Showing posts with label Kata-kata. Show all posts
Showing posts with label Kata-kata. Show all posts

Tuesday, 10 January 2012

Apa Guna Kalau..............

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Egois

Awak sihat? Alhamdulillah kalau awak sihat. Kalau awak kurang sihat, lekas-lekas jumpa doktor okay.

Kali ni, saya bukan nak mengarut. Nak cakap je... Ini lebih kepada peringatan untuk diri sendiri. Kadang-kadang, kita rasa kita bagus je. Tapi apa guna kalau hati kita busuk. Dalam hati asyik menggerutu orang itu salah, orang ini salah.

Apa guna jugak, kalau kita pakai tudung cantik, elok tutup. Tapi kita menyombong dengan orang. Pandang lekeh kat orang. Tengok orang pun buat musuh kan. Sedangkan orang yang kita tengok tu, langsung tak ada fikir apa.

Apa guna kita ada ramai kawan, tapi kita dengan kawan-kawan kita asyik mengata orang itu dan orang ini. Asyik nampak salah orang aje.

Apa guna kalau kita asyik post kat mana-mana pasal kebaikan, ajak orang buat baik, tapi diri kita tidak terbimbing seperti apa yang kita cakapkan kepada orang lain.

Apa guna suruh orang solat, marah orang tak solat, kutuk orang tak solat, tapi kita sendiri juga tak solat.

Apa guna, kutuk orang tak pakai tudung, tapi kita sendiri pakai tudung tidak sempurna. Tutup aurat tidak sempurna.

Apa guna kalau asyik cari salah orang & nampak salah orang. Sedangkan kita tidak muhasabah pun kesalahan & kelemahan diri kita.

Apa guna kalau dari luaran nampak elok, tapi dalam hati penuh dengan buruk sangka, salah sangka pada orang lain.

Bukankah catik andai kita tertutup rapi, berbaik sangka, tidak mengata, sentiasa tersenyum, merendahkan diri. Indahkan ajaran Islam itu.

Jangan hanya berkata-kata sahaja, ayuh kita amalkan.


Positifkan minda & jiwa


Wassalam.



Wednesday, 9 November 2011

Yang............

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : You Came To Me

Zaman sekarang ni...

yang berduit di pandang mulia,
yang berpangkat di pandang gah,
yang berharta benda di pandang terlalu hebat.
yang pandai berdebat di pandang baik dan sangat2 baik.

Tapi..
pernah tak terfikir sejenak...

yang meminta sedekah di tepi2 jalan,
yang meminta tampa kaki...
yang meminta tampa tangan...
yang meminta tampa emak...dan ayah...
yang meminta tampa seorang pun yang peduli ?

Ya Allah...
ku hanya ade dua kaki..
ku hanya ada dua tangan..
ku hanya ada dua mata..

ya Allah...
Andai aku punya kudrat untuk membantu mereka...
pasti sudah lama ku bantu...
tetapi,yang mampu ku beri hanyalah setangkai doa setiap
kali ku mohon pada mu ya Allah...

ya Allah...
berilah aku kekuatan agar ku dapat pelihara diri ku
dari pada fitnah akhir zaman...
Berilah ku rezeki yang halal dan berkatilah apa yang telah ENGKAU tetapkan
buat ku...

ya Allah...
Permudahkan lah urusan ku dari setiap kali ku bangun tidur,
hinggalah ku pejam kan semula mata semula..
ingtkan lah pada ku tentang solat di awal waktu,baca quran, zikir dan lain2nya..

ya Allah,jadikan lah diri ku wanita yang tabah menempuhi ujian mu...
Amin ya rabb...

TQ adik Sofea Zahra (T____T)

Tuesday, 16 August 2011

Hidup Ini Roda Ke?

Sumber : pakcik google

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Suh Reun Bun Jjeum

Hidup ini ibarat roda ke?

Hari nih kita kat atas.... Esok belum tentu kita akan kekal di atas...
Hari nih kita kat bawah... Insya Allah satu hari nanti kita akan naik ke atas...

Kalau hari nih, kita belajar... satu hari nanti mungkin kita yang mengajar...

Kalau hari nih, kita pekerja... kuli... ofis boy... jangan terkejut satu hari nanti kita pulak jadi bos... ada kuli 2-3 orang... interview orang untuk jawatan ofis boy...

