Monday 28 March 2011

Gambar Makanan

Dah lama tak entri kat blog....bersawang dah blog gue nih....
Just buat pemanasan untuk keluarkan entri2 baru...
Kita layan dengan gambar masakan saya hujung minggu.....


Kari ayam...berasap dari dapur


Rendang ayam....yummy

Thursday 17 March 2011

Pergi saja

Sekali lagi, aku mohon maaf...
Kerana sudah berkali aku katakan...
Bahawa aku sudah ada dia...
Tidak perlu lagi diharap apa-apa...

Kerana kisah itu, kisah lama dulu...
Lama.....
Sudah terlalu lama berlalu...

Sedari zaman kita berdebar menghadapi gentir peperiksaan penentuan kejayaan...
Mungkin benar katamu
Urusan jodoh itu rahsia ALLAH...

Maaf teman,
Aku ada dia...
Dia ada aku...
Dan antara kami ada Dia....

Pergi saja dirimu pergi....
Usah disimpan apa-apa lagi...
Maaf teman...

Aku kini bahagia...
Dan aku berharap terus bahagia
Hingga Taman Firdausi

Bahagia, ada di mana?

Pernah tak kadang-kadang kita rasa tak bahagia?
Pernah tak kadang-kadang kita rasa orang tak sayang kita?
Pernah tak kadang-kadang kita rasa orang sekeliling kita tipu kita?
Pernah tak kadang-kadang kita rasa tak boleh dah nak percaya sesiapa pun.
Pernah tak kadang-kadang kita rasa kita tak pernah dapat kebahagiaan?
Pernah tak kita rasa kita selalu saja dapat malang?
Pernah tak kita rasa jiwa kita kosong?

Dan kita mencari kebahagiaan.............
Kita tertanya, ke mana bahagia itu...
Kita tengok orang lain bahagia, kita persoalkan, kenapa kita tidak seperti itu...
Kita tengok orang lain cepat naik, cepat berjaya, kita kecewa kita tidak seperti mereka.
Kita lihat orang lain ada keluarga bahagia, tapi kita tidak seperti mereka...
Kita lihat orang lain punya anak yang cemerlang, tapi anak-anak kita tidak seperti anak-anak mereka.
Kita lihat orang lain punya anak, tapi kita tidak punya anak seperti mereka...
Kita lihat orang lain berkahwin, namun kita tidak seperti mereka..
Kita lihat orang lain bertunang, namun kita, kenapa tidak seperti mereka..
Kita lihat orang lain mempunyai teman, namun kita, kenapa tidak seperti mereka...

Kita rasa sunyi...sepi...kosong...tiada kebahagiaan....
Namun, pernah tak kita sedar atau kita persoalkan, bahagiakan mereka punyai semua iti?
Bahagiakah mereka punyai rumah mewah, kereta mewah?
BAHAGIAKAH???
Apakah kayu ukur kita menyatakan mereka bahagia dengan memiliki semua itu?

Sedangkan, ALLAH telah menetapkan bahagian masing-masing kepada setiap manusia..
Kebahagiaan apa yang kita cari?
Selama mana kita ingin penehui kebahagiaan yang kita impikan, selama itu hidup tidak pernah puas....
Kerana kita perlu percaya...bahagian masing-masing, rezeki setiap insan itu berbeza...
Dan percayalah, bahawa setiap manusia itu ada rezeki sendiri...
Apa yang penting, DOA, USAHA, IKHTIAR & TAWAKAL kita kepadaNYA....
Hanya padaNYA kita akan bahagia.....

Jangan disalahkan orang lain andai kita tidak rasa bahagia...
Jangan disalahkan orang lain andai kita rasa kosong...
Jangan disalahkan orang lain andai kita rasa sepi...
Jangan disalahkan orang lain andai kita rasa ditipu...
Jangan disalahkan orang lain andai kita rasa ditinggalkan...
Jangan disalahkan orang lain andai kita rasa orang lain ingin merampas kebahagiaan kita itu...

