Showing posts with label LOVE THIS. Show all posts
Showing posts with label LOVE THIS. Show all posts

Tuesday, 17 August 2010

Bunga





Sekadar bunga...yang mengambarkan perasaan ketika ini......

Sunday, 13 June 2010

KITA - Just Us



Sahabat...ingat gambar2 ni???
Kita je yg faham.....
Kenangan kita bersama
Di kelas dip ed yg last
After ni praktikal & exam

sarang heyo (^_^)

Thursday, 6 May 2010

New Collection

Men Are From Mars, Women Are From Venus, Building A Love That Lasts, Why Mars & Venus Collide

Bila Zina Menjadi Budaya, Cinta Sufi, Japanese For Travellers

Lagi buku yang baru ditambah sebagai koleksi peribadi.
Hmmm....paling suka yang Japanese tu..
Love nak belajar bahasa asing ni.
Then buku Cinta Sufi tu, is sambungan dari Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta & edisi ke 4, Cinta Sufi.
Saya sangat suka kalau novelis local, Ramlee Awang Murshid.
Sebab novelnya novel thriller
Jauh dari cinta-cinta ni.
Even ada unsur cinta, but still more thriller.
Hmm...banyak lagi koleksi Ramlee Awang Murshid saya ada. Senang cakap, semua novel dia tulis, saya ada.

Then, 3 buku relationship, international books...
Actually, yang penulis John Gray, saya dapat. Seseorang hadiahkan kepada saya. Love that books. Thanks to him (^_^)
Yang 'Building A Love That Lasts', bukunya sangat menarik. Ala-ala buku Men Are From Mars, Women Are From Venus..but, gaya penulisannya sangat la best & menarik.

Last, buku Bila Zina Menjadi Budaya. Saya beli buku ni as a panduan untuk Fardu Ain hari Jumaat. Kekadang tu, tak ada idea. Ye la, tiap2 Jumaat ada Fardu Ain.
Sekadar menambahkan pembacaan & mendapatkan idea untuk dikongsi bersama
kanak-kanak puteri..

Semua buku ni, saya dah baca. Even belum habis.
Saya katakan, semua ni best.
Banyak lagi buku, but, ni la yang paling best.
Buku semakin banyak. entah mana nak campak lagi dah.

Saya memang suka baca buku.
Ada la orang pelik dengan hobi saya ni. But nak buat macam mana, love books much.
Mungkin sebab dari saya kanak-kanak, abah saya suka belikan saya buku cerita kanak-kanak
untuk saya baca. Maka, minat ni jadi sampai ke saya dah dewasa.
Membaca tu, menambahkan ilmu

sarangheyo (^_^)

Monday, 29 March 2010

MY FAVOURITE ACTIVITIES...

Buku terbaru yang saya beli..Pesta Buku Antarabangsa, PWTC pada hari terakhir. Penuh sesak dengan lautan umat manusia. Alhamdulillah, makin ramai yang gemar membaca. Actually, saya pergi bersama trip MRSM Batu Pahat. Bersama kanak-kanakss dan juga teman-teman guru yang lain.
7.30 am dah bertolak. Hari Ahad. Dan yang penting Isnin cuti sempena Sukan Tahunan. Eh eh, saya lupa pulak nak cerita pasal Sukan Tahunan kan. Hmmm...next update la ek. Tak cukup sebenarnya buku saya beli. Nak beli lagi banyak, tapi kepala dah ting tong tengok orang ramai yang bersesak. Migrain datang...Wuwuwuwu. But gagahkan diri jugak la. Sampai sakit pinggang, kaki, lutut.

Motip saya nak cari buku Ustaz Hasrizal yang terbaru. Murabi Cinta.hehehehe. Puas cari tau, mula2 tak jumpa. But finally jumpa bila saat dah nak balik. Rezeki kan. Ada 3 buku Ustaz Hasrizal saya beli. Pergi dengan kanak-kanakss memang menyeronokkan. Ha...tengah saya cari buku bersama Kak Bai, terjumpa 2 students yang ikut skali trip ni, sedang bersolek untuk photo shoot. hahahaha. Lawak la budak2 ni.
Sempat je kalau benda2 macam ni. Konon2 jadi cover girl la untuk majalah R
emaja.hehe. Suka hati la kanak-kanakss oi.

Then, bertolak balik. Before that singgah kat Nilai 3. Ada pulak yang nak shopping carpet untuk Bilik SEL... Dan saya??? Ambil kesempatan juga untuk shopping barang-barang sebab saya akan pergi ke Swiss. Hehehehehe. (^_^)

Then berehat kejap kat gerai-gerai yang ada. Minum-minum. Ada la pulak karaoke. Then my students minta izin dari kami-kami untuk menyanyi. Hahahahaha Teman Tapi Mesra from my students. OK la...walau ak berapa kena tunenya.
And my friend (Sylvia) said :


" Ayo..buat malu je, suara sumbang"


Ini la kanak-kanakss yang menyumbangkan suara

Hikhik. suka hati la kanak-kanakss...asal jangan buat benda yang bukan-bukan dah le. Ada ke patut, kanak-kanakss ni pergi announce kan nama kami-kami ni kat umum.
Huhuhu. jadi celebrity pulak kami sekejap. Saya sempat rakam nyanyian mereka live.Hikhik.
Apa pun, the short trip ni, penat
but nice. Tak puas sebenarnya melihat & membelek buku untuk diri sendiri & juga pilih buku untuk maktab. Sangat banyak buku. Saya suka. Buku yang dah ada..wawawawa..mana saya nak letak buku-buku saya yang dah banyak ni. Think???patut ada mini library la nanti if ada rumah sendiri. Love books much!

소요 너희 (^_^)