Bekas yang awak guna untuk putar pun, BETUL-BETUL KERING. TANPA KESAN AIR, KESAN MINYAK. Putar putih telur tu sampai kembang. Saya guna hand mixer. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Macam mana nak tahu, awak cuba terbalikkan, kalau tak jatuh, tu dah ok la tu.

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit.

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue awak dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung.

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu.





6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Lukis je bulat, tekap dengan apa2 lah yang bulat. Kalau rajin nak guna jangka lukis, boleh jugak.

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis.



Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven.

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven pulak kan.

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.


Masa ni, dah nak masak. Warna akan bertukar kepada coklat muda. tepi-tepinya akan merekah merekah. Sedap tu. crunhcy.


Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream.

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah.

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan.

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Sedia untuk dimakan.


Sila abaikan deco saya yang hancuss ni. Saya guna buah kiwi & buah anggur saja.


yang ni, pada saya tak lah berapa menjadi. Encik zauj kata, sedap. Cuma pada saya, tak berapa menjadi. Boleh cuba lagi nanti. Rasa pavlova ni manis. Saya kena kurangkan lagi kot gulanya next time. Ok, awak cuba yer nanti.

sumber :

http://www.joyofbaking.com/Pavlova.html

http://www.waitrose.com/content/waitrose/en/home/recipes/recipe_directory/d/delia_s_strawberry_and_vanilla_pavlova.html


http://mymekar.com/dari-dapur-mekar/pavlova-resepi-dan-cara-membuatnya/


OK, SEKIAN DULU BUAT KALI NI.

positifkan minda dan jiwa.

Wassalam...

p/s lepas ni, boleh cuba red velvet & carrot cake pulak.

Saturday, 1 October 2011

Cream Puff In Da House

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Pokok

Mencuba resepi baru dapat. Cream puff.....macam2 bentuk ada. gemuk, kurus,besar,kecik. Tak dapat nak agak saiz masa picit2 dengan pipping bag...Apa pun, kira menjadi lah ni....Dapat resepi ni dari salah sorang group WKTI..ada banyak lagi resepi boleh dicuba....




p/s banyak lagi nak try

Tuesday, 20 September 2011

Apam Polkadot bersama kanak-kanak riang

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Mr. Simple

Seminggu kot tak update blog. idea banyak, tapi entah ler....tak terluah. FB pun, lantak ler....kot kalau on, layan sahabat2 kat WKTI je la. Boleh hilang stress layan sahabat-sahabat WKTI ni. dalam gelak, banyak nasihat, panduan, ilmu yang boleh dikongsi bersama.

Ok, sempena bulan Syawal ni kan, hampir setiap malam la (hari kerja) ada marhaban keluarga MRSM Batu Pahat. tu sebab, mood nak berblog ni, macam merudum sikit, walau hakikatnya, dalam kepala ni, berlegar idea nak taip-taip.

Ada sikit kesempatan. Saya buat apam polkadot. Ni, bersama kanak-kanak riang. Anak murid saya la tu. Resepi ni pun, dari sahabat-sahabat di WKTI jugak....

Saya ni, dah macam cikgu yang ajar kanak-kanak ni masak. Masuk tu, masuk ni. At least, dapat gak ilmu memasak kat kanak-kanak ni. Bagi dia orang suasana rumah sikit la kan.

Ni lah hasilnya......





lama jugak tak buat apam ni. Entah kenapa boleh jadi rajin. mungkin sebab ada kanak-kanak nak tolong. Menarik kan warna-warnanya.....
Dah macam cendawan kanak-kanak tadika. Weeeeeee

p/s berangan nak buat cheese tart...tapi bila nak datang rajin ni...kanak-kanak yang menolong...nanti boleh tolong saya ek buat cheese tart. tak pun cheese kek.TQ ea kanak-kanak yang datang membantu sambil belajar memasak. (^_^)


Sunday, 22 May 2011

Rendang Nasi Impit

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....



Tengah hari........
Rendang & nasi impit
Permintaan zauj ditunaikan (^_^)




Wednesday, 27 April 2011

Sambal Kicap

Assalamualaikum...
Brett...brett....

Suka makan sambal kicap tak?
Tau tak sambal kicap tu apa?

Ha..macam ni rupanya....


"saya la sambal kicap"


Saya memang suka sambal kicap. Senang je nak buatnya...
Cili, kicap,
bawang putih sikit je...tak mau pakai banyak.
But kalau tak mau pakai bawang putih pun boleh juga..

Selalu saya akan makan sambal kicap dengan.....

meh kita layankan apa yang sedap di makan dengan sambal kicap ikut selera saya....



>>>>>>>>>>>


>>>>>>>>>>>>>>>


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>








Ikan bakar atau ikan goreng...tak pun saya akan buat ikan goreng celup tepung, makan dengan sambal kicap

Tempe goreng...tak kisah la tempe ni goreng biasa, goreng kunyit atau rempah...sedap tu. Ada orang pelik tempe ni. Saya tak pelik. Tapi saya pelik kalau orang pelik tengok saya makan tempe.
Nak lagi sedap, saya minum dengan nescafe ais...Adehhhh.... T___T sedapnya

Ayam goreng pun sedap jugak kalau dilayankan dengan sambal kicap. Tak percaya, cubalah.

Tahu goreng atau tahu sumbat atau tahu bakar...sedapnya

Pisang goreng..masyuknyer makan dengan sambal kicap tu. Ada orang pelik saya makan pisang goreng dengan sambal kicap. Tapi kalau belah2 Johor, ni biasa la. Saya yang pelik kalau orang kata saya pelik makan pisang goreng dengan sambal kicap. Orang tu la yang pelik.

