Tuesday 31 May 2011

RESTORAN MALDIVES

Waaaaaaaaaa..............
Best giler.....
Nak buat tadika macam ni ok ker?
Ni restoran, saya nak buat tadika macam ni la..
Tadika dalam air.....

















p/s meh kita cari lagi gambar2 menarik

Rumah Ronaldinho di Sepanyol

Grrrrrrrrrr.......
Nak rumah macam ni jugak lah...

Ni dikatakan rumah Ronaldinho....
Ye ke tak, entah ler....
Tapi kita layankan aje lah.....


Kita Bertanya, Al-Quran Telah Menjawabnya

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....

Kali ni nak share 1 jawaban dalam al-Quran. Saya pasti ramai sudah mengetahui akan hal ini. Tapi tak apa, saya sekadar nak share. Buat peringatan saya, yang kadang-kala terlupa.

Kita sering mengeluh di kala kita dilanda kesulitan atau ujian. Yang kadang-kala saya juga terlupa, semua ini dari ALLAH. Bila dilanda ujian / kesulitan, inilah yang ahrus kita ingat.........

Perkongsian daripada encik zauj, yang memberi ingatan (^_^)

JANGAN MENGELUH ..........

Kita selalu Bertanya....................dan Al-Quran sudah menjawabnya................. Renung2kn…

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?

- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."

- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

- Surah Yusuf ayat 12

Monday 30 May 2011

canon in D

ada apa dengan canon in D
hanya saya dan mereka sahaja yang tahu
yang suka dengan keindahan itu

menilai keindahan
asyik dengan canon in D
layan layan dan layan
saya suka.
sebab indah
semua versi hampir ada dalam simpanan

Sunday 29 May 2011

Surah Ar-Rahman

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....

Saya suka surah ar-Rahman...
Kenapa?
Cuba anda buka, baca & baca tafsirannya....

Ok, selamat membaca

=)

Wednesday 25 May 2011

Pesanan Imam Al – Ghazali kepada Anak Perempuannya di Hari Perkahwinannya..

Anakku:

Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan.. dan akan berada di tempat tidur yang tidak engkau kenal,dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya,

Itulah suamimu…;

Jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan; ia akan menjadi sebagai langitmu. Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan ia dapat kau jadikan tiangmu.

Jadilah dirimu seibarat seorang khadam kepadanya,nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu.

Jangan engkau memaksa – maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya…Dengan cara yang demikian akan menjadi ia rasa benci padamu,

Jangan pula kau menjauhkan diri, nescaya ia akan melupakan engkau. Kalau ia pula menjauhkan diri secara marah, kerana sesuatu sebab yang tertentu,maka yang seeloknya,jauhkan dirimu daripadanya semasa marah.

Peliharalah hidung, telinga dan matanya….Janganlah membiarkan ia menghidu sesuatu darimu melainkan yang harum. Janganlah membiarkan dia mendengar sesuatu daripadamu melainkan yang baik,dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripadamu melainkan yang cantik belaka..

Tuesday 24 May 2011

Surah Hujuraat dan kaitannya dengan kehidupan kita



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum....

Rasa menggigil nak buat entri kali ni. Takut sangat salah. Nanti dosa. Kang kena humban kat api. So, minta penjelasan dan pandangan dari Kak Nour, salah seorang sahabat dari Kumpulan Rahsia saya. Kumpulan usrah maya la kiranya ni. Sebab saya bukan ada kelas Talaqi. Saya tidak mahir. Saya membaca sahaja. Jadi lebih baik minta penjelasan yang lebih arif.

Hal macam ni, kena tanya yang lebih arif. Jangan hanya sikit je ilmu, tapi nak bagi penjelesana berjela. Salah faham kang, payah. Sebab asbabunnuzunnya berbeza-beza mengikut ayat. Better tanya yang ikut Talaqi.....atau yang memang mendalami ilmu tafsir Quran ilmu wahyu ni.

Sekadar kesimpulan sahaja. Bukan terjemahan setiap baris ayat. Kalau nak tahu tafsiran setiap ayat, boleh rujuk surah al-Hujuraat. Surah al hujurat ini akan dijadikan landasan dalam mengharmonisasi institusi sosial.

