Sunday 30 January 2011

[Terkini] Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia



Mesir kucar-kacir

Assalamualaikum.....
Takut sangat bila baca balik rentetan kejadian yang berlaku di Mesir sekarang ni, saya rasa sangat kesian kepada pelajar kita di sana. Saya juga ada anak murid yang menuntut perubatan di sana. Saya faham sangat situasi mereka dan saya rasa apa yang mereka alami sekarang berpuluh kali lebih teruk dengan keadaan di Moscow. Doa banyak2 supaya pelajar-pelajar kita di sana selamat. Terutamanya anak-anak murid saya yang menuntut di sana.
Sebentar tadi saya baru dapat mesej melalui BLOG hidayahsapidin.blogspot.com daripada seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Egypt berkenaan keadaan pelajar di sana dan saya rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu yang sepatutnya kerajaan kita perlu secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.
Bawah ni mesej yang dihantar oleh rakyat kita di mesir kepada blog.ariff melalui facebook...

Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:
Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia
Okey,apa yang kita perlu buat untuk bantu mereka ni?
Korang boleh copy and paste entri di blog apyzs ni dalam status facebook korang..Kalau tak pun kalau korang seorang blogger,buat entri dan copy paste je entri ni...Bantulah mereka!!


nak tahu lagi, baca di sini, krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com

* saya rasa nak menangis, sebab saya teringatkan anak murid saya. entah apa keadaan dia di sana. sebab baru-baru ni, ada terbaca post dia kat FB, dia kata dia keluar jalan-jalan, tapi keadaan kat sana teruk......Lindingi mereka Ya ALLAH.





Thursday 27 January 2011

Naluri Keibuan

Lately saya cepat sangat bergenang air mata kalau sebut pasal baby...
Mungkin sebab tu kot..
Gambar ni, syaa dapat dari email...suami saya send kan.

Sob sob.

Hayati setiap gambarnya yer....(kalau tak nampak, klik pada gambar)





Sahabat



"Sesekali Jadilah kawan yang

mendengar dari yang hanya bercerita...

ambillah MASA untuk

memahami hati dan perasaan KAWAN,

kerana dia juga seorang

MANUSIA...

DIA juga ada rasa takut,

ada rasa...bimbang,

sedih dan kecewa...

dia juga ada kelemahan dan...

dia juga perlukan KAWAN,

sebagai KEKUATAN....

jadilah kita KAWANNYA itu,

kita selalu melihat dia ketawa

tetapi mungkin sebenarnya

dia tidak setabah yang kita

sangka...

di sebalik senyumannya itu

mungkin banyak cerita sedih

yang ingin diluahkan...

di sebalik ketenangannya itu,

mungkin tersimpan seribu kekalutan,

kita TIDAK TAHU...tetapi

jika kita cuba jadi

sahabat seperti dia,

mungkin kita akan TAHU...

Friday 21 January 2011

ALLAH Lebih Berkuasa



Entri kali ini dengan izin suami (^_^)

Dah lama saya tak berblog secara serius ni.
Saya tidak menyepi. Buka blog hari-hari.
Cuma masih lagi tak tahu macam mana nak menulis.

Baru-baru ni, saya keguguran. Anak sulong. Sedih sangat2 saya rasa ketika itu.
Ceritanya bermula begini.
Mula-mula tu, saya kena tahan wad, sebab doktor suspect saya mengandung luar rahim.
1st kena tahan, saya sorang2 dalam wad tu.
Saya sedih la. Malam2 sorang2.
Saya pelik, sampai kata, saya sorang aje ke ada masalah macam ni.

Then, esoknya ada beberapa orang lagi yang masuk wad tu.
Bila dah agak lama sikit, saya pun jalan-jalan la ke katil mereka.
Tanya khabar dan sakit apa.
Rupanya, 5 orang dalam wad tu, mengalami masalah yang sama macam saya.

Baru saya sedar.
Dalam dunia ni, ALLAH tak jadikan kita seorang.
Kita hidup pun berpasangan.
Bila kita sakit pun, ada orang lain sakit macam kita juga.

Terus terang saya katakan.....
Saya memang menangis je masa kat hospital.
Sampai la, sorang makcik tu kata

"Nak, kalau ALLAH nak bagi rezeki, tak kira macam mana pun, anak akan dapat rezeki tu. Banyak-banyak berdoa".

