Sunday 24 April 2011

Kenangan Dulu (Kolej Kediaman Kelima, UM)



Assalamualaikum...
Kali ni, nak entri pasal lagu yang dulu saya selalu menyanyi
4 tahun tu lagu ni saya asyik nyanyi dulu2 la zaman UM dulu.

Weeeeee...apa yang istimewanya, suara saya ada dalam lagu ni.
Asalnya, lagu ni just sekadar muzik jer..tak ada suara.
But bila saya dah final year, Master kolej minta buat pembaharuan kat lagu ni.
Masa tu, saya dah super senior la kot...(weeeeeeee, tua sudah masa tu)
So, zaman junior saya la memerintah kolej (dah macam memerintah apa la ni). I mean, menerajui barisan kepimpinan pelajar kat kolej. {saya dulu Pengerusi Jawatankuasa Perkembangan Akademik & Intelektual (JKPAI) } Master minta lagu ni ada suara. Senang orang yang tak tahu nak ikut.
Maka, saya pun dijemput untuk dipinjamkan suara masuk dalam lagu ni.

Kami buat rakaman kat studio nasyid kumpulan Mawaddah. Kenapa saya dipilih dalam ramai2? Dan saya sorang je paling senior. Hmmm...suara saya best??Hahahaha...riak ni kot bunyinya...Hmmm, ada la sebabnya. Sebab penasyid la kot.

Then......seharian la rakam suara untuk lagu ni....
Percaya tak kalau saya kata, tak ramai yg rakam suara untuk lagu ni..
Tapi kalau dengar, macam ramai kan...
Sebab tu saya kata, seharian rakam. Sebab kena guna macam2 suara...so, nampak la harmoni kan. Dan nampak macam ramai je kan...
So, ni antara pengalaman manis buat rakaman lagu dalam studio rakaman. Anda ada? Hikhik.Saya gurau. Kang macam riak pulak.

Video klip ni, ada junior saya yang buat. Baru-baru ni, saya link kat FB lagu ni.
Hmm...ramainya yang mengomen kata rindu, nak ulang kembali zaman UM...
YES...saya juga rindu. Sebab kat sini, banyak sangat saya belajar, yang tak ada dalam kelas.
Projek2 yang saya join, jawatan2 yang saya diamanahkan, kem-kem yang saya join...
Memang tak ada dalam kelas. Susah nak dapat pengalaman ni.

Kalau tengok video ni, memang semua gambar yang ada dalam video ni, saya pernah join dan saya ada dicelah2 itu..cari saja di mana...hikhik. (^_^)

Ok, rasanya, kalau ada masa, nanti saya story-story pasal pengalaman kat Kolej Kediaman Kelima (Dayasari) Universiti Malaya atau orang panggil 5th Collage.
jenuh tu nak buka gerobok lama ni untuk cari pengalaman2 lama....

after dinner. Duduk kat dataran 5th.Always miss this place. Rasa nak je drive ke sana. Duduk kat DM 5th. Duduk kat wakaf 5thDuduk kat BGC 5th...dapat sejam pun jadilah.

Stop dulu...

Terima kasih kerana anda-anda sudi membaca.
Tak kira siapa anda, walau di mana anda berada, terima kasih.

Sarang heyo (^_^)

3 comments:

  1. kenangan rindu :)

    ReplyDelete
  2. Suka baca coretan awak :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum saudari. Saya Fatihah, wakil pelajar drpd Kolej Kediaman Kelima, UM. Saya ingin maklumkan kepada pihak saudari bahawa tahun 2016 ini merupakan ulangtahun yang ke-50 Kolej 5. Justeru itu, saya bagi pihak kolej ingin menjemput saudari untuk menghadiri majlis "Alumni Homecoming" yang akan diadakan pada Mei ini, khas untuk para alumni. Sekiranya pihak saudari berminat boleh hubungi kami di jubliemasdayasari@gmail.com. Terima kasih :)

    ReplyDelete