Thursday, 23 October 2014

Pão de Açúcar (Sugarloaf)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema :  Come Back Home (tak ada kena mengena dengan homesick)


Tudo bem? 

2 hari tak up entri baru kan. Tak sempat. Sibuk bergaduh dengan Aqilah. Hehehehe....

Last entri kan saya katanak asingkan view. Ok, kali ni nak share picture Sugaroaf atau orang tempatan sebut Pao De Acucar (Cara penulisannya lain. Ada huruf-huruf Portugis sepatutnya).  


Pao De Acucar ni sebenarnya gunung. Saya perhatikan, gunung-gunung kat Brazil ni gunung batu...ditumbuhi pokok-pokok. Pokok pun boleh hidup kat batu. Apatah lagi manusia yang ada kudrat, boleh usaha untuk teruskan hidup. Boleh usha auntuk berjaya kan. Unik ciptaan ALLAH. Pokok-pokok boleh hidup kat batu-batu yang macam batu sungai tu. Tapi gunung.



Nama Pao De Acucar (Sugarloaf) sebab bentuk gunung macam roti gula. Ni pendapat orang tempatan pada zaman dulu kala lagi. Jadi tempat ni salah satu tarikan pelancong. Ada cable car. Nak naik kena beratur. Nak lagi kalau cuara panas dan cerah. Sebab kalau cuaca sejuk dan berkabus...memang tak nampak apa. Rugi naik. Dah la bayar mahal.


Sebelum tu nak share sikit perkongsian yang saya dapat mengenai sedikit isu rasiscm kat sini. Di Brazil, isu rasis sangat dipandang serius. Tak boleh panggil-panggil black people, white people....sangat sensitif. Kalau sebab ni jadi pergaduhan, jadi kecoh...masalah berat. Orang yang mencetuskan boleh kena dakwa. Bak kata orang tempatan di sini, membunuh ke, merogol ke, tak apa lagi. Tapi kalau bab rasis...masalah besar. Maka, hormat warna kulit orang lain. 


Ok. jom kita layan sikit gambar-gambar Pao De Acucar (Pao tu roti, Acucar tu gula )










Bonita (cantik) !!!!!

Nanti saya share lagi yer. InsyaALLAH....

Akhir kata.....positifkan minda dan jiwa

Wassalam


No comments:

Post a Comment