Hari nih kita kat atas jadi bos... tak mustahil esok lusa kita pulak gulung tikar, pergi interview jawatan ofis boy...

Hari nih kita beriman.... mungkin time mati kita tak dapat mati dalam iman (nauzubillah)... sebab Nabi cakap iman manusia nih naik dan turun, masuk dan keluar...
Kalau hari nih tak beriman pulak, tak mustahil nak mati nanti jadi orang beriman.... macam kisah pelacur yang bagi anjing minum air...

Hari nih orang hentam kereta kita dari belakang... tapi esok mungkin kita pulak yang hentam orang...


Hari nih kita cari pasal dengan orang.... esok lusa orang carik pasal dengan kita...
Macam tuh la adat kehidupan..

Itu sebab kita tak boleh angkuh bila kita di atas.....


Atau sedih bila kita di bawah..

Tak boleh bengang over sangat bila orang hentam kereta kita dari belakang...

Takut-takut nanti bila kita hentam kereta orang, Allah balas kita kena lagi teruk....

Tuh sebab jugak tak leh kenakan student kita sendiri... atau pekerja kita sendiri... atau kawan kita sendiri... merendahkan kawan kita... kutuk kawan kita... membuka aib kawan kita sendiri....

Sebab nanti Allah balas balik kat kita...baru tau langit itu tinggi atau rendah...!
Sebab balasan Allah itu sangat hampir dan cepat...

Tu baru balasan kat dunia.... belum tengok kat akhirat...

Sama-sama la kita menginsafi.... astaghfirullah...

Tuesday, 9 August 2011

Lidah & Blog, Sama Je Tajam Sekarang Ni

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : I'll Be Back

Lately saya banyak baca blog-blog orang. Just untuk jalan-jalan, meninjau. Macam-macam ada. Yang untuk tambah banyak dosa pun ada.

Tak faham. Serius saya tak faham. Kenapa ada sesetengah blogger ni, semata untuk dapat rating tinggi, untuk dapat banyak followers, suka betul buat cerita-cerita kontroversi? Tak elok tu.

Siap ada yang letak gambar pelbagai. Konon sebagai bukti? Apa perasaan awak ek yang berentri kontroversi tu? Suka ek? Kot awak rasa hot + meletup + bangga ? sebab dapat tayangkan lebih awal dari orang lain, dan boleh beritahu 1 dunia.

Entah lah. Saya memang sangat la tak faham. Kan ke elok awak diam, dari sibuk hal orang.

"Orang yang berjaya ialah orang yang menutup mulutnya sebelum orang lain menutup telinganya. Maksudnya menjaga tutur kata daripada mencela atau bercerita keburukan orang"

"Otot yang paling kuat adalah lidah."

Serius, lidah ni boleh jadi senjata yang paling tajam. Tapi dalam dunia serba canggih ni, bukan lidah je, blog pun jadi medan yang paling tajam. Tu semua tangan, mata, mulut, hati yang menulis, menjawab kat akhirat. Wallahualam.

Why saya kata lidah ni boleh jadi lagi tajam dari senjata. Ini sekadar pendapat saya. Mungkin awak ada pendapat awak sendiri. Pada saya, sebab mulut, badan binasa. Mulut, bukan lidah? Ye, mulut dan lidah ni macam adik-beradik. Kalau tak ada lidah, macam mana nak bercakap. Tak percaya, awak kerat lidah awak dulu, then tengok, boleh cakap tak lepas tu. (kalau awak buat, awak tanggung sendiri ek, sebab saya bagi metafora).



Bila kita mendengar / terdengar orang cakap pasal kita, kita mesti rasa something kan. Nak lagi, benda tu bukan hal sebenar. Atau kalau hal sebenar pun, tapi orang asyik memperkatakan, kita sikit sebanyak terasa. Nak lagi benda-benda tu isu yang sensitif. Ala, kalau orang gurau pun, kekadang kita terasa jugak kan.

Tu sebab lidah ni boleh jadi senjata yang tajam. Sebab lidah, orang lain makan hati, sebab lidah, hubungan boleh retak, sebab lidah, sampai ada orang bunuh diri. Awak suka ke dimaki hamun? Katalah seorang mak ayah atau cikgu, maki hamun awak, apa awak rasa. Nak lagi keluar kata-kata macam @#!& & *&%##@% ^$%@&*) (** ^#&^@%%& ....