Secara ringkasnya:- surah ini menekankan tentang akhlak dan adab seorang muslim dalam kehidupan seharian.


# Surah ini juga menyeru ke arah adab terhadap Rasulullah saw.

# Orang beriman harus menyelidik dengan teliti semua berita dan tidak mempercayai begitu sahaja berita yang di sampaikan agar tidak ada pihak yang tidak bersalah terhukum akibat sikap kita yang terburu-buru. Contoh, A cerita kepada kita tentang B, so kita jangan bulat-bulat percaya apa A kata. Barangkali cerita itu sekadar sangkaan buruk A, atau cerita palsu A , atau sumber yang A dapat juga salah atau apa-apa sahaja. Sebaiknya kita selidik dahulu.

# Menyeru kepada menjaga hubungan sesama muslim dengan sebaiknya, disamping menerima perbezaan dari segi budaya, adat , pemikiran serta lain-lain selagi dalam landasan dibenar syarak. Ada mafhum hadith: bercakaplah dengan orang mengikut kapasiti inteleknya. Maksudnya: Dengan para petani, gunalah pendeketan dan bahasa yang sesuai. Tak perlulah semuanya ada jargon saintifik. Jika bercakap dengan saintis, gunalah bahasa begitu.


# Mengajak umat Islam meninggalkan sifat2 mazmumah, penyakit2 hati dan bersangka buruk. Satu hadith “Allah (SWT) tidak akan melihat niat buruk seseorang itu sehinggalah dia menyuarakannya atau melakukannya”. (riwayat Bukhari dan Muslim).

# Mengajak umat Islam meninggalkan tabiat suka persenda orang, cari salah orang,mencaci,menghina orang. Contohnya penulisan/kata-kata yang menghina orang dengan bahasa-bahasa keji walaupun niatnya baik untuk dakwah atau aibkan orang dengan meletak gambar yang memalukan orang itu.


# Jauhkan juga dari memperkata atau membincangkan hal orang lain yang tidak ada kena mengena. Sebaiknya, jika ada permasalahan yang dirujuk pada kita, jaga maruah perujuk itu. Hanya kita dan dia saja yang tahu. Tidak perlu dibincangkan secara forum di mana-mana. Jika niat kita baik untuk sekadar tanya pendapat, itu bukan hak kita untuk menyebarkan permasalahnnya. Hormati hak mereka.

# Dalam surah ini juga, ada diterangkan supaya menjauhi sangkaan terhadap sesama muslimin, kerana sebahagian sangkaan adalah dosa dan jangan suka mengumpat yang lain.

Boleh disimpulkan: Islam menitik beratkan keharmonian masyarakat. Adab yang mulia bermula dari hati yang bersih. Surah ini jelas menunjukkan tentang betapa beratnya kepentingan menjaga keharmonian ummah.

Kadang-kala kita (saya sendiri juga) mudah buruk sangka pada orang lain. Mudah menghukum apa yang orang buat. Dengan mudah menyatakan pandangan sendiri daripada pemerhatian yang dilihat. Ingat, kadang kala pandangan mata kita juga salah. Pemerhatian kita juga salah. Kalau orang diam, jangan mudah nak kata macam-macam, jangan mudah nak kata dari pemerhatian yang dibuat. Salah faham, jadi buruk sangka.

Saya petik daripada keterangan ayat ; " Hendaklah kamu tinggalkan sangkaan jahat terhadap sesama mukmin, kerana sesetengah sangkaan itu adalah dosa, iaitu apabila kami jahat sangka kepada orang muslim, yang pada zahirnya mereka orang yang baik. Tetapi sangka jahat terhadap orang yang terang-terang buat dosa seperti minum arak, berjudi, berzina dan sebagainya, maka tidaklah berdosa. "
(keterangan ayat surah al-Hujuraat).

Kita tidak boleh mencari aib orang dan membuka rahsia orang lain. Dalam keterangan al-quran ada menyebut " ............ menjaga pendamaian dan persaudaraan sesama mereka, kerana inilah jalan untuk mengukuhkan persatuan antara mereka".


