Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts

Thursday, 12 April 2012

Yang Sinonim Dengan Saya Pada Satu Ketika Dulu. Awak Pun Sama Kan???

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Nostalgia

Awak apa khabar? Harap awak sihat dan mendapat rahmat Allah. InsyALLAH. Sebelum itu, positifkan minda dan jiwa.

Entri kali ini, saya nak imbas kenangan saya dan awak juga. Kalau awak lahir sekitar tahun 80an dan awal 90an. Gara-gara tadi lah ni, saya berface book. Saya jalan-jalan kat home, ternampak lah satu link ni yang kawan saya share...Ha, terus saya excited. Bukan apa pun, dia link asam manis ( yang bulat) tu.... Tu antara makanan ringan saya masa saya kanak-kanak yang comel dulu. Hahahahaha. Lantas, terus saya cari dan cari lagi. Banyaknya saya jumpa kenangan lama....

Jom, saya bawa awak imbas kenangan awak dulu. (kenangan awak ke kenangan saya? Tapi sama je kot). Awak dah ready nak berlepas ke? Kita nak kembali ke zaman kanak-kanak awak ni. Pakai sitbelt tu, kang awak tercampak pula sebab excited. Hihihi


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




Sedapnya keropok ni....ni keropok durian.....Lalalalalala.....sedapnya. Masa saya kanak-kanak, ni antara keropok yang saya suka makan. Ada lagi ke keropok ni? lama dah tak nampak.



Awak pernah makan gula-gula susu ni? Sedap tu...ada macam-macam rasa. Ada rasa rose (saya panggil starawberi) , ada jagung, ada kopi, ada coklat. Sedap ni. Ni gula-gula upah kalau saya tolong mak pergi kedai. Ngeh ngeh ngeh.



Tadaaaa.......ni namanya recorder. Masa kelas muzik masa darjah 4, saya guna alat ni. Main tiup-tiup, cikgu bagi note... Hihihi...macam-macam lagu main. Ada lagi lagu yang masih saya ingat notenya walau saya dah lama tak jumpa benda ni.


Owh, yang ni memang nostalgia. Sampan kertas. Comel kot. Saya ingat lagi, masa kelas seni masa saya darjah 1, cikgu suruh buat sampan ni, dan hias dengan kertas warna. Maka , aktiviti tampal-menampal kat sampan ni. Masa tu, saya sekolah kat Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera, Jalan Kebun Teh, Johor.


Yay! ni gula-gula getah. Manis dan rasa buah. Ada orang, telan tau gula-gula getah ni lepas dikunyah-kunyah. TAPI kan, masa saya kanak-kanak, kawan saya kata, jangan telan, nanti boleh mati sebab gula-gula getah ni lekat kat jantung. Haaaaaa..........ada yang kata, lekat kat perut. Lalalalahaiiiiiiiiiiiii kanak-kanak. Siap ada kawan saya, akan tepuk belakang kawan saya yang tertelan gula-gula getah ni.



Zaman saya dulu, saya tak ada biskut orea atau biskut tiger... Ni lah biskut favorite saya. Biskut butang manis. Yang asing warna-warni atas biskut tu, manis.... Selalu saya akan makan gula tu dulu. Habis saya makan gula tu. Biskut saya tak makan. hahaha. kena marah dengan mak. Sama jugak kalau biskut yang ada krim. Biskut tak makan, saya makan krim je. Biskut ni beli timbang kat kedai.

Ha...yang ni saya panggil gula-gula duit masam manis. Namanya asam manis. Kalau zaman sekarang ni, banyak jumpa dalam kek asam manis.....


Tadaaaaa.........saya pernah buat ni. Guna tali warna warni. Tali ke? Macam benang kot. Ni budak-budak perempuan suka buat dulu. Sama ada pakai kat tangan sebagai band, atau gantung kat beg sebagai keychain. Atau kat pencilcase....... Kreatif kan budak-budak zaman saya dulu. Siap ada yang ada nama lagi. Lagi 1, jalinan yang guna ribbon kain tu. Apa ntah namanya. Tapi tu pun boleh jadi keychain. Warna warni tu ribbon yang saya guna dulu. Kalau band yang macam dalam gambar ni, saya dah lupa dah nak buatnya. Tapi kalau yang guna ribbon tu, saya ingat lagi. Lalalalalala

Hokay......pernah main pistol ni? Ha.....saya pernah kot. Sebab adik saya lelaki. Secara tak langsung, permainan dia, permainan saya juga. Cuma, peluru kertas warna merah tu, kalau kena air, habis lemau. Tak boleh main dah. Berangan masa ni jadi polis......ngeh ngeh ngeh.


