Seindah sedamai pantai melambai gemalai begitulah hati merindu kasih yang padu bagaikan pepasir basah di simbah lautan begitulah perjuangan ini biar basah dengan iman dan ukhwah
kita ingin segalanya indah sebersih pasir pantai memutih seindah dan secerah pawana berseri ukhwah dipupuk kasih
kita ingin segala terlerai dengki dan dendam kesumat musnah biar keikhlasan berbicara di dada hati luas saujana
Seindah sedamai pantai melambai gemalai begitulah hati merindu kasih yang padu bagaikan pepasir basah di simbah lautan begitulah perjuangan ini biar basah dengan iman dan ukhwah
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum....
Lagu Tema : Canon Pichable
Awak suka muzik? Saya meminati muzik. Tak kisah lagu apa, janji bukan lagu yang sangat bising macam metal, rock2 keras, yang saya tak faham apa-apa. Pada saya, muzik untuk dinikmati, dilayan, buat saya senyum sorang-sorang. Ok, saya bukan senget otak untuk senyum sorang-sorang. But sometimes, untuk menikmati kenangan indah, saya perlukan itu. Ye, saya tahu saya romantik + jiwang. Ehem, sekian terima kasih untuk pujian itu....
Saya suka juga layan lagu instrumental, akustik gitar, piano, atau muzik Kitaro...yang just hanya muzik, tanpa nyanyian.... I LOVE IT okay....ni memang boleh layan.....saya dan zauj pernah dengar seorang lelaki ni, main gitar kat kedai makan (di KL). Menghiburkan orang yang makan-makan. Then memang ada orang yang akan bagi token. Apa yang saya respect dengan dia ni, sebab dia ni bekerja... bekerja cari sesuap nasi untuk hidup dan bukannya meminta sedekah tanpa usaha. Sama la macam pemuzik jalanan yang dekat Pasar Seni tu. Main muzik, tepi jalan, orang datang duduk dengar, then dapat token. Ni cara mereka cari duit. Ingat mereka suka ke menebal muka cari makan macam ni, tapi sebab takde duit jadi mereka kena cari duit untuk hidup. At least mereka tak minta sedekah.
So bila tengok ada effort sebegini, terfikir saya dalam otak yang semakin benak ni, rupanya masih ada orang-orang yang baik hati dan punya perasaan untuk menolong mereka ni, daripada kita yang selalu spektikal, prejudis, sinikal bila tengok orang-orang mencari rezeki seperti ni. mentang dorang menyanyi tepi jalan so kita pandang serong n pandang melirik sebelah mata (macamla korang keje bagus sangat).
Bila tengok dorang ni, saya rasa hebat lagi dorang ni nyanyi dan main musik secara live pulak tu, kalau nak bandingkan dengan penyanyi kita yang masuk realiti TV show seperti Akademi Fantasia, One in a Million, Mentor etc yang harapkan popular, jual muka padahal nyanyi pun takla bagus sangat, nanti masuk studio pakai suara mesin dan main muzik pun tak reti. Saya pernah masuk studio, tu saya kata pakai suara mesin.
Talent tak ada, pastu kita dok puja-puja macam la artis ni bagi duit kat kita kalau kita minat kat dia. Bukan prejudis atau apa, ini sekadar pendapat saya. Sebab ini yang berlaku, banyak sangat rancangan hiburan realiti TV..tak dapat, nangis guling-guling....saya pulak yang nak gelak guling-guling....
OKKKK......saya dah melalut jauh ni. Saya memang suka muzik kosong..layan beb. Kalau muzik tu happy, saya akan happy ler....so, memang ler suka dengar lagu2 happy ni. Sebab kan tak ada orang nyanyi, so saya tak tahu la lagu tu sedih ke apa ke, sebab muzik je kan....so, happy je la...Sambil senyum (dah sah-sah entri kali ni saya buat dalam keadaan saya senyum (^_^) ) .
