Assalamualaikum....
Lagu Tema : Seribu Tahun (Saya suka lagu ni)
Ola......como esta.
Phew phew.... lama dah tak mengupdate blog ni. Sarang labah-labah, sarang tebuan, sarang semut, sarang he yo semua ada. Hikhik. Life agak busy sebenarnya. Dari hari ke hari nak update. Tapi entah la yer. Maybe life after balik je dari sekolah, busy dengan Aqilah. Kena layan dia sebab seharian dah tinggalkan kat rumah pengasuh. And always balik lambat dari sekolah. Sure kena layan dia. Kesian anak kena tinggal seharian.
Tak tahu nak mula daripada mana....sebab banyak sangatttttttttttttttttttt nak taip-taip. Kehkeh.
Now saya dah ada masa untuk Aqilah. Saya ambil cuti tanpa gaji untuk 2 tahun. Yeaaaa.....sangat lama bagi saya yang dah biasa bekerja dan memang selalu saja dengan students.... Ambil cuti sebab ikut suami yang kena posting ke negara orang. Dan untuk 2 tahun ni InsyaALLAH saya menetap di Barra Da Tijuca (sebutannya Ba-ha), salah satu bandar di Rio De Janeiro, Brazil.
Ni negara bukan Islam. Dan negara yang kuat agama Roman Katolik. Of course saya sebagai Muslim yang bertudung...agak susah masa mula-mula nak datang sini. Yup...serius macam-macam saya fikir. Saya sangat takut kalau saya disuruh tanggalkan hijab di kepala. Allahu Rabbi. Tapi at last saya percaya, di mana pun saya berada, di mana pun saya berpijak, saya kena yakin, ALLAH sentiasa ada, dan saya kena mohon dengan ALLAH supaya saya selamat, maruah saya selamat, iman saya selamat. Niat saya untuk khidmat dengan suami. Yes....memang saya impikan nak jadi suri rumah pun. At least merasa lah untuk 2 tahun ni kan, InsyaALLAH. Lagipun kesian Aqilah kalau tak jumpa babah nya....anak babah la kan...
So far life di sini ok. Bila keluar jalan-jalan or beli barang dapur, tak ada la Brazillian tengok saya macam apa. Ye la...kang depa ingat saya ni apa pulak. So far mereka tak kisah pun. Oh ye...masa dalam flight dari Dubai ke Brazil...yang mana perjalanan dari Dubai ke Brazil ambil masa 15jam...(patah segala pinggang hokay, dah ler dari KL ke Dubai dekat 7 jam) . Dalam flight tu mula-mula saya ingat saya sorang aje la bertudung. Lepas beberapa jam terbang...saya nampak seorang perepuan berhijab. Saya rasa dia orang Arab. Hehe. Lega sikit. Last jumpa mereka 1 family (ada la 4 orang bertudung dalam family ni) masa di airport Rio. Lepas tu tak jumpa lagi dah. We all say hi hi and bye bye aje. Haha. Cuma masalah saya ialah masalah bahasa. Di Brazil, mereka guna bahasa Portugis. So, saya kena belajar bahasa ni. Ada cikgu yang ajar bahasa ni kepada kami. Setakat ni boleh la sikit-sikit nak faham. Tapi banyak yang tak faham. Hehe.
Banyak sebenarnya nak taip-taip....tapi since lama lagi kat sini, so saya taip-taip lagi la lain kali yer...kehkeh. Ok, saya share sikit la view kat sini. InsyaALLAH nanti taip-taip lagi yer...
View dari balkoni rumah.
Saya tak ingat nama pantai ni sebab dalam bahasa Portugis
Cantik kan...
Ok...setakat ni dulu. InsyaALLAH sambung lagi nanti.Tome cuidado. Ate logo.
Positifkan minda dan jiwa.
Wassalam... Adeus
台湾一对一视频聊天室 , 台湾一对一聊天室 , 聊天室交友 , 视讯网络聊天室第九视频 , 异性视频交友 , 黄色视频聊天室 , 聊性的聊天室 , sm聊天室 , 免费qq性聊天网 , 性聊天室官网
ReplyDelete