Showing posts with label Sedih. Show all posts
Showing posts with label Sedih. Show all posts

Sunday, 17 April 2011

Air Mata Keinsafan



Lagu ni pun ada related dengan entri saya yang baru ni. Ada bawah post yang ini.
Lagu ni pun lagu The Zikr..then Saujana bawa lagu ni. Sama album dengan yang lagu entri yang saya post sebelum entri ini.
Kalau lagu yang sebelum ni, saya letak Brothers, sebab saya rasa pembawakan kumpulan Brothers lebih mendayu. Bukan kata Saujana bawa tak best. Sedap juga sebenarnya.

But, lagu yang ni, saya pilih video Saujana. Sebab Saujana bawa lagu ni dengan baik.
Ni antara lagu yang saya selalu buka masa zaman universiti dulu.
Bila lama tak dengar, rasa lupa & leka.
Begitulah banyaknya kelemahan saya.

Kalau dengar lagu Harapanku PadaMu Subur Kembali, pelengkapnya lagu ni..Air Mata Keinsafan.
Kalau video yang lepas, Brothers bawa lagu Air Mata Keinsafan masa mula-mula tu, then terus masuk lagu Harapanku PadaMu Subur Kembali..


Air Mata Keinsafan

Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi

Rintihan di pertiga malam
Dari seorang hamba yang dhoif
Kerna mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi

Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan
Ayuh bersama kita susuli
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi
Dalam meniti hidup ini

Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian Sirat
Bahagia menuju syurga abadi

Harapanku PadaMu Subur Kembali




Assalamualaikum...
Kali ni nak share lagi antara beberapa lagu nasyid yang saya suka.
Lagu ni, tajuknya Harapan PadaMu Subur Kembali.
Penyanyi asal kumpulan The Zikr. Masa ni, zaman-zaman nasyid yang dulu-dulu..seangkatan Nadamurni.
Then, The Zikr tukar nama kepada kumpulan Raihan.
Ada beberapa kumpulan nasyid dah bawa lagu ni.
Antaranya Saujana (masa zaman masih ahli lama kalau tak silap saya dan album bergabung dengan kumpulan Nowseeheart). Then yang saya link ni, kumpulan Brothers.
Siapa pun penyanyi, lagunya tetap syahdu.

Suka layan. Sebab memberi keinsafan.
Dan saya suka bait-bait lirik lagu ni.
bila dah lama tak dengar lagu-lagu nasyid, rasa leka sangat. But, bila dengar semula, rasa kembali ke landasan yang asal. Sama di zaman universiti dulu. Rindu pula zaman universiti. Lagu-lagu nasyid yang membawa saya kepada siapa saya hari ini. Dan saya akui, kadang-kala saya leka dengan lagu yang lari sangat-sangat dari nasyid ni. teruk rasanya diri ini. :-(

Saya manusia yang lemah. Yang kadang-kala tewas dengan perkara yang berlaku.
Dan kadang-kala saya leka, semua itu adalah ujian dari Allah.
Betapa tidak bersyukurnya saya.
Setiap yang berlaku, ujian dari Allah.
Kalau orang tak suka kita, biarkan lah.
Kalau orang tak mahu mengaku apa yang dia dah buat, walau beribu bukti yang kita ada sekalipun, biarkanlah.
Kalau orang masih lagi buruk sangka pada kita, biarkanlah.
Dan biarkan lah apa pun dalam hati orang lain nak kata apa.
Sebab ini semua ujian.

Dan kalau masih ada lagi yang nak kata entri kat blog ni, atau di FB, atau di mana saja nak kata saya tuju kat dia, biarkan juga. Sebab orang yang cepat buruk sangka, hati dia sakit sebenarnya. Biarpun dia membaca banyak bahan agama, banyak amalan Islam, banyak mengaji sekalipun, kalau hati sakit, hanya ALLAH yang tahu.
Sebab apa yang saya letak kat entri ni, bukan nak tuju kat sesiapa, tapi untuk diri saya sendiri. Dan, dunia saya, bukan hanya seorang dua..malah ada ramai lagi. Kenapa perlu terasa hati? Dan, andai masih ada lagi yang terasa hati, saya mohon maaf. Itu sahaja yang saya termampu.
Saya hamba yang lemah, tak lari dari buat dosa. So, kalau nak kata atau syak saya atau nak buruk sangka kat saya, silakan. Saya tidak penat.

