Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts

Monday, 2 May 2011

Kumpulan Rahsia

Bismillahirrahmanirrahim.

Awak ada kumpulan rahsia? Saya ada kumpulan rahsia. Apa tu? Saya nak cerita la ni pasal kumpulan rahsia ni.
Awak ada facebook? Rata-rata orang ada facebook kan. Dari facebook saya dapat ramai kawan baru. Yang saya langsung tak kenal, tapi ALHAMDULILLAH...ukwah itu menjadi sangat mudah.

Memanfaatkan penggunaan facebook dengan pelbagai diskusi dan terkadang tercuit dengan pelbagai kerenah manusia yang mana kebanyakannya saya langsung tak kenal dan ada yang memanjangkan tali persahabatan sehingga bertemu masa dan berpeluk jasad di dalam nyata. Betapa 'mudahnya' berukhuwah zaman ini sehingga ramai yang memandang remeh pada tali ukhuwah. Tetapi, dengan 'kemudahan' ukhuwah apabila dimanfaatkan dengan jalan yang betul insya Allah akan mendatangkan banyak kelebihan kepada kita.

Saya juga pernah berkesempatan bertemu dengan antara mereka. Dalam kumpulan rahsia tu, tak ramai pun..bak kata Insyirah ada dalam 30 orang, tapi yang betul aktif, dalam 10 orang.
Menarik mereka-mereka ni. Dalam pelbagai lapangan kerjaya dan peringkat umur. Ada cikgu, ada pengetua, ada pengurus library, ada pensyarah, ada usahawan, dan tak ketinggalan juga students universiti.

Saya sangat menghargai ukhwah bersama mereka ini. Daripada tidak kenal, sampai la kenal dan berjumpa. Bila berbicara dengan mereka, rasa macam dah sangat lama kenal. Segala kemusykilan, masalah agama, masalah lain-lain, dikongsi bersama. Hanya masalah rumah tangga saja tidak dikongsi di situ, kerana kakak-kakak tu semua banyak kali pesan, masalah rumahtangga jangan bincang secara terbuka dengan orang lain. Indah kan.

Sangat banyak pesanan agama daripada mereka. Kadang-kadang di situ juga jadi medan gurauan dan usikan. Saling mendoakan antara satu sama lain. Suami saya juga tidak kisah saya bersahabat dengan mereka. Malah siap pesan, manfaatkan ilmu yang diperolehi.

Persahabatan ini daripada pelbagai negeri. Percaya tak? Saya pernah menerima hadiah berupa abaya daripada salah seorang kakak di situ. Sangat cantik abaya itu. Bila ada adik-adik yang mengutarakan isu perkahwinan, ramai yang kemukakan pandangan, idea dan bantuan. Jadi seronok. Sebab kita akan rasa kita tidak keseorangan. Kalau kita kata kita sedih...kakak-kakak dan adik-adik akan peringatkan kita dengan macam-macam nasihat.

Alhamdulillah, jadi tenang di situ. Utarakan apa sahaja pertanyaan, INSYAALLAH, pasti terjawab. termasuk la hal-hal kesihatan, kewanitaan, apatah lagi hal-hal agama. Nak resepi juga pasti akan dapat. Seronok kan. Yes, saya seronok bersahabat dengan mereka.

Ni, saya nak berkongsi kata-kata daripada salah seorang sahabat di sana. Actually, pesanan ini dikongsi oleh Insyirah. But saya rasa sangat tersentuh dan rasa nak manfaatkan pesanan ini. Saya sesuaikan semula pesanan-pesanan itu ;


1. walaupun ini emak, tapi nanti, kita kena lebih kan perhatian pada emak mertua.

2. semua masalah suami isteri, selesaikan dengan suami. jangan rujuk dengan sesiapa kecuali kalau terlalu perlu, nak tanya emak, mintak kebenaran suami dulu.

3. jangan sekali-kali hebahkan masalah suami isteri atau masalah dalam keluarga suami pada sesiapun... walaupun pada emak... jaga maruah suami dan keluarga suami.