Saya teringat kata-kata seorang ustazah
"Bila ALLAH turunkan sesuatu ujian / musibah, ALLAH nak kita berdoa dengan DIA, biar kita dekat dengan DIA, sebab ALLAH rindu kita untuk berdoa, meminta dariNYA".

After 4 hari saya kena tahan, saya keluar hospital. Dan pada masa tu, saya tahu, kandungan saya berada pada tempat yang betul, cuma keputusan darah saya, menunjukkan, janin tu sama ada nak jadi atau tak.

Anda rasa apa saya rasa pada ketika itu???
Saya menangis dan menangis lagi.
Yasin jadi penguat saya.
Hanya dengan DIA saya mengadu tiap kali menangis.
Saya minta DIA selamatkan baby tu.

Dan ketika tu, sahabat saya kata
"ALLAH yang beri, dan DIA berhak tarik balik"

Ok, kata-kata itu saya terima dengan redha.

Dan, hanya 4 hari selepas saya keluar hospital, saya mengalami keguguran.
Saya sedar pada masa tu, saya sedang dalam kelas Tingkatan 4.
Saya dah rasa lain macam dari awal pagi tu.
Rasa sakit sangat di sekeliling pinggang & perut saya.
But saya buat biasa aje. Sebab before this pun, saya sakit macam tu jugak.
Senang cakap, kalau anda ni perempuan, sakit macam period pain, but saya rasa 2 kali ganda dari period pain.

Saya masih teruskan kelas tu, saya buat aktiviti dengan budak-budak tu.
Saya ketawa dengan gelagat mereka.
Dan tiba-tiba, saya rasa ada benda keluar.
Hmmm.....pada masa tu, sakit ALLAH yang tahu.
Tapi saya tahankan, sebab masih dalam kelas.

After kelas, saya pergi toilet. Masa tu, saya dah agak, saya gugur.
But, masa tu, tak ada perasaan lagi.
Saya masih boleh pergi makan.

Then, saya balik bilik kaunseling.
Sakit yang amat masa tu.
Saya capai handphone.
Saya SMS sahabat serumah saya.

terus dia datang bersama sorang sahabat lagi.
Bawa saya ke hospital.
Sepanjang perjalanan, saya rasa sakit yang amat.
Tapi saya tahankan.
malas nak layan sakit ni.

Sampai hospital, pergi emergency room.
Doktor ambil BP. saya tengok, rendah.
Tangan saya dah sejuk.
Terus doktor masukkan ubat tahan sakit & masuk air.
Masa tu, ALLAH je tahu.
Air mata jadi peneman, zikir jadi sebutan.

Then, saya dihantar ke wad bersalin, diusung dengan katil tolak-tolak tu (hahaha, saya tak tahu namanya).
Masa tu, saya dah rasa mamai, kesan ubat tahan sakit tu.
Doktor kata, tu yang paling kuat.
Then, apa doktor buat???
dia scan perut saya, dia kata, macam ada lagi dalam rahim.

After that, dia buat spectulum.
ALLAH je tahu saya tanggung sakit macam mana.
Doktor tu buat dnegan lembut sekali.
Air mata memang dah meleleh.
Then, yang buat saya rasa lagi sedih, bila saya tengok sendiri, doktor tu kutip-kutip sisa-sisa janin saya, masuk dalam bekas.

ALLAH, masa tu, saya menangis.
Saya keluar dari bilik tu, dengan linangan air mata.
2 orang sahabat saya, Kak nora & Kak Ifah, ada di luar menunggu saya.
Saya terus duduk, menangis.
Tak tahu nak kata apa.
Masa tu, saya masih lagi menunggu doktor untuk scan sekali lagi di bilik lain.

saya hanya menangis bila ceritakan balik pada Kak Nora & Kak Ifah bila saya tengok doktor tu kutip-kutip sisa janin tu.
Pada masa tu, seorang sister lalu, berhenti dan bertanya.

Kata-katanya yang saya ingat sampai sekarang ;
"Sorang doktor pernah cakap, semua tu kuasa ALLAH yang siapa-siapa tak boleh lawan. Jangan sedih sangat, awak masih muda, kalau sedih sangat, mudah dapat gangguang, nanti meroyan"

Saya memang redha dan terima ketentaun tu. Cuma luluh hati bila doktor kutip-kutip sisa tu. saya tak marah doktor tu. Dia jalankan tugas. dan doktor tu sangat baik.