Kan...tersa kan, menusuk kalbu kan. Sedih kan. Kecik hati kan. Sakit dada awak kan. Tajam kan lidah tu. Jangan lah pulak awak test garis kan tangan awak kat lidah, sebab nak test tajam ke tak. Sekali lagi saya kata, ini metafora.

Atau awak pergi bercerita hal orang lain. Dalam apa-apa kes sekalipun. Kalau bercerita, banyak cerita yang tak baik dari yang baik. Kadang-kadang cerita awak tu salah pun. Sebab tu pandangan awak. Yang kadang-kala pandangan awka pun salah. Sebab salah tafsir dan salah sangka. Awak pun satu, tak siasat sendiri dulu, main terjah je. Dah tu terjah orang yang salah. Bukan awak tanya orang yang betul, awak bercerita hal orang kat orang lain. Kan tu lidah jugak. Kenapa la nak bercerita keburukan orang ek? Kalau betul tu sebaiknya jangan cerita, dan kalau awak sendiri pun salah sangka, dah parah....


Lidah ni, bahaya. Sebab lidah ada orang bunuh diri. Saya pernah ada pengalaman. Kawan saya sendiri. Kena maki hamun dengan ............. Rahsia ek, tak boleh cerita semua. Dia rasa sangat terkesan. Sampai dia telan panadol 2 papan! 2 papan yer. Bukan 2 biji! Ni gara-gara lidah.

Tu ler, sebab zaman dah canggih manggih ni kan, internet jadi medan bergosip hal orang. Sampai masalah rumah tangga pun cerita kat FB, blog dan segala bagai. Awak, masalah rumah tangga, tak boleh cerita kat orang, hatta mak ayah awak sendiri kalau tanpa izin suami awak. Hal rumah tangga, selesai sendiri. Blog, FB, Twitter jadi medan yang sama tajam macam lidah tadi.

Opppssss...adakah saya lari sedikit dari tujuan utama saya? Ye kot, lari sikit. Maaf lah yer, ni ler sebab saya tak rancang awal-awal penulisan ni. Main hentam ikut suka je. Balik semula, yang saya cerita tadi pasal blogger yang sibuk cerita hal orang. Baru-baru ni, pasal putus tunang orang-orang terkenal kat Malaysia ni. Kot ye pun, jangan lah menangguk di air yang keruh. Siar gambar-gambar yang boleh menghangat kan lagi kontroversi orang dan memalukan. Kot gambar tu sebelum bertunang, atau super impose ke, atau apa ke. Even kalau betul pun, lebih sopan & siuman la kalau awak dediam je. Dediam sudah. Ni kecoh la awak ni.

Hmmm, awak mungkin kata, awak ada tak ada niat nak malukan orang, tapi tak elok la buka aib orang. tu je saya boleh cakap.

Awak renung-renungkan. Awak marah bila ada ANON buat awak sentap, tapi awak tu mengata hal orang kat blog awak, FB awak, Twitter awak. Fikir dulu yer awak sebelum awak nak ngamuk-ngamuk.

Sebenarnya, ada banyak lagi boleh ditaip ni, tapi keadaan diri saya yang tidak mengizinkan ni. Stop dulu la.




p/s Maaf andai ada yang terasa


Wednesday, 3 August 2011

My Life (Read this many times)

-My life is what I create it to be.


-I can have what I want, just by being myself; I don't have to be like anyone else, in order to be happy.


-I can choose to find and change my self-limiting beliefs.


-I have been afraid to admit my weaknesses, but now I see that truly brave people can admit when they were wrong.


-Because I know how it feels to struggle, am compassionate for the struggles of others.


-I am humble.


-I am brave.


-I am unique.


-My new life starts right now.


-I have a purpose, and so does everyone else.



…And so the journey to yourSelf begins!

Monday, 1 August 2011

Definisi-definisi dalam hidup

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum
Lagu Tema : Setanggi Syurga

Entri kali ini, sedikit panjang. Harap awak semua sabar membacanya (^_^)
. Baca perlahan-lahan dengan penuh kesabaran.

