Friday 4 February 2011

Bila Dapat Satu, Mesti Hilang Satu


Bila kita dapat sesuatu, kita mesti akan hilang sesuatu...
Kenapa??

Persoalan yang saya sendiri tertanya sampai sekarang...

Perasan tak, kadang-kadang, kita dapat berita gembira sangat, then kita dapat pula berita sedih.

Kadang-kadang, kita sedih sangat sebab hilang sesuatu, tapi lepas tu kita dapat dua atau tiga berita gembira.

ALLAH itu adil dalam setiap pemberianNYA.

Kuasa yang tiada siapa dapat tandingi.

Bila kita hilang sesuatu, kita akan dapat sesuatu.

Bila kita dapat sesuatu, kita akan hilang sesuatu.

Itu lumrah alam.
Kerana ALLAH mahu manusia sentiasa sedar konsep SYUKUR.

Dan sedar bahawa DIA Yang Memberi,
Dia juga yang berhak mengambil kembali.

No comments:

Post a Comment