Macam lagu Canon ni la. Awak, ni bukan Canon kamera atau Canon printer ek..bukan bukan, bukan yang itu. Ni muzik, yang tajuknya Canon...saya suka....Entah ek, kenapa segala jenis lagu Canon saya suka...yang piano pun best jugak....
Ok, dah lah. padahal entri ni saya nak share dengan awak pasal lagu ni je, saya dah melalut panjang lebar la pulak. Awak layankan je la ek......
Setanggi Syurga.. antara lagu feveret saya di kala hati gundah gulana, waktu saya pasang lagu ni, punyala saya berada kat dunia saya sendiri, tengah terfikir nikmat-nikmat yang Allah beri pada saya, segala dosa yang saya buat, dan betapa sayangnya Allah pada saya... walaupun saya ni selalu buat dosa, solat patuk-patuk ayam, bacaan dalam solat just lafaz atau masuk dalam hati? pergi surau jarang sekali, dan apabila pergi, nak tunjuk kat orang ke atau ikhlas kerana Allah?
zikir skit2, istighfar jarang sekali, ngaji 2-3 helai je , ,doa pun just cam rutin ntah faham ke tak, buat baik dengan orang pun tak banyak, sedekah pun berkira-kira, tapi walaupun camtu sekali lalainya saya, tapi Allah masih sayangkan saya, kasihkan saya, Dia perkenan doa saya, Dia beri apa yang saya minta, Dia tunai segala kehendak saya, Dia penuhi segala harapan saya...
herrmm tak malu ke saya?? huuu malu.. malu sangat kadang tak tau mana nak letak muka, biasa kita ni malu dengan manusia kalu nak buat benda-benda jahat, tapi tak malu lak dengan Allah?? Astaghfirullah .......
namun... bila terkenang rahmatNya, janji Allah yang tidak pernah Dia mungkiri... memberi kembali semangat yang kian luluh... jiwa yang makin lemah.. diri yang hampir rebah... kerana percaya dan yakin dengan janji Allah dan dengan apa yang ada di dalam kekuasaanNya, saya memohon pertolonganNya kerana hanya Allah sahaja yang buleh menolong saya di saat manusia tidak daya dan kuasa untuk sume ini.
Betapa berat susah dan payah yang saya tanggungi sekarang hanya Allah yang tahu dan Dia saja dapat menolong.. Ya Allah, tolongla aku, kerana tiada yang dapat menolong aku melainkan Engkau, sesungguhnya Engkau sebaik-baik Penolong, maka tolongla aku.. amiin Ya Robb... sungguh Engkau Pengasih dan Penyayang...
Assalamualaikum.... Saya nak share dengan semua 1 lagu yang saya suka layan. Ni kalau dengar lagu ni, rasa macam komposer lagu tengah hayati lagu je Ihik ihik ihik..... OST Ketika Cinta Bertasbih. Suara Ayushita ni makin sedap la pulak.
Walau aku senyum bukan berarti Aku selalu bahagia dalam hari Ada yang tak ada di hati ini Di jiwa ini hampa
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku Mungkin akan ada cerita cinta Namun ada saja cobaan hidup Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta Untuk temaniku dalam sepi Tangkap aku dalam terang-Mu Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta Aku juga berhak bahagia Berikan restu dan halal-Mu Tuhan beri aku cinta
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku Mungkin akan ada cerita cinta Namun ada saja cobaan hidup Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta Untuk temaniku dalam sepi Tangkap aku dalam terang-Mu Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta Aku juga berhak bahagia Berikan restu dan halal-Mu Tuhan beri aku cinta
Assalamualaikum... Kali ni, nak entri pasal lagu yang dulu saya selalu menyanyi 4 tahun tu lagu ni saya asyik nyanyi dulu2 la zaman UM dulu.