Sebuah persoalan?

Adakah Islam mengajar kita untuk maju dalam dunia?

Saya jawab, yes... Islam itu mengajar umatnya bukan sekadar untuk mengejar akhirat, tetapi juga untuk maju dalam dunia.

Tetapi,

Maju di dunia yang manakah maksud Islam?

Hari ini ramai orang anggap, Islam menyuruh kita maju dalam dunia, mendapatkan harta dan kekayaan yang terbanyak, pangkat, jawatan dan darjat yang tertinggi, dikelilingi wanita-wanita yang cantik, ditemani lelaki yang boleh membahagiakan... dan mereka sanggup membuat apa sahaja untuk mendapatkan item-item tersebut, tak kira cara halal atau haram. Malah ada yang sanggup untuk meninggalkan suruhan Allah yang fardhu; meninggalkan solat atas alasan untuk berniaga dan bekerja. Apabila ditanya kenapa tidak solat, "Kerja ini pun ibadah jugak."

Jika kita teliti kembali, benarkah itu ajaran Islam?



Definisi perlu diperbetulkan, kerana Harta yang terbaik bukanlah dari segi kuantiti banyaknya, tetapi Harta yang terbaik adalah yang sentiasa mencukupi kerana ramai orang yang kaya tetapi tetap rasa tak cukup-cukup, dan hati sentiasa tidak tenang. Bagaimana nak dapatkan harta yang mencukupi itu adalah melalui harta yang barakah (berkat). Harta yang barakah pula datang dari kerja yang halal. Dan dalam proses mencari harta yang halal itu, individu tersebut sentiasa di dalam mentaati perintah Allah; menjaga solat pada waktunya, menjaga auratnya terhadap bukan muhrim dan sebagainya.


Berbelit ke penyampaian saya? Harap maaf... inilah akibatnya bila penulisan terlontar dari hati dan akal secara spontan tanpa penstrukturan ayat terlebih dahulu.

Begitu juga dalam hal mendapatkan jawatan dan pangkat. Penilaian Allah adalah bagaimanakah kaedah kita mendapatkan jawatan tersebut. Adakah dengan cara jujur, komited dan ikhlas di dalam pekerjaan yang seterusnya menjadikan majikan menaikkan pangkat dan jawatan kita... atau kita melobi dan menikam belakang rakan sekerja untuk naik?

Adakah di dalam proses mencari wanita itu bermakna kita boleh bersama dengan mana-mana wanita yang cantik, seksi dan mampu membuatkan lelaki-lelaki lain terliur dan tersembul mata... atau cukup sekadar seorang wanita yang solehah, bergelar isteri yang menanti di rumah dengan pandangan matanya yang redup, dan mampu memadamkan keletihan dan amarah sewaktu bekerja?

Begitu juga dalam hak kita mencari suami. Adakah kita mendapatkan dengan cara yang betul? Adakah kita menggunakan kaedah / cara yang tidak baik? Kita guna ilmu pengasih misalnya. Sedangkan dalam Islam itu sendiri mengajar kita berdoa untuk mendapat jodoh yang soleh. Bukan dengan menggunakan ilmu pengasih supaya dia teringat-ingat akan kita. Atau setelah berkahwin, kita mempergunakan dengan ayat-ayat dari syaitan supaya suami kita itu mengikut segala arahan kita. Lagi sedih kalau ada yang buat nasi kangkang. Nauzubillah.
Atau kita nak jadi isteri yang taat kepada perintah suami dan memudahkan suami tanpa rengekan yang menyusahkan suami.

Atau, adakah memang wang dan kekayaan itu adalah harta yang terbaik? Atau adakah sebenarnya anak-anak yang soleh dengan akhlak mulia itulah harta yang terbaik yang sebenar-benarnya?

Atau kehidupan yang seronok kita nak? Bebas lelaki perempuan. Hidup serumah tanpa ikatan yang sah dianggap normal. Hamil luar nikah juga dianggap normal. Atau gugurkan kandungan luar nikah itu, perkara biasa. Selepas gugur, buat lagi. Cinta tanpa batas itu dianggap biasa, kerana itu gaya hidup masa kini? Kalau tak ada pasangan, maksudnya kuno atau ketinggalan zaman? Atau kita nak hidup bersama selepas ikatan yang sah.