Sup...soto, mee sup, bihun sup, sup ayam, sup daging dan adik beradik sup...macam wajib ada je, Kalau tak ada, macam tak lengkap sup tu.

Nugget pun sedap jugak tau layan dengan sambal kicap.

Sukun goreng..waaaa...heavennya.

Keropok lekor pun sedap jugak makan dengan sambal kicap. Saya suka buat keropok lekor celup tepung, makan dengan sambal kicap..

Paru goreng ni, memang sedap. Lagi sedap, makan dengan sambal kicap.


Ok tak selera saya pasal sambal kicap. Stok sambal kicap memang sentiasa ada dalam peti ais. Cuba-cuba la try selera ni...

Sarang heyo (^_^)

Saturday, 16 April 2011

Ikan

Assalamualaikum.......
Meh meh, cuci mata jap..


Ikan masak berlada


Kari ikan ala-ala mamak


sarang heyo (^_^)

Friday, 15 April 2011

My First Cheese Cake

Assalamualaikum............
Pewwiittttttttttt.....

Entri kali nak, nak story morry pasal My 1st cheese kek..
Suka makan cheese cake tak?
Saya suka makan, but, tak la mkan hari-hari.
Sesekali aje....

So, tangan ni, asyik gatal-gatal je nak buat itu ini aneka makanan.
Maka, buat la percubaan pertama ke atas eksperimen membuat cheese kek.

Weehheeeee........jadi jugak....
Cuma ada kekurangan...saya just guna bekas kaca untuk membakar.
So, tak Perfect Ten sangat la...

Jom, layankan pic-pic yang saya snap-snap






Sarang heyo (^_^)

Monday, 28 March 2011

Gambar Makanan

Dah lama tak entri kat blog....bersawang dah blog gue nih....
Just buat pemanasan untuk keluarkan entri2 baru...
Kita layan dengan gambar masakan saya hujung minggu.....


Kari ayam...berasap dari dapur


Rendang ayam....yummy

Sunday, 20 February 2011

Lagi Gambar Hot

Assalamualaikum...........
Biasa la, hujung-hujung minggu je la dapat masak yang best2 kan.
Kalau hari-hari biasa, duduk sorang-sorang, maka, nak memasak yang hub-hub pun agak la 'rajin'.
Tunggu hari Jumaat, Sabtu, Ahad je la kan....
Masak dan terus masak apa sahaja yang diorder oleh zauj ku.

Jom...kita cuci-cuci mata je




Sup ayam goreng


Segala jenis bawang & serai je ke?


Tak la...ni kerang rebus


Udang ke?



Yeahhh...udang sambal


Tata...nanti jumpa lagi

Tuesday, 15 February 2011

Resepi Sambal Ayam Penyet

Nampak sedap tak??? Pedas + sedap = yummy ( ni bukan omongan kosong yer, bukan sebab puji diri sendiri ^_^ )

Ha, entri kali ni, saya letak resepi untuk sambal ayam penyet. Ada permintaan daripada pembaca (wah, macam ramai jerk yang baca blog saya ni kan. kuikuikui)
Boleh boleh. saya tidak kisah untuk berkongsi apa sahaja resepi yang saya tahu...
Senang saje nak buatnya.....

Ini bahan-bahan & cara-caranya

Untuk Sambal :
Minyak masak
Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
Cili padi (lebihkan juga kalau anda memang kaki pedas)
Bawang kecil/merah, hiris
Bawang putih, hiris
Beberapa biji tomato
Belacan
Ikan Bilis-ikut suka banyak mana. saya lebihkan sikit
2-3 sudu gula merah/secukup rasa
Garam secukup rasa.

Cara nak buat sambal : (ni yang buat nasi ayam penyet sedap)
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan, angkat dan ketepikan. (mcm nak buat sambal belacan jugak la)
Goreng sekejap bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
Biar bahan-bahan tu sejuk then baru kisar halus. kalau rajin tumbuk aje la.
Masukkan semua bahan kisar ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Tambah garam atau gula merah kalau nak. ikut citarasa.
* Sambal boleh dibuat sehari sebelum. Simpan sambal dalam peti sejuk. time nak makan, panaskan aje.

**** saya tidak letak sukatan. ikut kita banyak mana nak buat. tak reti nak sukat2 ni. main agak-agak je banyak mana kita nak buat....

Monday, 14 February 2011

Main Masak-Masak Hujung Minggu

Aktiviti masak-masak di hujung minggu, ketika zauj ku pulang ke rumah. Khas untuk zauj ku dan disebabkan kami duduk berjauhan. And also, saya suka memasak....weeeeeee.....



JUMAAT

Bubur ayam yang di makan bersama bawang goreng & serunding daging (bawang goreng & serunding daging tak ada dalam gambar). Makanan hari Jumaat untuk encik suami yang baru sampai dari KL.



SABTU

Pucuk paku masak sambal belacan yang masih berasap di atas dapur.

Daging oh la la kesukaan encik suami.

Menu hari Sabtu : Pucuk paku belacan & daging oh la la.



AHAD


Sambal ayam penyet. Pedas & yummy!!!!

Ayam penyet yang tidak dipenyekkan. Yummyyyy!!!!

Sup ayam tanpa minyak tapi ada minyak...juga yummmyyyy!!!

Menu hari Ahad....Ayam penyet....

Semua menu adalah favourite beliau...

sarang heyo (^_^)