Gula-gula ni, saya panggil gula-gula susu rabbit. Ahahahaha. Bukan susu rabbit tau. Tapi gula-gula ni gula-gula susu dan pembalutnya gambar rabbit. Ngeh ngeh. Gula-gula ni katanya dah tak boleh makan sebab kandungannya.


Ok, ni saya panggil gula-gula udang. Dalamnya ada kacang hancur. yang bestnya, plastik / kertas yang balut gula-gula tu, boleh dimakan. TAPI katanya gula-gula ni tak boleh makan juga. Errrrrrrr



Haaa...yang ni pula. Belon lembut boleh bentuk-bentuk. Apa ntah nama betul belon ni. Belon ni kalau lemau, penat woooo pipi nk tiup. Guna straw kecik tu, picit belon yg macam ubat gigi tu, letak kat straw, tiup......then buat la picit-picit sampai kecik. Waaaaaaa..........


Pernah makan ni? Ni buah koko. Sedap tau. Pokok koko ni rendah je. Dulu banyak tanam kat kampung mak saya. Saya pernah ikut kembar mak saya ( arwah pakcik saya, mak saya kembar lelaki perempuan) petik koko kat kebun dia. Sambil dia petik, saya pun petik sama masuk mulut saya. weeee............bahagia (^_________^)


Huaaaa....cukup kot. Walau banyak je lagi benda yang saya nak sumbat. Ni antaranya lah. Kot ada lagi, siapa-siapa nak share, boelh lah share, pengalaman masa kanak-kanak. Ni antara yang sinonim dengan saya masa kanak-kanak dulu. Macam kata anak murid saya lah, saya mendera dia dengan gambar-gambar makanan ni. Padahal, saya pun mendera diri saya dengan gambar-gambar ni. Haisssshhhhhhhhh

Semua gambar-gambar ni, saya dapat dari FB dan Google

Ok, sekian dulu. Akhir kata dari saya, TENGAH BUAT APA TU..........

Positifkan minda dan jiwa.
Wassalam

Thursday, 3 November 2011

Biarlah Orang Mengata Kita

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Spirited Away

Saya dapat ni, dari FB. Buat peringatan kepada diri sendiri & juga sharing dengan sesiapa yang membuka blog saya ni.


BIARLAH ORANG MENGATA

Biarlah orang mengata kita, jangan kita mengata
Biarlah orang memfitnah, jangan kita melakukannya
Biarlah orang menzalimi kita, kita maafkan saja
Biarlah orang mencaci kita, doakan petunjuk buat mereka

Bercakaplah yang memberi faedah, atau diam lebih baik
Kenangkanlah budi orang, lupakan jasa kita
Balaslah jasa orang, lupakan jasa kita
Balaslah jasa orang, lupakan kejahatanya

Alangkah baiknya, balas kejahatan orang dengan kebaikan

Wahai saudara-wahai saudari,
Itulah panduan kita
Jadikan ia panduan, di dalam pergaulan
Krisis tidak akan panjang, permusuhan tidak berlarutan
Itulah panduan, jika ingin aman dan harmoni

Tuan atau puan,
Begitulah Islam memberi panduan
Untuk keselamatan hamba-hambaNya di dunia
Tidak ada pada ajaran, agama-agama lain
dan sebarang ideologi,
Hanya ada pada Islam yang sejati

Begitulah sebahagian, ketika didalam pergaulan
Marilah kita bersama-sama, mengamalkan bersungguh-sungguh
Walaupun berat sekalipun penat, Untungnya banyak di dunia akhirat




Sunday, 30 October 2011

Anda Kategori Mana Di Facebook? - Perkongsian Dari Sahabat

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : HambaMu


Dah beberapa kali saya nampak gambar yang saya update untuk entri kali ni di FB. Cuma, apabila seorang sahabat (Kak Chik) share gambar ni di Wall FB Kak Chik, dan kata2 yang Kak Chik share dari Prof Dr.Muhaya, menarik saya untuk share.

Sekadar perkongsian bersama. Ini lebih kepada peringatan kepada diri saya sendiri. Gambar ni merujuk kepada status kita di FB. Kata-kata / Post / Status / Video / apa sahaja yang kita share di FB.