Persoalan demi persoalan yang wajar untuk kita fikirkan, di dalam mencari definisi kehidupan yang hakiki.

Ada orang, menjaga solat di awal waktu di mana azan diazankan secara berjemaah itu, lebih berharga dari seluruh kota Baghdad...

Kita bagaimana?

Sebagai renungan, petikan sebuah hadith dari kitab Fadhilat Tijarah;
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda,

"Sesungguhnya Allah itu baik, Dia tidak akan menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang yang beriman apa yang telah diperintahkanNya ke atas para Rasul.

Allah Ta'ala berfirman, "Wahai Rasul-rasul, makanlah dari yang baik-baik dan lakukanlah amalan soleh,"

Allah Ta'ala berfirman, "Wahai orang-orang beriman! Makanlah dari yang (sumber-sumber) baik-baik dari rezeki yang telah Kami kurniakan kepada kamu,"

Kemudian Baginda s.a.w menceritakan mengenai seorang lelaki yang telah berjalan jauh, sehingga berdebu tubuh dan pakaiannya, kusut masai rambutnya sambil menadah kedua tangannya ke langit seraya berdoa, "Ya Tuhanku! Ya Tuhanku!" sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan membesar dengan makanan yang haram. Oleh itu, bagaimanakah doanya diterima?"
(Hadith Riwayat Muslim)


Lontaran-lontaran persoalan yang banyak bermain dalam fikiran. Melihatkan generasi sekarang yang semakin teruk. Melihatkan manusia yang semakin sibuk mengejar kebendaan. Melihat manusia yang semakin gemar menjaga perihal orang lain dari menjaga perihal sendiri. Melihat manusia yang suka berpura-pura. Melihat manusia yang bermuka-muka.
Melihatkan manusia yang pada mulanya mengata hal orang, kemudian berkawan baik dengan orang yang di kata. Semua persoalan ini, memang akan terjadi dalam kehidupan kita sebagai manusia. Semakin takut untuk meneruskan hidup yang banyak fitnah. Namun ada pendapat mengatakan,
"kalau takut hidup, lebih baik mati TETAPI kalau takut mati, jangan hidup"

p/s sebenarnya dalam hidup apa yang kita cari? Kita hidup tak lama, tapi kita sibuk nak mengata orang. Kita hidup tak lama, tapi kita hidup asyik mengejar pangkat harta. Kita hidup tak lama, tapi kita asyik mengejar keseronokan dunia. Tepuk dada, tanya iman.

Hidup ini perlu bermula dengan senyuuuummmmmm.....

bila kita senyum.... baru la kita bahagia...

kita senyum tengok cermin.... kita gembira....

kita senyum tengok orang.... orang lain pun gembira tengok kita... heheh

kemana-mana pun, marilah kita senyum....

moga-moga semua orang senang hati dengan kita....

walaupun dalam hati, penuh dengan masalah

walau dalam fikiran, berserabut penuh kerunsingan

tapi bila kita senyum...

dengan hati yang tawajjuh pada Allah...

INSYA ALLAH!!

Allah akan permudahkan segalanya.....

kempen senyum mode

kambing pun tau senyum... heheh

Sunday, 31 July 2011

Biarkan Saja

Biarkan saja hal orang lain, jangan kita sibuk nak tahu semuanya
Sebab lebih baik kita jaga hal kita sendiri
Lebih baik kita diam, selagi hal orang itu tidak melanggar syariat Islam

Lebih baik kita fikir hal kita sendiri
Dari fikir hal orang lain
Fikir hal kita dengan ALLAH
Apa sebab kita nak sibuk & fikir hal orang lain?
Sedangkan hal diri kita & urusan kita dengan ALLAH jua masih lagi tergantung
Biarkan saja hal orang lain, selagi hal orang lain itu tidak melanggar syariat Islam

Jangan kita kata macam-macam tentang orang lain
Orang diam kita kata
Orang bising pun kita kata
Adakah dia diam itu langgar syariat Islam?
Adakah dia bising2 itu bising yang langgar syariat Islam?
Kalau YA, teruskan menegur dengan cara yang paling berhemah
Tapi kalau tidak, biarkan saja
Dia ada hak dalam hidupnya

Orang pergi mana pun kita nak kisah & bising
Adakah yang dia pergi tu tempat yang langgar syariat?
kalau YA, teruskan menasihat dengan cara yang paling berhemah
kalau TIDAK, biarkan saja, dia ada hak untuk ke mana saja.