Weeeeee...apa yang istimewanya, suara saya ada dalam lagu ni. Asalnya, lagu ni just sekadar muzik jer..tak ada suara. But bila saya dah final year, Master kolej minta buat pembaharuan kat lagu ni. Masa tu, saya dah super senior la kot...(weeeeeeee, tua sudah masa tu) So, zaman junior saya la memerintah kolej (dah macam memerintah apa la ni). I mean, menerajui barisan kepimpinan pelajar kat kolej. {saya dulu Pengerusi Jawatankuasa Perkembangan Akademik & Intelektual (JKPAI) } Master minta lagu ni ada suara. Senang orang yang tak tahu nak ikut. Maka, saya pun dijemput untuk dipinjamkan suara masuk dalam lagu ni.
Kami buat rakaman kat studio nasyid kumpulan Mawaddah. Kenapa saya dipilih dalam ramai2? Dan saya sorang je paling senior. Hmmm...suara saya best??Hahahaha...riak ni kot bunyinya...Hmmm, ada la sebabnya. Sebab penasyid la kot.
Then......seharian la rakam suara untuk lagu ni.... Percaya tak kalau saya kata, tak ramai yg rakam suara untuk lagu ni.. Tapi kalau dengar, macam ramai kan... Sebab tu saya kata, seharian rakam. Sebab kena guna macam2 suara...so, nampak la harmoni kan. Dan nampak macam ramai je kan... So, ni antara pengalaman manis buat rakaman lagu dalam studio rakaman. Anda ada? Hikhik.Saya gurau. Kang macam riak pulak.
Video klip ni, ada junior saya yang buat. Baru-baru ni, saya link kat FB lagu ni. Hmm...ramainya yang mengomen kata rindu, nak ulang kembali zaman UM... YES...saya juga rindu. Sebab kat sini, banyak sangat saya belajar, yang tak ada dalam kelas. Projek2 yang saya join, jawatan2 yang saya diamanahkan, kem-kem yang saya join... Memang tak ada dalam kelas. Susah nak dapat pengalaman ni.
Kalau tengok video ni, memang semua gambar yang ada dalam video ni, saya pernah join dan saya ada dicelah2 itu..cari saja di mana...hikhik. (^_^)
Ok, rasanya, kalau ada masa, nanti saya story-story pasal pengalaman kat Kolej Kediaman Kelima (Dayasari) Universiti Malaya atau orang panggil 5th Collage. jenuh tu nak buka gerobok lama ni untuk cari pengalaman2 lama....
after dinner. Duduk kat dataran 5th.Always miss this place. Rasa nak je drive ke sana. Duduk kat DM 5th. Duduk kat wakaf 5thDuduk kat BGC 5th...dapat sejam pun jadilah.
Stop dulu...
Terima kasih kerana anda-anda sudi membaca. Tak kira siapa anda, walau di mana anda berada, terima kasih.
Lagu ni.... Dah lama tak dengar lagu ni.. Nak cari nasyid lain, jumpa lagu ni. Lagu ni memang Inspirasi saya... Ada banyak nostalgia lagu ni... Sangat banyak...
Inspirasi...
Diriku berlari Kejar buih di kaki sirahmu Malangnya tak jumpa Hilang ditelan ombak masa
Lelah aku Dan termangu di sini Mencari sinar
Ku cuba mengutip Butir bistari di pesisir kalammu Inginku sematkan Menghiasi dada kehidupanku
lalu terang destinasi abadi Di hujung langkahku
Kau inspirasi Jiwa nan suci Inginku terus selami
Di dasar dirimu kilau cahaya Mutiara putih Menyinar ke dalam lubuk jiwa Nan gelap gelita
Di dasar dirimu Karang indah Halus penuh seni meneguh perjuangan kebenaran Hikmah pekerti
Kau inspirasi Permata hati Ingin ku terus selami
Kau inspirasi Walau kau pergi Namun ku tetap di sini..