Hayati, renung dan muhasabah diri sendiri.



Klik gambar untuk lebih jelas
"Sama-sama renungkan termasuk diri saya sendiri. Golongan yang mengutuk jelas punyai nilai diri yang rendah dan bersedialah untuk sakit fizikal dan jiwa dan miskin dunia dan akhirat. Jika kita asyik mengulas keadaan tanpa mengambil tindakan cuba muhasabah diri dan keluarga sebelum mengulas masyarakat. Sebagaimana kita niat begitulah insyaAllah penerimaan manusia. Jika kita bajet bagus ilmu tidak akan sampai ke jiwa manusia. Lagi kita tunjuk erti lagi kurang kita ada. Wallahualam" ~ Prof Dr.Muhaya

p/s FB sendiri saya pandang sepi. buka sekadar masuk group. itu pun macam dah malas nak aktif FB. rasa2 nak deactive saja.....

Sunday, 2 October 2011

Allah Jua Sebaik-baik Tempat Untuk Merintih & Mengadu

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Law Kana Bainana

Dalam hidup kita seharian, pasti akan ada perkara yang merungsingkan kita, sehingga membuat diri kita sedih, rungsing, risau, kecewa & bermacam-macam lagi perasaan yang wujud & timbul.

Dan kita juga, pada keadaan itu, memerlukan seseorang untuk mendengar rintihan kita. Kita nak ada teman mengadu.

Andai kita ditimpa masalah, atau perkara yang merungsingkan kita, sebaiknya jangan lah dipendam. Sebab lama-lama, akan memakan diri. Ibaratkan, setiap hari, kita membawa satu beg plastik, dan setiap hari kita isi dengan sebiji kentang. Hari-hari kita buat macam tu, tanpa membuang kentang yang lama. Hari-hari kita bawa ke sana ke mari.

Persoalannya, apa jadi pada kentang tu? Dan apa jadi pada beg plastik tu? Awak, sudah pasti plastik tu penuh, berat, entah-entah sampai koyak. Dan kentang-kentang tu pasti akan membusuk, rosak, kulat....

Macam itu juga lah kehidupan kita. Masalah yang kita pendam, simpan, lama-lama akan menjadi barah dalam hidup kita.

Kita rasa nak cerita dengan orang lain, tapi kita tak yakin, kita malu. Dan kita lebih suka pendam dari berkongsi.

Berkongsi itu bagus. Sebaiknya, ALLAH jua lah tempat untuk kita merintih. Tidak kisah lah tentang apa. Contoh, kalau kita ni cikgu, ada masalah, atau geram dengan karenah budak-budak, kita rasa kita dah penat, dah macam-macam kita buat, tapi tak juga berhasil seperti yang kita harapkan. Kenapa saya ALLAH jua tempat sebaik-baik untuk kita merintih, mengadu?

Ini saya. Kelemahan saya. Kalau saya bercerita dengan orang lain, saya seolah mengungkit apa yang saya telah buat, bila saya bercerita. Bercerita, berkongsi, pasti dengan emosi. Nak lagi kita geram dengan budak tu. Pasti macam-macam yang keluar. TAPI kalau kita mengadu dengan ALLAH? Macam mana situasinya?

Kalau saya bercerita dengan orang, katalah pasal budak yang sangat la membuat saya meluap marah (kes kekurang ajaran) , saya mesti bebel, dan kalau saya ungkit apa yang saya dah ajar / bagi tau...tu saya dah kira mengungkit.

Sebab tu, sebaik-baik tempat mengadu, adalah ALLAH. mengadu dengan ALLAH, at least saya minta ALLAH lembutkan hati budak tu. Namanya budak, tak ada nya 100% baik. Saya teringat kata-kata seorang cikgu senior
"Kalau budak tak betul, budak buat salah, memang kita akan geram & marah. TAPI, saya balik semula kat diri saya, itu tanggungjawab saya...."

Serius saya malu masa ni, masa cikgu senior tu cakap kat saya macam ni. Katanya lagi "budak tu tetap budak, kita lah yang kena ajar. Akan ada yang buat salah, akan ada yang lemah. Tak semua baik, tak semua pandai".

Hmm....benar, ALLAH jua lah sebaik-baik tempat untuk mengadu. Saya akui, ni ujian ALLAH kepada kita. Sejauh mana kita ikhlas menjadi cikgu. Sejauh mana kita ikhlas dengan apa yang kita sampaikan.