Sebab kalau kita sibuk hal orang, nanti ALLAH sibukkan hal kita kepada orang lain.
Dan lebih baik kita sibuk hal kita dengan ALLAH

Tuesday, 28 June 2011

Ok ke Tak OK

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....

Saya OK
Anda Tak OK

Saya Tak OK
Anda OK

Saya Tak OK
Anda Tak OK

Saya OK
Anda OKk

SAYA OK...ANDA OK? ANDA OK TAK DENGAN SAYA? KALAU SAYA TAK OK, SAYA DAH OK KAN DIRI & BERUSAHA UNTUK OK...TAPI KALAU ANDA TAK OK, ANDA LAH YANG TAK OK, BUKAN SAYA...ANDA OK?

hidup terlalu singkat untuk kita mengisinya dengan tangisan kerana manusia...menangis kerana Allah yangg terbaik.

Kerana tangisan adalah kehidupan, gelak ketawa juga adalah kehidupan....

Monday, 27 June 2011

Kenapa Diam Itu Lebih Indah

Setiap perkataan, perbuatan..membawa tafsiran yang berbeza bagi setiap orang. Berhati-hati dengan perkataan yang diluahkan, berhati-hati dengan perbuatan yang ditunjukkan,
Dan lebih utama, berhati-hati dengan tafsiran diri sendiri fikirkan.

p/s diam itu lebih baik dari banyak berkata-kata. Namun andai diri sudah difitnah, jelaskan sahaja yang patut. Terserah manusia lain untuk percaya & menilai..

Wednesday, 25 May 2011

Pesanan Imam Al – Ghazali kepada Anak Perempuannya di Hari Perkahwinannya..

Anakku:

Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan.. dan akan berada di tempat tidur yang tidak engkau kenal,dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya,

Itulah suamimu…;

Jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan; ia akan menjadi sebagai langitmu. Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan ia dapat kau jadikan tiangmu.

Jadilah dirimu seibarat seorang khadam kepadanya,nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu.

Jangan engkau memaksa – maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya…Dengan cara yang demikian akan menjadi ia rasa benci padamu,

Jangan pula kau menjauhkan diri, nescaya ia akan melupakan engkau. Kalau ia pula menjauhkan diri secara marah, kerana sesuatu sebab yang tertentu,maka yang seeloknya,jauhkan dirimu daripadanya semasa marah.

Peliharalah hidung, telinga dan matanya….Janganlah membiarkan ia menghidu sesuatu darimu melainkan yang harum. Janganlah membiarkan dia mendengar sesuatu daripadamu melainkan yang baik,dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripadamu melainkan yang cantik belaka..

Saturday, 7 May 2011

Ambillah Waktu

Ambillah waktu untuk berfikir,itu adalah sumber kekuatan.

Ambillah waktu untuk bermain,itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi,


Ambillah waktu untuk berdoa,itu adalah sumber ketenangan,

Ambillah waktu untuk belajar,itu adalah sumber kebijaksanaan,

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan,

Ambillah waktu untuk bersahabat,itu adalah jalan menuju kebahagiaan,

Ambillah waktu untuk tertawa,itu adalah muzik yang menggetarkan hati,

Ambillah waktu untuk memberi,itu adalah membuat hidup terasa bererti,

Ambillah waktu untuk bekerja,itu adalah nilai keberhasilan,

Ambillah waktu untuk beramal,itu adalah kunci menuju syurga

Tuesday, 3 May 2011

Mata Akal VS Mata Hati

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum....


Kita selalu dengar orang kata pandang dengan mata hati atau pandangan hati.
But jarang kita dengar pandang dengan mata akal atau pandangan akal.
Baru-baru ni, saya baca penulisan Umar M. Noor dalam sebuah majalah agama. Umar ni merupakan lulusan Usuluddin di Universiti Omm Durman, Sudan.
Penulisan beliau membuatkan saya terfikir, selama ni, asyik guna mata hati, pandangan hati.

