Showing posts with label Saya Sayang Mereka. Show all posts
Showing posts with label Saya Sayang Mereka. Show all posts

Thursday, 12 January 2012

Siapa Nak Pakai Nametag Macam Ni??

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Cinta Pertama

Awak sihat? Saya harap awak sihat dan ceria-ceria selalu. Positf minda dan jiwa juga. Bersemangat untuk beribadat, bekerja, belajar, membaca, menjalani kehidupan sehari-hari dengan penuh barakah. InsyALLAH. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, I LOVE YOU ALLAH. (^___^). Senyum besar sikit.

Ihikssss....Saya ada banyak koleksi gambar. Banyak. Kali ni saya nak share koleksi nametag. Awak tahu nametag? Tanda nama. Awak pernah ada tanda nama? Mesti ada kan. Nametag masa sekolah, nametag kerja kalau awak kerja kerajaan atau cek ee' guu.Hehe.

Kali ni, nametag yang saya nak tunjuk, bukan nametag yg biasa2 ada tu. Ni nametah kreatif. Saya snap masa program re-orientasi kanak-kanak di sekolah saya. Kanak-kanak Tingkatan 2,3 dan 5 punya nametag.

Jom, kita intai-intai nametag yang kreatif tu. (Tapi gambar saya snap tak cun).


Yang ini bentuk apa yer?

Siapa nak guna spanar, boleh guna yang ni. hihi

Domo pun ada tau

Papaku pulang dari kota, papaku belikan kereta, kereta kecil warna kuning....

Yang ni apa pula?

Bentuk apa ni?

Macam tangan pun ada

Waaahhh...lolypop

Tapak kasut ke ni

Katak comel

Yang ni apa?

Yang ni, siapa tahu, apa ni?


Kreatif kan nametag macam ni. ada banyak lagi saya snap, tapi tak terupload lah kalau nk letak semua...
agak-agak, kalau maktab kita buat nametag macam ni, kanak-kanak semua nak pakai nametag ke kalau pergi kelas?

OK, SEKIAN DULU BUAT KALI NI.

positifkan minda dan jiwa.

Wassalam...

p/s nametag masa sekolah, masa zaman U, dan masa2 program di sekolah dan U, saya masih simpan lagi (^___^)

Saturday, 15 October 2011

Birthday Boy kena PRANK masa 16/10/2011

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Inspirasi

Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 14 buat Muhammad Faiz bin Hamzah. Semoga dilindungi ALLAH senantiasa, mendapat kejayaan cemerlang, terjaga akhlaknya, menjadi insan yang gemilang dan mendapat keberkatan di sepanjang hidup.

Itulah kisahnya, Faiz kena PRANK masa nak tunggu jam 12 tepat....
Lebih kurang jam 11.15 malam (15/10/2011) , gerakan PRANK faiz telah dimulakan.

Kisahnya, seramai 200 pelajar MRSM Batu Pahat, terlibat dengan Kem Jati Diri 2011. Adalah Form1, Form2 dan semua Form 4. Dan Faiz ni, salah seorang yang terpilih dalam kalangan Tingkatan 2.

Ustaz Azizul dari CSQ telah maklumkan kepada saya awal-awal, mereka dah dapat kenal pasti bakal bufday boy 16/10/2011. So, Ustaz Azizul nyatakan lah apa plannya. Jadinya, budak2 ni balik lewat sikit malam ni.

Dijadikan cerita, budak2 ni memang banyak buat salah. So, memang lah kena marah. Ustaz Lokman mainkan peranan mencari pesalah-pesalah sepanjang kem dijalankan. Memang ramai lah yang mengaku salah secara sukarela. Kisahnya, ada jugak yang conteng karpet kat Bilik Seroja. So, memang kenalah. Kena cuci karpet yg diconteng, malam tu jugak. Haaaa....lepas ni, jangan conteng lagi karpet kat Bilik Seroja.

Kiranya, si Faiz ni salah seorang yang mengaku buat salah. Salah apa? Tak boleh lah bagi tau. Cuma, dia mengaku, tapi Ustaz Lokman provok dia, yang dia ada salah lain dan ustaz ada bahan bukti.

Terkebil-kebil lah Faiz ni. Untuk nampak lebih real, Faiz tak seorang diri. Tanpa mereka ketahui, adalah beberapa mangsa keadaan yang juga diprovok apakah kesalahan yang dilakukan. Kesian kesian...

Yang cantiknya, mereka-mereka ni mengaku kesalahan mereka...
Pendekkan cerita. Faiz terus diprovok dan diprovok. Sampai tak terkata apa Faiz ni....sampai menangis la.. Sebabnya, Ustaz Lokman call mak Faiz, cakap Faiz ada buat salah. Ni memang call betul2...

