Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Saturday, 15 October 2011

Birthday Boy kena PRANK masa 16/10/2011

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Inspirasi

Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 14 buat Muhammad Faiz bin Hamzah. Semoga dilindungi ALLAH senantiasa, mendapat kejayaan cemerlang, terjaga akhlaknya, menjadi insan yang gemilang dan mendapat keberkatan di sepanjang hidup.

Itulah kisahnya, Faiz kena PRANK masa nak tunggu jam 12 tepat....
Lebih kurang jam 11.15 malam (15/10/2011) , gerakan PRANK faiz telah dimulakan.

Kisahnya, seramai 200 pelajar MRSM Batu Pahat, terlibat dengan Kem Jati Diri 2011. Adalah Form1, Form2 dan semua Form 4. Dan Faiz ni, salah seorang yang terpilih dalam kalangan Tingkatan 2.

Ustaz Azizul dari CSQ telah maklumkan kepada saya awal-awal, mereka dah dapat kenal pasti bakal bufday boy 16/10/2011. So, Ustaz Azizul nyatakan lah apa plannya. Jadinya, budak2 ni balik lewat sikit malam ni.

Dijadikan cerita, budak2 ni memang banyak buat salah. So, memang lah kena marah. Ustaz Lokman mainkan peranan mencari pesalah-pesalah sepanjang kem dijalankan. Memang ramai lah yang mengaku salah secara sukarela. Kisahnya, ada jugak yang conteng karpet kat Bilik Seroja. So, memang kenalah. Kena cuci karpet yg diconteng, malam tu jugak. Haaaa....lepas ni, jangan conteng lagi karpet kat Bilik Seroja.

Kiranya, si Faiz ni salah seorang yang mengaku buat salah. Salah apa? Tak boleh lah bagi tau. Cuma, dia mengaku, tapi Ustaz Lokman provok dia, yang dia ada salah lain dan ustaz ada bahan bukti.

Terkebil-kebil lah Faiz ni. Untuk nampak lebih real, Faiz tak seorang diri. Tanpa mereka ketahui, adalah beberapa mangsa keadaan yang juga diprovok apakah kesalahan yang dilakukan. Kesian kesian...

Yang cantiknya, mereka-mereka ni mengaku kesalahan mereka...
Pendekkan cerita. Faiz terus diprovok dan diprovok. Sampai tak terkata apa Faiz ni....sampai menangis la.. Sebabnya, Ustaz Lokman call mak Faiz, cakap Faiz ada buat salah. Ni memang call betul2...

Sampai lah Faiz dipaksa pusing membelakangkan pentas Bilik Seroja. Dan masuklah bahan bukti yang dibawa oleh kawan baik Faiz sendiri. Dan baru lah budak-budak lain tahu...Faiz kena prank. Tapi mereka2 ni diam je bila bahan bukti dah dibaa masuk. Cuma muka masing-masing dah senyum2 dah.

Sebelum tu, Faiz diprovok lagi untuk cakap apa kesalahan dia. Faiz masih lagi tak tahu. Dan untuk kali keduanya, Ustaz Lokman call mak Faiz. Masa ni, buka loud speaker. So, mak dia pun wish birthday kat Faiz, diiringi tepukan gemuruh oleh kawan-kawan yang lain. Menitis lah air mata Faiz masa tu...kih kih kih. Cuak muka Faiz sebelum tahu apa kes sebenarnya.... (Sebab memang dia ada buat salah, cuma dia sebut, tapi ustaz provok dia, sampai dia tak tahu, apa yg jadi sebenarnya).

Ok, ok...jom kita tengok drama pada malam tu.

Faiz tertanya-tanya, apa sebanrnya yang terjadi. Puas dia fikir, apa lagi kesalahan yang dilakukan. Ustaz Lokman marah-marah & provok habis-habisan...

Masa ni, Faiz dah disuruh pusing belakang. Waktu ni, faiz memang dah nangis. Sebab Ustaz lokman baru je lepas call mak Faiz...Misi mereka ni berjaya la. Ni lah bahan bukti, yang dibawa oleh kawan baik Faiz sendiri.

Time ni, semua orang dah senyum-senyum. Tapi mereka masih lagi diam

Ustaz call mak Faiz kali kedua. Kali ni, Faiz kena cakap sendiri apa salah dia. Dan Faiz masih lagi blur...waktu ni, Faiz dah nangis...sedih sebab mak "kecewa" dengan kesalahan yang dia sendiri tak tahu. Bila mak Faiz ucap SELAMAT HARI LAHIR FAIZ, setu bilik Seroja gemuruh dengan tepukan.

Nilah bahan buktinya (^_^)

Faiz nangis kegembiraan....SUPPRISE!!!!!!!!

Ok...Faiz dah senyum

Ni lah Abang Long untuk program Jati Diri. Abang Long kena suapkan untuk Faiz

Now, Faiz pula suap untuk Abang Long

Ok...now giliran Faiz suap untuk kawan-kawan yang lahir bulan 10





Faiz suapkan untuk kawan baik Faiz

Ni Kak Long. Kak Long kena suapkan untuk kawan-kawan perempuan yang lahir bulan 10


So, prank malam tu, berjaya. Then, ustaz-ustaz minta maaf kat semua orang termasuk Faiz. Semua orang tertanya-tanya, apa salah Faiz ni lagi, padahal Faiz dah mengaku apa yang dia dah buat.