Bila fikir-fikir balik, teringat pesanan orang tua yang berbunyi ;
Ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu, ikut hati mati


Ada benarnya juga kan. Betul la, dalam agama kita pun dah ajar, jangan ikut hati, tapi gunakan akal fikiran yang waras itu. Sebab itu otak letaknya kat atas sekali.
So, salah ke kalau guna kata kata-kata ikut pandangan hati atau pandang dengan pandangan mata hati?

Dalam konteks ni, mungkin ada kebenarannya juga. Sebab hati manusia ni, mudah sangat emosi. Jadi, kalau ikut pandangan mata hati, kalau la masa tu petimbangan emosi, maka keputusan emosi lah. Apabila difikirkan perkara ini, betul lah kata Umar tu, potensi akal memang sangat luar biasa jika digunakan dengan baik berbanding dengan pandangan mata, pancaindera mahupun hati kita sendiri.

Berkata Ziyad bin Abihi : " Orang yang cerdik bukanlah yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah dengan baik. Akan tetapi, orang cerdik ialah orang yang mampu mengantisipasi masalah agar ia tidak terjadi". ( Diriwayatkan oleh Ibn Qutaybah al-Dinawari [w.276H] dalam kitab 'Uyun al-Akhbar ).

Ini sekadar contoh yang saya kemukakan dan tidak ada kene mengena antara yang hidup atau mati. Mungkin pembaca / kawan-kawan boleh banyakkan lagi pembacaan dan bertanya dengan yang lebih arif. Sebaiknya bertanya dengan yang lebih arif la, sebab kalau salah tafsir daripada pembacaan kang, lain jadinya. Ikut mata akal, bukan mata hati.

Ok, contohnya, ada seorang wanita, ingin merampas suami orang. Si isteri mempertahankan rumahtangganya dengan menasihati wanita itu. Mula-mula dengan cara yang baik, tapi lama-lama bila si wanita tidak faham-faham, si isteri telah berkasar dengan wanita itu. Fitrah sebagai seorang isteri, pasti ada cemburu kerana bimbang suami dirampas oleh wanita lain. Mungkin akan terjadi perbalahan di dalam contoh ini. Atau mungkin juga antara dialog yang akan berlaku ;

Isteri : Apa sebab awak nak ganggu kami? Awak tahu kan dia suami saya.
Wanita : Ya saya tahu. Tapi awak tak faham. Kami pernah kenal dulu sebelum awak kahwin dengan dia.
Isteri : Awak nak jadi perempuan gatal ke? Penggoda!
Wanita : Awak tak kenal saya, jangan nak kata macam-macam. Pandanglah dengan mata hati.

Ok...errr...mungkin contoh ni tak berapa la nak sampai. Tak reti saya nak bagi contoh. But lebih kurang lah. Saya nak tunjuk contoh ayat mata hati yang digunakan. Nampak tak, kalau pandang dengan mata hati, kalau awak la yang baca entri ni, kalau awak la isteri itu, pandang dengan mata hati, apa awak tengok wanita itu?

Susah nak kata soal hati ni. Apa lagi sebagai seorang perempuan, wanita, muslimah, ukhti...Sebab hati lebih banyak ikut emosi. Hati kalau sakit, macam mana nak buat pertimbangan yang wajar. Hati kalau kecewa, macam mana nak fikir dengan waras. Hati kalau penuh dengan ragu-ragu, syak wasangka, macam mana nak buat pendangan yang betul dan tepat?

Ini sekadar pandangan saya. Cuma saya terfikir bila baca penulisan Mata Akal itu. betul lah, yang lebih tepat PANDANG DENGAN MATA AKAL.
Dan benar juga pesanan orang tua-tua Ikut Rasa Binasa, Ikut Nafsu Lesu, Ikut Hati Mati.

So, pandang dengan mata akal. Akal ALLAH jadikan kepada manusia supaya manusia banyak berfikir dan banyak pertimbangan dalam sesuatu hal.

Wallahualam

Sarang heyo (^_^)

Tuesday, 26 April 2011

Jangan

Kata-kata ni, dari Kak Zima...

