Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Sunday, 29 January 2012

Red Velvet a.k.a Baldu Merah? Ini kek lah

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Awan Nanonanonanonano

Ini projek hujung minggu saya. Godek-godek bahan-bahan yang ada kat dapur. Phew phew...ada bahan yang tak ada. Sementara masih rajin, ada baki-baki kegagahan minggu ini, buka iPad2, buka FB, buka inbox...cari-cari resepi yang diberi oleh Ticher Ina. Cek cek...., okeh.......boleh on lah hujung minggu ku supaya mablesssss

Eh, awak....awak sihat? Lupa nak tanya...Harap awak sihat. Saya? Kureng sikit....Tapi apa pun, syukur alhamdulillah. Terima kasih ALLAH, TQ ALLAH. I LOVE YOU ALLAH.

Positifkan minda dan jiwa.

Hujung minggu saya dipenuhi dengan warna warni resepi...Kali ini saya cuba kek baldu merah a.k.a RED VELVET CAKE. Taraaaaaaaaaa,jom tengok resepi.....yang ni dapat dari Ticher Ina.


1 1/2 cups butter, softened to room temperature*

2 cups sugar or less

3 large eggs

1 1/2 cups vanilla yogurt

3Tbs. red food coloring

1 1/2 tsp. vanilla extract*

3 1/4 cups flour

3 Tbs. cocoa powder

1 1/2 tsp. baking powder

1 tsp. baking soda

3/4 tsp. salt



Preheat oven to 350 degrees F. Grease and flour two 8-inch or 9-inch cake pans or line three muffin pans with cupcake liners.


In a large mixing bowl, cream butter and sugar till light and fluffy. Add eggs one at a time. Combine yogurt, red food coloring and vanilla extract in a small bowl. Sift together flour, cocoa powder, baking powder, baking soda and salt in another bowl. Alternate adding the yogurt mixture and flour mixture into the large bowl. Pour batter into prepared pans or lined muffin pans. Bake for 30-35 minutes (15-20 minutes for cupcakes) or until a toothpick inserted in the center of the cake comes out clean. Cool completely.

Owh, bahasa Inggeris. Al maklumlah, Ticher Ina cikgu english..... Tapi, saya ada jumpa resepi di internet. Kalau awak tengok resepi ni, gunakan yogurt vanilla. Serius saya tak jumpa. Pusing-pusing Batu Pahat ni, tak ada. Saja je mereka ni tak bagi saya buat. Tapi saya gigihkan juga nak buat. Cari resepi. Then mereka guna buttermilk. Lagi la tak tahu, but ada option lain. Guna susu segar + cuka, dan perap 10 minit. Saya malas nak copy pepanjang, saya bagi linknya, awak buatlah sendiri. Ini dia resepi lain KLIK SINI.

Kalau ikut resepi asal, guna pewarna merah tu banyak. Tapi saya, saya guna sikit je. Saya letak dalam 2 sudu teh. Sikit je saya letak. Sebab saya takut pulak nak makan tengok merah menyala. Cuma bila dah siap bakar, tak cung sangat la kalernya....

Ehehehe..... Macam mana cara nak buat? cara nak buat pun awak boleh tengok sendiri kat situ.

Cuma masa nk buat topping tu, disebabkan saya punya oven comel....Jadinya, saya boleh bakar untuk 1 loyang aje. Kek ini memerlukan beberapa lapisan. Maka, saya buat keputusan, guna loyang tinggi gomokkk dan belah 2.

Aha..ada kes yg jadi. Kek dah masak, mudah nak keluarkan dari loyang. Tapi masa nak belah tu. Adalah adegan terpecah bahagian atas. Maka, bahagian atas saya jadikan bahagian bawah. dan bahagian bawah, saya jadikan bahagian atas...Selamat kek saya....

Saya tak ceritakan perincian cara membuat topping dan cara menghias. Awak boleh tengok kat laman yang saya link kan tu. Sama aje. Sebab saya refer kat situ jugak.

Apa rasanya? Mestilah saya cakap sedap. Nyummmyyy.....Moise moise....lemak2...huhu, berlemak2 lah saya.


Sekilas pandang aje.....

Masa dah siap bake... Ada kesnya di sini...Tapi......Biarlah rahsia

Ini rupa bila dah dipakaikan baju. Sila abaikan bajunya yang tak serupa bikin tu.Ampun yer, saya tak ada bekas tingkat yang khas untuk salut topping pada kek, yang boleh putar2 tu. Saya juga tak ada alatan yang memang guna untuk topping. Saya hentam aje dengan senduk kayu. Hahaha. Maka inilah rupanya...

Warna kek saya tidak mengancam keselamatan untuk makan. Ala2 coklat merah aje. Sebab saya langgar resepi.

Nanti saya cuba lagi. Saya ikut resepi betul untuk kekalkan warna merahnya menyala-nyala.


OK, SEKIAN DULU BUAT KALI NI. Selamat mencuba

positifkan minda dan jiwa.

Wassalam...

p/s dapat lagi resepi baru. Napoleon Cake...bukan Napoleon Bonaparte yer....kihkihkih

Tuesday, 6 September 2011

Daging Salai Masak Lemak Cili Api Style Saya

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Mr. Simple


Awak suka makan lemak cili api tak? Ada orang kata lemak cili padi. Tapi sama je la kan. Daging salai suka? kalau buat lemak cili api...wah wah, terangkat.

Kali ni, saya nak share resepi la. Ni style saya. Dan ramai orang negeri sembilan yang guna resepi ni. saya dapat pun dari abah saya. Ni saya tanya2 dengan orang Negeri Sembilan, memang guna resepi ni.

Dalam resepi ni, awal2 saya cakap, tak guna bawang tau. TIDAK GUNA. So, jangan pelik. Memang tak guna bawang. Ada resepi yang guna bawang dan ditumis. Tapi saya tak tumis.

Jom....intai jap


Bahan-bahan :
Daging yang telah disalai,dihiris nipis
Kunyit hidup/serbuk kunyit (saya guna kunyit hidup)
Cili api secukup pedas
Serai
Santan
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya :
Tumbuk cili padi, dan kunyit. (saya blend je)
Rebus daging, dengan bahan tumbuk dan serai yang telah dititik.
(rebus tapi menggunakan air yang tak banyak sangat, agak-agak sehingga daging bertukar warna & lembut). Kemudian masukkan santan, garam.
Bila dah masuk santan, jangan lama sangat, api jangan besar sangat, dan kena sentiasa kacau. Sebab tak nak santan jadi pecah minyak.
Ok, dah siap.

Saya main agak2 je nak masak banyak mana. So, saya tidaklah sukat-sukat. Senang kan....yang penting, salai daging tu dulu. Salai ek, bukan goreng...

Ok, selamat mencuba