Apa pun, malam tu, semua orang mengaku salah masing-masing di sepanjang Kem Jati Diri 2011 berlangsung..

Buat yang lahir bulan 10, semoga ALLAH pelihara di dunia dan akhirat. AMIN

p/s saya ppun pernah kena prank masa besday. Time sekolah dulu....

Nantikan aktiviti mereka sepanjang Kem Jati Diri 2011 MRSM Batu Pahat

Tuesday, 16 August 2011

Sedih Itu Telah Menyelubungi Kami

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Inspirasi

Pada 11 Ogos 2011 yang baru je lepas ni, suasana sedih telah menyelubungi MRSM Batu Pahat.

Sebab apa?

2 orang guru MRSM Batu Pahat, yang disayangi pelajar-pelajar telah meninggalkan MRSM Batu Pahat. Cikgu Rosnah telah bersara wajib dan Cikgu Meizareena telah bertukar ke UTHM sebagai pensyarah.

Suasana sedih meneyelubungi MRSM Batu Pahat. Terutamanya apabila Cikgu Rosnah memberi ucapan terakhir sebagai cikgu di MRSM Batu Pahat. Sebak sayu jadinya. Cikgu Rosnah pun tak mampu nak meneruskan ucapannya...

Kedua2 guru ini diraikan walaupun secara sederhana dalam bulan Ramadhan ini.

Jom la, kita tengok apa yang saya dapat tangkap



Cikgu-cikgu bergambar kenangan

Pencetus kesedihan pada hari itu

Sedihnya.... :(

Sayu

Kenang-kenangan untuk Cikgu Rosnah

Yang ni pula untuk Cikgu Mei






Buat kenangan ni berarak dengan Storm Cikgu Hamid


Punch card yang terakhir


p/s hanya beberapa gambar je saya letak kat sini...yang lain, saya simpan

Wednesday, 3 August 2011

Family Day

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Aishiteru

Ni antara entri yang saya lambat nak naikkan...Sebelum Minggu Aktiviti yang lepas (hakikatnya entri Minggu Aktiviti pun tak buat lagi) @STAR {ni maksudnya kelab guru & staff} ada famili day. Bertempat di Air Papan , Mersing.

Macam-macam la aktivitinya. Tapi saya tak join satu pun..kihkihkih.
Encik Zauj yang seronok join.
Best sangat famili day kali ni.

Jom...kita intai...
tapi sikit je la....



Encik zauj semangat betul

Ustaz dikelilingi anak-anak anyam ketupat

Cute

p/s malas nak letak banyak-banyak (^_^)

Mock Interview

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Fiction

Entri kali ni, saya nak share mengenai Mock Interview. Aktiviti ni, diadakan setiap tahun kepada semua pelajar Tingkatan 5. YES! Setiap tahun kepada semua Form 5!

Kenapa pulak buat mock interview? Nama pun mock interview, mestilah untuk pada beri pendedahan awal kepada semua calon SPM 2011 mengenai temuduga, resume, susunan sijil-sijil, etika pakaian temuduga,soalan-soalan temuduga dan segalanya pasal temuduga. Ni bukan saja untuk minta kerja tau, tapi persediaan awal untuk mereka ni mohon biasiswa atau kemasukan ke universiti nanti.

Macam-macam gelagat la kanak-kanak ni. Excited saya tengok semuanya. Memang bergaya sakan macam nak pergi temuduga betul-betul. Macam-macam persediaan yang dibuat,terutamanya RESUME...

Hihihihi, saya macam biasalah tiap-tiap tahun, mesti bebel-bebel pasal resume yang entah apa-apa kanak-kanak ni buat....Tapi itulah proses pembelajaran..(^_^)

Kelakar jugak la, sebelum kejadian tu. Risau la, tak ada sijil lah, nak guna fail apa lah, baju ni ok ke tak, soalan apa yang ditanya nanti. Ni ler antara persoalan yang ditanya hari-hari sebelum hari kejadian..kihkihkih...risau sangat yerk kanak-kanak nih.

Jom....kita tengok sikit apa yang telah terjadi........


Grrrrr

Panel 8

Masa untuk menunggu dipanggil

Kami ni bakal doktor

Semart la !

Posing dulu sebelum masuk

Alamak....tak dapat jawab la

Ahli panel (apa benda yang bebudak ni mengarot)

Bla bla bla (sampai...........)

Sampai tertidur ahli panel ni


Ok, dah lepas

Please...snap kami kami!

Anggun bergaya

Alamak...saya sorang-sorang je ke perempuan yang nak jadi engineer?

Kaunselor! Nak gambar!

Peace!


p/s Form 4, ready untuk next year!


Thursday, 14 July 2011

Penutup SUPER (baru nak update)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....

Lagu tema : Cerita Hati (^_^)

Ni sepatutnya dah lama la update, tapi punya lah 'rajin' hehehehe.
Bukan apa, nak tunggu upload gambar ni yang tak suka nak menunggu.

Ni masa penutup SUPER 2011 di MRSM Batu Pahat

Saya suka dengan backdrop tu. Cikgu Hamidah, selaku mak pengantin pada hari itu yang reka..cun kan. nak lagi kena lighting.






p/s ok, saya rajin nak tunggu..banyak je gambar. tapi rajin.
Saya nak jalan-jalan dengan encik zauj....ada beberapa event bulan ini. Event 30hb ni yang tak sabar.