☆¨¯`♥ HATI Itu Umpama KACA,Jangan Biar Ia RETAK,
AKAL Itu Umpama AIR,Jangan Biar Ia KERING...
IMAN Itu Umpama DEBU,Jangan Biar Ia HILANG..
PERSAHABATAN Itu Pula Umpama TALI,Jangan Biarkan Ia PUTUS..☆¨¯`♥


Terima kasih kakak...sangat bermakna. Yes... kadangkala dalam perhubungan/persahabatan pasti akan ada kesilapan. Hmm, yang kadang kala akan meninggalkan titik hitam dalam hati.
Namun, kesilapan manusia itu pasti. Yang kadang kala lupa dan selalu sangat nak ikut perasaan tanpa fikir perasaan orang lain / nak orang lain jaga hati kita, but kita kadang kala lupa juga nak jaga hati perasaan orang lain.Maafkan semua orang. YES, saya sudah maafkan (^_^)
Alhamdulillah ada kawan2 yang selalu mengingatkan jalan ke jalan ALLAH terutamanya sahabat2 Wanita Kesayangan Ticher Ina. Love u all.





Anda

Maaf..
Saya rasa saya tak ganggu hidup anda pun.
Kenapa anda nak sentap dengan saya?
Kekdahnya la anda ni.
I have my own life and u have your own life.

Kalau rasa sentap, please leave this blog. Tak perlu buka & baca pun.
Saya dah tak ada masalah pun dengan anda.
If anda masih lagi nak sentap2, thats your problem.
Tak baik tau anda buruk2 sangka dengan saya.

Lagi mahu sentap ke anda?
Anda...stop2 la yer....

Siapa anda? Hanya anda jer yang tahu siapa anda.
(Kot orang lain pun jangan la nak terasa yer. Maaf yer kalau terasa. Saya maksudkan Anda je. bukan awak =) )

Tuesday, 12 April 2011

AIB

Hadis Rasulullah s.a.w

Jangan membuka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumah sendiri.

Jangan sekali-kali kita membuka aib orang kerana aib kita akan dibuka pula di akhirat kelak. Sama- sama kita saling menyimpan aib kerana ada hadis menyatakan tidak sempurna iman seseorang sekiranya dia tidak mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri..

Jagalah MULUTmu...
Seperti menjaga KEMALUANmu !
Karena keBANYAKan penduduk NERAKA...
Bukan hanya orang yang tidak bisa menjaga KEMALUANnya...
Tetapi juga orang yang tidak bisa menjaga MULUTnya
"Perkara yang paling BANYAK mengANTARkan orang masuk ke NERAKA adalah MULUT dan KEMALUAN." (HR. Tirmidzi)


"Barang siapa berIMAN kepada ALLAH dan HARI AKHIR...
Maka berKATAlah yang BAIK atau DIAM." (HR. Bukhori-Muslim)



Sunday, 10 April 2011

Kata-Kata

Ada beberapa kata-kata dari Kak Azah yang pada saya sangat best la untuk saya kongsi bersama semua...(ceh ceh ceh...macam ramai jer kan yang baca belog ni).

Moh ler kita layan.......

"Tak perlu nak minta penjelasan kerana penjelasan itu nanti akan di buka di akhirat."

"Jika manusia itu membuka aib orang lain maka ALLAH akan buka aib orang itu di akhirat kelak..so lebih baik kita percaya dan berpegang kata2 ALLAH..biarlah mereka, mereka berhak percaya kpda sesiapa sahaja.. jangan sedih2 kerana fitnah mereka..sedihlah persiapan kita di akhirat bagaimana...so jom senyum2 yek..ALLAH itu sentiasa bersama kita.."

"Hati tu kena kuat, itulah manusia..selagi bergelar manusia macam2 cabaran yg dilalui..so kita teruskan kehidupan..nanti kalau sedih2 sangat semua kerja tak jadi. Nak ...sedih, mengadulah pada ALLAH..nangislah sepuas2nya pada-NYA..Insya ALLAH sangat2 dan teramat mujarab"

" Tidak kira kalau dah tunaikan haji/umrah sekalipun, kalau dia mengumpat orang, ALLAH tarik semula amalan-amalannya"

Tau tak, kata2 ni, sangat2 la memberi kesan pada saya...mungkin juga, berguna buat semua readers....mana tahu...ilmu yang ada, saya sampai2 kan..