After that, saya turun bilik scan di tingkat bawah. bila scan, doktor kata, dah kosong. Saya redha sangat-sangat masa tu. Doktor tu pulak asyik buat lawak. Then, saya boleh balik tanpa kena tahan. saya just makan ubat doktor bagi.

Hmm...cerita ni, banyak yang saya skip-skip & saya ringkaskan.
Bukan apa, saya asih lagi teringat doktor tu.
Tak mahu sedih sangat.
Apa yangs aya harapkan, doakan yang terbaik untuk saya.
Itu sahaja.

Saya sangat berterima kasih pada kawan-kawan saya, terutamanya Kak Nora yang sangat banyak tolong saya dari saya masuk hospital sampai la saya gugur. Thanks jugak Kak Ifah, Kak Bai, Raihan yang teman saya...semua kawan2 yang datang melawat saya.
Saya hanya mampu doakan, semoga ALLAH beri sesuatu yang terbaik untuk kalian semua.

Akhir kata, sarang heyo (^_^)

Monday 17 January 2011

Intrapersonal

Dalam hidup, kita selalu mengharapkan yang terbaik.
Tapi kadang-kadang, perkara yang kita inginkan tu, belum tentu kita akan dapat.
Kita sedih dengan itu.
Kita tertanya-tanya dengan diri kita sendiri.
Tapi kita kena ingat, sebab ALLAH lebih tahu yang terbaik untuk kita.

Lama saya menghilang, menyepi dari berblog.
Ada sesuatu yang berlaku ke atas diri saya.
Menyebabkan saya terbatas untuk berblog.

Ada hikmah di sebalik setiap kejadian.
Kini, saya faham
(^_^)

Sunday 9 January 2011

Aku Tak Faham Dengan Lagu TOLONG INGATKAN AKU



Izinkan entri kali ni saya ganti dengan AKU.


Seswai la dengan tajuk lagunya kan,
TOLONG INGATKAN AKU.

Seriously, masa aku dengar lagu ni, aku memang tak faham dengan lagu ni.

Sampai sekarang pun.
Tak berapa jelas sebutannya kadang-kadang ikut halwa telinga aku (ke aku yag agak masalah pendengaran?).


Sebab ada beberapa bait lirik yang aku tak dapat tangkap apa dia sebut.

Tengok video klipnya pun, tak berapa la nak faham.

Dah tu macam mana aku nak ingat?


Adeh, Ana Raffali, tolong ingatkan saya pasal lagu ni boleh??

Ehehehehehehe.....

Sampai la ke malam tadi, bila diumumkan lagu ni Juara AJL....

Aku pun pergi la cari liriknya....


Selalunya kan, kalau aku suka sesuatu lagu tu, tak kira la tu lagu Korea or Jepun (dah memang sah-sah aku minat habis), aku akan cari lirik lagu tu.

Maka, aku tekan-tekan la si pakcik google ni.

Aku tengok liriknya...

Hauuuummmmmm.....masih lagi tak berapa nak paham la.
Ngggaaaaaaaaaaaaa.....aku pelik dengan diri aku sendiri.
Biasanya, kalau aku tengok lirik lagu, akau akan faham dah.

Kali ni???

KENAPA AKU SUSAH NAK PAHAM

ANA RAFFALI, TOLONG FAHAMKAN AKU.....


Maka aku dengan rajinnya, mengkaji setiap baris liriknya....
Habis berpeluh dahi ni...
Kerut-kerut dahi ni.
Fikir macam mana lagu ni boleh menang.
Kalau melodinya, memang nice la...

But lirik tu....

Maka, aku pun faham....setelah lama membelek, meneliti, mengkaji..


Hokay...nah, amik ni lirik beliau

Ana Raffali – Tolong Ingatkan Aku

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

Ni pula, video klip beliau...layankan




faham tak??? Kalau tak faham gak, suka hati la......
Macam panjang je entri ni kan

Akhir kata, SARANG HEYO (^_^)

Tudung atau Shawl Lagi......

Weeetttt weetttt
Saya kembali lagi.... Saya tahu, masih ramai lagi berbincang pasal tudung ke shawl...
Mari-mari, entri kali ni saya nak story lagi pasal tudung or shawl ni
Ni saya nak bagi pandangan saya sikit...
Pada saya lah kan, tudung atau shawl, nak pakai, pakai aje lah...


