Assalamualaikum....
Lagu Tema : Na Batida (lagu ni tengah hit kat Brasil)
Ola...... Tudo bem?
Harap semua orang sihat. Seminggu dah tak jenguk my blog. Hehe. Tak la busy pun. Cuma mood ke laut Ipanema, ke laut Copacabana. kahkahkah......
Semalam cuti umumbagi Brazil. Cuti umum perkhidmatan. Kat Malaysia tak ada ni...Maka semua jenis perkhidmatan tutup kecuali perubatan, ketenteraan, polis, makan minum, yg ni buka lah. Segala shopping mall, kedai-kedai baju ke, kedai buku ke, kedai makan ke...semua tutup ye. Pelik sikit kan. Tapi ye la juga. Mereka-mereka pun nak berehat jugak kan. Agak-agak kalau apply kat Malaysia apa jadi? Ngamuk ke orang-orang Malaysia? Ke depa rasa rugi besar? Malam Isnin tu (Kira hari Ahad malam) kami saja je pergi beli barang dapur sikit. Mula-mula memang tak tahu la akan seramai ni. Pergi la Supermacedo Guanabara. Sebab orang kata kat sini sangat murah. Ok, nak masuk je cari parking dah beratur. Dah mula rasa azab ni. Rasa tak best. Dapat parking, keluar...ohhhhh myyy...ramainya orang!! Dah mula rasa stress. Then naik la juga, tengok-tengok penuh umat manusia kat Brazil ni. Tak sanggup...dengan Aqilah dah start mengamuk! Maka kami ambil keputusan keluar dari Guanabara untuk pergi ke Carrefour. Tak apalah mahal sikit. Carrefour ni kalau kat area Barra Da Tijuca, kiranya supermacedo golongan atasan. Kalau tempat kita ala-ala Jaya Groocer or Cold Storage. Kalau tempat kita Carrefour biasa aje kan. Then Guanabara tu ala-ala Giant la. Haha. Seriously saya tak suka kalau tempat beli barang dapur berterabur tak susun.
Sampai Carrefour pun ramai juga. Tapi ok lah.Masih lagi membeli dengan tenang. Pelik juga, banyak barang yang dah habis. Banyak rak kosong. Sakan depa membeli weh! Pelik pun ada.
Dan jawapannya dapat hari Isnin masa cuti umum. Semua supermacedo tutup. Hahaahha. Sebab depa cuti umum. Adehhhhh. So hari Isnin (semalam) kami decide jalan-jalan aje sekitar Rio....
Jom, saya share sikit picture semalam dan picture sebelum-sebelum semalam. Sebab sebelum semalam pun (Sabtu & Ahad) kami jalan-jalan jugak.
Disebabkan ada beberapa tempat kami pergi sebenarnya, saya akan asingkan entri. Maka entri kali ni saya share gambar dari view Cristo Redentor ( Christ The Redeemer) . Jangan minta gambar uncle tu dengan saya yer. Hehehe. Nak tengok uncle tu...google sendiri.
Disebabkan ada beberapa tempat kami pergi sebenarnya, saya akan asingkan entri. Maka entri kali ni saya share gambar dari view Cristo Redentor ( Christ The Redeemer) . Jangan minta gambar uncle tu dengan saya yer. Hehehe. Nak tengok uncle tu...google sendiri.
Cantik kan.....
Ok...setakat ni dulu. InsyaALLAH sambung lagi nanti. Tome cuidado. Ate logo.
Nantikan next entri Sugarloaf pulak yer. Kikikiki
Positifkan minda dan jiwa.
Wassalam... Adeus
色聊可视语音聊天室 , 微信色聊群或者聊天室 , 色聊语音聊天室 , 在线聊天室你懂的 , q全球视频聊天室 , sm圣魔聊天室 , 线上性聊天网 , 美女性上门服务qq , 免费视频找女人聊天 , 台湾情人
ReplyDelete