Tuesday 12 April 2011

Sambung Belajar


Akan mengikut jejak orang lain untuk sambung belajar.
Saya semakin admire dengan orang-orang yang sambung belajar.
Niat saya, untuk mendapatkan ilmu.
Tempat, pilihan U, pilihan kursus & sama ada nak sambung bersama suami atau tunggu suami sambung dulu atau saya yang sambung dulu....?

Nantikan sahaja.
Yang penting, izin suami & suami sangat menggalakkan.
Banyak perancangan yang dah dirancang.
Yang juga melibatkan kerjaya (^_^)


Hanya mampu merancang, dan hanya dengan izin ALLAH, sesuatu akan terjadi.
Hmm, cakap pasal izin ALLAH, apa pun yang kita buat, semua dengan izin ALLAH. Buat baik, buat jahat, semua dengan izin ALLAH. Tapi ALLAH melihat sama ada cara kita tu betul atau tidak.

Contohnya, kita nak dapatkan duit. A tak tahu mana nak cari duit, A dalam keadaan sangat terdesak, so, A rancang buat rompakan bank. Kalau fikir balik, bank tu punyalah ada kawalan ketat, memang susah nak rompak. Tapi dengan izin ALLAH, A berjaya rompak bank. TAPI....
cara A tu betul ke salah?Ni lah nama ujian ALLAH..

Lain situasi pula, B suka C. B tengok C macam lambat bagi respon. Atau C menolak. Maka, B yang rasa takut kehilangan C atau takut terlepas, maka B pun jumpa D untuk minta pengasih. Dengan izin ALLAH, C pun asyik teringat B, maka berkahwin la B & C. Dengan izin ALLAH, memang boleh jadi. TAPI...cara yang digunakan B tu diredhai ALLAH atau tidak....

Eh eh, lain pulak mengarut....
Nanti sambung lagi ek....

Sarang heyo (^_^)

No comments:

Post a Comment