Monday, 5 September 2011

JANJI ALLAH KEPADA YG TIDAK DIKURNIAKAN ANAK/ZURIAT

Rezeki dan anugerah Allah bukan sahaja yang berbentuk emas permata dan wang yang bertimbun tetapi juga anak-anak yang ramai yang baik dan soleh. Bagi pasangan yang tidak diberi anugerah anak atau zuriat keturunan walaupun sudah lama berkahwin maka mereka perlu bersabar, berusaha dan pasrah terhadap ketentuan Allah ke atas mereka. Tentu ada hikmah di sebaliknya yang tidak kita ketahui. Pasangan yang tidak dikurniakan zuriat terkadang lebih baik kerana mereka sentiasa bergantung harap kepada Allah, sentiasa berdoa dan merintih rayu kepada Rab al-'Alamin agar dikurniakan zuriat. Rintihan, rayuan dan harapan kepada Allah itulah sebenarnya menjadikan Allah sayang dan kasih kepada mereka. Janji Allah bahawa sesiapa sahaja yang berdoa, merayu merintih kepada Allah pasti Allah akan menyahut dan mengabulkan permohonannya cuma mungkin dalam keadaan yang dia sendiri tidak mengetahuinya.

Dalam hadis Rasullah S.A.W bersabda : "Sesiapa yang berdoa mengharapkan sesuatu dari Allah nescaya Allah akan memberinya, sama ada diberikan segera atau disimpan untuk kebaikannya di akhirat atau dihindarkan kejahatan darinya".

Walaupun pasrah terhadap ketentuan Ilahi yang masih belum mengurniakan zuriat keturunan namun ia bukannya halangan untuk berusaha asalkan usaha yang dilakukan tidak melanggar ketetapan syariat.

Wallahualam.

2 comments:

  1. mohon nak copy ye :)

    ReplyDelete
  2. minta izin nak share... boleh yerr... TQ...

    ReplyDelete