Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Sunday, 9 October 2011

Motivate My Self

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema :
Muhammad Nabina

Untuk diri sendiri. Bagi semangat up sebab dah luntur & karat...habis terkikis...

Bagaimanakah ingin menjadi orang yang disukai ramai?
Adakah dengan menjadi popular dapat membuatkan orang menyukai kita?
Adakah dengan berkata-kata sahaja sudah mampu membuat orang terpesona dengan kita? Ataupun adakah dengan sentiasa menolong orang sehingga membiarkan diri kita ‘dipijak’ mampu memikat hati orang lain?
Sebahagian tip-tip untuk dikongsi bersama supaya ianya dapat memberi manfaat kepada semua.

- Sentiasa senyum kerana senyum itu sedekah.

- Tunjukkan yang kita benar- benar berminat dan mengambil berat terhadap orang lain.

- Ingat nama kerana orang akan berasa berbesar hati jika namanya diingati.

- Apabila bercakap dengan seseorang, cuba cari topik yang digemarinya.

- Jadi pendengar yang baik dengan menggalakkan orang untuk bercakap dengan anda.

- Cuba buat orang lain rasa dirinya penting dan bermakna. Lakukan dengan penuh ikhlas.

- Elakkan daripada bertengkar dan bertekak dengan orang lain.

- Hormati pendapat orang lain dan jangan sekali- kali mengkritik pendapat orang lain dan mengatakannya salah dan tidak boleh diterima akal.

- Jika kita bersalah, mengaku dan minta maaf. Jangan dikuasai ego sendiri.

Cuba sedaya- upaya untuk ‘meletakkan’ diri kita dalam diri orang lain. Percayalah, cara ini akan membolehkan kita akan lebih memahami seseorang. Namun, ia perlu dilakukan dengan penuh kejujuran.

Wednesday, 7 September 2011

CETUSAN MINDA 2


Pada Hari Kiamat seorang lelaki terperanjat besar apabila dihamparkan kepadanya suratan amalnya. Kerana terlalu banyak amal soleh yg tidak pernah dilakukannya tersurat disitu. Manakala sebahagian besar dosanya tidak langsung tercatat.


Lalu ia bertanya kepada Malaikat; benarkah ini suratan amal ku? Benar..jawab Malaikat itu tegas. Tapi mengapa begitu banyak amalan soleh yg tidak pernah aku lakukan tercatat di situ manakala amalan jahat ku langsung tidak dicatat?.. Tanya lelaki itu masih kehairanan.


Seraya tersenyum manis malaikat itu menjawab; sebenarnya ketika di dunia terlalu ramai org yg memburuk-burukkan mu di belakangmu, mereka gembira mengumpatmu tanpa pengetahuan mu serta memaki hamun mu sesama mereka. Lalu pada hari ni seluruh amalan baik yg pernah mereka buat diserahkan kepada mu, dan seluruh amalan jahatmu diserahkan kepada mereka. Lelaki itu lalu diiring penuh kehormatan oleh Bidadari Syurga bersimpuh di atas katil-katil yg berhias indah .. ♥ ♥ ♥

Tuesday, 6 September 2011

CETUSAN MINDA 1

Tiada rasa INGAT akan Tuhan tanpa UJIAN Tiada rasa KEHAMBAAN akan Tuhan tanpa kePASRAHan Tiada rasa PERGANTUNGAN tanpa kePAYAHan ALLAH TAALA memberi kemudahan dalam KESUSAHAN

Allah s.w.t. Berfirman"Orang-orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah, dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram"(SurahAr-Rad:28)

Cara yang baik menilai seseorang ialah daripada apa yang ia katakan,Cara yang lebih baik ialah daripada apa yang ia lakukan,dan cara yang terbaik ialah daripada apa yang ia sumbangkan.
Evan Esar

Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan tetapi, lihatlah apa yang telah kamu selesaikan
John Ruskin

kecemerlangan melibatkan displin dan ketabahan hati dalam mencapai tujuan
~John W.Gardne~

ORANG CEMERLANG ITU

ORANG CEMERLANG ITU

Aku terlihat
Orang cemerlang di mana-mana
Aku terdengar
Orang cemerlang di pelusuk dunia
Aku tersua
Orang cemerlang di sini sana.

Orang cemerlang
Hidupnya waras berimbang
Tiada rasa gusar bimbang
Apa lagi berhati walang
Ke mana pergi fikirnya segar
Berkembang

Orang cemerlang
Hatinya bersih jiwanya lembut
Tiada bisa dibibir mulut
Kerja ikhlas bukan pak turut
Bahu memikul tangan bersambut
Fikirannya tenang tidak berserabut
Semangatnya cekal rapat bertaut

Orang cemerlang
Sekali melangkah tidak kebelakang
Walaupun dikritik atau dibangkang
Walaupun terima surat layang
Sekali ia berjuang ia tetap berjuang

Orang cemerlang
Hidup berdikari teguh jati diri
Tetap pada janji tidak sekali mungkiri
Berkata benar tidak bersembunyi
Jauh sekali menyakiti hati.
Walaupun ia dicemburui

Orang cemerlang
Kerjanya bersungguh-sungguh
Arahan dan etika sentiasa dipatuh
Pegangan dan prinsip tetap teguh dan utuh
Digodam dihentam tidakkan rapuh

Orang cemerlang
Hidupnya penuh makna
Tidak dibuai mimpi lena
Bukan bodek sini bodek sana
Tidak juga terpesona
Kilauan emas mahupun permata
Atau
Manis madu racun berbisa
Yang menghancurkan diri
Dan nilai luhur manusiawi

Orang cemerlang
Tidak lupa tikar sembahyang
Tidak lepak-lepak jarang sembang-sembang
Sayang masa dan wang terbuang-buang

Orang cemerlang itu pakaiannya takwa
Bijak menolak dosa
Pintar menyerap pahala
Hatinya sentiasa redha
Juru auditnya pesuruh di bahu kiri dan kanan
Jadi perhati pada Allah semesta alam

Orang cemerlang
Tidak lupa jasa dan pengorbanan
Mahupun ibu bapa saudara pun bukan
Sering ingat budi dan jasa orang sepanjang zaman

Orang cemerlang
Ingin menggapai awan gemilang
Ingin mendaki puncak terbilang
Nan...
Di sini di kau dijulang
Kerana jasa dan bakti yang kau sumbang

Orang cemerlang
Tidak kenal putus asa
Biar pahit getir melanda
Ganjaran dan balasan bukan dipinta
Cuma...
Ia mahu hidup sejahtera
Syukur nikmat dari yang Esa.

Coretan orang bijak pandai

p/s puisi dari BSM MARA