4. setiap manusia ada perangai baik perangai buruk, begitu jugak suami. belajar menerima. jangan terlalu mengharap kepada penghargaan. suami adalah makhluk. dia tak sempurna.

5. suami adalah pinjaman. jangan ingat harta peribadi. bila-bila masa Allah boleh ambil dalam apa cara sekalipun. jadi, gunakan masa dan peluang yang ada untuk berbakti sementara dia ada.

6. sebab dia manusia biasa, kadang-kadang mood dia baik, kadang-kadang mood dia tak baik. sabar. jangan emosi. jangan ego. biar dia ego tak apa. ego kita tercalar, Allah akan ubatkan.

7. suami jambatan kita untuk mencapai redha Allah. kalau suami tak redha pada kita, jauh dan payah lah perjalanan hidup kita nanti. jadi, selalu jaga perhubungan supaya suami sentiasa pleased with you.

8. hmm... while u can have friends, make sure that your husband knows who your friends are. limit your male friends only to those that your husband permits. never ever tell the problem of our life especially your love life to any male. at all. cousin pun tak bleh.

Ni ada lagi.

Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkannya. Jika tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik, banyakkan diam. Jika dirasakan memberi nasihat dirasakan terlalu berat, cukuplah menghulurkan doa dan munajat buat mereka.

Sebenarnya sangat banyak pesanan di sana. Syukur sangat Ya Allah kerana saya ditemukan dengan mereka semua. Benar, bersahabat tu bukan sekadar yang ada disekeliling kita saja. Tapi di merata pelusuk. Sebab itu saya pesan banyak kali kat entri-entri lepas, jangan mudah terasa dengan apa saya entri, sebab kawan saya bukan di sekeliling saya sahaja, tapi saya ada ramai kawan dan ada ramai lagi orang selain orang disekeliling saya.

To kawan-kawan yang terbaca blog ni, mungkin ada entri yang lepas2 buat kawan-kawan terasa, saya minta maaf sekali lagi. Jangan mudah salah faham. Dan andai saya banyak diam, saya diam sebab saya tidak mahu ada yang terasa. Tapi kalau diam saya ada yang salah faham, kan diam tu lebih baik dari berkata-kata. Bukan cakap ada apa dengan diam. Sebab banyak cakap dan sebab mulut lah yang akan membinasakan manusia. Buruk sangka dengan orang dan membuat pandangan yang salah. Melihat tapi salah tafsir. Ada apa dengan itu semua? Pada saya, biarkan saja sebab ada banyak lagi yang perlu difikirkan.


Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada semua. Kepada sahabat-sahabat niqabis & muslimah saya, semoga ALLAH meredhai ukhwah kita. Dan semoga ukhwah kita kekal & kita mendapat manfaat bersama. Saya sayang dengan sahabat-sahabat 'kumpulan rahsia' itu.

p/s rindu pada encik zauj (^_^)

Sunday, 10 April 2011

Kisah 2 sahabat

Terima kasih kepada seorang sahabat, ukhti Harlina
Alhamdulillah, persahabatan yang terjalin dengan Harlina dan sahabat-sahabat muslimah, mereka ini, banyak mengajar saya erti sebenar dalam sahabat.

Sahabat yang baik, tidak akan berkata buruk tentang sahabat sendiri, walaupun sepatah kata. Tidak akan cepat buruk sangka. Dan lebih menyedihkan, mengata kita buruk sangka terhadap diri dia. Begitu juga diri saya, yang sentiasa banyak kelemahan. Dan tidak layak untuk saya dibandingkan orang yang hanya rasa diri sendiri betul dan orang lain salah. Sebab saya hanya orang yang banyak kekurangan.

Kadang-kala, tidak semua kebenaran perlu kita ketahui. Kadangkala diam tidak membawa maksud apa-apa. Adalah lebih baik diam dari mengata tentang saudara sendiri. teringat kisah Wahsyi....Kalau ada yang masih rasa tak puas hati atau masih ada rasa sesuatu, ketahuilah, dan percayalah, diri ini sudah tidak rasa apa-apa. Buat apa nak salahkan sesiapa lagi kan. Macam budak-budak je..dah besar gajah pun (hahahahaha).