Allah jadikan manusia pelbagai suku, kaum, bangsa untuk insaf, dan bukan untuk berperang melainkan berkenalan antara satu sama lain.


Banyak kesan salah sangka, salah faham, sangak buruk ni...kesannya mestilah tak bagus, malah meruntuhkan keharmonian ummah itu sendiri.

Lepas baca tafsir, keterangan ayat, dan penjelasan yang diberi Kak Nour, rasa sangat terkesan.

Jadi lepas ni, saya tidak kisah dah kalau ada lagi orang nak buruk sangka kat saya, mengata saya. Dan saya, berusahalah untuk tidak buruk sangka pada orang lain dan mengata orang lain.

Gambar Sebelum Kejadian


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....

Baru-baru ni, berlaku kejadian tanah runtuh di Madrasah Al-Taqwa, Ulu Langat, Kajang. Sebahagian daripada mereka telah kembali kepada Pencipta Yang Maha Esa.

Saya dapat gambar ni daripada FB sendiri. Ramai pengguna FB sharekan gambar ni, yang dikatakan diambil pada hari kejadian, iaitu sebelum berlakunya kejadian tanah runtuh itu.

Apa yang anda rasa bila anda tengok gambar ini? Saya rasa tenang dan sejuk melihat wajah mereka. Nak lagi yang depan sekali tu..comel je. Wajah mereka bersih.

Mereka tersenyum. Sedangkan malaikat Izrail dah nak menjemput sebahagian mereka. Mereka akan menghadap ALLAH dalam keadaan bersih. Sebab itu mereka tersenyum. Bersih seperti baju mereka.

Rasa panas jugak telinga dengar. Salahkan itu salahkan ini. Dah berlaku kot hal ni. Bangunan tak dapat kelulusan lah, apa lah..Nyawa ni..benda dah jadi. Madrasah ni pun dah lama dibina. Tu semua hasil amal jariah orang yang tidak dikenali yang nak tempat ni dibangunkan.

Sekurang-kurangnya, budak-budak di sini, jauh dari kebingitan dunia luar. Jauh dari kesibukan dunia luar. Mereka meninggal dalam keadaan runtuh, tapi akhlak & iman mereka INSYAALLAH tidak runtuh seperti mana runtuhnya tebing bukit di madrasah mereka.

Anak-anak itu, meninggal masa usia kecil, dengan amalan yang INSYAALLAH diredhai ALLAH. Kita yang masih hidup ni? Hidup pula dalam keadaan yang bukan damai seperti mereka.

ALLAH menjemput mereka yang amal banyak sebab nak lindungi dari dosa & ALLAH sayang mereka. ALLAH bagi kita peluang untuk menebus dosa & banyakkan amal agama.

Monday 23 May 2011

Tsubomi




Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....

Tinggalkan kejap entri pasal halal haram..
Saya masih lagi hunting passal halal haram ni...
Macam banyak sangat dah ni
Yang terbaru ni kecoh pasal meet ball IKEA pulak...

So, buat masa ni, pencinta tegar cheese cake, sila buat sendiri la dulu..dan cari sumber cheese yang halal...

Kali ni, nak share pasal 1 lagu yang saya suka.
Video klip ni dari 1 cerita Jepun...
Best tau...sedih sob sob T___T

Layankan la ek lagu ni...
Sedap le halwa telinga saya dengar....
Tajuk lagunya Tsubomi


p/s nak letak entri kedua pasal Tangan Kanan Tangan Kiri...budak-budak kecik dah tanya mana gambar lain (^_^)

Lagi Sumber Pasal Halal Atau Tak SR

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....

saya share link pasal halal atau tak secret recipe tu...
mungkin ada antara kita ragu-ragu, ye ke tak halal SR ni...macam pelik je tak halal.
hmmm, bab halal haram ni, kalau kedai makan tepi jalan pun boleh jadi tak halal walaupun tukang masaknya Melayu & Islam....sebab kalau sumber ayam daging yang digunakan tidak disembelih cara yang betul ikut kaedah Islam, dah jadi tak halal di makan.

