Tuesday, 24 May 2011

Surah Hujuraat dan kaitannya dengan kehidupan kita



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum....

Rasa menggigil nak buat entri kali ni. Takut sangat salah. Nanti dosa. Kang kena humban kat api. So, minta penjelasan dan pandangan dari Kak Nour, salah seorang sahabat dari Kumpulan Rahsia saya. Kumpulan usrah maya la kiranya ni. Sebab saya bukan ada kelas Talaqi. Saya tidak mahir. Saya membaca sahaja. Jadi lebih baik minta penjelasan yang lebih arif.

Hal macam ni, kena tanya yang lebih arif. Jangan hanya sikit je ilmu, tapi nak bagi penjelesana berjela. Salah faham kang, payah. Sebab asbabunnuzunnya berbeza-beza mengikut ayat. Better tanya yang ikut Talaqi.....atau yang memang mendalami ilmu tafsir Quran ilmu wahyu ni.

Sekadar kesimpulan sahaja. Bukan terjemahan setiap baris ayat. Kalau nak tahu tafsiran setiap ayat, boleh rujuk surah al-Hujuraat. Surah al hujurat ini akan dijadikan landasan dalam mengharmonisasi institusi sosial.

Secara ringkasnya:- surah ini menekankan tentang akhlak dan adab seorang muslim dalam kehidupan seharian.


# Surah ini juga menyeru ke arah adab terhadap Rasulullah saw.

# Orang beriman harus menyelidik dengan teliti semua berita dan tidak mempercayai begitu sahaja berita yang di sampaikan agar tidak ada pihak yang tidak bersalah terhukum akibat sikap kita yang terburu-buru. Contoh, A cerita kepada kita tentang B, so kita jangan bulat-bulat percaya apa A kata. Barangkali cerita itu sekadar sangkaan buruk A, atau cerita palsu A , atau sumber yang A dapat juga salah atau apa-apa sahaja. Sebaiknya kita selidik dahulu.

# Menyeru kepada menjaga hubungan sesama muslim dengan sebaiknya, disamping menerima perbezaan dari segi budaya, adat , pemikiran serta lain-lain selagi dalam landasan dibenar syarak. Ada mafhum hadith: bercakaplah dengan orang mengikut kapasiti inteleknya. Maksudnya: Dengan para petani, gunalah pendeketan dan bahasa yang sesuai. Tak perlulah semuanya ada jargon saintifik. Jika bercakap dengan saintis, gunalah bahasa begitu.


# Mengajak umat Islam meninggalkan sifat2 mazmumah, penyakit2 hati dan bersangka buruk. Satu hadith “Allah (SWT) tidak akan melihat niat buruk seseorang itu sehinggalah dia menyuarakannya atau melakukannya”. (riwayat Bukhari dan Muslim).

# Mengajak umat Islam meninggalkan tabiat suka persenda orang, cari salah orang,mencaci,menghina orang. Contohnya penulisan/kata-kata yang menghina orang dengan bahasa-bahasa keji walaupun niatnya baik untuk dakwah atau aibkan orang dengan meletak gambar yang memalukan orang itu.


# Jauhkan juga dari memperkata atau membincangkan hal orang lain yang tidak ada kena mengena. Sebaiknya, jika ada permasalahan yang dirujuk pada kita, jaga maruah perujuk itu. Hanya kita dan dia saja yang tahu. Tidak perlu dibincangkan secara forum di mana-mana. Jika niat kita baik untuk sekadar tanya pendapat, itu bukan hak kita untuk menyebarkan permasalahnnya. Hormati hak mereka.

# Dalam surah ini juga, ada diterangkan supaya menjauhi sangkaan terhadap sesama muslimin, kerana sebahagian sangkaan adalah dosa dan jangan suka mengumpat yang lain.

Boleh disimpulkan: Islam menitik beratkan keharmonian masyarakat. Adab yang mulia bermula dari hati yang bersih. Surah ini jelas menunjukkan tentang betapa beratnya kepentingan menjaga keharmonian ummah.

Kadang-kala kita (saya sendiri juga) mudah buruk sangka pada orang lain. Mudah menghukum apa yang orang buat. Dengan mudah menyatakan pandangan sendiri daripada pemerhatian yang dilihat. Ingat, kadang kala pandangan mata kita juga salah. Pemerhatian kita juga salah. Kalau orang diam, jangan mudah nak kata macam-macam, jangan mudah nak kata dari pemerhatian yang dibuat. Salah faham, jadi buruk sangka.

Saya petik daripada keterangan ayat ; " Hendaklah kamu tinggalkan sangkaan jahat terhadap sesama mukmin, kerana sesetengah sangkaan itu adalah dosa, iaitu apabila kami jahat sangka kepada orang muslim, yang pada zahirnya mereka orang yang baik. Tetapi sangka jahat terhadap orang yang terang-terang buat dosa seperti minum arak, berjudi, berzina dan sebagainya, maka tidaklah berdosa. "
(keterangan ayat surah al-Hujuraat).

Kita tidak boleh mencari aib orang dan membuka rahsia orang lain. Dalam keterangan al-quran ada menyebut " ............ menjaga pendamaian dan persaudaraan sesama mereka, kerana inilah jalan untuk mengukuhkan persatuan antara mereka".


Allah jadikan manusia pelbagai suku, kaum, bangsa untuk insaf, dan bukan untuk berperang melainkan berkenalan antara satu sama lain.


Banyak kesan salah sangka, salah faham, sangak buruk ni...kesannya mestilah tak bagus, malah meruntuhkan keharmonian ummah itu sendiri.

Lepas baca tafsir, keterangan ayat, dan penjelasan yang diberi Kak Nour, rasa sangat terkesan.

Jadi lepas ni, saya tidak kisah dah kalau ada lagi orang nak buruk sangka kat saya, mengata saya. Dan saya, berusahalah untuk tidak buruk sangka pada orang lain dan mengata orang lain.

No comments:

Post a Comment