Wednesday 16 March 2011

Kata-kata



Banyak perkara yang bermain di fikiran...

Menganggu barangkali?
Entah, apa yang difikirkan...
Kadangkala sering tertanya,

Kenapa ramai orang cepat salah faham?

Apa andaian orang?


Benar kata-kata, kadang kala, apa yang seseorang itu tulis,

Tidak seperti apa yang disimpan dalam hati.
Namun, ada orang yang akan ambil hati.

Dalam bahasa mudah....cepat salah faham.


Contohnya begini, mungkin apa yang seseorang tulis, kadang kala menuju kepada seseorang.

Namun si penulis tidak menuju kepada sesiapa...

Atau mungkin si penulis menulis, sesuatu yang buat seseorang terasa.
Mungkin si pembaca mengagak si pembaca memarahinya...namun jauh di sudut hati penulis, langsung tidak ada rasa itu...


Maka, inilah wujudnya kegagalan dalam memahami tanpa usul periksa.

Apa sebab kita mahu cepat terasa?

Apa sebab kita mahu cepat gelabah?

Bak kata bijak pandai, kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang.

Atau, boleh juga, siapa makan cili, dia tersa pedasnya....


Dan mungkin juga, si penulis menyatakan yang gembira sahaja.

Maka, andaian pembaca, si penulis tidak kisah apa-apa.

Sedangkan, dalam hati penulis penuh menanggung kesakitan...

Sebenarnya, kata-kata itu tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaann. Manusia itu sendiri boleh membentuk beribu-ribu kata-kata, tetapi, kata-kata itu, bukan bukti wujudnya sesuatu perasaan.

Kerana perasaan, hati, adalah sangat subjektif.

Jadi, adakah kita boleh menghukum orang?
Adakah boleh kita mentafsir orang dari kata-kata?
Itu hak kita,
dan itu hak penulis...



No comments:

Post a Comment