Assalamualaikum....
Kita selalu dengar orang kata pandang dengan mata hati atau pandangan hati.
But jarang kita dengar pandang dengan mata akal atau pandangan akal.
Baru-baru ni, saya baca penulisan Umar M. Noor dalam sebuah majalah agama. Umar ni merupakan lulusan Usuluddin di Universiti Omm Durman, Sudan.
Penulisan beliau membuatkan saya terfikir, selama ni, asyik guna mata hati, pandangan hati.
Bila fikir-fikir balik, teringat pesanan orang tua yang berbunyi ;
But jarang kita dengar pandang dengan mata akal atau pandangan akal.
Baru-baru ni, saya baca penulisan Umar M. Noor dalam sebuah majalah agama. Umar ni merupakan lulusan Usuluddin di Universiti Omm Durman, Sudan.
Penulisan beliau membuatkan saya terfikir, selama ni, asyik guna mata hati, pandangan hati.
Bila fikir-fikir balik, teringat pesanan orang tua yang berbunyi ;
Ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu, ikut hati mati
Ada benarnya juga kan. Betul la, dalam agama kita pun dah ajar, jangan ikut hati, tapi gunakan akal fikiran yang waras itu. Sebab itu otak letaknya kat atas sekali.
So, salah ke kalau guna kata kata-kata ikut pandangan hati atau pandang dengan pandangan mata hati?
Dalam konteks ni, mungkin ada kebenarannya juga. Sebab hati manusia ni, mudah sangat emosi. Jadi, kalau ikut pandangan mata hati, kalau la masa tu petimbangan emosi, maka keputusan emosi lah. Apabila difikirkan perkara ini, betul lah kata Umar tu, potensi akal memang sangat luar biasa jika digunakan dengan baik berbanding dengan pandangan mata, pancaindera mahupun hati kita sendiri.
Berkata Ziyad bin Abihi : " Orang yang cerdik bukanlah yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah dengan baik. Akan tetapi, orang cerdik ialah orang yang mampu mengantisipasi masalah agar ia tidak terjadi". ( Diriwayatkan oleh Ibn Qutaybah al-Dinawari [w.276H] dalam kitab 'Uyun al-Akhbar ).
Ini sekadar contoh yang saya kemukakan dan tidak ada kene mengena antara yang hidup atau mati. Mungkin pembaca / kawan-kawan boleh banyakkan lagi pembacaan dan bertanya dengan yang lebih arif. Sebaiknya bertanya dengan yang lebih arif la, sebab kalau salah tafsir daripada pembacaan kang, lain jadinya. Ikut mata akal, bukan mata hati.
Ok, contohnya, ada seorang wanita, ingin merampas suami orang. Si isteri mempertahankan rumahtangganya dengan menasihati wanita itu. Mula-mula dengan cara yang baik, tapi lama-lama bila si wanita tidak faham-faham, si isteri telah berkasar dengan wanita itu. Fitrah sebagai seorang isteri, pasti ada cemburu kerana bimbang suami dirampas oleh wanita lain. Mungkin akan terjadi perbalahan di dalam contoh ini. Atau mungkin juga antara dialog yang akan berlaku ;
Isteri : Apa sebab awak nak ganggu kami? Awak tahu kan dia suami saya.
Wanita : Ya saya tahu. Tapi awak tak faham. Kami pernah kenal dulu sebelum awak kahwin dengan dia.
Isteri : Awak nak jadi perempuan gatal ke? Penggoda!
Wanita : Awak tak kenal saya, jangan nak kata macam-macam. Pandanglah dengan mata hati.
Ok...errr...mungkin contoh ni tak berapa la nak sampai. Tak reti saya nak bagi contoh. But lebih kurang lah. Saya nak tunjuk contoh ayat mata hati yang digunakan. Nampak tak, kalau pandang dengan mata hati, kalau awak la yang baca entri ni, kalau awak la isteri itu, pandang dengan mata hati, apa awak tengok wanita itu?
Susah nak kata soal hati ni. Apa lagi sebagai seorang perempuan, wanita, muslimah, ukhti...Sebab hati lebih banyak ikut emosi. Hati kalau sakit, macam mana nak buat pertimbangan yang wajar. Hati kalau kecewa, macam mana nak fikir dengan waras. Hati kalau penuh dengan ragu-ragu, syak wasangka, macam mana nak buat pendangan yang betul dan tepat?
Ini sekadar pandangan saya. Cuma saya terfikir bila baca penulisan Mata Akal itu. betul lah, yang lebih tepat PANDANG DENGAN MATA AKAL.
Dan benar juga pesanan orang tua-tua Ikut Rasa Binasa, Ikut Nafsu Lesu, Ikut Hati Mati.
So, pandang dengan mata akal. Akal ALLAH jadikan kepada manusia supaya manusia banyak berfikir dan banyak pertimbangan dalam sesuatu hal.
Wallahualam
Sarang heyo (^_^)
No comments:
Post a Comment