Tuesday 20 September 2011

Apam Polkadot bersama kanak-kanak riang

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Mr. Simple

Seminggu kot tak update blog. idea banyak, tapi entah ler....tak terluah. FB pun, lantak ler....kot kalau on, layan sahabat2 kat WKTI je la. Boleh hilang stress layan sahabat-sahabat WKTI ni. dalam gelak, banyak nasihat, panduan, ilmu yang boleh dikongsi bersama.

Ok, sempena bulan Syawal ni kan, hampir setiap malam la (hari kerja) ada marhaban keluarga MRSM Batu Pahat. tu sebab, mood nak berblog ni, macam merudum sikit, walau hakikatnya, dalam kepala ni, berlegar idea nak taip-taip.

Ada sikit kesempatan. Saya buat apam polkadot. Ni, bersama kanak-kanak riang. Anak murid saya la tu. Resepi ni pun, dari sahabat-sahabat di WKTI jugak....

Saya ni, dah macam cikgu yang ajar kanak-kanak ni masak. Masuk tu, masuk ni. At least, dapat gak ilmu memasak kat kanak-kanak ni. Bagi dia orang suasana rumah sikit la kan.

Ni lah hasilnya......





lama jugak tak buat apam ni. Entah kenapa boleh jadi rajin. mungkin sebab ada kanak-kanak nak tolong. Menarik kan warna-warnanya.....
Dah macam cendawan kanak-kanak tadika. Weeeeeee

p/s berangan nak buat cheese tart...tapi bila nak datang rajin ni...kanak-kanak yang menolong...nanti boleh tolong saya ek buat cheese tart. tak pun cheese kek.TQ ea kanak-kanak yang datang membantu sambil belajar memasak. (^_^)


No comments:

Post a Comment