Ada satu kisah,

Ini adalah kisah 2 sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar dan salah seorang menampar temannya. Org yang kena tampar berasa sakit hati tapi tanpa berkata apa-apa pun dia menulis di atas pasir : HARI INI SAHABAT BAIKKU MENAMPAR PIPIKU.

Mereka terus berjalan sampai menemui sebuah oasis di mana mereka membuat keputusan untuk mandi. Orang yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya cuba berenang namun nyaris tenggelam dan lemas tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabatnya.. Ketika dia mulai sedar dari lemas dan berasa takut sudah hilang dia menulis di atas batu : HARI INI SAHABAT BAIKKU MENYELAMATKAN NYAWAKU.

Orang yang menolong dan menampar sahabatnya bertanya, "Kenapa setelah saya melukai hatimu kamu menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di atas batu pula?.

Temannya sambil tersenyum menjawab, " Ketika seorang sahabat melukai kita,kita harus menulisnya di atas pasir agar angin kemaafan datang menghembus dan menghapuskan tulisan tersebut. Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi kita harus memahatnya di atas batu hati kita agar ia kekal lama."

Yer, itu yang terbaik. kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa. Kadang kala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian. Sekiranya lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan..

* Maaf andai ada yang terasa dengan entri ini. Saya tidak bermaksud nak tuju pada sesiapa pun. Tak baik tau mengumpat. Best kot makan daging saudara sendiri. Ni peringatan untuk diri saya. saya insan lemah. Mungkin ada orang rasa diri dia hebat & perfect. Itu hal masing-masing.

Saya sangat menghargai persahabatan dengan Harlina, Ina, Kak Zima, Kak Chik, Kak Azah, Kak TATA, Idah, Marina, Ros Diana, Kak Nour.

Friday, 8 April 2011

Ceritera

Actually, tak ada idea nak buat entri baru.
But, tadi masa call seorang sahabat, terus dapat idea ni.
Sebenarnya, sekadar bergurau saya kata nak buat novel la pasal dia.
Dia pun jawab dengan sekadar bergurau.

Nama dalam setiap watak tidak akan disebut.

Beginilah pelbagainya teman-teman saya.

Seorang guru, habis waktu antara 1-2 petang.
Begitulah setiap hari Isnin - Jumaat waktu sekolah.
Kalau ada apa-apa waktu petang, akan kelas PGG.
Kalau tak ada, dia sangat seronok sambil menangis tengok drama Korea / Jepun.
Kemudian akan bercerita apa drama yg dia tengok.
Kelakar orangnya tiap kali dia bercerita.
Apa sahaja ceritanya, pasti semangat bila bercerita.
Hehe.....
Dan apabila waktu malam, dia akan datang ke asrama, dan menghalau budak2 yang tak nak pergi solat. Memang kena la siapa yang tak nak solat. Sebab dia sangat tak suka budak yang ponteng solat. Bagus kan cikgu macam ni.
Di kelas lain wataknya, di asrama lain wataknya
Anda tahu siapa???
Saya tahu, tapi biar saya saja tahu

Kisah seorang lagi...
Kehidupannya, sama...pergi sekolah, mengajar, balik pada waktu.
Cuma, saya kagum..semangat nak budak2 berjaya...
Tidak kira, jam 5pm, atau jam 11malam..
Hari biasa, atau hari minggu...
Pasti akan ada kelas untuk pelajar2 yang nak belajar + pelajar2 yang istimewa..
Niatnya hanya nak pelajar berjaya...
Sangat bersemangat dalam mengajar....
Dia ambil berat pasal kawan-kawannya.
Pernah jadi teman serumah saya =)
Terima kasih....
Anda tahu siapa?
Saya tahu, tapi biar saya saja yang tahu.