Kerana kebahagiaan yang sebenar ada dalam diri kita.....

Hidup perlu berlapang dada.....
Syukur, pengalaman hidup, peristiwa yang banyak berlaku dalam hidup ini, masalah hubungan yang berlaku dalam diri, sebenarnya, banyak mengajar diri ini untuk lebih berlapang dada & sabar. Semua ini pengajaran & pendidikan yang sangat bermakna. Yang berlalu biarkan pergi...hidup perlu terus...buangkan saja semua dendam yang ada...buangkan saja semua buruk sangka yang ada...buangkan saja semua negatif yang ada...kerana jika ada semua itu...HIDUP TIDAK AKAN BAHAGIA.....


Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

Wednesday 16 March 2011

Kata-kata



Banyak perkara yang bermain di fikiran...

Menganggu barangkali?
Entah, apa yang difikirkan...
Kadangkala sering tertanya,

Kenapa ramai orang cepat salah faham?

Apa andaian orang?


Benar kata-kata, kadang kala, apa yang seseorang itu tulis,

Tidak seperti apa yang disimpan dalam hati.
Namun, ada orang yang akan ambil hati.

Dalam bahasa mudah....cepat salah faham.


Contohnya begini, mungkin apa yang seseorang tulis, kadang kala menuju kepada seseorang.

Namun si penulis tidak menuju kepada sesiapa...

Atau mungkin si penulis menulis, sesuatu yang buat seseorang terasa.
Mungkin si pembaca mengagak si pembaca memarahinya...namun jauh di sudut hati penulis, langsung tidak ada rasa itu...


Maka, inilah wujudnya kegagalan dalam memahami tanpa usul periksa.

Apa sebab kita mahu cepat terasa?

Apa sebab kita mahu cepat gelabah?

Bak kata bijak pandai, kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang.

Atau, boleh juga, siapa makan cili, dia tersa pedasnya....


Dan mungkin juga, si penulis menyatakan yang gembira sahaja.

Maka, andaian pembaca, si penulis tidak kisah apa-apa.

Sedangkan, dalam hati penulis penuh menanggung kesakitan...

Sebenarnya, kata-kata itu tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaann. Manusia itu sendiri boleh membentuk beribu-ribu kata-kata, tetapi, kata-kata itu, bukan bukti wujudnya sesuatu perasaan.

Kerana perasaan, hati, adalah sangat subjektif.

Jadi, adakah kita boleh menghukum orang?
Adakah boleh kita mentafsir orang dari kata-kata?
Itu hak kita,
dan itu hak penulis...



Kalau Kita

Kalau kita


Kalau kita tidak suka orang mengata buruk tentang kita, mulakan dari diri sendiri untuk tidak mengata pasal orang lain.

Kalau kita tidak suka orang ambil peduli tentang kita, maka kita jangan berkawan dengan manusia yang boleh bercakap.

Tegur,pendapat dan pandangan orang kadang-kadang kita perlu dengar tetapi tidak bermakna perlu ikut.

Sekali-sekala didik lah hati menjadi manusia yang bersyukur dengan dikurnia akal dan hati perasaan kalau tidak boleh bersyukur hari-hari..

Hanya PadaNYA

Hanya kepadaNYA

Ketika air mata membasahi pipi.. hati merasa perih.. segera dekatlah kepada Allah.. kamu tidak perlu berputus asa..

Atau meragukan kasih sayang Allah.. serahkan diri kamu sepenuhnya.. semua kekuatan & kelemahan.. penderitaan & kebahagiaan..


Memohonlah agar Allah.. menyembuhkan, membentuk, mengubah.. menjadikan hidup kamu lebih indah.. lebih sehat & lebih membahagiakan


Tuesday 15 March 2011

Which One U Will Choose?


A guy asked a MUSLIM :

Guy : Why do ur girls cover up their body & hair ?!

