Sunday 17 April 2011

Harapanku PadaMu Subur Kembali




Assalamualaikum...
Kali ni nak share lagi antara beberapa lagu nasyid yang saya suka.
Lagu ni, tajuknya Harapan PadaMu Subur Kembali.
Penyanyi asal kumpulan The Zikr. Masa ni, zaman-zaman nasyid yang dulu-dulu..seangkatan Nadamurni.
Then, The Zikr tukar nama kepada kumpulan Raihan.
Ada beberapa kumpulan nasyid dah bawa lagu ni.
Antaranya Saujana (masa zaman masih ahli lama kalau tak silap saya dan album bergabung dengan kumpulan Nowseeheart). Then yang saya link ni, kumpulan Brothers.
Siapa pun penyanyi, lagunya tetap syahdu.

Suka layan. Sebab memberi keinsafan.
Dan saya suka bait-bait lirik lagu ni.
bila dah lama tak dengar lagu-lagu nasyid, rasa leka sangat. But, bila dengar semula, rasa kembali ke landasan yang asal. Sama di zaman universiti dulu. Rindu pula zaman universiti. Lagu-lagu nasyid yang membawa saya kepada siapa saya hari ini. Dan saya akui, kadang-kala saya leka dengan lagu yang lari sangat-sangat dari nasyid ni. teruk rasanya diri ini. :-(

Saya manusia yang lemah. Yang kadang-kala tewas dengan perkara yang berlaku.
Dan kadang-kala saya leka, semua itu adalah ujian dari Allah.
Betapa tidak bersyukurnya saya.
Setiap yang berlaku, ujian dari Allah.
Kalau orang tak suka kita, biarkan lah.
Kalau orang tak mahu mengaku apa yang dia dah buat, walau beribu bukti yang kita ada sekalipun, biarkanlah.
Kalau orang masih lagi buruk sangka pada kita, biarkanlah.
Dan biarkan lah apa pun dalam hati orang lain nak kata apa.
Sebab ini semua ujian.

Dan kalau masih ada lagi yang nak kata entri kat blog ni, atau di FB, atau di mana saja nak kata saya tuju kat dia, biarkan juga. Sebab orang yang cepat buruk sangka, hati dia sakit sebenarnya. Biarpun dia membaca banyak bahan agama, banyak amalan Islam, banyak mengaji sekalipun, kalau hati sakit, hanya ALLAH yang tahu.
Sebab apa yang saya letak kat entri ni, bukan nak tuju kat sesiapa, tapi untuk diri saya sendiri. Dan, dunia saya, bukan hanya seorang dua..malah ada ramai lagi. Kenapa perlu terasa hati? Dan, andai masih ada lagi yang terasa hati, saya mohon maaf. Itu sahaja yang saya termampu.
Saya hamba yang lemah, tak lari dari buat dosa. So, kalau nak kata atau syak saya atau nak buruk sangka kat saya, silakan. Saya tidak penat.

Lagu ni, ubat untuk hati saya......

Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang Ghafar-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
Mengganti hukuman-Mu di akhirat

Di waktu mengenang rahma-tMu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harusku memohon
Moga syukurku bertambah

Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak mengenal kebenaran-Mu
Ya Alloh Tuhanku
Bantulah hamba-Mu
Dalam mendidik jiwaku ini

Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu


Sarang heyo (^_^)

No comments:

Post a Comment