DENGAN SYARAT TUTUP AURAT IKUT GARIS PANDUAN ISLAM....

Orang Arab pakai shawl....tapi tutup auratnya kan...sebab shawl yg digunakan, panjang dan tidak jarang.
Saya pun kadang-kadang pakai shawl bila pakai abaya (jubah arab warna hitam).
So apa masalah kalau nak pakai tudung atau shawl..
Pakai la tudung bawal ke, tudung labuh ke, tudung bidang 60 ke, tudung bibik ke, mahupun shawl sekalipun..
janji bukan tudung periuk atau tudung saji dah le...


Dengan syarat..........kita ikuti hadis Nabi & petikan surah ni ;


Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

Ni beberapa je yang saya ambil, saya baca dan insyALLAH saya amalkan sampai sekarang.
Maka, buat apa nak gaduh pasal shawl atau tudung...
Kalau pakai tudung, but pakai ketat2, tudung nipis, nampak dada, buat apa? Dosa juga kan.

Pakai shawl, tapi nampak leher, nipis, pakai ketat, nampak dada? Sama gak dosa kan.

Dari u all gaduh-gaduh, better u all ikut garis panduan Islam dalam pakaian..


ni ada beberapa garis panduan ;



The Best

Yang salah jangan ikut


Boleh ke pakai macam ni?


Kan sopan, pakai shawl, tutup aurat

I Like macam ni

So???Macam mana??? Buat lah pilihan yang terbaik untuk menjaga kesucian agama Islam.
Renung-renungkan & selamat beramal.


Akhir kata, SARANG HEYO (^_^)

Thursday 6 January 2011

Kisah Yang Lupa Nak DiEntrikan

Entri kali ni nak guna aku hokay...tak mahu skema sangat

Betul ke hape bahasa yang aku guna ni kat tajuk kali ni??
Ni kalau geng cikgu BM baca ni, mahu aku kena sekolah masuk kelas BM dia orang semula.
Belajar dengan kanak-kanak tuh...wehehehehehe........mau budak tak belajar.
Asyik tengok cikgu dia yg comel nih duduk dalam kelas belajar sekali.

Aku baru perasan sebenarnya, aku lupa nak wish kat budak-budak nih,
WELKOM BACK TO SCHOOL (lagi sekali aku rasa aku kena gak masuk kelas BI sebab aku salah eja dengan sengajanya).
tak mau tak mau...jangan jadi perosak bahasa.

Sebenarnya, memang lupa pun nak buat entri pasal budak-budak ni naik sekolah.
Bukan sengaja lupa, but memang lupa langsung.
Pagi tadi masa siap-siap nak pegi maktab terchenta ni, aku baru teringat...
Tapi aku mana pernah lupa kanak-kanak kecil & besar tu..
First day dah dengan mereka dari pagi sampai malam hokay...
Buat yang tak tahu, aku ni mengajar kat sekolah asrama...
Nak kata aku menagajr gila banyak, tak la..
But time aku, ada kelas sikit, yang lainnya masa dengan kanak-kanak kecil & besar.
So u all teka sendiri la aku ni cikgu cikgi ape..

Dah-dah. entri kali ni bukan nak cakap pasal aku ni sape..
Aku nak story pasal budak-budak...
Dan sebenarnya, nak wish kat kanak-kanak tu

SELAMAT KEMBALI KE MAKTAB TERCHENTA....
(kanak-kanak, korang cinta ke kat maktab korang ni?).
Tak terlambat kan wish...masih dalam 1st week even ni dah hari Jumaat...

Untuk aku, 2 hari dalam minggu pertama sekolah ni, aku ada projek re-orientasi kat kanak-kanak kecil & besar..
Tapi yang paling sangat la enjoy, is kanak-kanak kecil.

Nih, ada video singkat mereka....










Saya tak dera hokay...but ni antara aktiviti masa re-orientasi...