SO, JANGAN PANDANG REMEH SOAL HALAL HARAM MAKANAN NI, SEBAB MASUK DALAM BADAN, JADI DARAH DAGING YER....KITA UMAT ISLAM WAJIB CARI SUMBER MAKANAN HALAL. NI BUKAN DARURAT TAK ADA MAKANAN.

ni, anda boleh klik kat sini , PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

so, kita buat lah pilihan yang terbaik untuk kita makan.

So, kalau kita tak tahu lagi HALAL ATAU TAK SECRET RECIPE NI....rajin-rajin la buka laman web HALAL JAKIM....
dah kalau kita meragui...tinggalkan saja perkara yang syubhah ni...lebih selamat.


p/s betul lah, boleh kata hampir semua kita dah TERMAKAN binatang oink oink tu... T__T
boleh ke samak perut??? kalau lah boleh, dah saya samak

Sunday 22 May 2011

Rendang Nasi Impit

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....



Tengah hari........
Rendang & nasi impit
Permintaan zauj ditunaikan (^_^)




Pra Olimpiad Kemahiran Asas Tingkatan 1 (Kemahiran Tangan Kanan Tangan Kiri)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....


Baru-baru ni ada pra-olimpiad KAT 1.

Saya punya slot, slot Kemahiran Tangan Kanan Tangan Kiri.

Apa itu Kemahiran Tangan Kanan Tangan Kiri?

Actually, mereka di ajar kemahiran menggunakan opposite hand..

Maksudnya, kalau menulis tangan kanan, mereka kena tulis tangan kiri.

Kalau menulis tangan kiri, kena la menulis tangan kanan.


Untuk apa? Salah satu sebab, nak manfaatkan kedua-dua tangan.
Dan boleh gunakan kedua-dua bahagian otak...


Pra-olimpiad ni penilaian untuk mereka setelah menjalani KAT 1 beberapa bulan.
Ada banyak kemahiran yang mereka belajar.

Dan saya, ajar slot ini...
Jom, kita layankan gambar2 nya...
Ni baru part 1 punya gambar...nanti saya upload lagi.

Banyak sungguh gambar hari tu













p/s nantikan part 2...ada lebih banyak gelagat mereka

Thursday 19 May 2011

Bunga Untuk Zaujku

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum....

Entri foto kali ni, atas permintaan encik zauj ku...
Minta upload gambar2 bunga yang kami hunting...
Ni gambar2 mentah. Saya tak edit pun. Just letak nama je...
Malas nak edit2 ni, nak mengadap lama2 untuk edit...

Buat zauj, ni zaujah dah letak yer.... (^_^)














p/s Khas buat sahabat-sahabat KUMPULAN RAHSIA (WKTI) hajar sayang semua. Semoga ukhwah kita bertambah erat. wuhuhuhu, belog ini dah tersebar kat semua WKTI...malu malu meow ni... (^_^)

Jaga ukhwah kita yer sahabat2 WKTI ..... (^_^)

Wanita Ibarat Bunga

Wanita ibarat bunga

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum....

Wanita ibarat bunga… cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara… Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya… kerana akhlaq itu umpama bunga diri.. Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk.. tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu… Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya… Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan… Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya….

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah. Kerana itulah… Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah… Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang berhemah.. sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.. sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang… dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya… Islam tidak membezakan kedudukan atau darjat seseorang samaada mereka wanita atau lelaki melainkan berdasarkan ketaqwaan mereka kepada Allah…

Firman Allah dalam surah an-Nisa’, ayat 24 yang bermaksud… “Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun.”

Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya : “Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah.” hari Muslim

Wanita Menurut Perspektif Islam

Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah (Mardhatillah). Allah telah berfirman, “Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun.”

An-Nisaa : 124 Rasulullah juga turut menyuruh umatnya supaya memperlakukan wanita sebaik-baiknya sebagaimana sabda baginda yang bermaksud : “Mereka yang paling sempurna dikalangan mereka yang ikhlas adalah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik dan yang terbaik dikalangan kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya.” hari At-Tirmidzi

Rasulullah saw telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud…. “Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu.”Al-Bukhary dan Muslim.