Mengadu, merintah lah pada ALLAH. InsyALLAH, ada jalannya.

Monday, 11 July 2011

KASIH a.k.a Sireh Pulang Ke Gagang

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....

Lagu tema : Suatu Masa (M. Nasir) & On The Floor

Pada 9 & 10 Julai baru ni, ada 2 program berjalan serentak. But entri kali ni, nak share pasal program KASIH.

Program ni khas untuk pelajar-pelajar Tingkatan 5, bersama bekas pelajar MRSM Batu Pahat. yang datang kali ni, batch 2006 & 2007. Batch lain mana pergi? Tiada satu feedback un yang diberi daripada jemputan. Sibuk barangkali dengan kelas-kelas atau bekerja masa cuti sem. Tak apa, ada rezeki lagi, kita jumpa lagi...

Macam-macam perubahan pada diri ex-students ni, ada yang makin kecik, ada yang makin besar. Ye lah...masing-masing dah matang & dewasa (^_^).

{ but u all still kanak-kanak pada saya...hahahahahaha}

Big clap untuk ex-students yang datang. Sangat-sangat menghargainya.

Alhamdulillah, program berjalan lancar. Walupun ada jugak la Form 5 yang culas...tapi pada saya, andai kita nak berjaya, dan kita nak ilmu yang tiada dalam kelas, kita usaha untuk hadir walaupun kepenatan.


Jom, kita layankan je gambar-gambar sekitar program....




Abg Nasrul buat apa tu...skodeng ek

Sini la..sini

Ni game apa ni? Asyik kena keluar je kalau salah



Seronok apa ntah la budak-budak ni

Rashid & Afiq suruh buat kenangan gambar mereka berdua


Kat sini pun jadi
Smileeeeeee dari bakal doktor, engineer, akauntan
cantik tak DS kami?

kakak-kakak nak makan

Nape la abang-abang ni..nak dera mental kami ke apa

Pilih sape kita nak bawak ni

Otai ke hape ni mengenakan adik-adik sampai nangis. Sila abaikan tarikh backdrop tu.

Qayum tengah bentang

Abg Aiman Kapok tengah ajar adik-adik untuk jadi pemain bola profesional & cara-cara untuk buat skrip

Abg Berg, Abg Taufik & Abg Syafik .. ngorat adik-adik ek

Kapsul Masa

tekun menulis wasiat untuk Time Capsule

Amboiiii

Awang dengan kaunselor

Apa lagi tu Abg Man

Tu diaa..cikgu Ayob pun datang tau even hari Ahad

Abang-abang fasi bersama form 5

Ni bukan BERSIH 2.0 ek.... (^_^)



p/s harap dapat buat lagi.INSYAALLAH


Wednesday, 18 May 2011

Lidah

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum....


Kali ni, nak share 1 artikel daripada salah seorang sahabat (yang dianggap kakak) dari Kumpulan Rahsia Saya. Sangat best untuk dibaca dan dijadikan panduan untuk kita. Semoga semua yang membaca mendapat manfaatnya.


Lidah

Kita mungkin pernah mendengar ungkapan-ungkapan sepert 'lidah tidak bertulang' atau lidah itu lebih tajam daripada pedang. Daripada ungkapan-ungkapan itu nyatalah tugas lidah atau tutur kata amat besar dalam hidup manusia. Kesan terlanjur cakap tidak kurang yang tergadai maruah dan kerana mulut atau tutur kata juga menjadikan badan binasa.

Jika kita merenung tentang kejadian alam ciptaan ALLAH nyatalah terdapat pelbagai keanehan dan perkara-perkara pelik yang dapat kita saksikan yang mana itu semua sebagai tanda tentang keagungan dan ke esaan ALLAH SWT.

Di antara keanehan-keanehan itulah kita temui lidah. Ia adalah daging berbentuk kecil dan lembut yang terlindung di dalam mulut. Lidah juga termasuk daripada anugerah ALLAH Yang Maha Besar yang amat mustahak sebagai penghubung antara satu sama lain, menerusi percakapan mahu pun untuk mencapai keredaan Tuhan.

Lidah jugalah yang boleh menyebabkan manusia itu terjerumus ke dalam api neraka.SubhanALLAH.