Good luck semua untuk tahun 2011 ni

Sarang heyo (^_^)

Tudung ke Shawl (tengok video ni)

Asyik gaduh-gaduh je pasal tudungke shawl ke kan....
Yang lain tak nak pulak fikir..
Pasal pakai tudung ATAU shawl...Tapi pakai baju ketat sendat.
Pakai tudung ATAU shawl, tapi pakai lengan pendek.
Pakai tudung ATAU shawl tapi nampak leher dan segala bagai....
Pakai tudung ATAU shawl tapi pakai seluar boleh buat tabung nampak lurah punggung tu..
Ni yang sepatutnya digaduhkan...pakai tudung, pakai legging la pulak...adeh la..
Nah, tengok video ni.....hayati.....
Mungkin video ni tak de kaitan shawl atau tudung...
But HIJAB hokay HIJAB.
Kenapa perempaun Islam kena hijab.
kalau dah faham pasal HIJAB, maka tak la gaduh pasal shawl atau tudung






So, after this, tak payah le gaduh2 pasal tudung ke shawal...
But hayati macam mana nak tutup aurat dengan sempurna hokay...

Sarang heyo (^_^)

Wednesday 5 January 2011

Apa Anda Nak Buat Kalau......

Si Conan ni, tak ada kaitan yer dengan entri kali ni. Cuma sebab beliau hensem je. Hehehe


Apa anda semua nak buat bila ini terjadi pada anda ;


1) Kita memang tengok orang tu perlu dinasihatkan & diselamatkan daripada rosak dan jawapan orang itu ;
" Lantak aku la nak buat apa, ko apa peduli? Jangan sibuk hal aku boleh tak?

- Senang je orang macam ni....kita doakan aje dia berubah, lembut hati. Bukan senang nak nasihat orang hokay! Ada orang boleh terima, ada yang tak boleh.

2) Kita ada kawan, last2 kawan tu tikam belakang kita
"Ni tikam bukan tikam guna pisau...Tapi tikam dalam diam. Depan kita punya baik, belakang kita...hampeh."

- Orang macam ni, memang ada dan wujud disekeliling kita. So, apa nak buat? Berhati-hati dalam pilih kawan. Kurangkan bercerita hal-hal peribadi dengan dia. Kalau dia sebar cerita hal kita kat orang, biarkan. Ucapkan Alhamdulillah. Lama-lama, kebenaran akan terbongkar juga..Percayalah...Jangan serang orang tak tentu pasal. Diam dan siasat. Bukan diam-diam aje.

3) Kita tolong orang ikhlas, last2 orang tu hentam kita balik. Lagi best dia kata kita jelous dengan dia.
"Tambah lagi, dia buruk-buruk kita kat orang lain, dan orang tengok dia naif sangat dan orang simpati kat dia dengan cerita bohong dia tu. Tambah lagi best, kalau perwatakan orang tu baik giler la pada pandangan orang ramai. Tapi rupanya......"

- Jangan serik tolong orang lain pulak. Orang lain bukan macam dia. Orang yang buat kita macam ni, kita biarkan aje. Sebab dia bahagia dengan cara hidup macam tu. Jangan fikir sangat ler. Sebab kalau kita fikir sangat pun, bukan selesai masalah. Biar ler dia dengan cara hidup dia. Sebab mulut kan nanti badan binasa. Kan ke diam lebih baik dari berkata-kata. Kalau kita balas, maksudnya kita sama la macam dia. Kita suka ke nak jadi macam dia? Tak kan. So biarkan aje la orang tu. Dia nak buat cerita, dia nak kata apa, lantak dia hokay. Yang kita fikir-fikir, buat apa. Baik fikir benda yang boleh datangkan faedah.

4) Kita berhadapan dengan orang yang cakap putar belit alam
" Dengan kita dia cakap lain, dengan kawan kita dia cakap lain. Hari ni cakap lain, esok cakap lain. Lain orang, lain versi."

- Ni lagi 1 spesis. Hati-hati ler dengan orang macam ni. Jangan ler cerita sembarangan. Bahaya tu. Silap-silap haribulan, kita dengan kawan-kawan kita boleh jadi perang dingin. Bila kita dengar sesuatu cerita, 1st sekali, kita jangan la terus gelabah katak. But, diamkan dulu, then siasat la ala-ala Detective Conan. Kalau dah tak tahan sangat, sit down je dengan orang tu, tanya apa lah masalah dia jadi putar belit alam. Kot-kot la dia suka tengok Movie 2 Alam kot (maaf yer Dr. Rozmey, gurau-gurau je ^_^ ). Cool je la.


Macam banyak je lagi nak taip, tapi kepala tengah bengang ni. Demam punya hal. Hidung dah meleleh, walaupun tersumbat, dengan tekak sakit. Nanti buat entri lain pulak....