Terdapat perbezaan diantara pembawaan lelaki dan wanita yang tidak boleh dinafikan. Wanita secara fizikalnya lebih lemah dari kamu lelaki, oleh itu mereka tidak dapat melindungi diri merek dengan kekuatan mereka sendiri. Fitrah telah mengurniakan kepada wanita dua ciri iaitu kedegilan dan rasa malu yang merupakan dua senjata ampuh yang digunakan untuk memelihara diri mereka. Nilai sebenar wanita dalam Islam amat bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh wanita Barat. Nilai wanita bukan terletak pada fesyen pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.

Wanita menurut perspektif Islam adalah :

Wanita diciptakan sebagai penenteram dan penyenang hati. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya.” lah Ruum : 21

Wanita sebagai sumber kasih, sayang dan kelembutan. ” Dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang.”lah Ruum : 21.


p/s cantik tak bunga yang saya tembak tu (^_^)

Wednesday 18 May 2011

Sedapnya lah

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum....

Alhamdulillah...sedap dapat menikmati makanan di bawah ni.
Bila zauj & zaujah berjalan-jalan jauh.








p/s Kenapa lately suka buat entri pendek-pendek & letak gambar aje? mood menaip-naip tak datang lagi, but nak juga buat entri. Nak buat entri baru. But macam kena baca lagi.
Nanti la ek......

sarang heyo (^_^)



Senja di bumi ALLAH nan indah

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum....

Di suatu senja, di bumi ALLAH..
Ketenangan itu yang aku cari
Bersama zauj tercinta...
Yang tidak dapat ku beli di mana-mana..

Syukur ALLAH, Kau temukan kami berdua.
Dan kami nikmati,
Keindahan, ketenangan di bumi-Mu ini...







p/s kami berdua hunting-hunting menembak....

Lidah

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum....


Kali ni, nak share 1 artikel daripada salah seorang sahabat (yang dianggap kakak) dari Kumpulan Rahsia Saya. Sangat best untuk dibaca dan dijadikan panduan untuk kita. Semoga semua yang membaca mendapat manfaatnya.


Lidah

Kita mungkin pernah mendengar ungkapan-ungkapan sepert 'lidah tidak bertulang' atau lidah itu lebih tajam daripada pedang. Daripada ungkapan-ungkapan itu nyatalah tugas lidah atau tutur kata amat besar dalam hidup manusia. Kesan terlanjur cakap tidak kurang yang tergadai maruah dan kerana mulut atau tutur kata juga menjadikan badan binasa.

Jika kita merenung tentang kejadian alam ciptaan ALLAH nyatalah terdapat pelbagai keanehan dan perkara-perkara pelik yang dapat kita saksikan yang mana itu semua sebagai tanda tentang keagungan dan ke esaan ALLAH SWT.

Di antara keanehan-keanehan itulah kita temui lidah. Ia adalah daging berbentuk kecil dan lembut yang terlindung di dalam mulut. Lidah juga termasuk daripada anugerah ALLAH Yang Maha Besar yang amat mustahak sebagai penghubung antara satu sama lain, menerusi percakapan mahu pun untuk mencapai keredaan Tuhan.

Lidah jugalah yang boleh menyebabkan manusia itu terjerumus ke dalam api neraka.SubhanALLAH.

Berhati-hati

Oleh kerana lidah boleh membawa kepada perkara yang baik dan buruk, maka kita hendaklah berhati-hati dalam menggunakan lidah. Dalam hubungan lain, kita hendaklah berhati-hati apabila bertutur. Kesan tersalah cakap boleh membawa sakit hati kepada orang lain. Tidak kurang pula yang membawa kesusahan dan kerugian.

Oleh itu, sebaik-baik cara mengawal diri daripada perkara-perkara yang tidak diingini ialah dengan diam. Diam dalam erti kata tidak bercakap dalam perkara yang sia - sia dan tidak baik.

Sehubungan dengan ini Rasulullah SAW. ada bersabda yang bermaksud:

"Manusia itu ada tiga macam" (jenis).