Sampai lah Faiz dipaksa pusing membelakangkan pentas Bilik Seroja. Dan masuklah bahan bukti yang dibawa oleh kawan baik Faiz sendiri. Dan baru lah budak-budak lain tahu...Faiz kena prank. Tapi mereka2 ni diam je bila bahan bukti dah dibaa masuk. Cuma muka masing-masing dah senyum2 dah.

Sebelum tu, Faiz diprovok lagi untuk cakap apa kesalahan dia. Faiz masih lagi tak tahu. Dan untuk kali keduanya, Ustaz Lokman call mak Faiz. Masa ni, buka loud speaker. So, mak dia pun wish birthday kat Faiz, diiringi tepukan gemuruh oleh kawan-kawan yang lain. Menitis lah air mata Faiz masa tu...kih kih kih. Cuak muka Faiz sebelum tahu apa kes sebenarnya.... (Sebab memang dia ada buat salah, cuma dia sebut, tapi ustaz provok dia, sampai dia tak tahu, apa yg jadi sebenarnya).

Ok, ok...jom kita tengok drama pada malam tu.

Faiz tertanya-tanya, apa sebanrnya yang terjadi. Puas dia fikir, apa lagi kesalahan yang dilakukan. Ustaz Lokman marah-marah & provok habis-habisan...

Masa ni, Faiz dah disuruh pusing belakang. Waktu ni, faiz memang dah nangis. Sebab Ustaz lokman baru je lepas call mak Faiz...Misi mereka ni berjaya la. Ni lah bahan bukti, yang dibawa oleh kawan baik Faiz sendiri.

Time ni, semua orang dah senyum-senyum. Tapi mereka masih lagi diam

Ustaz call mak Faiz kali kedua. Kali ni, Faiz kena cakap sendiri apa salah dia. Dan Faiz masih lagi blur...waktu ni, Faiz dah nangis...sedih sebab mak "kecewa" dengan kesalahan yang dia sendiri tak tahu. Bila mak Faiz ucap SELAMAT HARI LAHIR FAIZ, setu bilik Seroja gemuruh dengan tepukan.

Nilah bahan buktinya (^_^)

Faiz nangis kegembiraan....SUPPRISE!!!!!!!!

Ok...Faiz dah senyum

Ni lah Abang Long untuk program Jati Diri. Abang Long kena suapkan untuk Faiz

Now, Faiz pula suap untuk Abang Long

Ok...now giliran Faiz suap untuk kawan-kawan yang lahir bulan 10





Faiz suapkan untuk kawan baik Faiz

Ni Kak Long. Kak Long kena suapkan untuk kawan-kawan perempuan yang lahir bulan 10


So, prank malam tu, berjaya. Then, ustaz-ustaz minta maaf kat semua orang termasuk Faiz. Semua orang tertanya-tanya, apa salah Faiz ni lagi, padahal Faiz dah mengaku apa yang dia dah buat.

Apa pun, malam tu, semua orang mengaku salah masing-masing di sepanjang Kem Jati Diri 2011 berlangsung..

Buat yang lahir bulan 10, semoga ALLAH pelihara di dunia dan akhirat. AMIN

p/s saya ppun pernah kena prank masa besday. Time sekolah dulu....

Nantikan aktiviti mereka sepanjang Kem Jati Diri 2011 MRSM Batu Pahat

Sunday, 22 May 2011

Pra Olimpiad Kemahiran Asas Tingkatan 1 (Kemahiran Tangan Kanan Tangan Kiri)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....


Baru-baru ni ada pra-olimpiad KAT 1.

Saya punya slot, slot Kemahiran Tangan Kanan Tangan Kiri.

Apa itu Kemahiran Tangan Kanan Tangan Kiri?

Actually, mereka di ajar kemahiran menggunakan opposite hand..

Maksudnya, kalau menulis tangan kanan, mereka kena tulis tangan kiri.

Kalau menulis tangan kiri, kena la menulis tangan kanan.


Untuk apa? Salah satu sebab, nak manfaatkan kedua-dua tangan.
Dan boleh gunakan kedua-dua bahagian otak...


Pra-olimpiad ni penilaian untuk mereka setelah menjalani KAT 1 beberapa bulan.
Ada banyak kemahiran yang mereka belajar.

Dan saya, ajar slot ini...
Jom, kita layankan gambar2 nya...
Ni baru part 1 punya gambar...nanti saya upload lagi.

