Nampak sedap tak??? Pedas + sedap = yummy ( ni bukan omongan kosong yer, bukan sebab puji diri sendiri ^_^ )
Ha, entri kali ni, saya letak resepi untuk sambal ayam penyet. Ada permintaan daripada pembaca (wah, macam ramai jerk yang baca blog saya ni kan. kuikuikui)
Boleh boleh. saya tidak kisah untuk berkongsi apa sahaja resepi yang saya tahu...
Senang saje nak buatnya.....
Ini bahan-bahan & cara-caranya
Untuk Sambal :
Minyak masak
Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
Cili padi (lebihkan juga kalau anda memang kaki pedas)
Bawang kecil/merah, hiris
Bawang putih, hiris
Beberapa biji tomato
Belacan
Ikan Bilis-ikut suka banyak mana. saya lebihkan sikit
2-3 sudu gula merah/secukup rasa
Garam secukup rasa.
Cara nak buat sambal : (ni yang buat nasi ayam penyet sedap)
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan, angkat dan ketepikan. (mcm nak buat sambal belacan jugak la)
Goreng sekejap bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
Biar bahan-bahan tu sejuk then baru kisar halus. kalau rajin tumbuk aje la.
Masukkan semua bahan kisar ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Tambah garam atau gula merah kalau nak. ikut citarasa.
* Sambal boleh dibuat sehari sebelum. Simpan sambal dalam peti sejuk. time nak makan, panaskan aje.
**** saya tidak letak sukatan. ikut kita banyak mana nak buat. tak reti nak sukat2 ni. main agak-agak je banyak mana kita nak buat....

uish...sedap..sy suka sambal ni...
ReplyDeletepernh try buat..cuba jaya..tp tk menjadi...rs tk sama..huhu..
kena letak bawang rupanya...thnks sudi berkongsi.. :)
jom ke APA KATA HATI pulak,
SALAM MAULIDUR RASUL
selamat mencuba.....
ReplyDelete