Kisah seorang lagi...
Hidupnya penuh dengan buku.
Gila-gila juga.
Buat pelajar macam adik-adik.
Dalam kecik-kecik orangnya, tegas dengan budak-budak.
Nampak macam selamba, tapi AWAS.....jangan main2...
Suka buat aktiviti untuk budak2 dalam kelas..
So, cara pengajaran yang banyak bergerak....
I like...
Anda tahu siapa?
Saya tahu, tapi biar saya saja yang tahu.

Kisah seorang lagi..
Penyanyang...
Sama ada budak2 atau kucing.
Pernah bagi saya makanan kucing, untuk kucing2 terbiar.
Dan, dia ada kamera canggih tu...hehehehe
Pengalaman dia, banyak...
Kalau nak tahu pasal nak mentadbir, tanyalah dia...
Banyak sangat pengalamannya...
Suka juga bawak kanak-kanak tu keluar..
Buat aktiviti....
Dalam kelas juga suka buat aktiviti....
Anda tahu siapa?
Saya tahu, tapi biar saya saja yang tahu.

Ada kisah seorang lagi
Ceti?Akauntan?Tauke?
Kesian dia, banyak tu kena buat akaun...
Macam2 akaun dia buat..
Tapi hebat tu...mengajar + akauntan...
Kira 2 keje dalam 1 tempat keje...
Anda mampu???Tapi dia mampu....
Gigih buat kelas malam2....
Kagum tak???
Anda tahu siapa?
Saya tahu, tapi biar saya saja yang tahu.

Ada kisah seorang lagi.
Saya ingat, dia banyak tolong saya...
Pendek kata, dia senang untuk tolong kawan2.
Dengan pelajar, baik..
Orangnya suka ketawa..
Komited dengan mengajar & pelajar.
Saya akan ingat setiap perkara yang dia tolong saya
Juga pernah jadi teman serumah saya =)
Terima kasih
Anda tahu siapa?
Saya tahu, tapi biar saya saja yang tahu.

Dan ini ada kisah seorang lagi
Dia ni, kelakar la..
Gaya2 manja gitu...
Paling saya ingat ayat dia
"kalau datang rumah aku, bawak kordial sendiri, air & cawan je aku sediakan"
Hehehehehe...
But, saya kagum, tengok semangat dia buat kelas malam2....
Anda tahu siapa?
Saya tahu, tapi biar saya saja yang tahu.

Siapa pun mereka, mereka mewarnai hidup saya..warna-warni kehidupan.....hehe...
Begitulah saya kagum dengan orang2 disekeliling saya...

Panjangnya entri ni... T___T
Kepada teman-teman yang memang saya ceritakan di sini...
Jangan marah yer...pinjam kisah-kisah teman-teman...
MAna tahu, jadi inspirasi kat orang lain pulak...
AMIN
Ok....tata...nanti sambung entri lain pulak...

Tuesday, 22 February 2011

Mesej yang saya dapat

Saya sangat tersentuh dengan mesej yang saya dapat dari seorang pangkat kakak.
Ada banyak kebenaran dari mesej Kak Zima @ Ticher Nur.
Berkali2 saya baca...saya nak share sama apa yang Kak Zima sent kat saya..

"insyaAllah, ukhwah ini sudah berada di landasan yang betul, cuma akak nak pesan, bila kita dah betul makhluk terlaknat itu sangatlah dia tak suka, maka nanti, pelbagai lah daya dan helah akan mereka cuba untuk putuskan atau fitnah ukhwah nih... jadi sama2 lah kita jaga hati kita supaya takader ruang untuk mereka menjerumuskan kita ke dalam neraka. Wallah, it should be the basis for all friendship.

sebab ikut experience akak, orang pompuan nih sangatlah lemah dengan hasutan syaitan. sangat mudah untuk memutuskan ukhwah kerana perkara dunia yang remeh temeh. adat berkawan, mesti ada percanggahan, mesti ada ranjau, mesti ada duri. macam relationship jugak. jadi, jangan lekas amik hati. beristighfar dan sentiasa jaga hubungan yang berlandaskan tauhid kepada Allah. insyaAllah, semua akan jadi mudah.

hahaha... panjang nyer tulis... cikgu tadika menulis untuk cikgu mrsm feh! tuh belum lagi pengurus library tulis tuh... lagik panjang nanti. silap2 terus masuk blog entry wakakaka ok! jangan amik ati yer kalian sisters ukhwah fillah ♥ u all ... tak lupa jugek professor sugar and spice and everything nice ... buttercup! bubbles! & blossom! and so, power puff girls were created!"