* Sesape yang terasa, maaf ler yer. Tak ada niat nak singgung perasaan sesape pun. Sekadar pendapat sendiri. Nak terima boleh, tak nak terima pun tak apa.

Sarang heyo (^_^)


Coffee Cantik

Entri kali ni, nak tunjuk beberapa coffee yg cantik..
Sebab saya suka giler dgn coffee...
Addict kot...
Series addict...

Bau coffee tu kan...alahai.....menusuk hidung...

Sedap baunya, mcm hidu perfume lak....

Jom-jom, kita tengok gambar coffee yang comel, yg buat saya teruja..

Saya dapat kat pakcik google....
Amik sikit je...kalau nk tengok lelebih, tekan je kat pakcik google


Suka yang ni..comel

Weee......santek

Sayang kot kalau nk minum

Waaaaaa

Uiskkkk....menggoda nih

Ngaaaaaa....chumel

Sekian.....

Sarang heyo (^_^)

Tuesday 4 January 2011

HOBI

Apa lah motip saya taip-taip entri dengan tajuk ni kali ni...
Tak pernah-pernah kan....
Hua hua hua.....

saja nak merepek2 kat blog sendiri.
Kalau tak tuan blog sendiri yg merepek kan..
Sape lagi nak merepek...

Jom-jom tengok hobi tahun 2011 ni.
Mana tahu kot2 tersama la pulak kan...

1) Facebooking (ni hobi lama)
2) Blogging (ni pun lama)
3) Amik gambar (ni pun lama nih)

Hai....mana hobi baru???

4) Masak-masak (ni pun lama, but lebih aktif sejak encik suami ada ni...so hujung minggu main masak2 kat dapur).
5) Beli barang-barang2 keperluan rumah ( ni benda yg saya tak suka nak beli sebelum kawen).
6) Suka baca pasal kesihatan (wahhhhh....ni memang baru nih).
7) Suka dengar lagu (ni bukan ke hobi lama??)
8) Suka jalan-jalan (hehhehe)

Cukup la untuk kali ni....
Tata.........

I Love U la pakcik Google

Ngeh ngeh ngeh....tekan-tekan Google...jumpa lawak ni...
Ngeh ngeh ngeh...lawak la lawak ni...
Ada jugak macam ni kat pakcik google nih.....
Pakcik google ni memang cerdik la.....
Pandai betul pakcik nih....
Ngeh ngeh ngeh.....
Sabor je la..... (ala2 encik yg comel dalam Hantu Kak Limah tu...ngeh ngeh ngeh)




saya bukan budak nakal tau...... (^_^)

sarang heyo







Monday 3 January 2011

Pentas Opera



Yeeeehaaaaaa....

Saya suka dengar lagu.

Tak kisah la lagu tu lagu Melayu ke, Inggeris ke, Arab ke, Jepun ke, Korea ke....
Asal sedap halwa telinga dengar, dan lirik yang bagus....
Saya memang akan dengar ulang kali....

Saya nka share 1 lagu yang saya suka lagunya sebab liriknya....

Sebab kita ni hidup bagaikan pentas opera...

Bumi seolah pentas, dan kita manusia sebagai pelakonnya.....

Ni lagu lama...zaman saya sekolah dulu

Lagu kumpulan Wings (Awie)

Jom jom, tengok liriknya (^_^)


Opera Hidup (ni tajuk lagunya)

Artist: Wings

Hidup bagaikan pentas opera
Tirai hidup dibuka
Ceritapun bermula...
Oh..Oh..Oh..Oh..

Hidup bagaikan pentas opera
Musik hidup bergema
Asyik insan bermula
Oh..Oh..Oh..Oh..

Lakonkan dengan semangat kejujuran
Sinarilah hatimu oh kesucian
Oh..rempuh api kepalsuan
Pastikan keadilan
Pastikan jaya

Hidup bagaikan pentas opera
Rentak lakon bermula
Siapakah wiranya
Oh..Oh..Oh..Oh..

Kita kecewa dan menderita
Lumrah alam biasa
Pastikah kau wiranya
Oh..Oh..Oh..Oh..

Lakonkan penuh bersemangat wira
Pastikan langkahmu oh keyakinan
Oh..Leburkan ketidak-adilan
Pastikan kedamaian
Pastikan jaya