Berhati-hati

Oleh kerana lidah boleh membawa kepada perkara yang baik dan buruk, maka kita hendaklah berhati-hati dalam menggunakan lidah. Dalam hubungan lain, kita hendaklah berhati-hati apabila bertutur. Kesan tersalah cakap boleh membawa sakit hati kepada orang lain. Tidak kurang pula yang membawa kesusahan dan kerugian.

Oleh itu, sebaik-baik cara mengawal diri daripada perkara-perkara yang tidak diingini ialah dengan diam. Diam dalam erti kata tidak bercakap dalam perkara yang sia - sia dan tidak baik.

Sehubungan dengan ini Rasulullah SAW. ada bersabda yang bermaksud:

"Manusia itu ada tiga macam" (jenis).

Pertama: Yang mendapat pahala.

Kedua: Yang selamat daripada dosa.

Ketiga: Yang binasa.

Orang yang mendapat pahala ialah orang yang sentiasa mengingati ALLAH, berzikir dan sebagainya. Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam, manakala orang yang binasa ialah orang yang sentiasa melakukan perkara-perkara maksiat."

Orang yang beriman dan bijaksana selalunya tidak berkata atau bercakap sesuatu yang tidak berfaedah. Mereka seperti ini menjaga setiap tutur kata dan percakapan. Mereka mengelakkan daripada berkata sesuatu yang tidak berfaedah atau sia-sia apatah lagi mengumpat keji atau mencaci sesama manusia. Sesuai dengan Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Apabila kamu melihat orang mukmin itu pendiam dan mempunyai kehormatan diri, maka dekatilah dia, kerana dia akan mengajarkan kau ilmu hikmah."

Nyatalah orang yang beriman akan menggunakan lidah dan bercakap hanya untuk perkara-perkara yang berfaedah. Setiap patah yang hendak diucapkan difikir semasak-masaknya supaya setiap patah yang ditutur itu berfaedah dan mendapat pahala. Kita juga dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya, Kerana, semakin banyak kita bercakap, semakin banyaklah kesilapan. Orang-orang munafiq pula akan bercakap apa sahaja tanpa memikirkannya terlebih dahulu.

Di dalam sebuah Hadis lain yang diriwayatkan oleh Tarmizi dan Ibnu Najah dan Abu Hurairah, disebutkan Rasulullah SAW. ditanya tentang sebab terbesar yang membawa masuk syurga. Lalu Rasulullah SAW menjawab: Taqwa kepada ALLAH dan akhlaq yang baik." Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah SAW. menjawab: "Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan."

Daripada hadis di atas jelaslah penyalahgunaan lidah iaitu kerana tutur kata dan percakapan dan juga penggunaan kemaluan yang bertentangan dengan hukum-hukum boleh membawa manusia ke neraka.

Seorang ahli sufi yang terkenal, al-Hassan al-Basri pula pernah menyebutkan, orang yang tidak menjaga lidahnya ialah orang yang tidak memahami agamanya. Oleh itu, sebagai orang Islam, kita hendaklah menjaga lidah kita daripada bertutur perkara-perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah seperti mengumpat, mencaci dan berbohong.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Berbahagialah orang yang menahan kelebihan lidahnya dan membelanjakan kelebihan hartanya."

Untuk menjaga keharmonian hidup dalam masyarakat amatlah penting kira mengawal lidah agar tidak timbul perselisihan dan perbalahan. Sebuah masyarakat yang aman dan harmoni terbentuk kerana ahlinya hidup kasih mengasihi antara satu sama lain, tidak menghasut dan mempelagakan antara satu sama lain.

Luqmanul Hakim pernah ditanya: "Apakah falsafah hidupmu?" Beliau menjawab: "Aku tidak bertanya sesuatu yang telah memadai bagiku dan aku tidak memberatkan diriku akan sesuatu yang tidak penting bagiku."

Sahabat sekalian,tidak syak lagi penyalahgunaan lidah dan percakapan itu bukan sahaja menjadikan seseorang itu menerima seksaan ALLAH malah kesannya amat buruk kepada masyarakat. Kesan percakapan yang tidak sihat dan tuduh menuduh, umpat mengumpat dan hasut menghasut menjadikan sebuah masyarakat huru hara dan porak peranda.

Oleh itu kita sebagai umat Islam hendaklah berhati-hati apabila bercakap. Sebelum berkata, fikirlah dulu buruk baiknya kerana jika tersilap kata buruk padahnya. Peribahasa kita ada menyebut: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.Dengan apa yang dipaparkan ini, semoga dapat dimanfaatkan bersama... Insya'ALLAH.