Banyak sungguh gambar hari tu













p/s nantikan part 2...ada lebih banyak gelagat mereka

Thursday, 6 January 2011

Kisah Yang Lupa Nak DiEntrikan

Entri kali ni nak guna aku hokay...tak mahu skema sangat

Betul ke hape bahasa yang aku guna ni kat tajuk kali ni??
Ni kalau geng cikgu BM baca ni, mahu aku kena sekolah masuk kelas BM dia orang semula.
Belajar dengan kanak-kanak tuh...wehehehehehe........mau budak tak belajar.
Asyik tengok cikgu dia yg comel nih duduk dalam kelas belajar sekali.

Aku baru perasan sebenarnya, aku lupa nak wish kat budak-budak nih,
WELKOM BACK TO SCHOOL (lagi sekali aku rasa aku kena gak masuk kelas BI sebab aku salah eja dengan sengajanya).
tak mau tak mau...jangan jadi perosak bahasa.

Sebenarnya, memang lupa pun nak buat entri pasal budak-budak ni naik sekolah.
Bukan sengaja lupa, but memang lupa langsung.
Pagi tadi masa siap-siap nak pegi maktab terchenta ni, aku baru teringat...
Tapi aku mana pernah lupa kanak-kanak kecil & besar tu..
First day dah dengan mereka dari pagi sampai malam hokay...
Buat yang tak tahu, aku ni mengajar kat sekolah asrama...
Nak kata aku menagajr gila banyak, tak la..
But time aku, ada kelas sikit, yang lainnya masa dengan kanak-kanak kecil & besar.
So u all teka sendiri la aku ni cikgu cikgi ape..

Dah-dah. entri kali ni bukan nak cakap pasal aku ni sape..
Aku nak story pasal budak-budak...
Dan sebenarnya, nak wish kat kanak-kanak tu

SELAMAT KEMBALI KE MAKTAB TERCHENTA....
(kanak-kanak, korang cinta ke kat maktab korang ni?).
Tak terlambat kan wish...masih dalam 1st week even ni dah hari Jumaat...

Untuk aku, 2 hari dalam minggu pertama sekolah ni, aku ada projek re-orientasi kat kanak-kanak kecil & besar..
Tapi yang paling sangat la enjoy, is kanak-kanak kecil.

Nih, ada video singkat mereka....










Saya tak dera hokay...but ni antara aktiviti masa re-orientasi...

Good luck semua untuk tahun 2011 ni

Sarang heyo (^_^)

Saturday, 30 October 2010

Lagi Graduasi

Ni, ada sikit lagi gambar masa graduasi






Friday, 29 October 2010

Graduasi 1

Tamat sudah Majlis Graduasi MRSM Batu Pahat kali ke-8, pada 30 Oktober 2010..
Lega rasanya..Tahniah kepada semua graduan Tingkatan 3 & 5 kerana pada tahun ini, semua pelajar layak bergraduasi...
Kepada pelajar Tingkatan 3, semoga berjaya dalam PMR....dan pelajar Form 5, ingat kata-kata perasmi tadi, think out of the box...

Ada sedikit gambar bersama 3 Fatin (tiga-tiga Form 3)..
Tahniah....memori bersama kalian tak akan dilupakan...

Kenapa saya pakai jubah pink???
Owh, tu jubah ahli Senat....
Mana mortar board???
Dah malas nak pakai, sebab dah kepanasan duduk atas pentas dari awal sampai habis majlis.

Seronok meraikan kanak-kanak ni graduasi...
Semoga semuanya berjaya dan terus berusaha untuk berjaya dalam segala lapangan =)








Tuesday, 26 October 2010

Stress Board

Stress board ni dah lama wujud dalam bilik kaunseling... kat asrama pun tiap-tiap blok ada..
Untuk apa???
Daripada kanak-kanak tu conteng dinding melepaskan tekanan apa yang terbuku di hati..
Baik bagi white board untuk mereka conteng....
Ada macam-macam la benda yang kanak-kanak ni tulis...
Baik dari form 1, sampai la form 5 Cuma saja je kali ni nak share apa yang kanak-kanak ni tulis..
Kalau ikutkan, banyak juga gambar yang saya ambil..

Tiap kali ada ayat-ayat stress baru, mesti saya snap picture..
Simpan buat kenangan
Cuma kali ni, saya tak kata ayat-ayat stress...
But nice (^_^)

Jom, kita layan apa yang kanak-kanak ni tulis kat stress board kat bilik kaunseling...










p/s saya tak tunjuk semua...sebab ada ayat-ayat yang tak sesuai (^_^)