Lagu ni, ubat untuk hati saya......

Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang Ghafar-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
Mengganti hukuman-Mu di akhirat

Di waktu mengenang rahma-tMu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harusku memohon
Moga syukurku bertambah

Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak mengenal kebenaran-Mu
Ya Alloh Tuhanku
Bantulah hamba-Mu
Dalam mendidik jiwaku ini

Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu


Sarang heyo (^_^)

Wednesday, 16 March 2011

Hanya PadaNYA

Hanya kepadaNYA

Ketika air mata membasahi pipi.. hati merasa perih.. segera dekatlah kepada Allah.. kamu tidak perlu berputus asa..

Atau meragukan kasih sayang Allah.. serahkan diri kamu sepenuhnya.. semua kekuatan & kelemahan.. penderitaan & kebahagiaan..


Memohonlah agar Allah.. menyembuhkan, membentuk, mengubah.. menjadikan hidup kamu lebih indah.. lebih sehat & lebih membahagiakan


Tuesday, 22 February 2011

BANYAKNYA POST SAYA HARI NI

Hari ni banyak betul entri post...
Bila keadaan ini melanda, mean saya sangat banyak idea, dan jiwa saya kacau...

Saya cuma rasa nak balik rumah..
Sesungguhnya, saya sangat homesick

Hati dan jiwa meronta......

Monday, 21 February 2011

Melodiku




Just sharing...
Video yang dah lama jadi koleksi saya.
Saya suka kata-katanya yang indah.
Dan melodi lagu Doaku ni, sangat menyentuh jiwa yang sedang 'jiwa kacau' ni.

KERUH & KERUH

Mood



Mood : berkecil hati & juga mungkin terasa

Lagu iringan : sila lah yang baca, pasang lagu Jika Terakhir Buatku (SAUJANA)

Sebab lagu tema : sambil taip entri ni, saya buka lagu ni & sebab melodinya sangat kena dengan mood saya sekarang ni.


Jarang dan dah lama tak kecil hati sampai tahap macam ni.
Entah la....

Tak tahu nak tulis apa sebenarnya.

Tapi dalam hati sangat memberontak

Dengan budak-budak ke?
Jarang nak kecil hati dengan budak2.

Tapi kali ini, bukan dengan budak2.


Ada kaitan dengan entri sebelum ini barangkali

Entri ini
Barangkali.


Pinggan tak reti

Nasi tak dingin

Orang tak nak

Saya tak ingin


Tapi, macam tak sesuai je la kot.

Entah & entah

Serabut........


KERUH & KERUH

Sunday, 28 November 2010

Lately....


Lately cepat sangat terasa hati....
Lately cepat sangat air mata mengalir...

Lately semua benda nak sensitif...
Lately cepat sangat fikir bukan-bukan....

Lately suka menyendiri...

Lately suka layan perasaan sorang-sorang...

Lately suka keluar jalan-jalan sorang-sorang.....

Lately tak suka orang ganggu privacy....

Dan lately.....rasa kosong.....

Kenapa????

Kenapa????
Kenapa????


Hati tidak begitu baik....

Apakah makna semua Lately ini????


T______T




Tiada jawapan untuk ini...

Monday, 10 May 2010

Baby Sakit

My baby, sakit teruk sangat.
Memang kena masuk wad. MAhu la 2 minggu
My baby yang namanya Lappy..
Di kala tengah banyak kerja ini la dia nak rosak la pulak.
Nasib la hard disk dapat diselamatkan.
Terpaksa la meng'external hard disk' kan dia
Baby Lappy....
Saya agak stress....
Wuwuwuwuwu
Tak pernah dia sakit.
Sekali sakit, main yang sakit.
Waaaaaaaa


sarang heyo =(