The MUSLIM guy smiled & got 2 sweets , he opened the 1st & kept the other one closed ...He thrown them both on the dusty floor and asked the guy.

Muslim guy : If i asked u to take one of the sweets which one u will choose !? "

Guy : The covered one ..

Muslim guy : That's how we treat & see our women

Monday 14 March 2011

Kerahsiaan Wanita

Kali ni, nak share pasal buku yang baru saya beli...
Buku ni, menjelaskan secara jelas tentang isu yang melibatkan hal-hal keintiman wanita...
Faham tak??? Maksudnya, menjelaskan hal-hal alat sulit wanita...

Malu? Dalam menuntut ilmu, tak boleh la malu...sebab banyak benda hal-hal wanita kalau ikut syariat Islam, sangat sukar nak dijelaskan....

Buku ni ditulis oleh Dr. Saadudin Mus'ad Hilali, iaitu Profesor Fikh Perbandingan, Universiti Al-Azhar...dan diterjemahkan dalam Bahasa Melayu oleh Fauwaz Fadzil....

Saya dah baca la sikit-sikit isi buku ni...
Lengkap dengan semua mazhab yg ada...dan ada perbandingan fikh

So, kita boleh la tahu segala kemusykilan selama ni kita sebagai wanita hadapi dalam hal-hal keintiman....

Saya bukan promote...tak dapat komisen pun...but saya nak share je bahan yang semua boleh cari.....

Jom, intai-intai sikit.....


Ni bukunya


Jeng-jeng...saya dapat tandatangan penterjemah buku ni... ^_^

Wanita Solehah



Wanita-wanita solehah bukanlah bahan murahan yang berjalan ke sana kemari tanpa tujuan yang dibenarkan syara’.

Wanita solehah bukan wanita murahan yang menjadi tontonan lelaki ajnabinya.

Wanita solehah bukan wanita yang membiarkan dirinya di sentuh oleh mata dan pandangan lelaki ajnabinya.
...


Tetapi mereka adalah permata, mereka adalah mutiara yang tersimpan rapi di kamar kemuliaan Ilahi!

Sunday 13 March 2011

Jika Datang.........

Daun


"Jika datang (melamar) kepadamu orang yang engkau senangi agama dan akhlaknya, ...maka nikahkanlah ia (dengan putrimu). Jika kamu tidak menerima (lamaran)-nya niscaya terjadi malapetaka di bumi dan kerusakan yang luas" (H.R. At-Turmidzi).

2 hal yang semestinya jadi pertimbangan pula bagi wanita ketika akan menikah, yaitu Agama dan Akhlaq lelaki tersebut, di karena terkadang Ilmu agama tidak menjamin kebagusan Akhlaq seseorang disebabkan ada penyakit di dalam hatinya. Yang seharusnya, barokah Ilmu seseorang dapat tercermin dari Akhlaqnya. Wallahu A`lam.

Friday 11 March 2011

?????????

Banyak benda yang ganggu fikiran sejak akhir-akhir ni...
Mungkin satu keputusan perlu diambil...
Fikir sedalam-dalamnya....
Entah...
Tidak tahu apa yang harus diambil....

Berhenti sahaja...
Adakah itu jalan yang terbaik?

Berhenti?

Thursday 10 March 2011

Dahsyatnya Hari Kiamat Dan Padang Mahsyar

Dahsyatnya Hari Kiamat Dan Padang Mahsyar.
Assalamualaikum Wbr.

Sekadar ingin berkongsi bahan yang saya dapat...
Semoga kita semua mendapat manfaat...

Wallahualam....


http://kaskusnews.us/wp-content/uploads/2010/05/kiamat-1.jpg
Hari yang Pasti Terjadi



Gambaran Hari Qiamat

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

- Pemimpin yang adil.

- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
Sedekah/amal jariahnya.
Doa anak²nya yang soleh.
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.