Pertama: Yang mendapat pahala.

Kedua: Yang selamat daripada dosa.

Ketiga: Yang binasa.

Orang yang mendapat pahala ialah orang yang sentiasa mengingati ALLAH, berzikir dan sebagainya. Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam, manakala orang yang binasa ialah orang yang sentiasa melakukan perkara-perkara maksiat."

Orang yang beriman dan bijaksana selalunya tidak berkata atau bercakap sesuatu yang tidak berfaedah. Mereka seperti ini menjaga setiap tutur kata dan percakapan. Mereka mengelakkan daripada berkata sesuatu yang tidak berfaedah atau sia-sia apatah lagi mengumpat keji atau mencaci sesama manusia. Sesuai dengan Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Apabila kamu melihat orang mukmin itu pendiam dan mempunyai kehormatan diri, maka dekatilah dia, kerana dia akan mengajarkan kau ilmu hikmah."

Nyatalah orang yang beriman akan menggunakan lidah dan bercakap hanya untuk perkara-perkara yang berfaedah. Setiap patah yang hendak diucapkan difikir semasak-masaknya supaya setiap patah yang ditutur itu berfaedah dan mendapat pahala. Kita juga dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya, Kerana, semakin banyak kita bercakap, semakin banyaklah kesilapan. Orang-orang munafiq pula akan bercakap apa sahaja tanpa memikirkannya terlebih dahulu.

Di dalam sebuah Hadis lain yang diriwayatkan oleh Tarmizi dan Ibnu Najah dan Abu Hurairah, disebutkan Rasulullah SAW. ditanya tentang sebab terbesar yang membawa masuk syurga. Lalu Rasulullah SAW menjawab: Taqwa kepada ALLAH dan akhlaq yang baik." Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah SAW. menjawab: "Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan."

Daripada hadis di atas jelaslah penyalahgunaan lidah iaitu kerana tutur kata dan percakapan dan juga penggunaan kemaluan yang bertentangan dengan hukum-hukum boleh membawa manusia ke neraka.

Seorang ahli sufi yang terkenal, al-Hassan al-Basri pula pernah menyebutkan, orang yang tidak menjaga lidahnya ialah orang yang tidak memahami agamanya. Oleh itu, sebagai orang Islam, kita hendaklah menjaga lidah kita daripada bertutur perkara-perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah seperti mengumpat, mencaci dan berbohong.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Berbahagialah orang yang menahan kelebihan lidahnya dan membelanjakan kelebihan hartanya."

Untuk menjaga keharmonian hidup dalam masyarakat amatlah penting kira mengawal lidah agar tidak timbul perselisihan dan perbalahan. Sebuah masyarakat yang aman dan harmoni terbentuk kerana ahlinya hidup kasih mengasihi antara satu sama lain, tidak menghasut dan mempelagakan antara satu sama lain.

Luqmanul Hakim pernah ditanya: "Apakah falsafah hidupmu?" Beliau menjawab: "Aku tidak bertanya sesuatu yang telah memadai bagiku dan aku tidak memberatkan diriku akan sesuatu yang tidak penting bagiku."

Sahabat sekalian,tidak syak lagi penyalahgunaan lidah dan percakapan itu bukan sahaja menjadikan seseorang itu menerima seksaan ALLAH malah kesannya amat buruk kepada masyarakat. Kesan percakapan yang tidak sihat dan tuduh menuduh, umpat mengumpat dan hasut menghasut menjadikan sebuah masyarakat huru hara dan porak peranda.

Oleh itu kita sebagai umat Islam hendaklah berhati-hati apabila bercakap. Sebelum berkata, fikirlah dulu buruk baiknya kerana jika tersilap kata buruk padahnya. Peribahasa kita ada menyebut: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.Dengan apa yang dipaparkan ini, semoga dapat dimanfaatkan bersama... Insya'ALLAH.

House (Bunga)

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum....

Nak upload gambar hunting jauh tu...but nanti la dulu....
Tempat tu jauhnya la...but suka sangat....
Tenang dan damai...

bunga di rumah...........



Flower

Fresh

Red & White



Red & Yellow