Kak Zima...entri ni dah masuk belog saya tau...waaaahahahahaha
TQ sis
Luv u

sarang heyo ^_^

Monday, 21 February 2011

TEMAN

Teman,
Masih aku ingat lagi perkenalan kita dahulu,
sejak di zaman persekolahan,
Kita menjalin ukhwah persahabatan,
Bersama teman-teman yang lain.

Teman,
masih aku ingat lagi
kau selalu memberi aku semangat untuk terus berjuang
dalam lapangan ilmu

Teman,
masih aku ingat lagi
kau selalu bercerita tentang cita-citamu
perjuangan ilmu mu
dan cerita mu itu, selalu membuat aku cemburu
akan setiap kejayaanmu

Teman,
setelah lama masa berlalu
segalanya telah berubah
kau hilang tanpa kata
entah ke mana

Teman,
Kini kau kembali

Teman
Hari ini aku sudah mempunyai teman hidupku
yang ku harapkan hingga ke syurga
namun teman,
aku tahu, kau kecewa dengan keputusan ku

Teman,
maafkan aku
DIA menentukan segalanya
dan aku yakin dengan keputusanku

Teman
terima kasih atas doamu
dan andai keputusanku membuatkan kau memutuskan persahabatan ini
aku terima

Terima kasih teman

Thursday, 17 February 2011

Ketepikan saja semua itu

Saya


Banyak pengajaran yang saya dapat sebenarnya dalam bersahabat.
Dan kadang kala membuatkan saya terfikir, adakah saya perlu berhati-hati dengan semua orang yang saya berkawan?

Adakah perlu saya rasa curiga dengan semua orang di sekeliling saya?

Entah.
Saya tidak ada jawapan pada persoalan itu.

Kadang-kala saya serik untuk ada sahabat yang rapat.

Tapi kadang kala saya rasa saya perlukan itu.

Sebab sifat manusia itu sendiri.

Ada kala positif.

Ada kala negatif.
Mungkin juga saya jadi serik untuk membantu orang yang digelar sahabat.

Betul ke?

Saya tidak ada jawapan untuk itu.

Hati ini pernah disakiti oleh insan yang bernama sahabat.

Perit, pedih, malu. Rasa tertipu.
Entah, tiada jawapan juga untuk itu.

Barangkali saya lebih selesa untuk berkawan biasa sahaja dengan semua orang.

Dan jawapan yang paling tepat untuk semua persoalan saya

SIKAP BERLAPANG DADA.
Ya, itu yang terbaik.

Saya????

Saya perlu lakukan itu.

Biarkan..ketepikan saja semua itu...

Thursday, 27 January 2011

Sahabat



"Sesekali Jadilah kawan yang

mendengar dari yang hanya bercerita...

ambillah MASA untuk

memahami hati dan perasaan KAWAN,

kerana dia juga seorang

MANUSIA...

DIA juga ada rasa takut,

ada rasa...bimbang,

sedih dan kecewa...

dia juga ada kelemahan dan...

dia juga perlukan KAWAN,

sebagai KEKUATAN....

jadilah kita KAWANNYA itu,

kita selalu melihat dia ketawa

tetapi mungkin sebenarnya

dia tidak setabah yang kita

sangka...

di sebalik senyumannya itu

mungkin banyak cerita sedih

yang ingin diluahkan...

di sebalik ketenangannya itu,

mungkin tersimpan seribu kekalutan,

kita TIDAK TAHU...tetapi

jika kita cuba jadi

sahabat seperti dia,

mungkin kita akan TAHU...