Just nak share salah satu lagu nasyid yang saya suka sejak zaman Universiti lagi TAMAN FIRDAUSI Kalau kepala tengah serabut, bila buka lagu ni, rasa macam berada di kawasan gunung-ganang yang penuh dengan taman-taman bunga, ada rama-rama, ada burung-burung berterbangan berkicauan... Best tak imaginasi saya.....(^_^)
Indahnya taman Firdausi
Tak terbayang di mata
Tak terjangkau di hati
Kurniaan yang abadi
Itulah taman syurga tertinggi
Bagi mukmin yang sejati
Di sana tiada derita
Bahkan usia ?kan kekal remaja
Wajah ceria berseri
Tanda nikmat tak terperi
Indahnya syurga itu janjiNya
Bagi insan yang bertaqwa
Bidadari dan para pemuda syurga
Bagaikan kilau mutiara
Sungai yang mengalir beraneka rasa
Limpah rahmat Yang Esa
Tiada duka tiada resah
Dan tiada jemu yang melanda
Di sanalah keindahan
Kebahgiaan jiwa yang hakiki
Selamanya
(Kurniakan syurgaMu Ya Allah... Ya Rahman...Ya Rahim)
Seswai la dengan tajuk lagunya kan, TOLONG INGATKAN AKU. Seriously, masa aku dengar lagu ni, aku memang tak faham dengan lagu ni. Sampai sekarang pun. Tak berapa jelas sebutannya kadang-kadang ikut halwa telinga aku (ke aku yag agak masalah pendengaran?). Sebab ada beberapa bait lirik yang aku tak dapat tangkap apa dia sebut. Tengok video klipnya pun, tak berapa la nak faham. Dah tu macam mana aku nak ingat?
Adeh, Ana Raffali, tolong ingatkan saya pasal lagu ni boleh?? Ehehehehehehe..... Sampai la ke malam tadi, bila diumumkan lagu ni Juara AJL.... Aku pun pergi la cari liriknya.... Selalunya kan, kalau aku suka sesuatu lagu tu, tak kira la tu lagu Korea or Jepun (dah memang sah-sah aku minat habis), aku akan cari lirik lagu tu. Maka, aku tekan-tekan la si pakcik google ni. Aku tengok liriknya...
Hauuuummmmmm.....masih lagi tak berapa nak paham la.Ngggaaaaaaaaaaaaa.....aku pelik dengan diri aku sendiri. Biasanya, kalau aku tengok lirik lagu, akau akan faham dah. Kali ni??? KENAPA AKU SUSAH NAK PAHAM ANA RAFFALI, TOLONG FAHAMKAN AKU.....
Maka aku dengan rajinnya, mengkaji setiap baris liriknya.... Habis berpeluh dahi ni... Kerut-kerut dahi ni.Fikir macam mana lagu ni boleh menang. Kalau melodinya, memang nice la... But lirik tu.... Maka, aku pun faham....setelah lama membelek, meneliti, mengkaji..
Hokay...nah, amik ni lirik beliau
Ana Raffali – Tolong Ingatkan Aku
Jangan disusun kata-kata penamat Jangan disebut baris ayat keramat Biar lenyap diserap sunyi Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku Kisah kau tersedar Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama Mari padamkan buku tiga lima Biar luka sembuh sendiri Biar lupa dimakan hari
Tolong ingatkan aku Kisah kau tersedar Dengan saku penyeluk masa Kau dampingi aku Setiap detik jantungku berdetak Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda Kecewa menyelubungi jiwa Aku lupa
Tolong ingatkan aku Kisah ku tersedar Dengan kasih memeluk rasa Ku teringatkanmu Setiap detik jantungku berdetak Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku kisah kita Tolong ingatkan aku Kisah ku tersedar Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku Kisah kita
Ni pula, video klip beliau...layankan
faham tak???Kalau tak faham gak, suka hati la...... Macam panjang je entri ni kan